Friday, March 19, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

"If you're happy and you know it clap your hair".. Siapa ingat iklan produk rambut nie? Sangat cute kan?

Gatsby merupakan salah satu produk penjagaan rambut yang terkenal di Malaysia. Walaupun begitu, produk Gatsby bukan hanya tertumpu pada penjagaan rambut sahaja. Malah, Gatsby mempunyai rangkaian produk untuk penjagaan muka seperti Facial Cleansing Paper, Oil Clear Paper dan Facial Cleansing Series.

Untuk tahun 2010, Gatsby mengeluarkan produk deodorant yang berupaya membantu anda untuk menyelesaikan masalah bau badan anda. Terdapat 2 jenis deodorant iaitu Roll-On Type Series dan Perfume Spray Series.

Roll-On Type Series

Deodorant ini didatangkan dengan 7 jenis bauan iaitu Crystal Musk, Fresh Fougere, Clear Ocean, Lime Green, Ozone Blue, Cool Aroma dan Woody Fougere. Wah, bunyi namanya sahaja dah memberi efek nyaman.

Perfume Spray Series

Apa yang menariknya tentang deodorant ini ialah ia mengandungi o-CYMEN-5-OL + TRICLOSAN yang berfungsi sebagai antiseptik dan berupaya mengurangkan bau badan. Manakala Anti Perspirant Agent (ACH) pula akan memberi anda rasa kering dan nyaman. Lepas ni, tak perlu risau lagi akan bau badan =)

Akan datang, Gatsby akan menganjurkan "Gatsby Deodorant Street Fair" untuk mempromosi produk terbaru tahun 2010 mereka ini.


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor,
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


Anda bosan, tak tahu nak buat apa pada hari itu? Apa kata datang beramai-ramai ke Berjaya Times Square dan hadir ke Gatsby Deodorant Street Fair. Ada banyak permainan menarik menanti anda seperti Sumo Wrestling (anda akan pakai air-bag suit untuk memberi efek badan seperti ahli sumo), Gladiator Battles dan pelbagai permainan yang menyeronokkan yang anda selalu nampak di fun-fair. Nak bawa anak-anak pun boleh.

Kurang berminat dengan permainan fun-fair? Jangan risau. Gatsby juga akan mengadakan cabutan bertuah untuk pengunjung-pengunjung di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai gadget bernilai RM15,000.00 keseluruhannya. Rugi kalau tak pergi kan?

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke www.gatsby.com.my/streetfair

So, mark your calendar on the 17th April 2010. Tulis besar-besar kat kalendar korang "GATSBY DEODORANT STREET FAIR". See you!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.