Monday, March 01, 2010

Happy Birthday, Zeti!

Orang lain dpt cuti hari Jumaat lepas tetapi hubby kena kerja. Biasa la kan. High Commission kena ikut cuti umum negara masing-masing. Utk office dia, selalunya mereka kena dtg kerja tp boleh balik pukul 10 pagi.

Hubby ajak kitorang ikut sbb dia nak bwk Batrisyia jumpa Sylvia. Sylvia belum pernah jumpa Batrisyia lagi. Dipendekkan cerita, Sylvia tak dtg pulak sbb dia bawa Maria pergi hospital. Sudahnya, kami seperti dtg saja-saja aje. Hehe..

Kebetulan, Johanna pun bawa husband and her daughter. Gumana nak jumpa Ennjellika. Tapi Gumana tak dtg pun. Hehe.. x bgn pagi la tuh.

Bilik Johanna telah menjadi temporary day care!

From left: Nonus, Johanna, Ennjellika, Soraya, Liz, Rohaizat, Batrisyia

Hubby saja dukung Ennjellika. Batrisyia jealous. Terpaksa la dukung 2-2


Petang tu, kami menghadiri majlis hari jadi Zeti. Zeti ni anak jiran la. Yang selalu kidnap Batrisyia bawa balik rumah diorg utk main sama-sama. Hehe.. Menu utama ialah ikan bakar. Mmg kitorang suka ikan bakar nie. Dah jadi acara bulanan pulak. Hehe.. Kak Efi masak lauk kari ayam juga utk mkn dgn nasi. Aku pulak tlg masakkan spagheti. Kak Efi teringin nak rasa so aku buatkan la byk sikit. Nasib baik ramai minta resipi. Kira laku la kan? Kalau tak sedap, malu gak. Hehe..

Tak dpt ambil gambar byk-byk sbb tolong kak Efi. Diorg dah byk tlg kitorang so turn kitorang pulak menolong diorg.

Cik Zeti berbaju gaun putih kembang. Sgt lawa.
Ada yg mengusik "Perggh, Zeti pakai baju tak tutup aurat..."
Hehe, mengamuk la minah ni. Zeti ni mmg x girly orgnya dari segi perangai.
Tapi pandai melaram!


Kitorang lepak sana sampai malam. Batrisyia mula sensitif malam tu. Hmm, sejak 2-3 hari ni Batrisyia akan menangis bila orang yg dia tak kenal pandang dia. Semuanya bermula sejak malam tu. Aku nak suapkan dia makan. Masa tu kitorang kat ruang tamu. Ramai jugak la tetamu sedang tgk tv. Bebudak kecil pulak main-main kat situ.

Sepeti biasa, aku suruh Batrisyia baca doa sebelum makan. Beberapa hari lps, aku mula perasan yg sebelum aku nak suap dia, dia mesti tadah tgn dan bercakap sesuatu mcm doa. Jadi malam tu aku ckp la, "Ok, baca doa dulu". Then, Batrisyia tadah tgn. Pastu dia pandang kiri kanan dan nangis. Guess what? Semua org (termasuk yg kat depan TV) memalingkan muka pandang anak aku! Mana minah tu tak nangis. Terus sedu sedan.

Sekarang nie mmg dia takut kalau orang pandang dia.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.