Thursday, January 28, 2010

Keganasan rumah tangga: Apakah yg anda akan lakukan?

Baru-baru nie, aku terdengar satu pergaduhan besar yg melibatkan sepasang suami isteri. Kurang pasti mereka berbangsa apa kerana suasana yg agak kecoh dan tegang pada waktu tu. Aku yg berada di parking lot hanya dengar jeritan suara suami isteri nie. Masa tu pukul 7.30 pagi. Awal pagi dah buat kecoh!

Kedengaran si suami mengherdik dan menjerit. Sesekali si isteri bersuara tetapi cepat dipotong oleh suami. Dgr barang dibaling.. ke dinding atau lantai barangkali.

Ada la dlm 5 minit aku terpacak kat parking lot tu. Cuba nak make sure intonasi suara diorg. Cuba nak pastikan semuanya okay (okay bermaksud tidak membawa kepada situasi yg lebih buruk). Kalau nampak teruk, ingat nak telefon polis je. Masa aku berlalu, suara mereka masih kedengaran.

Aku terfikir. Tak malu ke mereka dgn org sekeliling? Aku terfikir lagi. Bagaimana pula dgn jiran-jiran mereka? Hanya pandang dan dgr? Tak cuba masuk campur?

Susah nak tgk org sekarang ambil berat mcm dlm drama Seniman Bujang Lapok. Bila 2 isteri bergaduh kerana seorang lelaki, 3 bujang lapok ni cuba leraikan pergaduhan tersebut. Ada lagi ke org buat mcm tu skrg? Kita nak tlg, silap-silap biji mata kita yg lebam! Betul?

Kita fikir, “Biarlah, tu hal keluarga mereka. Jgn pandai-pandai nak masuk campur!”.

Jgn pandai-pandai nak masuk campur.

Bila dah ada kes amuk, dah ada nyawa melayang, menyesal pun tak berguna lagi kan?

Masyarakat kita tinggi nilai sopan santunnya. Sebab tu mereka tidak mahu jaga tepi kain orang. Dah nampak isteri org tu lebam-lebam pun, dibutakan mata aje. Tgk anak org terbiar, pun buat tak tau.

Sebulan lepas, aku baru dpt tahu yg salah seorang jiran aku jenis suka mengamuk kat rumah dan cepat naik tgn. Dia selang 3 rumah dr rumah aku. Jadi aku mmg tak penah dgr dia mengamuk. Hanya sekali je aku penah dgr. Tu pun sbb lalu depan rumah dia. Terkejut aku. Hubby ckp, lelaki tu mmg mcm tu. Tuan rumah pun dah tak tahan tgk perangai dia. Rasa nak halau je. Aritu laki tu nak pindah. So makcik tu lega dlm diam. Sekali tak jadi pindah. Kalau aku dgr dia mengamuk teruk2 lagi lepas ni, mmg aku panggil polis je. Tak kesah la ko badan besar ke, keje bouncer ke.. aku peduli apa.

Kalau kat luar negara, kes-kes mcm ni dah dpt perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jiran-jiran akan buat report sbb bagi mereka yg prihatin nie, kebajikan isteri dan anak tersebut wajar diberi perhatian. Mereka wajar diselamatkan!

Nota tambahan:


Kepada keluarga di Seremban, takyah risau pasal kecederaan yg berlaku pagi tadi. Sila tgk gambar di bawah. Luka tak teruk. Sah-sah takyah jahit. Hehehe.. Cuma kesan luka tu agak panjang la jugak. So far, darah dah tak menitik tp x kering gak.


Ini bukan gambar keganasan rumahtangga.

2 scribble(s):

zidni said...

gambar keselamatan rumahtangga, hehe

Liz Rohaizat said...

ni gambar perempuan cuai yg terlanggar pintu kereta. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.