Tuesday, April 27, 2010

Adik Batrisyia

Hello aunties and uncles,

Hari Sabtu aritu kan, umi bg Batrisyia baby. Comel tau baby nie. Mula-mula, Batrisyia nampak baby ni kat rak. Kenapa baby tu dekat rak? Tak jatuh ke? Batrisyia minta. Auntie Sue bagi la.

Comel tau. Baby ni kecik sikit je dari Batrisyia. Dia asyik senyum je. Dia baru ada 2 batang gigi.

Cantik la mata baby nie. Nape mata dia warna coklat?

Lepas tu, Batrisyia main dgn baby puas-puas sbb umi dan abi sibuk ambil barang dgn Auntie Sue. Baby ni baik sbb dia tak nangis langsung. Pasal tu Batrisyia suka main dgn dia.

Baby ni tak pandai jalan. Batrisyia kena dukung dia. Byk kali jatuh. Nasib baik kepala dia tak berdarah. Pastu, abi ajar Batrisyia camne nak dukung baby elok-elok.

Oh, camni ke nak pegang? Baru la senang nak bawa

Baby, pegang kakak Tisya kuat-kuat. Nanti jatuh

Sayang la baby nie. Lepas tu umi dan abi ajak Batrisyia balik. Umi suruh pulangkan baby kat Auntie Sue. Kenapa Batrisyia mesti pulangkan? Ni kan baby Batrisyia.

Auntie Sue bagi Batrisyia pinjam.

Baby, kita balik kampung yer!

Batrisyia tak faham la. Kenapa umi tak bagi Batrisyia suapkan baby ni mkn. Pagi tu kan, Batrisyia mkn bun Gardenia Jagung dgn air coklat. Batrisyia nak bg baby tp umi tak bagi. Kenapa tak boleh? Kesian baby ni. Mesti lapar.

Nak tau satu cerita tak? Batrisyia nampak paksu main dgn baby gak. Pastu bila kantoi, paksu buat-buat takde apa2 jadi. Paksu nie malu-malu pulak. Paksu sebenarnya seram sbb dia rasa baby nie mcm Chucky. Chucky tu sape?

Umi kata, nanti kena pulangkan balik kat Auntie Sue. Kalau baby takde, Batrisyia nak kwn dgn sape?

7 scribble(s):

ezan said...

liz.. dah sampai masa utk geng ngan ezan ni.. meh2 ezan pass baton.. :P

nieda said...

Pandai batrisyia main dgn baby kecik..comel tau

Liz Rohaizat said...

ezan> kalau ikut hati, mmg nak ambil je baton yg ezan pass tu. hikhik. takpe, 6 bulan je lagi.

nieda> ahaks, bkn baby kecik. patung tau. kalau baby la, kesian. habis kena buat main

fiza said...

Batrisyia dah bagi hint tu, cepat sket...ahaks...(^_^)

sya_firwan said...

alahai comelnye..sama besar je ngan batrisyia..=)

Liz Rohaizat said...

fiza> xpe, dia ada ramai kwn kat nursery. hehe..

sya> rendah sikit je dari dia.

luna said...

Hihi...takpe, Batrisyia buleh main sebab Iki & Dzakwan tak pandai main baby ni..
Haha..memang beliau agak menyeramkan (baby tu)..hihi
Harap2 dapat menceriakan hari/minggu Batrisyia!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.