Monday, February 22, 2010

Susut 300 gram

Kesian tau. Anak aku demam sejak hari Selasa. Semalam baru kebah! Lamanya dia demam. Pastu dengan batuk uhuks uhuks lagi. Menyampah betul. Hari Selasa tu, aku tgk xde pun gigi yg nak tumbuh. Jadi aku rasa mmg dah sampai masa dia nak demam melawan penyakit.

Makan pun tak lalu. Cik adik manis yg sebelum ni makan apa saja, bila demam x lalu mkn. Aku nak suap, dia geleng kepala. Nak berkepit, berdukung je. Mata layu. Siap hek hek lagi.

6 hari demam, berat susut 300g. Mmg la sikit tp sebab dia ni jenis berat susah nak naik, 300g tu pun dah rasa mcm emas!

Satu-satunya makanan yg dia nak ialah susu ibu.

Semalam, alhamdulillah badan dah x panas lagi. Malam tadi, dia bermain dengan suka rianya. Rumah kembali bersepah. Siap main tonggeng-tonggeng mcm nak tgk hantu dr celah kangkang. Orangnya tak mkn tapi tenaga punya la banyak. Entah dpt tenaga dari mane ntah. Dipanjat sofa (jenuh la abi dan umi dia menjerit), disepahkan barang, dikeluarkan beg kesayangan. Layan je la weih. Kalau anak terbaring pun, ko x suka tgk kan?

Rambut depan dah panjang semula. Nak kena potong. Rambut tepi dan belakang akan terus dibiarkan. Bagi panjang betul-betul dulu. Malam tadi dia mogok taknak ikat rambut. Maka, serabai la dia malam tadi.

And petang semalam, dia gelak lebar-lebar. Aku nampak ada 2 batang gigi bawah baru nak tumbuh. Gusi dah pecah dan bengkak. Hmm, patut la demam.

Sila abaikan barag-barang yg ada atas sofa. Tu kerja dia


Hi. Saya dah sihat sikit.

Bila la anak aku nak gemuk sikit ni

4 scribble(s):

MarDiah said...

y not biar rambut depan panjang sama. potong rambut belakang gradually. so bila bjg leh ikat sekali dgn rambut belakang. for the time being, kena pakai scarf laa..

Liz Rohaizat said...

rambut depan mmg nak bg sama panjang. selalunya depan tu potong melengkung sampai ke tepi. blkg mmg biar panjang. sayang nak gunting. bila dah beul2 panjang, br nak potong cantik. pakai scarf? haha, dia x suka ada apa2 benda atas kepala. nak ikat rambut dia pun kena bersilat dulu

maisy said...

Trimla comel2..budak pompuan ni...senang nak nampak cute...asal rambut comel..muke pon lagi cute...anak aku pon tak suke ikat2..sakit kate nye....

if kepala jenis tak berpeluh bole simpan panjang..

Liz Rohaizat said...

tu la. nak tunggu ada masa pegi kedai. nak suruh aku trim sndr, alamatnya rambut anak mcm kena gigit tikus

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.