Wednesday, February 10, 2010

Hari cuti

Kami ambil cuti sehari semalam. Hubby decided utk melepak di rumah kerana dia kata dia malas nak bgn pagi. Lepas tu ajak wife dia join the club. Wah wah wah. Terus smsed boss sebab kalau telefon pukul 6.30 pagi, rasa mcm mengganggu dia aje. Tgk Batrisyia pulak, sedap je minah tu tidur.

Ingatkan boleh la bermalas-malasan di tempat tidur. Bajet balas dendam sbb tiap-tiap hari wajib bangun sebelum subuh. Tapi 'alarm clock' dlm badan budak kecil nie mmg dah set utk bgn around 8am. Maka ditepuk tampar abi dan uminya sekitar jam itu. Setelah semua taktik utk bangunkan kami tidak berjaya (termasuk la cuba melompat-lompat), dia tekad utk terjun dari katil tapi berjaya diselamatkan oleh abi dia. Sabar aje la.

Masa pagi kami habiskan tgk Paycheck. Aku dah layan movie ni byk kali tp hubby tak pernah tgk. Ketinggalan zaman betul dia ni. Lepas tu bila tgk, sikit-sikit tanya aku, "Apa jadi lepas nie?". Baik tak payah tgk :P

Pukul 3pm, kami bawa Batrisyia ke klinik berhampiran. Dia batuk agak teruk di waktu malam. Mungkin sebab sejuk. Dah la abi dia ikatkan rambut toncet dan pakaikan baju warna putih. Bila masuk klinik, semua org pandang. Anak cina bermata besar mana yg tersesat ni. Hahaha..

Malam tadi hari panas kan? Erm, maybe kat Langat je kot. Alhamdulillah, dlm pukul 10.30 malam, hujan turun dengan lebatnya. Malam tadi Batrisyia tidur lambat sebab panas. Bila cuaca dan sedikit sejuk, baru la dia lelapkan mata. Kesian.

Utk kali pertamanya, kami layan anime Great Teacher Onizuka. Dulu aku layan drama aje. Skrg layan anime dia. Mmg lawak betul. Asyik tergelak je. Tapi hanya sempat layan 4 siri sebab lps tu ada date dgn Supernatural.

Saja update lite2 aje. (lite2? Weed, ko mesti ingat sape selalu guna perkataan nie. Ko ada blog url dia tak? Aku dah lupa. Dah lama x baca post gedix dia). Hari nie kerja menimbun di office. Minggu ni saya akan jd sgt busy sebab kalendar sudah menghampiri ke angka 15!

Later peeps!

8 scribble(s):

Faizah said...

muke batrisyia ada skit2 dah ikut muka ko

maisy said...

mesti aa ade iras liza..tp biase baby gal akan ikut ayah die.mak die sikit2 aje...baby boy faiz ikut sape??

uiks mmg panas sgt aa skarang nih..cam ayam panggang dah kami bertiga...dah tak thn takde aircond nih......baju betukar 2/3 kali sehari.....

Liz Rohaizat said...

faizah> haha.. ye ke?

maisya> mlm td pun panas gak. melekit badan rasanya!

Faizah said...

malam td mmg panas, ujan pon still bahang!, tunggu la ada bajet mmg nak pasang ekon kekek

maisya, anak aku ikut bapak dia daaa, sib baik kaler ikut aku wekekek

maisy said...

baby boy..kaler tak aa penting sgt..baby gal je la kita concern lebih....sume nak kene comel..kang boleh kawin ngan org kaya..ha ha ha..silap2 org yg beriman.....

Liz Rohaizat said...

yes, kaler x penting. apa2 pun, dia anak kita. harap sihat walafiat dan membesar jadi org yg baik. kalau putih melepak tp perangai mcm hantu, x nak jugak kan?

wah, nampaknya mak dina dah pasang angan nak kahwinkan anak dgn org kaya. hehehe

WanYgBest said...

alahai...geramnyer nak cubit2 batrisyia nih...cubit2 manja jer...dont worry mama liz...hehehe

panas eh mesia skrg? sini tetiba suhu drop..matahari terang benderang tapi tetibe ujan batu, semalam snow turun lgi...aku ingat spring dah dtg, tp mcm winter ni takmo pegi plak...shoh2 winter p la mesia tuh...kui2

Liz Rohaizat said...

wan> owh, sana ada snow lg? hehe.. tp thn ni snow mmg lg byk dr biasa kan? kalau snow dtg mesia, mau ramai org cuti.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.