Monday, March 01, 2010

Tips menggunting rambut anak kecil di salon

Rambut Batrisyia mmg agak messy sbb dah panjang. Her bangs dah mencecah mata. Jadi, kami bwk dia ke salon utk gunting rambut sebab nak luruskan bahagian belakang sekali. Rambut belakang dia dah panjang dan tak sama panjang sebab tak pernah potong sejak bercukur pada hari ketujuh kelahirannya.

Ni la rupa new hair cut.

Dari pandangan tepi



Penat tau I saja-saja google tips utk elakkan anak drpd menangis kat salon. Tak berkesan pun! Hehehe.. Tak kesah la. Meh aku share tips yg aku ingat. Mungkin boleh dicuba kat anak korang. Nak goggle balik, tak jumpa pulak dah website yg aku baca tu.

No.1 - Cari salon yg pandai handle babies and toddlers. Selalunya kalau diorg mmg specialize in giving a babies/toddlers a hair cut, mmg terang-terang akan terpampang kat pintu masuk. Ada yg decorate salon khas utk toddler. Kdg-kdg kerusi pun telah di transform menjadi kereta mainan.

No. 2 - Please ask! Tanya samada mereka boleh guntingkan rambut anak atau tidak. Beritahu berapa umur anak anda agar mereka dapat menjangka apa yg bakal dihadapi (seperti anak meronta-ronta, meraung, melompat-lompat). Jika mereka nampak seperti ragu-ragu, cari salon lain.

No. 3 - Next step. Jika anda proceed utk gunting rambut anak di salon, ingatkan tukang gunting agar tidak spray rambut anak anda dengan bottle spray terutamanya utk toddler yg masih kecil. Ini kerana anak anda mungkin takut dan terkejut secara tiba-tiba lantas mematikan mood dia. Sudahnya, anak menangis. Memadai dia membasahkan rambut anak anda dengan cara mengelapnya.

No. 4 - Jika anak kelihatan takut, mungkin si ibu/bapa boleh duduk dan pangku anak. Si anak akan rasa lebih selamat di pangkuan ibu atau bapanya. Redha je la baju penuh dgn rambut anak.

No. 5 - Bawa mainan anak yg digemari. Biarkan dia bermain dgn permainan itu utk melekakannya.

No. 6 - Duduk di tempat di mana anak boleh lihat orang lain yg gunting rambut. Dia akan rasa gunting rambut tu adalah perkara normal. Orang lain pun gunting rambut. Jadi tidak ada apa yg perlu ditakutkan.

No. 7 - Mungkin boleh bribe anak. Huhu.. Tidak digalakkan tapi boleh dicuba.

Kali ni mmg Batrisyia nangis sakan. Tapi takpe sbb rambut bahagian belakang dah diluruskan. Lepas ni tak perlu nak pegi salon lagi. Memadai trim kat rumah je.

Sapa ada story ttg anak gunting rambut kat kedai? Share la kalau-kalau ada tips berguna

6 scribble(s):

MarDiah said...

Aiman 1st time cukur masa umur 4mth kat kedai mamak. Mamak tu mmg biasa buat laa aku rasa. abah dia pangku pun tutup dgn kain sekali, pas tu br riba Aiman n tutup badan Aiman lak. cukur botak terus. Bdk 4mth tau behave lagi. tp muka serius konfius. haha.. kelakar bl igt muka konfius tgk cermin dgn tgk mamak tu cukur rambut dia.

Liz Rohaizat said...

mardiah> ye la, 4 bulan tu kira well behave lagi sbb dia x reti nak mengamuk. hehe.. skrg ok x kalau bwk dia gunting rambut? boy lg kena selalu gunting kan? at least, girl boleh simpan panjang

adLedash said...

waaaa! akak..dh lame akak privatekan..ni bru dpt baca...huu! waaa...dh besar dh dia! comel!!

Liz Rohaizat said...

adledash> sorry dik. akak dah minta email add melalui blog ni. tp x bg. psl tu akak x dpt add awak. sape yg bg, mmg akak add so that korang boleh baca blog akak nie.

p!nkerton said...

hehe cute aje rambut baru batrisyia, & useful tips shared, tq!
(rambut athirah blakang dh panjang, tapi depan tak lebat lagi huhuhu..)

Liz Rohaizat said...

fatih> aku suka kalau rambut blkg biar panjang. trim bangs dia aje la. tp sbb rambut blkg pun x sama panjang, maka kena la gunting gak.

athirah xpe, boleh pakai scarf cantik-cantik. anak aku x suka ada benda atas kepala.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.