Tuesday, January 05, 2010

Ayat 57

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."
- Surah Al Maa-idah, ayat 57

Ada dgr IKIM FM ptg semalam? Rasanya rata-rata pendengar yg menelefon ke radio tu utk memberikan pendapat ttg kes penggunaan kalimah Allah tu marah dan rasa terhina dgn keputusan mahkamah yg memihak kepada orang bukan Islam. (dlm Herald-The Catholic Weekly. Apakah hujah kuat yg telah dibentangkan oleh pihak gereja hinggakan Mahkamah Tinggi memutuskan utk membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah tu?

Allah tu Tuhan setiap umat Islam. Kalimah Allah itu sendiri telah digunakan sejak beratus ribu tahun lampau. Telah wujud sejak zaman Nabi. Pelik sungguh bila kita tak menang dalam isu perebutan penggunaan kalimah Allah.

Sebetulnya, aku mmg terperanjat bila tgk berita minggu lepas. Tak pernah terlintas di fikiran yg pihak gereja akan menang. Lagi geram bila tgk muka paderi-paderi tu gembira. Sakit hati rasanya.

Perkara ni harus diperbetul. Sepatutnya benda ni tak perlu dibawa ke mahkamah langsung. Terus selesaikan. Tapi tu la. Malaysia ni kan mengamalkan demokrasi berparlimen. Kena la fikirkan semua bangsa, semua agama. Konon!

Ni umat Islam pulak yg terpaksa buat rayuan agar keputusan mahkamah berpihak pada mereka.

"..janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang MEMBUAT AGAMAMU JADI BUAH EJEKAN DAN PERMAINAN.."

Bangunlah umat Islam. Sama-sama bersatu menentang perkara nie. Bila nak menentang parti politik, cepat je korang berkumpul, cepat je naik sepanduk. Bila jadi mcm nie?

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran dan kekuasaan-Mu.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.