Thursday, March 18, 2010

Nanny 911

Wohoo.. hubby likes this show.. NANNY 911.

Sgt comel okay tgk reaksi dia bila menonton Nanny 911. Dia akan geleng kepala berkali-kali bila tgk gelagat anak-anak dlm program tu.

I will say, ".. and you want at least 5 kids?! Hahaha". Tgk Nanny 911 buat aku rasa nak 2 org anak je. Weee...

Bila tgk this program, kita boleh nampak perbezaan ketara dlm cara mereka mengajar anak. Hubby ckp, parents kat sana mcm agak berlembut. Marah sekejap, bila anak buat taktau, terus diam. Mcm kita kat sini, siap la rotan sejengkal. Hehe.. Diorg kat sana jarang kot merotan anak. Mereka lebih suka buat "Timeout". Dlm erti kata lain, mendenda anak.

Cara mana yg lebih berkesan agaknya? For me, merotan itu dibolehkan asalkan tidak memudaratkan. Setakat berbirat kat badan tu, ok lagi la bagi aku. Lain la kalau sampai berdarah. Itu tidak boleh diterima sama sekali.

Kitorang masa kecil-kecil, ada gak kena rotan, ada yg kena cili mulut (sape la kena eh? lupa dah). Ada pendapat mengatakan, merotan anak akan memberi kesan negatif dlm pembentukan diri anak itu sendiri. Pendapat aku? Erm, I don't think so. Elok je kami membesar. Boleh dikatakan aku berterima kasih kerana dirotan masa kecil-kecil. In our case, it is acceptable.

Tapi ingat ye, tgk la keadaan. Merotan itu dibolehkan jika nasihat yg diberi kepada anak umpama mencurah air ke daun keladi. Wah, dah jadi mcm Karam Singh Walia pulak dah. Dan bukanlah ko nak kena rotan anak ko tiap-tiap hari. Tu dah mcm mendera pulak aku rasa. Rotan jika perlu sahaja.

Back to the show, program ni berkisar tentang 4 well-trained nannies yg akan menolong keluarga yg bermasalah dlm menghadapi kerenah anak-anak. Ibu bapa hanya perlu hantar klip video tentang anak-anak mereka. Lagi kelam kabut family tu, lagi nanny suka. From there, diorg akan pilih nanny mana paling sesuai utk dihantar bertugas selama seminggu ke rumah keluarga yg bermasalah tu.

Dlm masa seminggu, peraturan baru akan diwujudkan di rumah. Nanny akan ajar ibu bapa cara yg sesuai utk handle kerenah anak. Si anak pula akan diberi tanggungjawab baru yg sesuai dgn usia dia. Mmg nampak mcm impossible utk ubah perangai anak dlm masa 7 hari. Tapi itulah yg cuba ditunjukkan oleh Nanny 911.

Mmg boleh dpt mcm-mcm tips melalui program nie. Byk yg boleh diguna pakai dlm proses kita nak membentuk sahsiah anak.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.