Wednesday, March 10, 2010

Memori yang paling tak boleh lupa bila duduk di asrama sekolah

Semalam kebanyakan FB hot dgn Biggest Loser Asia. Semua orang excited eh? Me too. Too bad David menang tp takpe la, Carlo lebih nampak sihat berbanding David yg cengkung.

Me? I layan Supernatural. Dlm masa yg sama, annoy org lain suruh beri update ttg Biggest Loser Asia. Heheh...

Masa berborak semalam, aku senyum sampai balik rumah bila teringat akan conversation di bawah.


Sudah lama tinggalkan sekolah, rasa mcm byk sgt memori yg best-best tersimpan dlm kepala. Bila Imee ckp "tanak nyanyi depan orang lain takut kena hentam", mmg aku gelak. Back then, it was so true! Elok-elok kawan, bila tiba time nak sukan sekolah, wah.. terus ikut puak rumah sukan. You tak boleh pegi blok rumah lain sbb nanti dituduh sebagai pengintip. Konon nak intip rumah sukan lain buat tema apa, lagu apa, design apa.. hahaha.. mmg setia kepada rumah sukan betul. Kalau berlatih kawad pun, kalau boleh taknak bertembung. Nanti tak surprise.

Dah berapa lama tinggalkan sekolah? Hampir 11 tahun kan? No wonder Kd dah lupa salah satu lagu rumah sukan Abu Bakar! Hehehe..

Sebenarnya, best dpt masuk sekolah berasrama. Tak kesah la boarding school ke, sekolah harian yg ada asrama ke.. mmg best sbb dpt rasa pengalaman yg org lain x rasa.

Mana nak cari sekolah yg dpt makan 5 kali sehari? (sarapan, rehat, mkn tgh hari, mkn mlm, supper). Patut la kita lebih 'sihat' bila kat sana.

Bila masa lagi korang nak tunggu turn mandi depan pintu bilik air, then ketuk pintu dan tanya "Dah ke belum?". Lepas tu org dlm tu jwb, "Baru lagi!". Owh, sempat lelap mata kat bilik air kejap.

Bila takde air kat asrama, berduyun-duyun angkut baldi ke sekolah utk mandi kat tandas. Tak pun, buat je alasan nak balik rumah. Tapi ni sesapa yg duduk area Seremban je la.

Lepas tu leh dgr pengumuman, "Koop dibuka sekarangggg!". Ahaha, "Weih, pesan Choki Choki satu. Pastu duit lebih ko beli la keropok apa-apa". Kehkehkeh.

Tu belum lagi sesi inspection. Tapi inspection ni takde ape sgt. Sesi spotcheck la baru org menggelabah. Dah sorok radio ke belum.. mane sorok cologne.. mane sorok magazine.. mane sorok kaset. Tempat pilihan? Dlm baldi yg penuh berisi baju kotor yg belum direndam ATAU ampaian ATAU dlm poket baju kurung ATAU bawah almari di dorm. Ok, kepada pengawas yg baca this entry, sila ambil nota!

Ape ye memori yg korang tak boleh lupa bila duduk kat asrama? Aku teringin nak tau

4 scribble(s):

IHSAN KHAIRIR said...

Uiiih... mcm mcm kenangan sekolah asrama nih...

kenangan kena ragging dan pukul... actually aku tak kesah sgt kena ragging ni. aku anggap sbg sebahagian daripada pengalaman duduk asrama. cuma kesian kat member2 yg kena teruk2.

kenangan menjadi peneraju team cyber brigade... dapat pegang kunci bilik komputer. orang lain prep malam, prep ptg kat kelas, kita prep kat bilik komputer. hari hari main game SimCity dgn RPG.

kenangan 1 tahun takde air... 1998 sekolah takde air selama 1 thn... hari hari tunggu lori air, angkat baldi naik ke bilik. sebbaik dok tingkat 1. sian member dok tingkat 3.

kenangan buat website seminggu duduk bilik komputer, utk pertandingan website kebangsaan. Dapat johan, alhamdulillah. Zidni met his wife for the first time masa competition ni.

kenangan warden bertugas waktu malam cuma seorang, tapi bila warden jumpa VCD lucah, warden suruh kitorang cyber brigade keluar bilik komputer. Malam tu, lebih daripada 5 orang warden masuk bilik komputer. padahal yang bertugas 1 orang je.

WanYgBest said...

hahahaha....u make me smile with this entry...teringat kenangan silam...nnti ade masa aku nak wat la entry pasal memori yg xleh lupa bile dok asrama...pe kata ko tag bdk2 lain utk wat entry nih kat blog diorg...might be interesting kan...*i'm still wearing a big grin on my face :D*

Liz Rohaizat said...

ihsan> aku rasa bab ragging dan pukul nie lebih kat asrama lelaki kan? asrama perempuan xde la cerita pukul2 nie. paling teruk pun, kena buli je.

bab air takde, rasanya semua asrama pernah mengalaminya. haha.. tp aku mmg tahu budak SAS xde air selama setahun. kesian korang. ape kes sbnr? aku dgr cite sbb tekanan air rendah sgt. ye ke? takkan sampai setahun atas sbb tu je?

psl vcd tu, maksud ko ape? warden tu layan vcd tu? hahaha...

Liz Rohaizat said...

wan> kd ar, leh x ingat salah satu lagu rumah sukan. seb baik si ziera mengiyakan aku. haha.. aku ingat aku je buat cerita psl lagu tu.

byk kan? aku rasa aku nak update entry nie. sbb kalau ikut, mmg byk giler kenangan kat sana. aih, rindu!!!

ok la.. tag mcm best jugak!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.