Tuesday, January 26, 2010

Ibu-ibu yg dilabel Power Puff Girls

Bila baca entry Maisya hari nie, aku hanya mampu tersenyum. Kenapa? Sebab aku terfikir benda yg sama malam tadi. Aku ckp dgn diri aku malam tadi, "Esok nak buat jadual harian dan tgk kenapa aku rasa masa ni manjang tak cukup je nak siapkan semua keje". Hehehe..

Maisya menanyakan 5 soalan kepada pembaca. Meh la aku jawab.

a) adakah korang tak hectic di tempat kerja?korang kurang kerja ye?
Jawapan: Alhamdulillah, kerja aku tak berapa teruk. Aku hanya jadi terlalu busy pada 15 hari pertama setiap bulan. Maknanya 16hb onwards, aku lepak-lepak aje dan kdg-kdg boleh jadi mcm boring giler. Ahaks.

b) tempat kerja dekat ngan umah?
Jawapan: Takde la dekat sgt kot. Tapi takde la jauh mcm ko. Perjalanan terasa dekat sbb aku hanya perlu lalu MRR2. Sebab aku keluar awal dan selalunya masuk MRR2 sekitar pukul 7.15 pagi, jalan tak la sesak sgt. Masih mampu menyanyi lagu Taylor Swift kat dlm kereta.

c) korang takde anak lagi?
Jawapan: Lagi terang mau bersuluh. Hehehe

d) korang tak masak kat umah?
Jawapan: Aku kena masak tiap-tiap hari sbb aku bosan makan kat luar. Lagipun, masak sendiri lagi berkhasiat. Dulu mmg masak lauk tiap-tiap malam. Tp sejak menjaga pemakanan, mlm2 dah x mkn nasi. Ganti makan ala-ala Western, Korean, Lebanese, Thai.. ikut tekak hari tu. Yg bestnya resipi diorg nie, masak sekejap dan berkhasiat. Paling senang, buat sandwich atau spaghetti je.

e) Korang tak wat kerja..laki korg je wat kerja umah?
Jawapan: Hubby ku hanya tolong jemur baju, iron baju, main dengan anak, angkat segala beg dari/ke kereta, kemas katil (sbb masa tu aku akan sibuk kemaskan botol susu anak), simpan susu dlm peti ais (ni pun kdg2 ngelat). Yang lain aku buat. Di hujung minggu,dia byk tlg la. Jemur baju, angkat baju, basuh lantai luar rumah, basuh bilik air, jaga anak, mandikan anak. Hehee.. thank you,dear!

Kami akan keluar dari rumah pukul 6.30 pagi (average ye) dan hanya pulang sekitar pukul 7 ke 8 malam. Ni bergantung pada hubby. Kalau dia tak pegi gym, boleh la sampai rumah pukul 7 malam. Kalau dia pegi gym, alamatnya pukul 8 malam la baru sampai. (Sbb dia akan duduk di gym sampai pukul 7 malam. Siap sauna bagai. Sungguh aku jealous tahap maksima. Laki aku masuk sauna dengan steam room 3 kali seminggu. Bini dia dah lama giler x buat semua tu).

Bila sampai rumah, perkara pertama yg aku buat sudah tentu la solat maghrib. Lepas tu tgk keadaan. Kalau aku rasa melengas sgt, aku mandi dulu. Kalau tak, aku prepare dinner dulu. Masa ni mmg aku multi-tasking. Sambil masak, aku akan basuh botol susu anak, rendam baju kotor. Kalau tak mandi lagi, aku akan mandi (contohnya sementara tunggu spaghetti siap direbus, aku pegi la mandi). Tu belum kes anak tiba-tiba nangis taknak main dgn abi tp nak "main" dgn umi kat dapur. Haru-haru.

Selalunya siap masak sekitar jam 8.30 - 9 malam. Kalau hubby saje ckp, "Ish, dah lewat malam baru nak mkn. Gemuk nanti", aku akan jwb, "Senang je kalau nak makan awal. Liza berenti keje. Boleh masak awal-awal" sambil gelak evil. Kahkahkah.

Lepas mkn malam, aku kena tgk mood Batrisyia lak. Kalau dia masih hyperactive dan takde tanda-tanda nak tidur, aku akan masuk bilik air dan basuh baju. Aku x pakai washing machine sbb mcm membazir letrik sbb baju sikit je. Utk mengelakkan daripada penat nak jemur dan lipat baju byk2 di hujung minggu, aku basuh baju tiap-tiap malam (kecuali baju kerja hubby di mana aku simpan di hujung minggu agar senang nak sental dan bg special care).

Bila Batrisyia nak tidur, aku kena tidurkan dia sbb dia nak menyusu. Proses tidur nie bergantung pada si anak. Kalau dia penat, sekejap je lelap. Tapi kalau dia ada mood nak main lagi, aku terpaksa pura-pura tidur agar dia tak ajak aku main sama. Tu pun dia buat mcm-mcm nak suruh aku "bgn". Tarik rambut, cucuk mata, tampar muka. Layankan aje.

Usually, masa aku tidurkan Batrisyia, hubby akan solat Isyak' dan tlg aku iron baju. Kenapa aku tak iron baju siap2 di hujung minggu? Sebab aku tak suka baju berkedut sikit-sikit sbb terhimpit. Lagipun, saja nak bagi hubby aku buat keje sikit. (gelak evil lagi!)

Bila anak dah tidur, baru la aku boleh siapkan beg nursery dia (hubby akan tlg siapkan CD, aku hanya siapkan baju). Kemudian, lipat baju. Selesai lipat, hubby akan simpankan. Sambil-sambil nie la nak layan movie ke, drama ke.

Dipendekkan cerita, paling awal pun kerja aku boleh siap pukul 10.30 malam. Tu kalau buat laju-laju. Kalau tak, alamatnya 11.15 malam la baru boleh baring depan TV dan berehat.

Aku rasa rata-rata perempuan yg dah berkahwin dan mempunyai anak akan merasa penat mcm ni melainkan korang ada maid sbb maid boleh buat mcm2 kerja. Betul tak? Balik kerja, byk kerja rumah dah siap. Teruk-teruk pun, korang kena masak utk family je. Atau iron baju. Dan main dgn anak.

Aku malas nak ada maid. Takpe, biar la susah-susah. Baru merasa mak kita dulu susah mcm mana. Aku rasa mak2 zaman dahulu lg leh label power puff girl sbb basuh baju guna tgn je, masak x main takeaway/tapau, takde maid.

Rasanya kalau korang jenis masak berat-berat utk mkn malam, boleh je siapkan semua bahan awal2. Blend bawang semua, ayam ikan dah siap siang di hujung minggu. Senang sikit kot.

Macam mana korang handle kerja-kerja rumah? Ibu-ibu, sila beri pendapat anda.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.