Tuesday, February 02, 2010

Hujung minggu kami

(No pics. Blogger ada masalah kot)

We had a great holiday. Ala, cuti sempena Hari Wilayah pun boleh dikira holiday la jugak kan? Petang Jumaat, aku dpt tahu yg ayah aku kena denggi. Yes, denggi yer kawan-kawan. Mcm mane boleh kena padahal kat rumah takde bela nyamuk aedes atau jentik-jentik? Kena kat luar rumah la kot. Ayah aku suka bermesyuarat tingkap di tepi longkang di simpang rumah. Biasa la. Dah boring duduk kat rumah, ptg2 ambil angin kat luar pulak. Aku rasa kat situ la nyamuk2 tu cari mangsa. Now, ada beberapa ahli mesyuarat tingkap pun demam jugak. Masih tunggu result dr pihak hospital.

Therefore, kami balik ke Seremban kejap hari Sabtu ptg tu. Pihak hospital terpaksa sediakan 2 wad khas utk denggi disebabkan peningkatan kes denggi di Seremban. Kebanyakan pesakit nampak mcm tak sakit pun. Hehe.. Aku rasa pesakit yg agak lemah ditempatkan di wad lagi satu. Sempat la aku rebuskan ketam utk dimakan. Baunya sedap tapi tawar beb sebab tak bergaram. Ikhtiar je kan? Orang ckp, mkn ketam rebus (bersama air) dan minum 100 Plus byk-byk utk kembalikan tenaga dan top up bendalir dlm badan. Buat aje la. Tak rugi pun.

Ayah aku dah keluar dr wad semalam. Alhamdulillah.

Hari Ahad, kami dgn riang ria pegi beli brg2 dapur di Jusco AU2. Jauh ke aku pegi beli brg? At first, pegi Jusco Balakong. Tgk kereta2 beratur dan berebut nak masuk ke area tu je dah buat kami surrendered. Tu yg pegi jauh nun di Setiawangsa.

Kami beli 5kg brown rice. Tapi bila sampai rumah, baru tau yg brown rice nie, bila pek dah dibuka, kena simpan dlm peti ais. Iye ke? Ye la kot. Dah tulis gitu kat pek. Camne nak simpan 5kg beras dlm peti ais?? Aku masih cuba cari solution nie.

Minah berbaju cantik ni sgt suka dpt jalan-jalan. Aku geram la tgk rambut dia tu. Sebab panjang, nampak agak serabai. Nak ikat, dia mengamuk.

Hari Isnin, kami bermalas-malasan di rumah sbb hari sebelum tu dah penat kemas rumah. Tapi lps siap masak, terasa nak pegi jalan. Gatal betul kaki kami eh? Kami pegi dekat-dekat aje. Sg. Congkak! Sempat la rendamkan Batrisyia dlm setengah jam. Takleh lama-lama sbb air sgt sejuk. Kecut dah jari anak aku.

Korang ke mana minggu lepas?

Owh, hari nie 2 February 2010. Selamat Hari Ulang Tahun yg ke 16 bulan, Batrisyia!!

7 scribble(s):

Faizah said...

ko masuk jj balakong tu entrance mana? dia ada 2.aku slalu masuk yg lg 1, yg bukan depan econsave, kompem tak sesak.

btw, cuti wilayah aku, aku p lepak umah mak aku. laki aku kije daaa

Liz Rohaizat said...

faizah> aku masuk yg depan balakong tu la sbb aku dr highway. ada jln lg satu ke? kat mane? bgtau la!

tp tu la. x kesan psl parking. jusco tu kecil. bila ramai org, rasa sesak. tu psl aku suka AU2 sbb luas.

Faizah said...

kalo ko dr highway balakong tu, (ni kire ko dtg dr arah mines) ko jgn masuk exit depan ekonsave tu, ko pegi depan lg skit, lepas bas stop ada 1 lg simpang, amik simpang tu

next time ko try

ezan said...

kalo g jj balakong tu calling2 la.. rumah ezan kat area2 tu je.. mana la tau leh jumpa.. hehehe...

Liz Rohaizat said...

ezan> la, blkg tu je ke? alamak, dekat la jugak (walaupun x berapa dekat). hehe.. insya Allah, kalau ke sana, sy bgtau seminggu awal sbb xde phone awak kan? camne nak calling2. hehehe

maisy said...

Faiz and Liz-->if mmg dah sesak..makanya mmg beratur jugak aa nak masuk walau dr entry mana sekali pon...aku if hari JJ ke mmg tak pergi la...

Tp hari Liza gi,aku gi jugak ape,ptg ckit cam nak maghrib gitu..yg penting kene bwk kete kecik,senang nak letak mana2...and lagiii penting bace doa parking(ni paling aku suke)..mesti ade parking walau jauh ke dekat ke...

Liz Rohaizat said...

maisya> psl parking aku x kesah sgt. tp pk ramai umat kat dlm tu nnt n nak beratur bayar, x sanggup eden.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.