Friday, March 26, 2010

Have you ever thought to be a Stay At Home Mom?


Masa zaman sekolah, fikir nak kerja apa, kat mane, jawatan apa. Malah ketika temuduga, anda mesti akan ditanya soalan, "Anda rasa anda boleh sampai ke tahap mana? Supervisor? Manager?". Masa tu kita terfikir yang kita akan berusaha hingga dapat ke tahap tertinggi. Orang kata, kita bukan bekerja tapi membina karier.

Itu tidak salah sama sekali. Cuma sekarang, lain yg aku fikirkan.

I want to be SAHM very badly. Nak tgk anak membesar depan mata. Taknak miss tgk dia belajar benda baru. Dlm masa yg sama, boleh jadi cikgu utk dia.

Now, dia byk habiskan masa kat nursery. Apa-apa yg dia buat, cikgu dia akan bg report. Dia dah pandai tu, dah pandai ni.. semuanya cikgu dia tahu dulu. Bila dia 'bawa balik' kemahiran tu ke rumah, abi umi dia hanya mampu fikir, "Bila masa pulak dia dah pandai buat camni?" Sometimes kami fikir apalah yg cikgu dia ajar hari nie. But it's fun, you know.. it's like discover a new thing about her.

Wang bukanlah segalanya tapi segalanya adalah wang. Nak taknak, kena kerja juga kan? Or maybe boleh jadi WAHM? Wah wah.. bunyi mcm best. Setakat nie aku masih suka bekerja. Mungkin satu hari nanti, impian nak jadi SAHM tu akan jadi kenyataan.

Dan masa tu, aku takkan lepaskan peluang utk berikan masa utk family. Yes, I can see the picture now.

Adakah SAHM kedengaran agak boring? Mengadap dan buat benda yg sama setiap hari. Kerja pun tak mencabar. Eh, tak mencabar ke kalau duduk rumah? Kerja kat rumah tu pun mencabar gak tau. Tu kalau buat hari-hari la. Mau rasa bosan dan tension. Tapi kalau kita willing nak buat, rasanya istilah bosan tu takkan timbul.

Apa benefit pada keluarga kami kalau aku jadi SAHM?

1- Tiap-tiap hari boleh sapu dan mop rumah. Kalau skrg, balik rumah pun dah malam. Hubby tak suka kalau sapu rumah di waktu malam. Dia kata tak elok. Aku rasa, orang dahulu kala ckp tak elok tu bukan apa, sbb dulu malam-malam pakai pelita. Kalau sapu malam-malam, tak nampak sgt. Eh, ni bukan aku ckp saja-saja tau. Aku pernah baca satu buku yg mengupas tentang pantang larang orang dahulu kala.

2- Tiap-tiap hari boleh tunggu hubby balik dari kerja. Siapkan minuman utk dia. Sekarang? Sampai rumah, masing-masing cari air sendiri utk hilangkan dahaga. Ahaks.

3- Guarantee 100% boleh makan awal pukul 7 malam! Sekarang? Sampai rumah pun dah nak pukul 8 malam. Pong pang kat dapur, pukul 9 malam baru boleh dinner.

4- Waktu malam boleh diperuntukkan main dgn Batrisyia sebab tak perlu lagi nak basuh baju, lipat baju, iron baju, kemas nursery bag dan masak. Wah, bunyi pun dah syok.. byk masa terluang.

5- Skrg Batrisyia diajar oleh cikgu kat nursery. Nanti umur dah besar sikit, cikgu lain ambil alih utk ajar perkara lain pulak. More to playschool. Kalau la dia duduk rumah dgn aku, aku boleh ajar dia.

TAPI..

Sebenarnya, aku tak kesah pun sekarang. Bekerja membuatkan aku rasa aku dpt tolong hubby. Malah, ada benefit juga Batrisyia duduk nursery. Dia dpt ramai kwn. Kalau duduk rumah dgn aku je, mane pulak nak cari kwn kan? So biarlah dia duduk nursery dgn kwn-kwn dia. Seronok sebenarnya bila tgk kakak-kakak kat kelas playschool jerit, "Cikgu, mama Batrisyia dah sampai" bila nampak kereta aku berhenti depan nursery. Lagi seronok bila nampak Batrisyia hulur tgn minta didukung.

Takpe la. Satu hari nanti, aku akan jadi SAHM juga =)

Working mommies di luar sana, apa pendapat korang? Boleh tinggalkan komen di sini. Kita bincang sama-sama

13 scribble(s):

Sharinginfoz said...

ada pros and cons.. kena fikir baik2 kan

Income Tax: Lebihan RM584.44

Jom Exam

mancet said...

aku pon nk jadi SAHM :(

MarDiah said...

apa kata kita tukar karier jadi guru taska.. so kita boleh bawa anak kita pi kerja.. lg fun, sbb derang tengok their mother working...

dulu selalu ikut mak pi sekolah.. best, tengok parents bekerja dan bersosial kerja, kita membesar dgn idea, kita pun akan bekerja jugak..

CHeeSYaNa said...

I wish too.... Kalau ler laki aku jutawan, dah lame dah berhenti keje.. huhuhuhu

CatlinaFly said...

salam..

re: sy lah orgnye kat pack me love tu hehe :)

ha ah la..if my online business tu maju jaya, nak gak jadi WAHM :)

Liz Rohaizat said...

Sharinginfoz> setiap benda mmg ada pros and cons. ikut individu kan? sementara nie, sy nak kerja.

mancet> bila dah ada anak, degree yg dpt kat MMU pun dah x pandang eh? hehehe

Mardiah> sesungguhnya dah byk kali apply jd cikgu tp x dpt2. haha.. x pernah terfikir nak jd cikgu tadika. layak ke? yes, sy pun selalu ikut mak gi sek. masa kecil mmg byk habiskan kat sek mak je.

yana> bkn ko sorang, sesapa pun yg ada laki jutawan, guarantee xnak keje la beb. hehe..

catlinaFly> aah, awak la orgnya. hehe.. insya Allah business awak akan berjaya jika diiringi usaha yg berterusan. lps tu leh keje sambil jaga anak kat rumah. good luck!

maisy said...

Liza-->perasaan aku plak lain kot..aku tak boleh duk umah lelame..kang jadik pemarah..ha ha ha...

Aku suke bercareer..biz kat umah should be okay kot...tp takde org aku jadik bosan...

Tkleh betah di rumah..layan anak je 24 hours + 7...sehari/2 hari/sebulan 2bulan mungkin okay...lama-lama bosanla...unless aku ade 5 kids to take care...

Aku suke perasaan naik gaji,dpt income,tunggu bonus..ngumpat boss..driving..dats color my life...then balik baru cam rindu gile kat anak...

Tp skarang cam terbyk pulak time wasting kat opis...boleh cuti-cuti ngan anak...if kat umah jeee..aku rase ketinggalan,eventho boleh online internet ke..boleh bace cite dunie from there...still aku rase tak challenging..

Time utk boring and jadi SAHM tu mungkin dtg..but not today or before 30...tak mungkin kot ......

Liz Rohaizat said...

maisya> haha, aku mmg tunggu komen dr ko sbb aku tau ko mmg akan ckp camni. ko mmg suka bekerja kan?

setakat ni aku pun suka. duduk rumah pun xtau nak buat apa nnt. sbb anak br sorang. hehe.. duduk office, mcm2 ragam leh jumpa kan?

psl tu aku ckp, one day nnt baru nak jd SAHM. aku lebih mencari kpd WAHM je.

weed said...

heheh..maisya mmg.....dia mmg dr dulu dh ade gaye wanita bekerjaya...

pendapat dr yg blom jd mak bleh tak? heheeh..juz share ape yg aku dpt from one of my working mom frens....

dia penah diskas bende ni ngn hubby dia...ni jwpn hubby dia..

"sbg lelaki...mmglah itu yg terbaik...yg diharapkan...tp sy terus terang...better kalo kita teruskan gini..kalo nak harapkan sy sorang..sy rasa sy tak mampu nak tanggung kuarga..."

tp lain org lain pendapat kan...juz sharing2 jer..hehe...

imee said...

aku rasa kalau ofismates aku best2, mungkin aku takkan hari2 berangan jadi SAHM/WAHM. aku suka bos aku sorg je. yg lain2 tu, kalo aku tak jumpa pun mcm takpe.

sometimes aku rasa aku g ofis hari2 pun sama mcm aku dok umah hari2.. aku bukannya bergaul sgt dgn budak2 lain (ofis aku ada baper org je..), asyik dok dlm bilik je buat keje. baik dok umah, buat keje. at least sambil tu boleh layan anak kan?

sejak aku deliver, bos aku mcm hint2 yg aku boleh work from home. tp sbb aku ada maid, aku rasa takyah la kan. tapi maid aku dah nk blah dah, so mungkin aku nk try tanya offer dia valid lg ke tak.

aku trauma baca ada org tulis, kawan dia (laki) balik umah one day after work, anak dia g panggil dia 'uncle'. terus esok tu dia tender notice. haru tak, keje busy sgt sampai anak sendiri tak kenal dia?

Liz Rohaizat said...

weed> betul tu. psl tu kewangan kena kukuh. pastu br boleh berhenti. kalau gaji husband x cukup nak tampung perbelanjaan, rasanya x salah kita minta izin utk kerja. haaa, nak kerja pun kena minta izin tau. jgn x tau.

Liz Rohaizat said...

imee> wah imee. aku pun terasa aku gi ofis hari2 sama mcm duduk rumah. ehehe.. sbb x borak dgn org sgt. selalunya org lain keluar, xde kat office.

wow, kwn ko dipanggil 'uncle' oleh anak dia sendiri? isk, kalau aku pun akan pk byk kali.

xpe la, skrg kita kerja dulu. kewangan dah kukuh, kita berhenti. bila la tu agaknya

p!nkerton said...

aku pon ada terfikir pasal SAHM tapi seriously aku tak ready lagi, sbb dah biasa bz dgn office work & pegang duit sendiri kan.. aku teringin nak jadi WAHM or buat biz dari rumah tapi errr tatau la bile huhu.. tunggu gaji husband masyukkk abes kot? ;p

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.