Wednesday, March 03, 2010

Diluah mati emak, ditelan mati bapak

Berbanding dgn majlis perkahwinan di luar negara, majlis perkahwinan di negara kita mmg meriah dihadiri oleh beratus atau beribu tetamu. Kita dah terbiasa menjemput semua saudara mara, jiran tetangga dan kenalan ke majlis perkahwinan. Sebab tu jumlah tetamu selalu hampir mencecah 1,000 orang. Masa majlis aku kat Seremban, jumlah tetamu menjangkau 1,500 orang. Itu mengikut perangkaan.

Jadi adalah sgt normal bila tiba musim kenduri kahwin, kita akan dpt 2.. 3.. 4 jemputan dlm satu minggu atau satu bulan.. atau satu hari. Adalah sgt memeningkan kalau kita kena menghadiri 2 kenduri dlm satu hari. Kalau 4 buah kenduri nak kena pegi, haruskah dibelah-belah badan nie?

Kalau masa bujang, aku redah aje sampai 4 kenduri kahwin. Pernah buat tau! Tapi bila dah kahwin, 2 kenduri pun dah rasa mcm x dpt sbb ada anak nak kena fikir. Majlis yg di malam hari, lagi la berkira sebab aku fikirkan masa tidur anak. Anak aku tidur awal ye. 9.30 malam tu dah kira cukup lambat. Kalau lambat tidur, dia cranky. Kalau dia cranky, umi dia pun ikut sama. Hahaha..

Bila ada 2 majlis yg perlu dihadiri di hari yg sama, aku pening. Salah satu dilemanya ialah utk tentukan majlis mana yg lebih penting. Selalunya senang je aku buat keputusan. Jika ia hanya melibatkan aku (di mana 2 majlis tu hanya melibatkan aku, maknanya bkn kwn atau saudara dr belah hubby), aku akan buat keputusan berdasarkan:

- Adakah diorg tu saudara aku? Atau kwn rapat aku? Atau kwn aku?Atau kwn my parents?
- Mana yg lebih dekat dengan tempat tinggal aku? Mana yg lagi senang nak pegi?
- Bagaimana dgn tentatif program? (Ada yg bersanding, ada yang tak)

Usually, kalau melibatkan saudara dan kwn rapat, aku akan cuba pergi 2-2. Kalau antara saudara dan kwn biasa, aku pegi saudara. Kalau antara kwn dan jiran, kena tgk jiran tu jiran yg mana. Kalau jiran satu blok, aku pegi jiran. Kalau jiran jauh, aku pegi kwn.

Sgt mudah utk buat keputusan.

Tetapi bila ia melibatkan antara majlis aku dan majlis hubby, mmg kena pk betul-betul. Setakat nie, senang buat keputusan jika:

- Saudara aku dan saudara dia… berpecah! Hehe
- Saudara dia dan kwn aku.. saudara dia
- Saudara aku dan kwn dia.. saudara aku
- Kwn dia dan kwn aku.. cuba pegi 2-2. Mane-mane yg jauh, x pegi.

Cuma susah nak buat keputusan jika ia melibatkan kawan baik dia dan saudara aku ATAU kawan baik aku dan saudara dia ATAU saudara dia dan jiran satu blok.

Sememangnya aku kisah jika kawan-kawan rapat aku yg kahwin/bertunang. Kenapa? Aku kenal mereka dah lama. Lagi lama dari aku kenal hubby. Kawan rapat tak semestinya kawan baik. Tapi tu la, bila dah rapat.. byk benda kita share. Aku ada problem pun diorg tau. Kenduri aku pun diorg dtg. Sapa kwn2 rapat aku?

Weed.. Kd.. Ma-g, Dilla, Azni.. kalau aku x pegi majlis diorg, mmg aku patut dimarah!

Bagaimana pulak dgn jiran satu blok? Kenapa jiran satu blok ni sgt penting dlm hidup aku? Kerana diorg dah byk tolong kami sekeluarga masa majlis perkahwinan kitorang tahun 2006 dulu. Utk majlis tu, boleh dikatakan kitorang tak buat kerja sgt. Jiran-jiran yang tolong handle majlis tu. Dari kerja beli brg dapur sampai la ke kerja lepas majlis siap. Diorg faham akan keadaan ayah aku masa tu. Aku rasa kerja yg aku buat hanyalah siapkan gift utk tetamu. Yang lain, semuanya jiran. Malam kenduri tu, semua org tidur dlm kepenatan sebab tlg kami.

Kerana tu kami sentiasa beringat yang kami perlu membalas budi setiap jiran kami; pakcik Said and family, pakcik Harun and family, pakcik Jalil and family, pakcik Rashid and family.. ada beberapa keluarga lain. Kena sentiasa ingat yang bila tiba masa kenduri mereka, kami perlu ada di situ. Area tu tak guna catering. Kami mempunyai persatuan. Jadi mmg kami masak sendiri lauk pauk kenduri. Kerana tu kami perlu ada utk sesi gotong royong.

20 Mac nie anak pakcik Jalil kahwin. Nasib baik tak clash dgn sapa-sapa. Cuma aku terfikir ttg kenduri anak pakcik Said. Dia buat kenduri 12 Jun. Hubby ckp ada 2 org saudara dia pun buat kenduri bulan Jun nanti. Setakat nie tak sure samada tarikh tu bertembung atau tak.

Kalau bertembung, mcm mana? 2-2 sama penting.

7 scribble(s):

CIK NANA said...

Salam kenal.. cantik blog nie.. comelness! :)

MarDiah said...

kalau aku, akan cuba pergi awal atau lambat sikit kalau btl2 sibuk n byk tmpt nak pi. ni hb sokmo keje. so pi sendiriklah. hb pun x kisah ajak pi kenduri rmh kwn2 or sedara2 dia.

Ely Hasrul said...

ok aku suka g kenduri.. baik dekat baik jauh.. lelagik tkenang masakan kenduri yummie..

Farah said...

dilema yang sama ngan saya kalau dpt sekali byk jemputan especially time cuti skolah..biasanye kami akan pergi mane yang lebih dekat..tp yela kalau time bujang dulu mungkin la 3-4 kenduri pon leh pergi dlm sehari tp dah ade anak ni..2 rumah pon dah tak larat.

Liz Rohaizat said...

cik nana> selamat datang. silalah datang lg.

mardiah> kalau dekat, aku x pening. ni satu sban. yg lg dua tu ipoh n jb. serious ni, aku nak belah badan.

ely> kenduri mmg best.

farah> dilema ni sbb berkaitan dgn 2-2 belah pihak. sama2 penting.

weed said...

aku ade soalan cepumas....bagaimana sekiranyaaa....

wedding date aku ngn kedi clash?

ngeheheheehe...jawab beb jawabbb....hahaaha...

Liz Rohaizat said...

weed> owh, sgt x adil ko suruh aku buat keputusan gitu.

apa2 pun aku nak marah dulu. korang nie bknnye x kenal. apa x boleh ke korang make sure date korang x clash???? hehehe..

tp kan, nak aku jwb jujur ke? nnt ada yg terasa pulak. xpe la, aku jwb jujur. hope tidak ada sesapa yg terasa dlm hal nie.

aku kenal ko sejak umur 13 tahun. cuba kira dah brp lama kita kwn. aku kenal kd pun sejak umur 13 thn tp hanya rapat ketika umur 17thn.
memandangkan khairil tu org perak, aku rasa jawapan aku mudah.

aku pegi kenduri ko weed sbb ko kwn baik aku sejak 15 thn yg lalu. ko jauh, maka aku wajib pegi sbb aku rasa x ramai budak sek kita yg akan pegi kenduri ko. kenduri kd, mesti ramai org dtg sbb dia rajin dtg kenduri org.

tp x bermakna aku x pegi kenduri kd. aku boleh pegi belah khairil punya sbb dia org semenanjung.

diharap x mengguris hati mana-mana pihak. peace!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.