Tuesday, March 09, 2010

Milk storage: Bottle storage or milk liner?

Di awal penglibatan dulu, mmg dah pilih botol susu by MomLittleOnes kerana ia didatangkan sekali dengan Spectra Extravaganza. Plus, nak bg senang utk thaw the milk. Senang kerja cikgu kat nursery. Cuma perlu panaskan dan pasangkan puting.

Lama kelamaan, botol tu pun mcm loose kat bahagian penutupnya. Tak tau kenapa. Mungkin disebabkan proses pemanasan. Beberapa kali, penutup terbuka masa Batrisyia tengah minum susu. Pernah jadi kat depan aku jugak. Habis basah. Sejak itu, aku hantar botol susu kosong utk digunakan.

Minggu lepas, aku kehabisan botol susu. Nak beli lagi, rasa mcm dah tak sesuai sbb fridge tak la sebesar mana. Sue pernah cadangkan aku guna milk liner sbb lagi jimat ruang. Dulu mmg tak rasa nak cuba sbb rasa agak leceh. Kena ikat. Then bila nak guna susu tu, kena cairkan dulu. Lps tu baru boleh tuang dlm botol susu dan panaskan. Sungguh la leceh jika nak dibandingkan dgn guna botol aje.

Tapi cuba juga la. Setelah meneliti beberapa produk, aku pilih You Have A Baby milk storage. Satu kotak berharga RM29.90. Ada 100 liners (8oz sehelai).

Bottom layer: Bottle storage
Middle layer: Ice packs
Top layer: Milk liner

Pada mulanya, aku rasa ia agak leceh. Rasa mcm susah betul nak transfer EBM dari botol ke dlm liner. Kali pertama transfer susu tu, sampai tumpah-tumpah. I was very clumsy! Hahaha. Skrg dah pro sikit la. Tapi tu la, nak kena ikat pakai getah. Kena la ada getah banyak-banyak.

Ini hanya my review. For me, kalau korang ada kemudahan tempat penyimpanan yang luas dan besar, boleh la gunakan botol utk simpan susu. Lebih mudah dari segi penyimpanan dan pemanasan EBM. Lebih cantik mata memandang (walaupun takde kena mengena dlm hal nie). Kalau tidak, gunakan liner merupakan satu pilihan yg sesuai sbb bila dah keras, boleh la EBM tadi berhimpit-himpit memenuhkan ruang. Cuma pastikan tak kena sebarang benda yg tajam. Kalau tak, nanti terkoyak pulak.

4 scribble(s):

Ely Hasrul said...

fuiyooo banyaknye.. terkenang zaman kegemilangan dulu tak penah pon stock byk cam nih.. hah walaupn dh xpam tp masih jeles.. beshnyeeeee

jgn lupe masuk packmelove contest tau

Liz Rohaizat said...

ely> banyak ke? x byk la sis. tu ada 32 botol aje. org lain beratus botol. ni sbb batrisyia dah kurang minum. tu yg dpt kumpul. alhamdulillah, ada lg rezeki dia.

maisy said...

Bukan ade liner yg cam boleh tutup bukak tu..yg ade zipper..cume mahal sket aa kot..cuma tak susah nak ikat getah....

Pakai liner..susun tepi tepi fridge tu pon boleh masuk...

Liz Rohaizat said...

maisya> mmg ada yg jenis zipper tu. tp bagi aku, harga dia mahal la. sekotak dlm 25 helai je. dah la line nri jenis pakai buang. hehe.. xde la susah sgt nak ikat pakai getah tu.

yerp, boleh susun kat tepi pintu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.