Wednesday, January 06, 2010

Batrisyia dah jumpa susu yang paling sedap di dunia

Aku masih tak happy dgn berat badan Batrisyia. Boleh dikatakan selalu jugak aku timbang berat dia dan setiap bulan, aku akan plot kat chart.

A few months ago, ada yg mencadangkan aku cuba beri Batrisyia minum Pediasure Complete sebagai makanan tambahan utk dia. Byk org bg positive response ttg produk susu nie. Hati aku berat nak mencuba.

Masa pegi ke klinik sbb sakit mata tempoh hari, ada la sampel susu ni kat kaunter pendaftaran. Aku saja ambil sbb nak tgk kandungan susu tersebut. Aku bawa balik tapi tak guna pun. Tersimpan kat rak dapur je.

Semalam, hubby ckp, kalau risau sgt, cuba la susu tu. Dia kata, kalau setakat minum 2 kali sehari, rasanya ok. Cuma kena teruskan bagi susu ibu jugak. Aku berat hati lagi. Puas bg mcm-mcm alasan termasuklah akan kelecehan nak handle FM. Last-last, hubby mcm hampir-hampir malas nak argue apa.

Utk tidak menyakitkan hati masing-masing, aku cuba menang cara halus. Chewah. Bunyi mcm apa. Nak menang, kena guna psikologi kan?

Apa aku buat?

Malam tadi, aku sediakan 225ml susu Pediasure Complete (utk satu hidangan). Walaupun aku tau Batrisyia takkan dpt habiskan 225ml susu, aku tak peduli sbb ni hanya eksperimen! Lepas dinner, hubby main-main dgn Batrisyia sambil layan Ant Bully buat kali ke berapa ntah. Aku bawa botol susu tu. Batrisyia ingat tu susu yg dia biasa minum. Jadi dia pun mula meronta-ronta nak susu. Aku suruh hubby pangku dan bagi susu tu. Aku beritahu dia yg ni susu Pediasure Complete. Aku ckp aku dah rasa susu ni dan bagi aku, susu ni sgt tak sedap dan sgt manis! Aku bg dia rasa. Dia pun terkejut sbb susu tu sgt manis. Batrisyia mmg dah meronta-ronta. Aku ckp, "Kita tgk Batrisyia nak ke tak". Dlm hati, aku sgt pasti yg Batrisyia akan reject susu tak sedap nie.

Botol disuakan ke mulut Batrisyia. Batrisyia hisap. Baru sekali hisap, dia terus tarik mulut dia dan cuba nak ludah balik susu tu. Hubby terkejut. Aku tersenyum puas hati. Aku saja nak buat drama lagi. Aku cuba suakan balik botol susu tu. Batrisyia terus geleng kepala dan ketap bibir ketat-ketat.

"Oh, susu tak sedap ye. Okay, jgn minum lagi. Susu ni mmg tak sedap" kata hubby.

Aku telah menang. Hati terasa puas sbb susu aku lagi sedap dari susu yg berharga RM60.90 satu tin kecil!

Nota: Ini hanya pengalaman kami malam tadi. Takde kena mengena nak condemn org yg anak minum FM. Kalau anak ko suka FM, bg je la.

7 scribble(s):

Fid said...

Liz
tahniah
see kan i dah kata..susu apa yang paling sedap???budak yang minum BM jangan harap senang2 nak terima yag lain kecuali dia rasa sesuai dengan tekak dia...beri anak kita peluang memilih...

Liz Rohaizat said...

kak fid> hehe.. tu je caranya kak.

setakat nie dia hanya terima susu ibu dan fresh milk.

lps buat eksperimen nie, baru la hubby tau betapa tak sedapnya FM. gerenti lps ni dia tak ckp ape dah.

masih terbayang batrisyia cuba ludah balik susu tu. muka mcm termakan peria pahit je. hahaha

maisy said...

Bukan FM tak sedap aa..Pediasure tu die tak suke...takkan baby yg tak biase minum manis tetibe bg FM yg manis,mesti tak masuk punya..

Anyhow budak FM pon tak senang nak tukar FM nya dengan yg perasa baru..Dina pon till now still stick with vanilla,takleh pergi ngan choc eventhough air milo die minum jugak..so goes with BM babes...

Budak FM pon takkan nak minum BM gak if dah lame minum FM so vice versa...

Nanti bila Batrisyia dah kene tukar to FM then still kena cari FM yg sesuai ngan tekak die jugak...

Apepun she is too early nak tukar pada FM,kang bile dah nak stop BM,a month before tuh baru aa try try tukar...

Liz Rohaizat said...

maisya> that's true too.

anyway, tak pernah terfikir nak tunggu dia bertukar ke FM sbb aku percaya dia akan wean off sndr. once dia wean off, aku teruskan beri dia fresh milk aje.

Fid said...

aha
Liz
kalau dia dah wean off bagi aja susu lembu segar/cecair dipasaran..macam2 flavour ada...
rasanya nanti dia sendiri pilih mana dia nak...dah besar dah tau apa pilihan hati....

akif kata nanti kalau dah tak hanen dia minum la apa2 pun...in fact la ni pun dia layan DL kan..so senang laaaa

Liz Rohaizat said...

kak fid> as I know, budak atad 2 thn hanya perlukan 2 gelas susu sehari kan? correct me if I'm wrong.

yep, mmg pk nak intro to fresh milk dan apa2 cecair lain. DL pun ok. yg penting, cukup kalsium dan nutrient lain. boleh dpt dr mcm2 sumber kan?

Nor Nazifah said...

anak saya yg sulung dlu pun mcm tu, berat nye line merah aje. tp sy tetap kentalkan hati breastfeed...shinggala 2thn. yg pnting dia sihat, cergas, aktif dan cerdik. Lps tu sy smbung dgn susu segar kambing..smbil tu bf lagi. smp skg dia nak masuk 6 tahun dah, dia mnum susu segar aje...sy mmg xnk bg susu tepung.

anak kedua pun fully bf direct sbb ambik cuti tnpa gaji 2 thn, dah masuk keje balik anak dah 2 thn 3 bulan, sy bg susu segar je. balik umh bf cam biase...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.