Wednesday, January 06, 2010

Batrisyia: 15 months!

Kdg-kdg, nampak mcm dia mumbling. Kdg-kdg, mcm ada bunyi la jugak. Dan kdg-kdg, dia akan berckp bersungguh-sungguh dgn muka serious dia dgn harapan orang lain faham apa yg dia ckp.
Perkataan tambahan yg kami pasti mempunyai maksud setelah memerhatikan dia selama beberapa hari:

Aya ~ Abi ( camne leh terpesong mcm nak panggil “Ayah” nie?)
Eeeeiii ~ Semut ( ni sebab ada satu hari tu aku tunjukkan dia semut dan ckp “Eii, semut” )
Shhh ~ Fish
Dap ~ Sedap (Dia hanya ckp masa tgh mkn)
Tuto ~ Motor

Masa balik Seremban aritu, Hasif tanya kenapa bila suruh tunjuk mulut, Barisyia akan ngangakan mulut luas-luas. Jawapannya ialah ini. Sebab dia ingat gambar kat flashcard ni, maka dia akan buat mcm tu setiap kali org tanya, “Mana mulut?”.

A few days ago, aku tunjukkan dia yg mana satu hidung dan mana satu pipi. Ajar 2 benda sekaligus. As a result, kdg-kdg dia salah bg jawapan. Hahah.. Selalunya bila tanya, “Mana hidung?”, dia akan tunjuk pipi. My bad.. my bad. Next time, ajar satu perkara dlm satu masa.

Dah pandai buat muka merajuk/ taknak. Dia akan tundukkan muka, rapatkan dagu ke leher sambil buat muka cebik dia. Owh, sudah pandai.. abes la.

Selain daripada Ice Age 2, Ice Age 3 dan koleksi VCD Baby Genius, dia juga mula suka tgk Ant Bully. Maybe sebab dia dah kenal semut? Hehehe. Kitorang tgh cari VCD Finding Nemo nie. Tak jumpa lagi.

Deringan telefon kedengaran. Sebenarnya, hanya sms yg masuk tapi budak kecik mana la tau sms yg masuk atau org yg call kan? Jadi, segala jenis deringan telefon kami akan terus dianggap sebagai incoming call oleh budak kecik ni. Bila dia tgk parents dia buat dunno je dgn telefon tu, dia akan pandang kitorang, genggam sebelah tgn dia,dekatkan ke telinga dia dan sebut “oo!” yg bermaksud "Hello". Dia akan ulang benda ni selang beberapa saat sampai la kitorang ambil telefon tu. Mmg ada tokoh jadi PA abi atau umi dia.

Pertama kali poo kat toilet bowl ketika berumur setahun tiga bulan satu hari (03/01/10). Ni tak bermaksud kami ke arah nak toilet train dia. Belum lagi. Cuma kalau dia berada di rumah dan kebetulan dia mcm nak poo tu, aku bukakan CD dia dan terus hantar dia ke toilet. Terpaksa la teman dia melepaskan hajat. Muka dia confused tapi dia berjaya akhirnya. Hahaha.

Beli awal-awal sbb rasa cute!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.