Thursday, February 25, 2010

Playground

Misi membawa Batrisyia pegi playground tercapai. Ni bukan kali pertama aku bawa dia pegi playground. Tapi sebab dah lama sgt tak pegi, tu yg terasa nak bawak dia. Alhamdulillah, hujan turun lepas kami siap bermain.

Last time pegi playground, dia tak reti main lagi. Kali nie hebat dan seronok. Dia main jongkang jongkit dan gelongsor. Nasib baik jongkang jongkit zaman skrg dah moden. Kalau mcm zaman aku kecik dulu, jenis papan dan kalau org x naik, salah satu hujung akan mencecah tanah. Skrg punya dah jenis statik. So Batrisyia hanya perlu henjut sikit-sikit je, benda tu dah bergerak. Seronok dia sampai bila aku ajak dia main permainan lain,dia geleng kepala taknak turun.

Lepas tu, aku kenalkan dia pada gelongsor. Dia taknak. Dia cuma jalan-jalan kat sekitar kawasan. Beberapa minit lepas tu, dia nampak sorang budak lelaki main gelongsor. Baru la dia tahu benda tu best. Terus nak main. Terus cuba panjat dari depan. Ish, dah la aku layan dia sorang-sorang. Dgn pegang kamera nya. Dgn nak jaga anak. Hehe...

Mmg seronok melayan dia semalam. Lepas ni boleh pegi lagi. Dekat je dgn nursery dia.


Main jongkang jongkit


Haih, nak main ape nie? Tak reti la.

Wah, itu mcm menarik.

Alamak, ni tak boleh mkn ke?

Ni pose terbaik dan sopan santun utk hari itu.



Ok, tibalah masanya utk main gelongsor!









4 scribble(s):

sya_firwan said...

batrisyia da big gurl..:) excited main kat playground eh..

WanYgBest said...

alalalala..geramnyerrr!!!! cam nak cubit2 je batrisyia nih!

Liz Rohaizat said...

sya> Yer, esok dah setahun 5 bulan. skrg kalau nmpk playground, dia akan melompat-lompat.

Liz Rohaizat said...

wan> alamak, jgn la cubit pipi dia yg x gebu tu.. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.