Wednesday, February 17, 2010

Jom ronda bersama Batrisyia

Salah satu perkataan yg dia suka sebut ialah "Tuto" yg bermaksud "Motor". Nampak motor ke, nak naik motor ke, dgr bunyi motor ke.. semuanya "Tuto"! Kalau dia dgr bunyi motor dr dlm rumah, automatically leher akan jadi mcm leher angsa.. punya la tinggi sbb nak jenguk motor siapakah itu.

Jadi, bila balik Seremban minggu lepas, mmg byk kali dia sebut "Tuto". Kalau sebelum nie, dia seperti takutkan orang, sekarang tidak lagi. "Dukung la saya.. saya tak kesah.. asalkan bawa saya naik tuto". Kalau la dia boleh ckp, mesti dia ckp mcm tu.

Let me tell you something about her interest. Dia sgt friendly dgn org yg ada motor. Baru-baru ni, dia leh lambai pakcik tua naik motor yg jaga car park kat pasar malam. Nasib baik tak bg flying kiss.

Kalau sebelum ni dia agak takut dgn Pak Lang dia, hari Ahad lepas dia boleh terus depakan tgn kat Pak Lang dia sejurus lepas bgn dari tidur. Kenapa? Sebab dia tau Pak Lang dia ada motor. Maka, dia telah dibawa bersiar-siar naik motor tanpa pengetahuan umi dia nie.

Melalui observation, dia nampak hanya lelaki saja yg naik motor. Jadi, mungkin sebab tu dia depakan tgn minta didukung oleh mana-mana lelaki di rumah 1368.. dgn harapan lelaki-lelaki ini akan bawa dia naik motor.

Malah, sebelum pulang ke Langat hari Isnin lepas, dia sempat merengek minta naik motor lagi. Sengaja sakat dia. Abi dia started the engine dan pura-pura nak naik motor sorang-sorang. Anak aku mcm org tak tentu arah sbb abi dia taknak bawak dia sama.

Tercapai la hajat dia nak naik motor lagi sebelum pulang. Ko tgk muka dia? Ada muka berlagak "I dpt naik motor!!". Tak pandang camera tu beb!

Tapi kan.. tu motor biasa aje. Sebenarnya dia punya angan-angan utk naik motor Pak Lang dia tapi setakat ni, permohonan masih belum diluluskan oleh semua pihak. Penat dia geleng-geleng kepala dan tunjuk motor Pak Lang, tak dpt naik juga.


Nota: Sila jgn bawa anak naik motor seperti Batrisyia naik motor. Kami hanya ronda-ronda di hadapan rumah. Bahaya jika bawa kanak-kanak naik motor tanpa memakai topi keledar. Sekian.

2 scribble(s):

mita said...

steady tuh pegang kaki cermin..

Liz Rohaizat said...

ita> yes. ada gaya.. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.