Monday, March 22, 2010

Happy Birthday...

I ada byk cerita nak update sbb hujung minggu yang lalu dipenuhi dgn pelbagai aktiviti. Satu-satu ye dek non. Lagipun, ada beberapa gambar yg dimasukkan dlm pendrive telah corrupted, kena la cuba tgk blk kat kamera.

Entry minggu ni dimulakan dgn sambutan hari lahir. Hari lahir siapa? Kami combine sambutan hari lahir 3 org.. Nazdri (19 February), Irfan (3 February) dan mama (12 March). Sambutan ni hampir-hampir dibatalkan sebab Nazdri tak jadi balik Seremban kerana ada French Language exam pada hari Ahad. Tapi bila dia dgr ada mkn-mkn, terus dia zass balik dari Bangi.

Siang tu ada kenduri kahwin anak Pakcik Jalil. Sekeping gambar pun aku tak ambil sbb kena jaga anak kecik yg menjadi 'mandur'. Ke sana ke sini, lagak mcm tgk anak buah buat kerja. Mungkin dia rasa excited sbb ramai org. Taknak masuk dlm rumah, nak main bwh khemah aje.

Lepas kenduri, aku keluar pegi cari bahan utk buat puding karamel. Adik aku keluar utk beli pizza dan kek. Dgn mak aku, aku pura-pura tak tau yg org lain keluar pegi jalan-jalan. Gitu la cite nye. Ahaks.. kena cover ye.

Puding karamel berjaya dibuat dlm masa 2 minit. I like! Pizza dan cake pulak disorok dlm bilik Nazdri. Fyi, Nazdri dan Irfan mmg tau tentang sambutan nie.

Kami mmg dah tau rutin mak kami. Selalunya dia akan lepak dlm bilik dari maghrib sampai isyak. Dia takkan keluar dari bilik. Lepas solat Isyak, baru la dia keluar. Jadi kami ingat masa dia 'bertapa' dlm bilik tu, kami nak arrange semua makanan kat ruang tamu.

Tgk sibuk-sibuk arrange, tiba-tiba mama keluar. Arghhh, semua org menjerit. Kantoi!

Camne la mak aku leh cepat sgt keluar dlm pertapaan nie. Dpt agak kitorang nak buat surprise ke ape. Tapi dia ckp, dia nak tidur. Tu yg keluar kejap. Cis.. tak surprise lagi.

Semua org mkn dgn gembiranya.


Cream Caramel Pudding

Pizzas

Chocolate Cake

Happy Birthday!

Queen with 2 Princes

2 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

Cream caramel pudding nampak sangat menyelerakan.. Lapar le plaks.. adeh adeh..

Liz Rohaizat said...

ahaks, buat nye lagi senang. 2 minit, dah siap utk dikeraskan. sedap pun sedap

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.