Thursday, January 07, 2010

Black Pepper Chicken Fajitas with Salsa

Resipi ni ku khaskan utk Yong yg sedang pregnant.

Malam tadi sampai rumah pukul 9 malam. Badan penat, kerja byk nak kena siapkan, perut lapar, anak ajak main sama-sama. Pengsan I! Hehehe..

Tapi sbb Yong suruh ku tepek resipi ni gak, ku gigih buat jugak mlm td.

Wan, aku tak buat yg ready mix. Hanya tortilla dan black pepper chicken je aku beli kat kedai. Yang lain aku buat dr scratch.

Actually, black pepper chicken tu leftover smalam. So kita transform dia jadi makanan baru. Tak payah susah-susah nak roast.

Terpulang la korang nak letak apa jenis chicken pun. Aku suka beli yg dah siap ada perasa. Cuma tinggal carik kasar-kasar. Kalau letak ayam camni, mmg gerenti sedap la makanan tu.

Black Pepper Chicken Fajitas with Salsa


Bahan-bahan:
Tortilla (Tortilla ada byk saiz. Aku beli yg khas utk buat fajitas)
Salad
Black Pepper roasted chicken ~ Carik kasar
Red capsicum ( atau dlm bahasa melayu: cili benggala warna merah) ~ potong panjang
White mushroom ~ potong nipis (ni takde pun takpe)
Salt and pepper
Salsa
Mayo
Chili Sauce
Ground black pepper

Cara-caranya:
1. Panaskan kuali. Masukkan 1 tbsp (table spoon) olive oil.
2. Masukkan red capsicum dan white mushroom. Bila capsicum dan mushroom dah separuh layu, masukkan ayam. Tumis hingga sebati.
3. Perasakan dgn garam dan pepper. Masukkan sedikit salsa (Aku hanya masukkan secubit garam dan secubit pepper. Salsa ada la dlm 3 sudu besar kot).
4. Tutup api dan angkat.
5. Panaskan tortilla dengan mengikut arahan yg tertera di plastik pembungkus.
6. Sudukan adunan ayam tadi ke atas tortilla. Letak salad, mayo, chili sauce.
7. Wrap / gulung / bungkus kemas-kemas.
8. Susun dlm pinggan. Boleh curah salsa ke atasnya atau kalau takut org x reti mkn salsa, letak la salsa dlm mangkuk supaya dia boleh cicah sendiri.

Simple Salsa

Bahan-bahan:
1 (28oz) can whole tomatoes
2 green chilis ~ chopped
1 clove garlic
2 green onions ~ chopped
1 tbsp olive oil
2 tsp lime juice ( utk gantikan red wine vinegar)
1/4 tsp dried oregano
1/4 cup chopped cilantro
Salt
Ground black pepper

Cara membuatnya:
1. Keluarkan tomato dr tin. Jgn ambil kuah dia. Letak dlm mangkuk. Gunakan garfu utk pecahkan tomato tu.
2. Masukkan cili hijau, green onions, garlic, olive oil dan lime juice.
3. Masukkan 1/4 cup kuah tomato tadi.
4. Masukkan oregano. Kacau rata.
5. Perasakan dengan cilantro, garam dan pepper.
6. Simpan dlm peti sejuk

Note:
1. Hubby ckp, "Sedap jugak mkn benda nie". Thank you.
2. Aku tak letak kuantiti bahan sbb semuanya terpulang pada korang.
3. Utk wrap dengan cantik, jgn letak bahan byk sgt. Sbb kalau letak byk sgt, susah nak gulung kemas-kemas. Biar letak sikit.
4. Resipi asal tidak menggunakan mayo dan sos cili. Ni dah diubah utk ikut tekak orang melayu kat umah. Hehehe.
5. Malas nak buat salsa? Beli je yg ready made. Satu botol besar berharga RM16.50.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.