Friday, March 05, 2010

Mak nenek bernama Tisya

Lanjutan dari entry ini, nak cerita lagi psl cik adik manis nie. Selalunya aku akan update her vocab kan?

Sekarang, apa aje yg menggelikan/kotor/basah.. dia akan sebut "eiiii". Kalau dulu "eiii" tu merujuk pada semut, sekarang tidak lagi. Semut adalah semut ye puan-puan. Eiii adalah semua benda yg menggelikan. Clap-clap!

"Busuk" adalah perkataan baru yg dia suka sebut. Bila dia poo, dia akan ckp "Eiii.. Chuk!". jadi skrg mmg suka tanya dia, "Sape busuk??". Dia akan sebut..

"Tisyaaaa". Yes, dia panggil diri dia "Tisya". Maybe sbb tak reti nak sebut "Batrisyia". Janji ada bunyi, eh?

Now selalu hujan kan? Jadi, aku sedang ajar dia sebut "hujan". Semalam, aku ulang perkataan yg sama berkali-kali. Dia masih belum dpt sebut sepenuhnya. Bila turun dr kereta, aku sebut, "Hari hu...?" Dan Batrisyia jwb "jaaannn". Aaa, kira ok la tuh. Lama-lama dia ingat la kot.

Makin besar, makin berperangai mcm org besar. Tgk aku masak, dia ambil senduk dia dan merengek nak kacau lauk dlm kuali. Aku letak kain kat lantai sbb nak lipat, dia ambil kain, letak dlm bakul dan susun kat tepi. Tgk org mkn dlm pinggan besar, dia tolak pinggan dia dan nak pinggan sebijik mcm pinggan kitorang. Tgk aku pakai handbag, dia ambil beg kecil aku dan jadikan handbag dia. Bila sibuk nak tau something, dia ckp la sorang-sorang dan tanya "Ape tu?"

Hubby call her mak nenek. Ahaks.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.