Friday, January 29, 2010

Cheeseburger Chili Mac and Cheese

Cheeseburger Chili Mac and Cheese by Rachael Ray


Bahan-bahannya:

250g macaroni
400g daging kisar
2 biji bawang besar ~ didadu
Sebatang carrot ~ didadu (optional)
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan mustard
Secawan stok ayam/daging ~ nak senang, ambil separuh kiub ayam dan hancurkan dlm secawan air.
Salt and pepper
2 sudu besar olive oil / 2 turns
1 mangkuk cheddar keju

Cara memasak:

1. Makaroni direbus al dente. Ikut arahan di pek pembungkusan. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan olive oil di kuali / non stick pan.
3. Masukkan daging kisar. Masak hingga perang.
4. Masukkan bawang besar dan carrot. Masukkan garam dan pepper (ambil dlm secubit besar, ala2 mcm chef selalu buat tu). Masukkan serbuk cili.
5. Kacau seketika. Bila bawang dah layu, masukkan sos cili, mustard dan secawan stok ayam/daging.
6. Kacau hingga kuah pekat. Banyak atau sikit kuah bergantung pada anda sendiri.
7. Bila kuah siap, masukkan dlm bekas yg ada makaroni tadi. Kacau rata.
8. Masukkan dlm dish casserole. Tabur keju. Masukkan dlm oven. Masak seketika hingga keju cair dan keperangan.
9. Hidangkan dengan salad pilihan anda.

After-thought:
1. Nampak ada 9 langkah memasak. Mcm byk tp senang je sebenarnya.
2. Resipi asal takde carrot. Aku saja tambah sbb nak habiskan stok carrot kat dlm peti ais.
3. Resipi guna stok daging. Tapi aku guna stok ayam aje.
4. Kami jaga kesihatan so kami skip arahan no. 8.
5. Utk salad, aku hanya toss the salad with mayo and olive oil. Gaul rata. Siap. Hehe

4 scribble(s):

MarDiah said...

cooking therapy yek?

Liz Rohaizat said...

mardiah> hah.. dah masak malam tadi. kena tindas pagi td. hehe..

terapi kat blog ni je

WanYgBest said...

yeay!! dah dpt access...thank u liz!

Liz Rohaizat said...

wan> welcome. happy reading. utk masa depan eh? hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.