Friday, February 05, 2010

Her vocab at 16 months

At 16 months, Batrisyia dah kenal benda-benda di bawah:

Makanan: Nasi, biskut, air, roti, susu
Hidupan: Nyamuk, lalat, cicak, fish, semut, ayam, turtle, bear
Alam sekitar: Pokok, daun, bulan
Barang: Baju, seluar, tuala, bedak, sikat, beg, botol air, handphone, lampu, kipas, kunci, stokin, kasut
Kenderaan: Kereta, motor, basikal
Anggota badan: Mata, mulut, lidah, perut, tangan, kaki
Perkataan yg dia faham: Flying kiss, salam, shake hand, buka baju, buka seluar, halau nyamuk/lalat/cicak (dan dia akan sebut "Coh coh" sambil cuba halau guna tgn), duduk, sit down, baring, tutup gate.

Ni setakat yg aku ingat aje. Dia dah mula sebut perkataan-perkataan di atas. Tapi masih kurang betul sebutannya. Hanya kami je yg faham.

Sometimes, dia ni mcm ada je benda yg dia nak buat. So kdg-kdg kitorang ckp, “Ape la tu”. Baru-baru nie, dia sebut ayat nie gak tapi mcm ckp sorang-sorang. “Apa” dah betul. “La” jadi “Ya”. “Tu” jadi “Te”.. Sudahnya bunyi jadi “Ape ya te”. Padahal dia tau je sebut "Tu" tapi bila ayat panjang, jadi "Te".

Seronok bila discover benda-benda ni. Hanya orang yg dah ada anak kecil je faham keseronokan tu.

Lately, dia suka main salam-salam orang. Even org yg x kenal, mau jugak la dia salam cium tgn. Tapi salam aje eh. Dukung takleh. Baru-baru nie, kami pegi satu perjumpaan yg rata-ratanya dihadiri oleh kaum Cina. Mana yg kami kenal, kami jumpa la. Dah semua orang yg kami kenal ni dia salam cium tgn. I think Chinese tak biasa salam-salam ni kan? So diorg agak kagum tgk anak aku salam cium tgn. Hahaha.. Padahal dlm Malay culture, benda tu dah biasa kan?

Dia dah mula suka menconteng. Dulu tak pandang pun. Tapi akhir-akhir ni mcm berminat pulak. Lama gak dia akan main conteng-conteng. Bila dah boring, dia akan berdiri atas doodles tu sambil cuba pijak kuat-kuat. Sengaja je buat camtu sbb dia tau abi dia akan larang dia. Apa ingat ia barang murah? Bagi kami, tak murah la. Bagi orang lain, mungkin mcm beli gula-gula je.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.