Monday, January 11, 2010

Tak boleh ke keluar satu-satu?

Oh My God,

Kesian sgt kat Batrisyia.. sob.. sob.

Hujung minggu kami dihabiskan di rumah aje. Suka!!! Kenapa? Sebab dpt buat spring cleaning dan semua kerja dpt disiapkan dengan jayanya. Hehehe..

Ok, tapi semalam kami keluar sekejap ke Jusco AU2. Hehe.. mengelat di situ!

Anyway, ada apa dengan Batrisyia?

Dia mmg menguji kesabaran aku Sabtu malam yg lalu. Dia masuk tidur pukul 8 malam. Mungkin penat bermain dgn siang hari. Then, dari waktu di lelapkan mata sampailah dia bangun pagi pada pukul 7 pagi, rasanya mau 10 kali dia bangun malam! Merengek.

Apa hal pulak budak ni kan?

Ahad tu, dia merengek lagi. Kejap-kejap nangis. Dah mula selesema. Dah mula batuk. Damn. Aku rasa aku tau kenapa sbb benda ni pernah jadi 4 bulan yg lalu.

Aku suruh dia buka mulut luas-luas dan aku buat check up. Ah, the same culprit! Gigi nak keluar. To make is worse, 6 batang gigi nak keluar serentak. Bila aku kata nak keluar, bermaksud gusi dah bengkak dan nak pecah. Putih gigi sudah mula kelihatan.

Huwaaa, kesian kat anak aku.

Kdg2 dia taknak minum direct. Pastu badan mula panas. Nasib baik dah boleh minum air kosong. So bila mcm tak lalu sgt nak minum susu, aku bg air kosong. Makan pun main geleng kepala aje. Semalam, dia hanya mkn 2 biji apam sebesar penumbuk aku. Kesian...

Sebab dia merengek sgt, kami bwk dia jalan-jalan di luar rumah. Sempat melepak di rumah jiran. Dia main dgn Zeti dan Farah. Mulut pulak riuh 'berbual' dgn kak Efy dan makcik tuan rumah. Diorg mmg suka melayan dia.

Psl dia merengek, kami jalan-jalan di Jusco AU2. Kebetulan, mmg nak jumpa kwn kat sana. She had so much fun. Jusco sana kan agak besar, luas dan kurang orang. So mmg senang. Lepaskan dia kat hall, dia akan jalan sesuka hati. Aku tgk je la. Pastu ada pulak anak orang lain join the club. Dah diorg saling kejar mengejar pulak. Sebaya pulak tu! Orang lain yg duduk kat tepi tgk je kitorang mak-mak ni melayan budak kecik yg tgh syok berjalan. Tak mau didukung yer.

Aku pernah mentioned yg Batrisyia suka turtle kan? Mr. Andre bagi dia patung turtle yg sgt cute! Serious, aku suka patung tu sbb comel. Nak tau Batrisyia buat apa dgn patung tu?


Ok, I dah tau yg dia belum bersedia utk potty training. Hahaha.

2 scribble(s):

J said...

Salam Liz,

sabar jelah gigi keluar sekaligus banyak...tapi better like that sebab sekali harung je sakit tu..dari nak merasa 6 kali sakit...pelan2 pujuk la...

My doter dah ada 12 batang gigi plus 4 batang first molar dan 1 batang lateral incisor yang keluar sekaligus. memang layan je la sakit lebih kurang seminggu...

nak tanya tips dari liz camna nak ajar ank tidur awal...sekarang ni tidur 12pm ke atas bangun awal pulak sebab nak hantar ke pengasuh..di rumah pengasuh pakat main pulak dengan kawan2. petang tidur sejam je. mak dia pulak pening nak kena ikut time anak tidur..heheheh

thanks in advance. :-)

Liz Rohaizat said...

J> lama tak tinggal komen kat cni. ingatkan dah hilang :)

yes, biarlah keluar sekali 6. biar sekali harung. hehe.. smalam nampak dia dah ok sikit.

tips ajar anak tido awal? erm, saya rasa la anak saya boleh tidur awal sbb saya dah latih sejak dia baby.

masa newborn, mmg la kerja dia tidur je kan? dia tidur tak tentu masa. masa tu, saya pastikan saya bawa anak masuk bilik pukul 9 malam. dia tido atau tak, tu blkg cerita. saya pakai lampu tidur utk bg dia mood. sampaikan MIL tegur saya sbb saya bwk masuk anak saya tidur cepat sgt. tp saya diam je la. saya rasa ia membuahkan hasil.

bila dia dah ada sleep pattern, saya latih dia tidur pukul 8.30 malam. lps dia dinner dan main sekejap dgn kitorang, saya bawa dia masuk bilik, bg susu dan tidurkan dia. dari situ, dia mcm dah dilatih. mmg by 8.30pm, mata dia pun dah ngantuk.

tp bila dah besar sikit nie, mata dia pandai lawan. dia terlalu syok explore semua benda sampai lupa nak tidur. now, paling lewat dia akan tidur pukul 9.30 malam. selalunya pukul 9 malam dah lelap.

kalau kt nursery, diorg ada sleep schedule. kdg2 anak saya tido. kdg2 tak sbb dia lg suka main. saya tak berapa kisah. nak paksa pun tak boleh. kalau dia ngantuk, dia tidur la kan?

cuba baca articles ni:
http://www.babycenter.com/0_child-wont-go-to-sleep-1-to-2-years_3666.bc

http://www.babycenter.com/0_how-much-sleep-does-your-child-need_7645.bc

diharap membantu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.