Tuesday, March 23, 2010

Anda fikir tulang anda kuat?

Semasa kami berjalan-jalan cari kek di Jusco, kami nampak Anlene Bone Health Check. Last time ada nampak kat tempat lain tapi masa tu tak sempat nak singgah. Kali nie, singgah la sbb nak tahu samada tulang ni masih kuat atau tak. Lagipun ianya percuma.

Mula-mula kena isi borang. Kena fill in the details such as full name, age, gender dan susu apa yg anda minum sekarang. Utk pengetahuan, hanya individu berumur 20 tahun ke atas layak mendapatkan pemeriksaan ini. (Aku ditegah oleh akak dibawah ketika mengisi borang kerana disangka masih di sekolah menengah. Isk.. )


Kemudian, anda kena beratur. Tunggu giliran utk dptkan pemeriksaan. Anda hanya perlu letakkan kaki di atas mesin itu. Ketika mesin buat analisis, anda tidak dibenarkan bercakap dan bergerak. Jadi, awal-awal aku ambil gambar utk memberi gambaran yg lebih tepat kepada korang.

Ianya tidak menyakitkan. Kenapa aku ckp camni? Sebab ada 2 org perempuan tidak mahu mencuba this free check sbb takut sakit. Last-last diorg cabut. Sabar je la.

Bila dpt result, anda akan dirujuk kepada penganalisis (yg pakai kot warna hitam tu). Dia akan terangkan samada anda berisiko utk mendapat osteoporosis atau tidak. Kemudian, dia akan evaluate your calcium intake dan perkara-perkara yg boleh menjejaskan menyerapan kalsium ke dlm tulang (seperti kurang bersenam dan mengambil kafein).

Result menunjukkan kami berdua berada di kelompok tengah di mana kami perlu cuba menambahkan pengambilan kalsium utk memastikan tulang tidak mereput. Alhamdulillah.

Untuk mengetahui lokasi anda boleh jalani ujian ini, sila semak halaman ini.

Buat pengetahuan anda semua, pertumbuhan tulang berada pada paras aktif dari umur 20 tahun hingga 30 tahun. Ketika ini, kita perlu memastikan kalsium yg diambil mencukupi utk mendapatkan tulang yang benar-benar kuat. Selepas umur 30 tahun, secara semulajadinya tulang akan mereput secara perlahan-lahan. Kita hanya perlu maintain ambil kalsium.

Antara perkara yg boleh membantu dlm pertumbuhan tulang yg kuat ialah:

1- Pengambilan 2 gelas susu low fat sehari. Susu itu mestilah rendah lemak dan tinggi kalsium. (Anlene telah terbukti sebagai susu yg membantu dlm pertumbuhan tulang).
2- Kerapkan bersenam. Bersenam akan membantu badan anda menyerap kalsium dengan lebih baik.
3- Hadkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh. Kalau boleh, jgn minum.

Seeloknya buatlah pemeriksaan tulang seperti ini setahun sekali utk mengetahui tahap kepadatan tulang anda.

Sementara kami jalani ujian ni, Batrisyia sibuk tunjukkan kepada orang ramai apakah salah satu tanda anda mempunyai tulang yang kuat:


Yes, you mesti boleh buat rutin di atas berkali-kali tanpa rasa penat!

7 scribble(s):

azurerin said...

pernah nampak roadshow ni masa kat Sunway Pyramid thn lepas..punya laa berkobar nk try..alih2..on break pulak..dah laa masa tu kejar masa..so tak dpt buat..maybe next time..

p!nkerton said...

alllaa dah exicted nak pegi, tapi tgk jadual roadshow tu last year nye schedule huhu..

Liz Rohaizat said...

ezue> ada masa lagi

fatih> owh, jadual last yr ke? aku rasa diorg x update. roadshow tu masih ada la. ko pegi je kat jusco, ada kot. aku dah byk kali jumpa. it's still on!

IHSAN KHAIRIR said...

demonstrasi batrisyia tu lebih kepada otot dan fleksibiliti sendi! hehehe

Liz Rohaizat said...

ihsan> very true! tp kalau tulang x kuat, x mampu gak nak bongkok camtu. hehehe

weed said...

baru tengok iklan anlene td..ni yg berkobar2 nak beli anlene...satu lg yg nak beli..innershine...wahhh..aku btol2 ingin merealisasikan matlamat aku which is... it's time for me to take care bout myself....

Liz Rohaizat said...

weed> susu anlene yg diorg bg aku cuba tu sedap la gak. kalau yg susu tepung, x boleh bancuh pakai air panas. bancuh pakai air mineral / biasa je. rasa dia x terlalu lemak. kalau yg concentrate, rasa dia pun sedap dan agak cair. yg concentrate tu, minum sekotak sehari aje. harga pun xde la mahal sgt

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.