Sunday, February 14, 2010

Global warming?

It's Sunday afternoon.

Nak tau apa aku buat skrg? I'm searching for a nice cold drinks!!! Cuaca sgt panas. Panas sejak kat KL lagi. Kat Seremban ni bertambah la panas sbb duduk kat rumah teres. Kalau kat Langat tu, redup la sikit sbb dikelilingi rimbunan pokok. Tu pun panas. Apatah lg kat sini. Berbahang sampai ke tgh malam!

Cuaca hanya mula terasa sejuk sekitar 4-5 pagi. Tapi menjelang 8 pagi, dah panas balik. Batrisyia hanya dipakai CD dan baju lubang-lubang. Kalau panas sgt, dia hanya berCD aje. Kesian. Malam-malam pun susah nak tidur. Merengek je.

Kepanasan melampau ni membuatkan kitorang terasa nak terus install air-cond kat ruang tamu. Tapi skrg kan Public Holiday, semua kedai tak boleh nak dtg pasang. Kena tunggu cuti habis dulu. Sabar je la.

Tekak pun asyik haus je. Kepala otak dah terbayang Pavlova, Air Batu Campur, Water Theme Park, Ulu Bendul, swimming pool.. semuanya benda-benda sejuk.

Jadi, aku masih sedang mencari resipi air sedap-sedap utk dibuat di rumah.

Satu je yg best pasal panas nie. Kain yg dijemur semuanya kering dan rangup. Hahaha...

5 scribble(s):

Fid said...

wahhhhhh
minum ayaq sejuk nampak! hahahaha

Liz Rohaizat said...

kak fid> haih, kalau ku minum air panas, mau makin panas badan nie. hehe.. ku minum air sederhana sejuk je. erk, adakah?

p!nkerton said...

sungguh! panas gilos skang ni huhu.. tadi kat berita ada kata sampai cecah 37C! aku yg jarang minum ais ni pon asik cari air sejuk je.. tskk!

missweed said...

tersengih aku bace post ko neh....
"kering dan rangup"..teringat dikala kite ramai2 jemur lingeries kat dahlia...kalo panas..wahhh...rangup! hahahahaha

Liz Rohaizat said...

fatih> betul.. aku minum air sejuk je. x tahan weih. panas, kering tekak.

weed> ahaha.. yer, kering dan rangup. bila angkat kain, kain tu keras statik sbb kena bakar melampau dgn matahari.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.