Friday, February 05, 2010

Dah mmg pelesit pun

'Pelesit': Pemandu bas ekspres kesal

IPOH 4 Feb. - Kira-kira 37 pemandu bas ekspres di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan laporan berita sebuah akhbar tempatan yang merujuk pemandu bas ekspres dengan gelaran 'pelesit'.

Wakil mereka, Meor Johari Meor Abu Bakar berkata, penggunaan istilah 'pelesit' dalam laporan akhbar berkenaan bulan lepas itu dilihat berniat jahat, melampau dan menjatuhkan maruah pemandu-pemandu bas ekspres.

"Gelaran 'pelesit' buat pemandu bas adalah kerterlaluan, seolah-olah pemandu bas mengabaikan keselamatan penumpang," katanya dalam satu sidang media di sini.

"Laporan itu mungkin bertujuan untuk menyedarkan tetapi istilah yang digunakan begitu berkesan bukan sahaja kepada kami pemandu-pemandu, malah turut melibatkan maruah kaum keluarga kami," tambahnya.

Beliau berkata, ekoran penyiaran artikel itu, para pemandu bas berasa malu dan bimbang masyarakat memandang serong serta beranggapan negatif terhadap mereka.

Menurutnya, beliau bersama beberapa rakan pemandu bas ekspres sudah mengambil inisiatif mengumpul tandatangan 571 pemandu bas ekspres di seluruh Semenanjung yang membantah penyiaran laporan berita itu. - Bernama


Wah, marah sungguh pemandu-pemandu bas ekspres nie. Sampai ambil inisiatif kumpul tandatangan 571 pemandu di seluruh Semenanjung.

Ahaks, gelak.. gelak. Apa betul ke kesemuanya 571 pemandu tu bukan 'pelesit'?

Dah agak byk kali juga la aku naik bas ekspres. Pergi Seremban, KL, Melaka, Kedah, Penang, Terengganu, Perlis, Perak.. haa, byk kali ok.

Dan aku boleh katakan hanya pemandu-pemandu Seremban-Mlk dan Seremban-KL (dan vice versa) je yg agak baik berbanding 'pelesit-pelesit' yg bawa aku ke Kedah, Penang, Terengganu, Perlis dan Perak.

Tak payah la nak terasa dan marah bila orang label korang ni 'pelesit'. Sbb dah mmg betul, kan? Kalau korang bawa lebih dari had laju, lepas tu suka hati je main potong-potong kenderaan lain, pastu dengan hebatnya conquer right lane (ye la, sbb korang bawa laju, mane leh bawa kat left lane).. apa maknanya? Kalau bas korang lebih laju dari kenderaan biasa yg bawa 110km/j, tak ke lebih had laju namanya tu? Tak ke namanya tak sayang nyawa sendiri dan nyawa penumpang?

Pengalaman aku naik bas ekspres ke tempat yg jauh-jauh nie mmg sgt menggerunkan. Dlm byk tmpt, hanya perjalanan ke Penang je kami naik bas di waktu siang. Sampai sana pukul 6 ptg. Bila siang, kurang sikit la pemandu tu bawa laju-laju. Perjalanan ke tempat lain, kami naik waktu malam. Selalunya lepas tgh malam. Gerun weih sbb bas dibawa laju. Boleh rasa bas tu bergoyang mcm nak terbalik. Bila dah takut, selalunya aku cuba tidur. Tapi kdg2 susah nak tidur sebab terfikir, kalau la accident time aku tidur, alamatnya mcm aku akan terus 'tidur' la. Probability utk hidup selepas accident lebih tinggi jika anda berjaga ye.

Benda ni bkn berlaku pada pemandu bas ekspres je. Cuba tgk pemandu bas R*pid. Ada yg bagus cara pemanduannya tp kebanyakannya mcm gangster di jalan raya. Aku selalu hangin dgn bas-bas nie. Berlagak. Mentang-mentang ko besar kan? Sesuka hati nak himpit orang, nak tukar lane tp x bg signal.

Aku pernah tanya hubby kenapa pemandu bas ramai yg camni. Dia jawab,.. erm, takyah la aku bgtau. Kang diorg marah lak.

Kesimpulan yg aku dpt ialah mmg ada 'pelesit' di kalangan pemandu bas. Biasa la kan.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Aku tak pandang hina, ok? Pakcik aku pun pemandu bas tp dia ok je di jalan raya. Mcm mana aku tau? Sbb aku selalu terserempak dgn dia di jalan raya.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.