Wednesday, April 07, 2010

1st vacation in year 2010

Seperti yg dijanjikan, kami akan update tentang tempat percutian kami. Senang utk dijadikan rujukan oleh anda yg ingin berkunjung ke sini.

As I told you in my previous entry, my boss dengan baik hatinya telah sponsored percutian kali nie. Di mana agaknya kami berada sekarang?

Kami di Cherating, Cuti-Cuti Malaysia =)


Kami keluar dari rumah sekitar jam 10 pagi. Singgah sebentar di McD Pandan Mewah sbb yours truly terasa nak cuba Breakfast at McD. Eleh, orang lain dah byk kali breakfast kat sane kan? Hehe.. for me, it's a bit pricey. Sebab tu la tak pernah mkn. But this morning was exceptional.

Hubby ordered Hotcakes with Sausage and for me, Sausage McMuffin with Egg was enough for this little tummy. Batrisyia was happy eating her hashbrown. Kemudian dia mkn hotcakes pulak. Sedap la kan sebab manis dgn hot syrup dan mentega.


Kami meneruskan perjalanan sekitar jam 12 tgh hari. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah kerana cuaca yang tidak menentu di sepanjang perjalanan. Kereta bergerak perlahan sebaik sahaja sampai di Gambang kerana hujan turun dengan sangat lebat.

Selepas mkn tgh hari di gerai berhampiran (makanan sedap dan murah.. bagusnya!), kami check-in sekitar jam 3.30 petang.Sementara hubby selesaikan proses check-in, Batrisyia sempat bermain 'throwing coin' dengan anak pelancong asing kat lobi.

Lobi resort yg berkonsepkan open space menghadap laut.
Sangat mendamaikan.

Swimming pool yang terbahagi kepada 3 bahagian:
Pool for adult, children dan jacuzzi.

Sini pun ada Kedai Kopi.

Penat rasanya walaupun perjalanan ke sana tidaklah mengambil masa yg lama. Kami berehat di bilik sementara menunggu masa yg sesuai utk turun ke pantai.

2 single-beds yg dirapatkan


Tempat utk melepak sambil mengadap laut.

Deretan pokok kelapa yg ditanam di sepanjang laluan ke pantai.
Cantik!

Kali terakhir Batrisyia jejakkan kaki ke pantai ialah pada December lepas. No wonder dia ambil masa utk biasakan diri dengan pantai pada kali ni. Hari pertama, dia menjerit-jerit bila nampak air laut. Tapi mmg agak scary gak sbb laut bergelora. Tak jadi nak mandi laut. Sudahkan kami ke pool di resort. Batrisyia mandi sampai kecut jari. Tu pun tak puas main air.




Malam tu, kami ke Kuantan bersama kawan hubby; Napi. Last time jumpa dia, kami mkn mlm di rumah dia. Masa tu her wife tgh pregnant 8 bln. Sekarang anak dia pun dah besar. Dia yg ajak mkn di Kuantan sbb dia tau satu kedai best kat sana. Tak reti pulak nak bg direction kat korang. Nama kedai tu Kedai Mail. Mmg sedap masakan kat sana. Delicious!

Keesokan harinya, kami habiskan masa di kawasan resort je. Pagi-pagi lagi kami dah ke pantai utk menyaksikan matahari terbit. Air tgh surut dan suasana sgt damai. Batrisyia? Dia dah bgn dah time tu. Setelah beberapa minit paksa dia main air, baru la dia enjoy main kat pantai. Awan byk sgt pagi tu so tak nampak la matahari tu naik. Apa-apa pun, mmg enjoy hirup udara segar di pagi hari.


Hubby yg semangat tulis nama anak kat pasir



Snapped by hubby

Snapped by hubby

Snapped by hubby





Lepas bersarapan, hubby lepaskan gian dia kat Internet. Terperap la kat lobby sbb kawasan tu je yg ada internet access. Disebabkan kami mkn nasi lemak sewaktu sarapan pagi, maka waktu mkn tgh hari kami menginjak ke pukul 3.00 petang! Kami makan di gerai berhampiran. Murah, sedap dan yg pasti, pekerja-pekerja kat kedai tu ramah-ramah belaka.

Hari kedua di sana, mmg lepak habis la sbb takde apa yg nak dibuat. Lepas lunch, gi lepak kat tepi pantai sambil mkn keropok lekor. Sbb ni private beach, maka takde la ramai org time tu. Campur kitorang, ada 5 org je tgh lepak kat situ.

Petang pulak, hubby bwk Batrisyia ke pool sementara aku siapkan Nuffnang entry. Hubby kata puas Batrisyia main air ptg tu. Agaknya sbb tu malam tu cepat betul dia masuk tidur.

Ni org yg paling bersemangat nak lepak kat tepi pantai

Dan ni minah yg kerjanya asyik makan je time cuti ni

See.. I told you.. mkn keropok lekor pun nak posing

Percubaan hubby utk suruh anak cium dia. Hehe

Hari terakhir kami di sana, kami pilih utk breakfast di Kedai Kopi. Overall, buffet breakfast di sini okay la jugak. Hubby kata, lebih best dari kat Tok Senik tp aku rasa, Tok Senik lagi best! Huhu, mana2 pun best la jawabnya.


Tak puas duduk sini. Hubby kata, kalau dpt stay seminggu, lagi syok. Mmg la syok sbb takyah pegi keje kan? Hahaha.. tp mmg best sbb lepak je. Tak perlu nak pegi mana-mana. Tapi kalau korang nak join aktiviti yg disediakan oleh pihak resort pun boleh. Kat sini ada mcm-mcm aktiviti seperti berkayak, pegi tgk kunang-kunang, batik painting. Kalau nak main bola tampar pantai ke, bola sepak pantai ke, tenis ke.. boleh dptkan equipment yg diperlukan dari pihak resort. Semuanya disediakan.

Mcm-mana dgn harga yg ditawarkan oleh pihak resort? Ni room price yg aku dpt dari mereka. Utk booking, boleh call no di bawah:

Weekday
-Deluxe : RM220++ (RM253nett)
-Superior Deluxe : RM300++(RM345nett)

Weekend
-Deluxe : RM250++ (RM287.50nett)
-Superior Deluxe : RM330++(RM379.50nett)

Peak Season
-Deluxe : RM280++ (RM322nett)
-Superior Deluxe : RM380++(RM437nett)

* Price inclusive of breakfast for 2 pax.
*Utk Corporate Rate, Government Rate dan Group Booking, harga berlainan dari di atas. Sila hubungi 09-581 9000 atau email ke info.cherating@impiana.com utk keterangan lanjut.

5 scribble(s):

nieda said...

nice view!!

Faizah said...

i jelessss

Liz Rohaizat said...

nieda> apa lagi, pegi la sane. gmbr cni biasa2 je.

faizah> aisey, ape kes jeles nie? cik abe kan org ghanu. blk sane, kan lalu cherating nie.

maisy said...

Tak panas ke pegi season gini?org timur mls dah nak gi Impiana sebab dekat ngan kampung..yg jauh gak gatal nak gi..last nye tak terpergi pon...aku rindu nak gi A Famosa la..nak suh Dina main air yg wave tipu tuh...

Bagus2 gi jln byk ckit..kang anak ramai susah pulak nak gerak..cam aku laa nanti...

Liz Rohaizat said...

maisya> mau nye x panas. tp sbb kitorang lepak kat resort je, xde la terasa panas sgt. cherating pun bknnye ada tmpt menarik nak gi lawat. so selamat la dari kepanasan.

lama kan x gi A Famosa. aku pun rindu. haha, mmg pun.. sblm tmbh anak, nak jln puas2

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.