Monday, January 11, 2010

Siakap Steam

Once upon a time..

Chewah, bunyi mcm dah beratus tahun yg lalu je. Actually, dlm 10-15 tahun yg lepas, aku merasa mkn Siakap Steam buat kali pertama dlm hidup. Masa tu pegi rumah Dilla. Mak dia masakkan lauk nie. Sedap.

Sampai ke hari nie, aku masih teringat akan kesedapannya. Sejak ada steamer kat rumah, terasa nak buat pulak. So terus tanya Dilla akan resipi mak dia. Dia just bgtau bahan apa yg nak letak. So aku main tibai je buat sukatan ikut suka hati. Hahaha.

Here is the recipe.




Siakap Steam

Bahan-bahannya:

Seekor siakap
4 cm halia (aku letak byk jugak sbb nak hilangkan bau hanyir ikan)
Sayur (aku letak cendawan butang, celery, cauliflower dan carrot)
3 ulas bawang putih (dihancurkan dan digoreng dengan sedikit minyak)
Red capsicum (ni mak dia tak letak. aku letak sbb nak bg warna sikit n sbb aku suka)
3 batang serai
2 sudu tepung jagung (dibancuh dgn 1 1/2 cawan air)
Sos tiram (Boleh campur dgn tepung jagung)
Sos plum (Boleh campur dgn tepung jagung)

Cara membuatnya:

1. Ikan disiang dan dibersihkan. Lumurkan ikan dengan garam.
2. Masukkan dlm bekas pengukus.
3. Halia diracik dan ditabur di atas ikan.
4. Kukus.
5. Bila sudah setengah masak, masukkan sayur-sayuran dan serai yg telah diracik
6. Masukkan bawang putih yg telah digoreng.
7. Bila sayur hampir lembut, curah tepung jagung yg telah dibancuh dgn air tadi.
8. Setelah masak, tutup api. Siap utk dihidang

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.