Wednesday, January 27, 2010

Chicken Teriyaki with Colcannon

Apart from Jamie Oliver (JO), I love Rachael Ray (RR). I'm her huge fan since 2008. Bila aku pantang kat Seremban dan takde keje lain nak dibuat, keje aku tgk TV je la. Salah satu talkshow yg aku tgk ialah Rachael Ray. Aku suka dia sbb dia talkative, sweet dan resipi yg dia bg mmg nampak senang.

Walaupun aku minat resipi dia, aku tak pernah cuma. Asyik cuba resipi JO je.

Jadi, bila dah buntu nak masak apa malam tadi, aku terfikir nak cuba resipi dr RR yg aku tgk 2 hari lepas. Dia salai daging batang pinang. Utk side dish, dia buat Colcannon.

Colcannon ni resipi dari Ireland. Bunyi mcm pelik je tp sebenarnya ia hanyalah mashed potatoes yg dicampur dengan shredded cabbage.

At first, aku nak buat Cola Chicken. Tapi sebab hubby mcm taknak cuba je, aku tukar menu. Buat Chicken Teriyaki.

Colcannon by Rachael Ray (serves 4)


Ingredients:

1 pound kobis hijau - hiris nipis
10 keping beef/chicken strip - potong kasar
8 biji kentang
Susu
Butter
Daun Kucai
Salt and pepper

Cara membuatnya:

1. Rebus kentang hingga empuk. Kemudian, buang air rebusan dan kembalikan kentang ke dlm periuk. Biar api perlahan kerana kita nak keringkan air di kentang tu. Tapi make sure jgn hangus pulak. Sekejap je. Bila dah kering, tutup api. Masukkan sedikit butter dan susu. Lenyek. Tambah susu jika terlalu kering. Kita nak dia moist sikit.

2. Dlm non-stick pan/kuali/ apa-apa je la, panaskan olive oil. Kemudian, masukkan beef/chicken strips. Goreng hingga sedikit perang. Kemudian, masukkan kubis. Kacau rata. Masak hingga sedikit layu. Jgn terlalu layu. Kita nak kubis tu rangup sikit.

3. Kemudian, transfer kubis td ke dlm periuk yg ada mashed potatoes tadi. Gaul rata. Jika kering, tambah susu. Masukkan daun kucai. Salt and pepper to taste.

After-thought:
1. Aku omit butter. Actually, aku lupa nak letak butter. Tapi rasa tetap sedap.
2. Menurut RR, kalau rasa malas nak potong kubis ke.. tak sempat ke, dptkan aje coleslaw di pasaraya. Cuma coleslaw ni ada carrot je. Tidak mengapa.
3. Kalau taknak letak daun kucai, boleh potong dadu 1/2 biji bawang dan dimasukkan ketika goreng beef/chicken strip tadi.




Chicken Teriyaki


Bahan-bahannya:

Setengah ekor ayam - potong kecil-kecil
3 sudu besar madu
3 biji bawang putih - diparut
3 inci halia - diparut
4 sudu besar kicap manis
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:
1. Perap semua bahan selama setengah jam. Make sure digaul rata.
2. Panaskan non-stick pan. Tuang semua bahan ke dalamnya. Tutup dengan penutup periuk. Kacau sesekali utk mengelakkan hangus.
3. Bila sos dah berkurangan/sedikit kering, boleh diangkat dan dihidang.

Nota: Sos akan sedikit berbuih. Tidak mengapa. Hanya perlu kacau rata selalu agar warna tu rata.

4 scribble(s):

Faizah said...

senang nya masak chicken teriyaki tu, bape lama baru blh siap masakan tu?

Liz Rohaizat said...

faizah> actually, kena perap sejam. tp aku malas nak tunggu sbb i'm a busy woman. kahkahkah. aku perap setengah jam je. rasanya kalau ko xnak perap pun ok kot. just make sure gaul rata.

kalau tolak masa memerap, x sampai 10 minit ayam ni dah siap. bergantung besar mana api dapur. dan bergantung ayam tu besar mana. kalau potong kecil2, cepat la masak. kalau potong besar, lambat sikit la kot. rasanya kalau ko guna kepak sahaja, cepat je siap.

cuba tau. mmg sedap! menjilat jari!

maisy said...

aah nampak senang...mesti husband aku tanye mende awk masak nih??if berkuah ckit terus tanye..gulai mende nih..tak paham aku nape sume nak letak nama gulai....

apesal blog ko sampai chicken teriyaki ni je leh tgk..yg lain takle pon....

Liz Rohaizat said...

maisya> ada org dia akan panggil semua lauk berkuah tu GULAI. hahaha.

mmg senang la beb. nak bwk pegi picnic pun best nie.

aku rasa ko hanya leh view entry tu sbb guna browser lain kot. ko guna browser ape? aritu kwn aku kena camtu gak. tp dia kata, lps dia tukar browser, terus ok. leh view semua. aku xtau ape msalahnya

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.