Tuesday, March 02, 2010

Batrisyia: Setahun Lima Bulan

Syukur.. hari ni Batrisyia genap setahun lima bulan. Terasa baru je merasai pengalaman nie.

Masa nie baru berumur 15 jam.. muka tembam!

Bila tgk rupa dia masa lahir, mmg geram sbb tembam. Sekarang? Tak tembam langsung. Huhu.. Kenapa la dia tak meneruskan ketembaman dia?

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana dia sihat walafiat walaupun fizikal dia tak bam bam. Fyi, aku dah check keadaan dia dgn nutrition officer. Setelah Dr. Azira menilai pemakanan dan tahap kesihatan Batrisyia, dia mengatakan bahawa Batrisyia ni cukup makan dan minum. Mungkin sebab dia lasak dan ditambah pula dgn sifat genetik, maka dia sedikit cheeky. Ziera hanya cadangkan aku beri dia makanan dan minuman yg boleh menambahkan kalori agar dia mendapat kalori yg secukupnya. Dan boleh beri supplement seperti Appeton utk membina daya ketahanan badan terhadap penyakit. Thanks Ziera! Akak dah tak risau lagi dah. Selagi dia cergas dan cerdas, tak perlu nak risau apa-apa.

Masa dia demam hari tu, berat Batrisyia turun mendadak ke 7kg. Sgt ringan, ok. Tapi selang beberapa hari, dia cuba catch up berat yg hilang tu. Now dah 7.3kg. Naik 300g pun dah syukur sgt dah. Umi dia rajin suruh dia timbang berat kat rumah tu. Skrg ni, dia tau je. Bila umi ckp pegi timbang berat dan bawa dia ke depan scale, dia akan berdiri atas scale tu.


Motor masih merupakan kenderaan yang dia paling suka. Tapi kini ada satu lagi 2 benda yg dia suka iaitu playground dan basikal. Gambar kat atas tu bukan basikal dia. Tu basikal jiran. Terer sgt la anak aku nak naik basikal besar camtu kan? Hehe.. Dia hanya duduk. Orang lain tolakkan. Aku tak tau kenapa dia menangis dlm gambar ni sbb time ni, dia dgn abi dia. Kena buli ke? Hehe..


Yes, masih menyusukan dia dgn susu ibu dan dibantu dengan makanan tambahan yang lain =)

Batrisyia berbadan kecil, ringan, aktif, suka bercakap, peka, kdg-kdg kuat menangis, mendengar kata, taknak kat orang.. tu la anak aku. Dan aku terima dia seadanya.

10 scribble(s):

ezan said...

happy 15 months batrisyia... :)

Liz Rohaizat said...

thanks ezan!

p!nkerton said...

sekejap je kan dah 1thn 5 bulan! takpe dont worry, she's one healthy girl kan :) geram tgk gambar time newborn tu, bam2!

Liz Rohaizat said...

fatih> masa newborn je dia bam bam. skrg x lg. xpe, aku simpan gambar bam bam dia sampai dia besar sebagai bukti dia pernah bam bam

jannahrais said...

akak peratikan la kan...bebudak yang suke naik beskal jenis yang lasak...adventurous gitu!

takpe liz, tak bam bam bukan bermakna tak sihat.adatla tuh...anak anak nak membesar.yang penting dia sihat, syukur bebanyak kan;) asmaa pun dah makin nipis bambam dia hihihih

Liz Rohaizat said...

kak jannah> oh, ye ke? tp batrisyia mmg lasak la setakat yg mata sy tgk nie. mmg x sabar nak tunggu dia dpt naik basikal. tu sekadar naik je. bkn leh kayuh pun.

Drama Mama said...

happy 15 months dear!

irfan pun kekadang orang tegur kurus, tapi ramai gak yang cakap dia besar, but he's eating well, minum susu pun banyak so i'm not worried. budak2 ni bila active mesti badan lambat naik kan. huhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Liz Rohaizat said...

drama mama> thanks!

Ely Hasrul said...

kalu org ckp dia kecik jawab aje 'oh dia mmg slim and slender cam mami dia.. model' hahahaha kalu org ckp dia ringan jawab 'bagus lah kalu tembam berat kite xlarat angkat kite komplen plak' kalu org ckp dia xsihat bgtau aje 'uish dia cam tu tapi active terjun tiruk dari sofa' bukan nak defensive tapi stlh sami masuk 2 thn aku xdek nk cover2 bila org suka suki tegur cam dia plak tlg bgn mlm susukan sami hahahaha.. time kitorg g holidays xbwk stroller mmg syukur sami takat 10kilo hahahah bleh gitu?

nnti masuk contest ek kat packmelove

Liz Rohaizat said...

ely> ku suka ayat2 mu. akan ku gunakan di kemudian hari! ku setakat ni senyum2 aje.

contest? contest ape? nnt ku jengah.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.