Tuesday, January 19, 2010

Korean-Style Pepper Steak

10 tahun lepas, kemasukan drama bersiri Jepun dan Korea ke Malaysia agak memberi impak kepada penonton. Rata-rata, ramai yang tak melepaskan peluang duduk di hadapan televisyen dan mengikut drama-drama bersiri tersebut. Drama bersiri Jepun seperti Beach Boys, Vacation, With Love, God Give Me More Time dan Office berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia utk menghabiskan masa petang di rumah. Drama bersiri Korea pun tak kurang hebatnya. Sape yang tak pernah tgk Winter Sonata, Autumn in My Heart dan Stairway to Heaven?

Satu tika dulu, kita tak kenal pun bangsa Jepun dan Korea. Masa aku kecil, aku pernah berjiran dengan orang Korea. Yg aku ingat, laki tu suka bersenam dan main tali skipping di waktu petang. Hehe. Melalui drama bersiri ni, kita mula mempelajari latar belakang dan budaya masyarakat di sana. Malah, aku dgn Weed siap belajar bahasa Jepun dan Korea melalui drama nie. Ahaks, boleh ar ckp sikit-sikit. Nyanyi lagu sikit-sikit. Tak la mcm kak Fid yg lagi terer ckp BJ dari BM. Hehe.. ampun kak Fid. Ku mmg tabik spring kat dirimu.

Kenapa aku suka drama-drama ni? Sebab hero handsome ke? First, aku suka drama diorg yg santai. Kalau tgk, mmg rasa nak gelak je sbb cara diorg bertutur tu kelakar. 2 bulan lps, kitorang layan My Boss My Hero. MEMANG LAWAK GILER CITE NIE!!! Tak caye, korang cari dan tgk. Nama je hero tp suka puding. Aihh,.. (bergenang air mata aku bila terbayang cite lawak hero ni). Tapi tak semua cerita tu lawak eh. Cuba tgk God Give Me More Time. Cerita tu SGT SEDIH. Aku layan drama tu dari episod 1 hingga episod akhir tanpa henti dalam masa sehari. (Ni zaman kat U, takde keje nak buat,takde anak nak dilayan, takde suami nak disuapkan makanan). Mata bengkak-bengkak nangis. Huhu..

Laki Jepun tak handsome la (kecuali Takeshi Kaneshiro). Ku suka pelakon Korea.. Won Bin dan Kwon Sang Woo handsome tak? Aih, muka diorg biasa je. Aku suka tang rambut aje. Boleh?

Teringat zaman U. Kalau ada kelas abes pukul 7pm, cepat-cepat berambus dan jalan laju-laju semata-mata nak sampai rumah cepat-cepat agar dpt tgk drama2 ni. Hehe.. Pastu malam-malam, Weed akan buka lagu-lagu Korea dan Jepun dalam bilik sambil nyanyi sama-sama. Kehkehkeh. Eh, aku hafal tau lagu Jepun dan Korea yg aku minat. Mcm paham tu. Gigih kitorang mencari lirik utk bagi bunyi yg keluar dr mulut tu sama dengan lagu.

Masa mencari resipi baru utk dicuba, aku terjumpa satu resipi. KOREAN-STYLE PEPPER STEAK. Wah, terus nak cuba. Senang je masak nie. Bahan pun sikit je. Sedap pun sedap. Dlm seminggu, aku dah buat lauk ni 2 kali. Sila cuba.

Korean-Style Pepper Steak taken from Men's Health





Bahan-bahannya:
500g daging ~ dipotong nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah ~ dipotong dadu
2 sudu besar kicap soya
1 sudu teh gula
1 1/2 sudu teh olive oil
1 ulas bawang putih ~ dipecah
1 sudu teh serbuk cili

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan dlm ziplock. Goncang-goncang, buat tarian gelek kat dapur. Make sure semua bahan sebati. Nak perap setengah jam pun ok.
2. Panaskan kuali.
3. Tuang semua bahan ke dlm kuali. Masak hingga daging keluar air dan empuk. Ada la dlm kurang 10 minit sebab daging tu dah potong nipis. Therefore, tak ambil masa yg lama utk dimasak.

After-thought:
- Kali pertama masak, aku bg kering. Kali kedua, aku biar ada kuah sikit. Yang kali kedua tu lebih sedap. Sampai menjilat jari. Hubby siap hirup2 kuah, buat muka sedap. Hehe.. definitely akan selalu buat. Goodbye Daging Masak Kicap.
- Kalau nak lagi pedas, leh masukkan 2 sudu teh serbuk cili.
- Rasa lauk nie mcm masak kicap tp lain sikit la.
- Paling aku suka, tak payah letak garam! Gula tu kalau nak omit pun rasanya takde masalah

5 scribble(s):

MarDiah said...

Nak try, tapi nak tukar daging dgn paru.. nanti ku repot lagi..

Liz Rohaizat said...

mardiah> ok, nnt bg feedback kat sini je. xtau la sedap ke tak kalau guna paru.

missweed said...

sarange! ahhaaha

missweed said...

sudah cuba...sgt sedap!! tp aku modify sket....hehehe...aku letak pepper sket...mix vege sket..n disebabkan memule aku gune kicap manis....aku tmbh lil splash of lite soy sauce sbb nak ade rase masin sket2...ngeeee....aku perap dlm 1/2 jam..kalo lg lame sure lg sedap!!n aku gune cili merah biase je sbb takde capsicum..kalo gune capsicum sure lg terangkat...

Liz Rohaizat said...

weed> aku x guna lite soy sauce pun. aku guna kicap kipas udang. sbb dia kata "kicap soya", so aku rasa kicap biasa pun ok. aritu pun aku perap 1/2 jam. bg mesra-mesra gitu. capsicum akan bg rasa manis sedap. aku suka. tp capsicum merah la. bila dah masak,dia jd separuh lembut. so rasa dia blend dgn daging skali.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.