Tuesday, February 23, 2010

Refused to bottle-feed?

Aku takde la selalu nak call taska. Malah, tak pernah buat spot check pun. Hehehe.. So far, I trust all the teachers. Tak pernah nampak anakku comot dan lebam sana sini. Kalau ada pun, bibir bengkak tersembam masa belajar berjalan dulu. Ambil anak, dia sgt wangi sampai rasa nak mkn anak sendiri. Sape punya bedak bau strawberry ntah.

Cuma kadang-kala, aku call jika ada perkara yang perlu aku ambil tahu. Kalau dia demam teruk, mmg aku akan call utk check keadaan dia.

Sejak Batrisyia baik dari demam, she refused to bottle-feed. During weekend, ada juga aku bagi dia susu dlm botol sbb tak dpt agak dia bf berapa byk. Terbuang begitu sahaja. Then, dia taknak minum jugak semalam. Cikgu dia ckp, dia hanya minum 4oz di waktu pagi. Sebelah petang, dia hanya minum seteguk. Lepas tu terus geleng kepala. Wah, susah hati aku dgr. Tapi cikgu dia ckp, Batrisyia mkn nasi byk. Lega la jugak.

Dia dah taknak minum susu ke? Nak wean-off ke? Reverse cycling ke? Susu dah tak sedap ke? Huhu.. Tapi takkan la sbb elok je nampak muka aku, dia terus nak serbu. Mcm lapar je. Malam, dia bf punya la lama. Sampai 2 kali tertidur kat pangku. Sendawa kuat 3 kali =)

Pagi nie, agak berdebar-debar jugak la. Takut dia xnak minum lagi. Tgh hari tadi aku tanya cikgu dia lagi. Alhamdulillah, Batrisyia minum 7oz pagi tadi. Aku baru tau yg rupanya selama nie cikgu dia akan combine 2 botol agar amount tu banyak sikit. Tak kesah la cikgu oii. Janji anak aku minum cukup, mkn cukup.

Satu perkara yg aku cukup suka dgr dari mulut cikgu dia ialah, “Batrisyia tengah tidur”. Wah, mcm perkara ajaib je. Yer la, aku call tgh hari, dia tgh tidur. Kdg2 aku call pukul 3 ptg, dia tgh tidur. Boleh dikatakan bila aku call, dia tgh tidur. Mmg ajaib sbb kalau kat rumah, punya la susah nak tidur. Asyik nak main je.

Mungkin sbb nursery ada jadual. Ada waktu tidur. Bila kwn2 tidur,dia pun tidur sama. Sama la kes bila di malam hari di mana aku pura-pura tidur, dia pun bercakap sorang-sorang dan last-last dia tertidur sendiri.

Hujung minggu nie nak pergi potong rambut dia. Bagi comel sikit. Mesti dia akan melalak. Hehehe.

2 scribble(s):

MarDiah said...

aiman yg br 6mth pun mcm tu. nak2 dah mula mkn nie. mula2 bs bg mkn, dia xnak btl feed. ptg jek br nak. dah tau leh kenyang dgn mkn kot. so blh tunggu direct bl kite balik keje.

Liz Rohaizat said...

oh, aiman mcm tu ye? xpe la, at least awak boleh simpan susu yg awak pam masa kerja sbb dia dah kurang minum. mcm saya dulu, sampai anak setahun pun, dia masih minum 24oz di taska. pengsan. haha.. atas nasihat LC, baru la saya reduce her milk intake.

sy x kisah sgt la as long as dia cukup susu. bila blk rumah dan dia nak bf, dah kira ok la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.