Monday, February 08, 2010

Si kecil yang pergi dalam keadaan tenang

Walaupun hujan sudah semakin reda, cuaca masih mendung. Semalam, kami pulang dari Cheras sekitar pukul 6 petang. Dalam perjalanan, kami berbual tentang lauk di kenduri kahwin yang kami hadiri tengah hari itu. Sedap, memang sedap lauk-lauknya.

Dua tiga kali juga aku mengingatkan hubby yang aku hendak singgah di kedai untuk membeli santan. Sudah seminggu hajat untuk masak telur itik masak lemak cili api tertangguh. Dua tiga kali juga hubby bertanya kepada aku kenapa aku nak masak sup malam tu sedangkan kami dah dapat bekal dari rumah orang kahwin. Sup tu untuk Batrisyia yang tak boleh makan pedas. Semasa ini, kami sudah melalui jalan di Bukit Ampang, melintasi Look Out Point dan sedang menuruni Bukit Ampang untuk ke Hulu Langat.

Kabus cukup tebal di hutan berhampiran. Mesti hujan turun dengan lebatnya. Kereta-kereta di hadapan kami bergerak perlahan. Barangkali berhati-hati kerana jalan licin. Batrisyia menyanyi sambil bertepuk tangan. Entah apa yang dia cuba sebut, kami sendiri masih belum dapat menangkap ayatnya. Sesekali dia tersengih-sengih seorang diri.

Kereta menghampiri kawasan perumahan, kawasan rumah flat dan penempatan orang asli yang telah dimodenkan. Di hadapan, ada satu selekoh tajam.

Selepas selekoh, hubby berkata, “Ya Allah, ada accident!”. Aku cuba melihat di hadapan. Aku tak nampak apa-apa. Tapi pemandu-pemandu di hadapan kami semuanya memperlahankan kenderaan masing-masing. Aku cuba mencari kereta manakah yang terlibat dlm kemalangan tersebut.

Tiba-tiba aku nampak satu objek berwarna hitam di tgh-tgh jalan. Ketika kereta kami makin menghampiri tempat kejadian, aku dapat lihat sebuah kereta Kenari berwarna kelabu remuk di bahagian hadapan. Kaca bertaburan di atas jalan. Asap mula keluar dari depan kenderaan tersebut.

Kepala pemandu tidak kelihatan sama sekali. Aku hanya nampak seorang perempuan sedang duduk di tempat duduk kiri bahagian depan. Masa tu, aku rasa takut kalau-kalau pemandu tu cedera parah. Mungkin sudah terkulai. Terus aku minta hubby berhentikan kereta.

Kereta di hadapan kami berhenti di tepi jalan. Hubby pun berhenti di tepi jalan. Kereta di seberang jalan juga berhenti di tepi jalan. Semua pemandu bergegas turun untuk memberi pertolongan kepada kereta terbabit.

Aku juga turun dari kereta. Masa tu baru aku perasan yang ada sebuah lagi kereta wira berwarna kelabu di bahu jalan. Juga remuk tetapi kereta tu remuk di bahagian hadapan dan belakang. Speaker besar yang ditempatkan di bahagian belakang kereta juga tercampak keluar. Kelihatan seorang lelaki India keluar dari kereta dan tersandar di tepi keretanya.

Semua orang menumpukan perhatian pada kereta Kenari. Aku hanya mampu melihat dari tepi jalan kerana aku sedang mendukung Batrisyia.

Hubby dan beberapa lelaki cuba memberikan pertolongan. Hadapan kereta remuk teruk terutamanya di bahagian kiri. Kedengaran wanita tersebut meraung meminta pertolongan. Suara kanak-kanak menangis juga kedengaran.

Pintu kereta di bahagian wanita tersebut jammed. Mereka beramai-ramai cuba menarik pintu tersebut. Akhirnya ia terbuka. Aku tengok seorang perempuan Cina sedang bercakap melalui telefon. Aku tanya samada dia sedang telefon Ambulans atau tidak. Dia mengangguk dan menyuruh aku bercakap di talian kerana dia kurang mengetahui tentang lokasi tempat kejadian.

Aku bercakap dengan telefonis. Sambil bercakap, mata masih memerhatikan kereta Kenari tersebut. Hubby menyelamatkan 2 orang kanak-kanak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Mungkin berumur sekitar 4 dan 3 tahun. Yang lelaki, hidungnya berdarah teruk. Yang perempuan, darah penuh di muka.

Setelah mengambil keterangan, telefonis menyambungkan aku pada unit ambulans di Hospital Ampang. Kali ini, aku bercakap dengan seorang lelaki. Sekali lagi, aku memberi lokasi tempat kejadian. Hubby mengambil First Aid Kit dari dalam kereta dan mengelap darah di muka kanak-kanak malang itu.

Sambil bercakap, mata aku kembali terarah di kereta Kenari. Mereka cuba mengeluarkan wanita tersebut. Dia hanya meraung. Kemudian, mata aku terlihat sesuatu. Di tepi kereta, berdiri seorang perempuan yang masih memakai topi keledar. Di tangannya, dia memeluk seorang bayi. Aku terus panik.

Encik, tolong la datang cepat sikit. Ada baby, Encik. Tak tau hidup ke tak. Tapi dia diam je. Tolong la datang sekarang. 2 orang budak lagi dah berdarah-darah”. Suara aku sudah seperti merayu-rayu.

Aku dah panik sebab aku nampak baby. Air mata dah tak boleh ditahan-tahan. Aku terus menangis. Mangsa-mangsa dibawa menaiki sebuah kereta. Perempuan tersebut menyerahkan bayi tu pada ibunya. Aku yang tengah panik, menggigil bila tengok bayi dia. Dia senyap, kaku, tak bergerak, tiada sebarang respons. Mak baby tu meraung, “Abang, anak bang.. anak bang”. Aku menangis. Batrisyia pun menangis. Tak tahu samada dia menangis sebab aku menangis atau sebab lain. Kereta berlalu pergi.

Semakin banyak kenderaan berhenti di bahu jalan. Aku nampak hubby dan beberapa orang lelaki seperti cuba hendak mengalihkan Kenari ke tepi jalan. Aku melarang kerana kenderaan tidak boleh dialih selagi polis tidak sampai ke tempat kejadian. Polis perlu lihat posisi setiap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan untuk rekod. Ini satu fakta yang orang ramai kerap lupa!

Kemudian, seorang lelaki membuka boot kereta. Masa tu, aku kurang pasti apa yang dia hendak buat. Akan kuberitahu di hujung cerita nanti.

Aku masih teringatkan baby tersebut.. Takut baby tu sudah tak bernyawa. Susah nak berhenti menangis hinggakan ada seorang lelaki menegur samada mangsa-mangsa tersebut merupakan saudara aku kerana dia lihat aku menangis. Aku cakap yang aku tidak mengenali mereka. Secara kebetulan, kemalangan berlaku di hadapan kami. Kami hanya dipisahkan oleh beberapa saat!

5 minit kemudian, ambulans dan polis datang. Aku suruh hubby beritahu yang baby tu dah dibawa ke pusat kesihatan yang berhampiran. Aku tengok, lelaki India tu tak cedera teruk. Dia boleh tunggu! Itu yang aku fikirkan.

Datang seorang lelaki menaiki motosikal. Dia memaklumkan sesuatu kepada seorang lelaki berbaju coklat. Barulah aku tahu yang lelaki berbaju coklat tu merupakan pemandu kereta Kenari.

Pemandu tersebut segera membonceng motosikal itu. Motosikal memecut pergi. Hubby beritahu aku yang budak tu datang memberitahu yang baby tu sedang nazak, nafas tersekat-sekat dan tiada lagi. Aku kurang pasti apa yang hubby sampaikan waktu tu. Aku hanya dengar, baby sedang nazak. Aku menangis. Seorang perempuan yang berada di sebelah aku pun menangis.

Tiada apa lagi yang perlu disaksikan. Kereta Kenari telah ditarik. Aku mengajak hubby balik.

Kami melalui Pusat Kesihatan tersebut. Hubby tanya, “Nak singgah tak?”. Aku ckp, “Singgah la. Nak tau baby tu selamat ke tak”.

Sampai di situ, hubby suruh aku tunggu dalam kereta. Aku hanya tengok dari jauh. Di luar bilik kecemasan, hubby disambut oleh seorang lelaki berbaju kuning. Aku hanya nampak lelaki tu menyalam hubby dan kemudian dia menggelengkan kepala. Aku dapat agak, baby tu telah meninggal dunia. Dari jauh, aku nampak hubby kesat mata.

Dalam kereta, aku terus menangis sambil peluk Batrisyia yang sedang duduk dalam car seat. Batrisyia pun menangis. Muka dia jelas menunjukkan dia menangis sebab tengok aku menangis. Aku tak tau berapa lama aku menangis. Sedar-sedar, hubby sedang berjalan ke arah kereta.

Aku tau apa yang dah berlaku tapi aku masih tanya, “Baby tu takde ke??”. Dengan suara yang tersekat-sekat, hubby menjawab, “Baby tu dah takde”. Kami bertiga menangis bersama.

Hubby suruh aku pergi tengok. Aku takut tapi aku pergi juga. Aku hanya berdiri di pintu kecemasan. Bilik tu kecil. Segalanya boleh dilihat dengan jelas.

Baby tu sudah dibaringkan di atas katil.Tapak kakinya sudah putih pucat, tiada darah. Doktor membersihkan kesan darah di muka dan badan baby. Mungkin terkena serpihan kaca.

Baby tu kaku. Kepalanya masih belum banyak rambut, Badannya tegap. Arwah memakai baju warna pink berlubang-lubang. Tapak kakinya sudah putih pucat, tiada kesan darah mengalir. Mukanya tenang, seperti sedang tidur.

Doktor merapatkan tangannya seperti dalam keadaan bersembahyang. Tangannya jatuh. Akhirnya doktor memotong secebis kain dan mengikat tangan-tangannya. Semua yang berada di situ hanya mampu menangis. Aku nak cium baby tu tapi sebab air mata mengalir laju, aku batalkan hasrat tersebut.

Aku sempat bertanya pada saudara mangsa. Katanya, arwah berumur 7 bulan. Badannya memang nampak besar dari usia.

Aku tak boleh berada lama di dalam bilik kecemasan. Aku terus keluar. Di luar, ayah arwah sudah terduduk di tepi sambil memegang seorang lagi anak perempuannya.

Entah kenapa, aku boleh separuh menjerit di luar pintu, “Kenapa bukan India tu je yang mamp*s!??”. Aku marah sangat.

Aku pandang ayah arwah. Dia seperti menahan perasaan. Aku pandang satu-satunya anak perempuan dia yang masih hidup. Di dahinya ada plaster. Kesan darah masih boleh dilihat di mukanya walaupun telah dibersihkan. Dia tidak menangis seperti masa hubby menyelamatkan dia tadi. Tetapi air mata mengalir laju dari mata dia. Aku rasa dia sedar apa yang berlaku. Aku rasa, dia tahu yang adik perempuan dia sudah meninggal dunia.

Aku nak jumpa ibu arwah tapi aku yakin aku tak mampu nak sekat air mata aku sendiri sebab ibu dia sendiri sedang memanggil-manggil nama arwah. Aku ajak hubby pulang. Aku tak sanggup tunggu lama di situ.

Hubby menyalam ayah arwah. Kami pulang.

Aku kagum tengok ayah arwah. Dia seperti redha dengan apa yang berlaku. Tetapi dalam hati dia, siapa yang tahu, betul tak? Menurut hubby, lelaki tu tadi buka boot kereta sebab dia nak ambil hammer. Dia dah pegang hammer sebab nak belasah lelaki India tu. Tetapi mereka sempat menghalang dia dari berbuat demikian.

Hingga ke malam, aku dan hubby berkongsi cerita tentang apa yang berlaku. Hubby cakap, pada mulanya dia ingin menyelamatkan wanita di hadapan. Tapi bila dia nampak wanita tu memangku baby dan baby tu senyap, hubby tergamam dan dia tak mampu nak selamatkan mereka. Dia hanya pandang baby tu. Sebab tu dia terus ke tempat duduk belakang dan selamatkan budak-budak tu.

Malam tadi aku tak dapat tidur nyenyak. Banyak aku aku terjaga. Setiap kali terjaga, aku terfikirkan arwah.

Arwah baru 7 bulan. Kecil lagi. Mesti mak dia tengah seronok bagi dia makan solid food. Mesti kakak dan abang dia tengah seronok main agah-agah dengan dia. Mesti ayah dia tengah seronok melayan kerenah dia.

Sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan.

Al-Fatihah untuk arwah yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam. Dia kembali kepada-Nya dalam suasana tenang, tanpa perlu melalui kesakitan yang berpanjangan, diiringi air mata dan doa orang di sekelilingnya.

Al-Fatihah.


Gambar diambil sejurus selepas kemalangan. Masih belum ada banyak kereta yang berhenti. Pemandu India masih belum keluar dari kereta.

Hubby menyelamatkan 2 kanak-kanak itu. Seorang lelaki cuba melihat keadaan ibu mereka.
Di kaki wanita tersebut, lauk bekal yang dibungkus dari rumah ibunya tumpah bersepah.

Gambaran kedudukan kenderaan yang terlibat.

Si c*laka yang memandu laju menuruni bukit. Kemudian, dia brek secara tiba-tiba. Keretanya berpusing dan menghala ke kereta Kenari. Mereka berlanggaran. Kemudian, kereta Wira terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang lampu

Kenderaan sudah mula banyak.
Polis datang untuk mengawal lalu lintas dan mendapatkan keterangan dari mangsa.

EDITED:

Aku minta hubby utk ceritakan dari kaca mata dia. Dia tak dpt nak cerita lebih lanjut. Hanya ini yang dia mampu taip.

7HB FEB HUJAN BARU SAJA BERENTI JALAN RAYA MASIH BASAH DAN LICIN,SAYA, ISTERI DAN ANAKU KELUAR DARI RUMAH BONDA UTUK PULANG KERUMAH,DLAM PERJALANAN KAMI MENDAKI BUKIT AMPANG TRUS KE HULU LANGAT SPAI DI SATU CORNER SAYA TERKEJUT DAN MENYEBUT ALLAH HUAKBAAR,DEPAN MATA KAMI TERLIHAT SEBUAH KERETA KENARI MELINTANG DITENGAH JALAN,SYA SATU KELUARGA BERADA DIDALAM KERETA,KEMALANGAN BARU BERLAKU,SAYA TERUS BERENTI KAN KERETA KIRI JALAN KELUAR MENUJU KEARAH KETE KENERI TADI,YA ALLAH!!SEORANG WANITA SEDANG MEMANGKU BAYI DAN SAMBIL BERKATA " ABANG ANAK, ABANG ANAK"SAMBIL MENANGIS MUKA WANITA ITU BERLUMURAN DARAH,SYA LIHAT BAYI YG DIDUKUNG WANITA DIAM,DAN TERKULAI,SAYA TRUS MENGAMBIL 2 ORANG ANK MEREKA YG BERADA DI TEMPAT DUDUK BELAKANG 1 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN,MEREKA LEBIH KURANG BERUMUR 3 KE 4 TAHUN DAHI KANAK2 PEREMPUAN TERBELAH DAN BERDARAH MUNGKIN TERKENA SERPIHAN KACA CERMIN,X BLH NK CTE LG TERBAYANG BABY TU NK NANGIS NI

15 scribble(s):

Faizah said...

sebak aku baca weih, teringt plak kt amir, innalillah. jln ampang hulu langat tu mmg bahaya kan. selalu dengar eksiden.

PixiePwincess said...

ala this is so sad. and this is a racist statement. keling kalau bawak kereta mmg selalu belagak mcm jalan tu dia yg punya. ntahapa2.

imee said...

liz, aku baru je last week baca blog sorg mangsa accident, anak umur 1 year meninggal. aku kasik link kat akaz kasi dia baca, last2 dua2 dok menangis kat ofis masing2. ni aku tak berani nk bagi kat dia, kang dia pun nangis lagi.

aku pun tgh kontrol tanak nangis ni. sgt2 sedih ok. aku takleh imagine perasaan family baby tu. 7 months, muda sket drpd aafiyah.

Liz Rohaizat said...

faizah> mmg bahaya. lebih2 lg time turun bukit. byk keta laju2. aku slali ckp dgn abg izat, jgn ikut rapat sgt.

PixiePwincess> urm, so true!

Imee> aku rasa kitorang leh nangis sbb kitorang pun ada anak kecil. abg izat tu pun nangis sbb dia terbayang budak tu. terbayang anak sendiri.

fyi,dia masuk bilik kecemasan tu dan usap kepala baby tu sambil menangis. aku lak x sanggup nak peluk sbb air mata meleleh-leleh.

kalau akaz baca, x tau la dia camne. tp elok kita tau. jd iktibar.

maisy said...

mmg dah sampai ajal..baby tuh 7 months je Tuhan bg pinjam kat mak die...

Aku mmg nak nangis je tp ctrl gile sebab tepi aku nih org laki..sian nye baby............

Tak kire la kecik or besar,if jadik ape2 pd anak2,mmg sedih sgt2...all of our memories with them..

bila start engine kete,kene byk membaca ayat2 al quran...moga di jauhkan drp kecelakaan.. yelah,bukan kita yg bwk laju pon,org lain pulak yg buat sengal...........

Liz Rohaizat said...

maisya > kita dah berhati-hati tp org lain yg careless kan? tu la bahayanya.

kita buat yg terbaik je la. pakai seat belt, anak letak dlm car seat, bawa berhati-hati..

hmm.. mmg dah ajal baby tu. cuma kesian dia meninggal atas kesalahan orang lain.

aku rasa, kalau diorg biarkan bapak budak tu bantai india tu 3-4 das, bagus gak!

ezan said...

sedihnya baca liz.. ezan pun rasa nak nagis.. apatah lagi kalo tgk depan mata sendiri kan... kadang2 kita berhati2 org lain pulak... :((

zidni said...

Astaghfirullah...

Pengajaran dan peringatan utk kita yang masih hidup ni...

MarDiah said...

baby tu sebaya anak kite.. xleh imagine.. sebak sedih semua ada... seriau bayangkan. kalau blh xnak bawa baby duduk dpn. tp hb suka sgt suruh dok dpn.

Liz Rohaizat said...

ezan> yup. psl tu kena selalu ingat. walaupun kita bawa berhati-hati, tidak tak terlepas dr sebarang malapetaka di jalanraya. saya selalu bgtau hubby agar jarakkan kenderaan dgn kenderaan yg lain and selalu alert dgn kereta bertentangan. jalan bukit ampang tu mmg ramai sgt yg x sayang nyawa. kitorang dah pernah beberapa kali hampir accident dgn kereta lain sbb diorg suka hati je memotong di double cross line.

zid> hmm, aku trauma seketika sampai susah nak tidur. semalam kitorang ambil cuti dan rehat kat rumah.

mardiah> bahaya kalau pangku anak. ckp dgn hubby, "sayang anak tak?". kalau sayang, letakkan dia dlm car seat. biarlah dia menangis pun. kena ajar. jgn kita yg menangis di kemudian hari. time tu tak berguna lg dah. anak sy kdg2 menangis tp pandai2 la pujuk dan pekakkan telinga. hehe.. yg penting, kita cuba selamatkan dia.

p!nkerton said...

sedihnye :(
*speechless*
yg buat geram tu, org yg tak bersalah selalu jadi mangsa. padahal malaun lain yg bawak kete tak ingat idup mati! tskk!

mamanoa said...

sebak baca..ni baru tgk org accident..liz u da baca yg UMMIHARRIS nyer blog..anak dia mninggal camni gak kes nyer lbih kurg..
slalu dia ltak anak dia lam car-seat nta camner aritu dia xltak pastu accident tercampak bb dier..yg sedih mninggal sbelah mak dia sindri..
i baca berjurai-jurai air mata

http://ummiharris.blogspot.com/2009/12/tragedi-02122009.html

Liz Rohaizat said...

mamanoa> sedihnya baca blog tu. actually, ku selalu nampak muka harris tp x follow blog mak dia. xtau arwah dah kembali ke rahmatullah

anizah said...

hukkks3... sedih nya.. sy nanges teresak2 baca... part yg sy x blh lupa kan.. " abang..!! ank bang..!!.." rase mcm trgiang2 je kat telinga..

Liz Rohaizat said...

anizah> jgn sedih2

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.