Friday, February 12, 2010

Be free

Aku percaya yang setiap kanak-kanak mempunyai potensi masing-masing. Ia akan berkembang jika kita beri mereka peluang untuk explore alam sekeliling dia. Nowadays, byk permainan kanak-kanak dicipta khas utk meransang perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Ada yang murah, ada yang mahal. Tapi pentingkah ia?

Adakah kanak-kanak tu yg demand atau ibu bapa dia meletakkan high standard utk anak-anak mereka? Serba-serbi nak diberi yang terbaik.

Aku nak cerita pasal Batrisyia sebenarnya. Dia tak byk permainan. Kitorang lagi suka belikan dia buku dan alat-alat utk belajar. Kebanyakan permainan yg dia ada pun adalah pemberian dari orang lain. Bkn kitorang taknak belikan dia permainan tapi dah tau sgt perangai dia. Main sekejap je, lepas tu ditolak tepi. Dia lagi suka main dgn bedak, botol susu, sudu, senduk, cloth diaper, botol air mineral, jam loceng…

Kdg-kdg, rasa nak halang dia main benda-benda nie especially bedak sbb habis dia teraburkan bedak satu rumah sampai lantai rumah yg warna coklat pun boleh jadi warna putih! Lepas tu, nak lg best, dia leh pegi mkn bedak tu. Cuit sikit dan rasa. Nasib baik dia pakai bedak pure cornstarch. Kiranya mcm mkn tepung aje la. Hahaha.. Tapi jgn biasakan ye. Aku selalunya cepat-cepat tangkap dia.

Dia sgt expert sepahkan rumah tapi belum pandai mengemas rumah lagi. Mmg aku biarkan aje dia sepahkan rumah. Why? Mmg la nampak mcm tak disiplinkan anak. Alahai, dia kan baru setahun 4 bulan. Betul.. betul kena ajar anak dari kecil. Tapi, menyepahkan rumah juga merupakan cara dia belajar.

Contoh:
Dia suka main dgn botol kosong. Dia TAHU yang uminya simpan botol mineral (kosong dan berisi air) dalam bilik No. 2. Maka, dia perlu masuk ke bilik tu dan bawa keluar botol mineral ke ruang tamu. Lepas tu baru boleh sesuka hati sepahkan botol tu di merata tempat. Setelah beberapa ketika, dia SEDAR yg botol air mineral yg kosong LEBIH SENANG DIANGKAT ke ruang tamu berbanding botol air mineral yg berisi air.

Jadi, aku biarkan aje dia menyelongkar seisi rumah asalkan tak membahayakan diri dia.

Anak perlu belajar dari alam sekeliling. Jangan selalu cakap NO. Biarkan dia mengembara dlm alam dia sendiri tapi kita pun wajib memerhatikan dia utk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Malam tadi masakkan Macaroni Primavera utk Batrisyia. Bila dah hampir habis, aku bg dia mkn sendiri. Habis dia lumurkan macaroni tu kat peha dan badan dia. Lepas tu dia mkn sampai habis. Dalam hal nie, daripada aku marah dan ckp NO, baik aku diam. Bila aku diam, dia rasa happy dan mkn sampai habis. Bila aku ckp NO, mau dia berhenti mkn dan terus buat sepah. Ini pendekatan yg aku guna. Lain orang, lain cara kan? Terpulang la pada masing-masing. Buat sementara ni, aku nak dia explore tanpa had.

2 scribble(s):

sya_firwan said...

yup..explorasi tanpa had..banyak yg anak2 boleh belajar..jadi kan rumah medan permainan dia..

Liz Rohaizat said...

sya> betul. tp kena pastikan rumah tu baby proof la.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.