Thursday, February 04, 2010

Babies are blooming everywhere

Bila kita terlalu inginkan anak, suddenly kita akan selalu ternampak baby. Perkara ni boleh dikatakan berlaku kepada hampir semua wanita yg telah berkahwin. Benda tu mungkin kebetulan. Mungkin sbb kita terlalu nakkan anak, maka deria kita alert dgn kehadiran baby.

Tiba-tiba nampak orang dukung baby, nampak gambar baby, nampak baju baby.. aih, sgt stress kalau dlm masa yg sama, org tu struggle utk dapatkan anak. Betul tak?

Batrisyia baru berumur setahun 4 bulan. So far, takde perancangan nak tambah anak. Tunggu la dia umur 2 tahun dulu. Nak bg dia minum susu puas-puas (pregnancy hormone boleh menyebabkan susu badan kering seketika).

But..

Tiba-tiba ramai pulak kwn-kwn sekeliling yg pregnant.

Dalila.. Ma-g.. Ita.. Sya.. wife Hisyam..Ni antara yg ak tau baru-baru nie la. Pastu leh lak tak tau Zai pregnant. Sekali 2nd child dia tu dah lahir pun. Hahaha.. Zai senyap-senyap je tambah bilangan ahli keluarga.

Yes, babies are blooming everywhere! Wah wah wah.

Sebab rakan seangkatan ada yg mula menambah bilangan ‘askar’, selalu jugak org tanya aku, “Bila nak tambah lagi?”.

Mari buat kira-kira. Kalau pregnant dan dlm masa yg sama masih menyusu badan, paling cepat susu boleh kering ialah ketika pregnancy mencecah 4 bulan. Aku pernah baca kat mane ntah. Lupa sgt la. Ok, maknanya 4 bulan pertama tu, ada lagi la susu. Maknanya, kalau dah beriya sgt nak pregnant, boleh la tunggu Batrisyia umur setahun 8 bulan. Hahaha..

Maknanya bulan June la. Tapi nanti lahir bulan January 2011 atau February 2011 lak. Tak cantik la bulan tu.

Kalau Batrisyia lahir bln 10 sama dgn umi nya, 2nd child nak dia lahir bln 7 sama dgn abi nya. Maknanya kena tunggu sampai bulan November.

Dah jauh bebenor hala tuju entry nie. Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah pada mereka yg pregnant dan bakal melahirkan anak thn nie. Tahniah juga pada Zai yg dah melahirkan baby boy lagi!

3 scribble(s):

WanYgBest said...

utk pengetahuan ko, aku yg belum kawin ni pun terasa sgt2 nak anak...nak2 bile tgk kakak2 ni, bile stress blaja, balik umah ade pengubat jiwa, kdg2 nak je kidnap sorg anak diorg bwk balik...pastu kalau p sana sini nampak bdk2 comel dlm coat tebal bebulu ngan snowcap bercuping telinga bear la, rabbit la lg la geram...rasa nak anak dan2 tu gak... huhuhu...agaknya mmg naluri org ppuan mcm tu kot...

hmmm...tetibe rasa idup aku ni kosong...nak p cari anak kucing la esok...kui2

Liz Rohaizat said...

wan> babies adalah creature yg sgt adorable. dia pakai baju buruk pun, messy dan comot mcm mane pun, nangis mengalir air mata pun.. tetap comel!

betul, anak pengubat jiwa. penat ke, stress ke.. tgk anak, terus hilang (walaupun anak kdg2 mendatangkan stress... hahaha).

haha, ape kes cari anak kucing? hehehe

p!nkerton said...

wah ma-g & dila dah pregnant ke? congrats2 bestnye :D
so bila ko plan for 2nd one ni? hehehe :) aku blom ready lagi, tgh pulun bersukan habis2an heheh ;p

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.