Monday, January 25, 2010

Salah satu cara nak ajar anak gosok gigi

I have to document this!

Kanak-kanak (especially yg baru dpt title toddler) belajar melalui persekitaran, baik alam semulajadi mahupun orang di sekelilingnya. Kerana itulah kita sering diberitahu agar menjaga kelakuan di depan anak kita sendiri walaupun anak tu masih kecil. Dia mmg nampak mcm tak tahu apa-apa tapi dia belajar dari kita.

Kdg-kdg kita nampak dia tiru perbuatan kita. Pura-pura bercakap di telefon, halau nyamuk, cari radio station thru handphone.. tu merupakan antara perkara yg Batrisyia belajar dari kami. Cuma bab mengemas rumah je dia masih belum dpt tiru walaupun sibuk nak main dengan penyapu! Dia hanya mahir menyepahkan rumah.

Rasa mcm baru je dia lahir dan hanya tau baring mengadap siling. Sekarang dah aktif tak reti duduk dia.

Bila Batrisyia jelir lidah kat Zeti (jiran dia), kak Efy (mak Zeti) tegur Batrisyia. Aku terangkan kat kak Efy. Batrisyia bukan jelir lidah seperti yg dia sangkakan tapi sebenarnya Batrisyia tunjuk yg tu lidah dia. Dia hanya tiru apa yg belajar dari flash card dia. Sama mcm kes dia nganga mulut sbb tiru flash card “mulut”. Barulah kak Efy faham.

Kdg-kdg jenuh nak ajar dia benda baru. Flash card tu pun dia pandang sekali imbas. Dia boleh skip dan tgk gambar yg dia suka aje. Bila ajar lidah, dia tak reti. Dia tak faham. Terasa mcm dia akan lambat kenal mane satu lidah.

Tapi once dia dpt ilmu tu, terus dia tunjuk dan buat parents dia terperanjat. Rasa mcm new discovery sbb tiba-tiba je dia tau nak buat ekspresi “lidah”. Mak bapak dia mmg over kan? (Especially umi dia la. Tu pun nak cerita kat blog).

Aku rasa, dia lambat nak faham “lidah” sbb gambar tu hampir sama dengan “mulut”.

Baru-baru nie aku nak ajar dia “perut”. Perut takde flash card ye. So cara aku ajar dia senang je. Aku tanya, “Mane perut?”. Dia buat muka blur. Aku jawab, “Niiii” sambil cucuk perlahan dan tepuk perut dia. Aku buat berulang kali selama beberapa hari. Kdg-kdg aku tunjuk mana perut aku. Mane perut abi dia. Utk bagi dia faham. Utk bagi dia tiru perbuatan kitorang.

Akhirnya skrg, bila aku tanya soalan yg sama, terus dia tunjuk perut dia. Hehe.. bagus-bagus!

Maknanya skrg dia dah kenal mata, mulut, lidah, perut, tgn dan kaki. Hidung masih belum pass sbb dia masih tunjuk pipi dia.

Disebabkan dia suka meniru perbuatan kitorang, kami gunakan pendekatan yg sama utk ajar dia gosok gigi. Berus gigi telah dibeli sejak umur dia 7 ke 8 bulan ntah. Punya la jenuh nak ajar dia gosok gigi. Dia taknak buka mulut. Aku tak putus harapan. Aku cuba gosok guna kain pulak. Pun dia ketap-ketap mulut. Siap nak gigit jari aku pun ada.

One fine day, hubby kata yg kitorang mesti gosok gigi depan dia. Baru la Batrisyia nak ikut kot. Tapi plan tu asyik tertunda je.

Hinggalah hujung minggu lepas. Hubby bersihkan Batrisyia lepas dia poo. Alang-alang ada dlm bilik air, hubby terus gosok gigi sbb dah makan mlm. Batrisyia pandang je. Hubby terus ambil berus gigi Batrisyia dan tunjuk kat dia. Terus minah tu nak gosok gigi. Takde meronta-ronta lagi. Ajaib.. ajaib. Ditambah pulak dgn umi dia ni bagi puji-pujian di belakang (aku hanya ckp, “Pandainyaaa”). Agaknya minah tu beranggapan dia mesti gosok gigi, baru la jadi pandai. Hehehe..

Lega hati aku sbb akhirnya dia mau gosok gigi. Dia suka mkn mcm-mcm. Walaupun bukan benda-benda manis, aku tetap rasa ianya perlu utk elakkan gigi dia cepat rosak.

Dia juga dah tau yg lepas mkn, mesti basuh tangan dan mulut. Jadi bila dia rasa kenyang dan taknak mkn lagi, dia akan berdiri di gate dapur sambil hulurkan tgn dia. Maknanya dia nak basuh tgn dan mulut la tuh. Tapi, kdg2 lps basuh tu, dia rasa nak mkn benda lain pulak. Jadi, kdg-kdg kitorang kena la basuhkan mulut dia 3-4 kali dlm satu malam. Letih acik!

Kanak-kanak mmg cepat terbiasa dengan rutin kan? Sebab tu elok aturkan dan ajar mereka dari awal.

So far, kami dpt agak apa yg dia nak sbb dia banyak buat sign language. Bila dia nak masuk tidur, dia akan peluk aku dan lambai abi dia. Kdg-kdg dia terus berdiri depan bilik dan lambai. Bila kita faham maksud dia, baru dia akan bg flying kiss, cium dan cium tgn abi dia.

Satu info yg aku dpt melalui pembacaan ialah cara mudah utk mengajar anak nama-nama barang di sekelilingnya ialah dengan cara menyebut nama barang tu.

Contoh:

Nak suruh anak ambil bola yg berada di sudut bilik.

Jgn sebut, “Ambil tu” sambil tunjuk ke arah bola.
Sebaliknya sebut, “Ambil bola tu” sambil tunjuk ke arah bola.

Pendek kata, jgn hanya sebut “tu” sebaliknya beritahu dia apakah nama barang tu.

Nak ajar anak tanggal seluar sendiri.

“Jom mandi. Tanggal seluar dulu” bercakap sambil tunjuk kat dia yg mana satu seluar dan lucutkan utk dia. Mmg dia takkan reti nak tanggal seluar sendiri. Tapi lama kelamaan, bila kita suruh dia tanggal seluar, dia akan berusaha nak lucutkan seluar dia. Maknanya dia faham apa yg dimaksudkan “tanggal” dan yg mana satu “seluar”.

Adakah nampak sgt obvious yg aku suka cari info dan apply kat anak? Hahaha. Aku suka la ajar dia benda-benda ni

4 scribble(s):

maisy said...

Aku pun dah lupe bile 1st time ajar Dina gosok gigi..tp of course bile die bergigi la kan...

Aku beli tooth brush comel2...(time kecik dulu she follow je,skarang nih,nak yg pic mickey mouse je)..suke je die nak gosok gigi...mule2 mmg Dina nak buat sendiri..dah boring baru aku leh gosokkan...

Aku ade lagu sendiri bile nak gosok gigi Dina..aku rase cam comel je lagu tu...ade la senikatanya..brush your teeth..bla3...adik aku sure nak muntah dgr lagu tu(die ckp geli je dgr irama nya)..ha ha ha..

Janji anak kita suke gosok gigi sambil joget2.....tu time kecik2 la..dah besar la nih,aku ade nyanyi2 gak..tp biase aku ckp upin ipin pon gosok gigi..Dina if ckp upin ipin sume nak ikut....pastu claim gigi die ade ulat...mesti die gosok punya..... :)

Liz Rohaizat said...

maisya> ceh, apakah lirik lagu gosok gigi tu? hehehe.. ajar ler. kot2 leh praktik di masa hadapan.

skrg batrisyia pakai tooth brush yg comel tu la. x reti gosok sndr lg so kitorang yg kena gosokkan. maybe bila dah reti pegang sndr, baru belikan berus gigi mcm dina.

budak mmg kena saiko sikit kan?

Faizah said...

anak buah aku, kalo nak minum susu, letak jari telunjuk kt bibir berkali kali

ntah mana dia blaja ntah lerr

pastu kalo tertgk anu si amir masa aku tgh salinkan, cepat je cakap bebird, adoii, aku rasa adik aku la tuh sebut bebird tuh skali je kt dia, cepat dia ingt

pastu kalo tgk aku nak bf amir asik cakap eee, eee kekeke

anak buah aku pmpuan heheh, setahun 8 bln

Liz Rohaizat said...

faizah> comel anak buah ko. hehee.. budak mmg cepat belajar la. psl tu jgn ckp x senonoh depan diorg. ajar yg baik2 aje.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.