Tuesday, March 23, 2010

Rezeki melalui blog

Kenapa aku suka tulis blog? Kenapa aku ber-blogging?

Sebab nak promote diri sendiri ke?
Sebab nak perasan diri bagus ke?
Sebab takde tempat nak luahkan perasaan ke?
Sebab senang nak bercerita ke?

Sebab apa?

Selama 10 tahun jd blogger (di mana betul-betul serious dlm 2 thn lps), aku tak fikirkan semua tu. Nak promote diri? Takde maknanya. Bknnya famous pun. Hahaha. Nak luahkan perasaan? I have Weed sebagai pendengar setia. Lagi bagus luahkan perasaan kat dia sbb dia leh balas balik apa yg aku bebelkan.

Entah la.. kenapa aku suka tulis blog? Masih misteri. Aku mmg suka menulis sejak zaman sekolah rendah. Suka baca buku. Suka tulis karangan. Sampaikan cikgu BM tulis “Mempunyai daya imaginasi dan pengetahuan yg tinggi” dlm report card darjah 6. Ye la, kalau sampai aku boleh bercerita tentang sulam pucuk rebung dan pantang larang dalam masyarakat cina melalui karangan BM, mmg la cikgu terkejut kan?

Nowadays, aku bercerita tentang apa saja yg aku rasakan menarik.

Tahukah anda blog boleh dijadikan satu platform utk menambahkan pendapatan? Rasanya semua tahu kan? Sebab tu masing-masing mendaftar dgn Nuffnang.

Aku taknak bercerita tentang Nuffnang income seperti blogger lain. Tak mahu tepek gambar cheque ke, print screen analytic ke.. dah byk sgt blog bercerita tentang pendapatan Nuffnang.

Cuma this time, aku nak promote Nuffnang pada sesapa yang teringin nak menjadikan blog sebagai satu sumber pendapatan.

Join Nuffnang. Hasilkan entry yang bagus-bagus. Cuba tarik traffic ke blog anda. Slowly, tambahkan pembaca. Insya Allah anda mampu menabung dengan Nuffnang sedikit demi sedikit.

I love Nuffnang sbb ia bagi aku idea nak update blog. Hahaha.. boleh? Boleh dpt ramai kwn among Nuffnangers. Bila Nuffnang bg assignment, boleh buat entry dan anda akan dibayar. Boleh attend their function dan ada certain function, anda akan dibayar dengan hanya menghadirkan diri ke event tersebut. Senang tak senang nak dpt duit? Nampak mcm main-main tapi ianya betul.

Malah hubby kagum dgn pengasasnya sbb geliga otak hasilkan Nuffnang. Advertiser pun untung sbb tak perlu bayar lebih-lebih kat media cetak utk buat iklan. Ramai blogger boleh tolong iklankan produk mereka.

Ni entry nak bodek Nuffnang ke? TIDAK SAMA SEKALI.

Cuma berkongsi peluang utk menambah pendapatan.

What else? What I love about blog world?

Urm, boleh masuk macam-macam contest. Boleh submit your article. Setakat nie, ada jugak la merasa hadiah dan voucher melalui contest dan article submission. Siap ada hadiah yang belum redeem (Sorry Ecar, ku masih tunggu time yang sesuai utk redeem hadiah darimu). Ni semua kira rezeki la jugak kan?

Ha, boleh dapat ramai kawan! Most of my cyber friends, aku masih belum jumpa tp pong pang kat FB n YM mcm dah kenal lama. Suka tau. Dah la kawan-kawan yang single takut nak rapat dgn kawan yg dah kahwin. So kena la cari kawan-kawan baru. Sape pegi Gatsby Deodorant Street Fair? Haaa, nanti kalau ternampak tu, tegur-tegur la ye. Tak pun jom pakat-pakat lepak sama-sama.

6 scribble(s):

precious innocent said...

motif entry? hehe..

leh x tanya soalan tu?

-mama emma®-

Liz Rohaizat said...

motif? kahkahkah.. sbb ada org tanya "knp semua org sibuk psl nuffnang?" dan "apsal ko rajin sgt update blog, buat review?"

MarDiah said...

simply because it's fun... boleh?

Liz Rohaizat said...

mardiah.. boleh je =)

weed said...

hahaha...siap link tu umah gajah putih...hahahaa....terharu2...hihihi...

Liz Rohaizat said...

weed> oit, umah gajah putih tu ape? aku link blog ko je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.