Monday, January 04, 2010

Aktiviti kekeluargaan sempena 2010

Happy New Year! Mcm mana hujung minggu korang?

Hujung minggu dihabiskan dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Hehehe. Hari Jumaat, kami melawat saudara yg sakit di PPUM. Dia kena kanser usus. Setelah menjalani 6 sesi kemo, badan dia mmg sgt lemah. Tekak loya sampai tak mampu nak mkn. Tu yg kena masuk hospital agar doktor boleh masukkan air dan nutrien ke dalam badan. Kak Salmah mmg dah cengkung sgt mukanya. Badan mcm dah tinggal tulang. Kesian sgt tgk dia. Mujur 2 anak dara dia dah besar panjang. Boleh jagakan kak Salmah.

Lepas balik dari melawat, kami singgah di Jusco Maluri. Jusco Maluri mmg dah jadi my fave kalau nak cari baju anak sbb ada byk pilihan corak jika nak dibandingkan dgn Jusco lain (kecuali Jusco AU2.. situ pun byk pilihan). Ramai giler manusia membeli belah kat sana. Tak jadi nak ronda-ronda sbb kepala pening tgk keadaan yg sgt sesak! Beratur kat counter pun boleh berebut.

Sabtu malam, kami dah rancang dgn jiran-jiran utk buat ikan bakar. Ni dah jadi aktiviti bulanan kami. Paling kurang, sebulan sekali mesti nak bakar mcm2 jenis ikan dan mkn ramai-ramai. Mmg seronok berkumpul mcm tu. Jadi, pagi tu kami pergi beli brg-brg yg diperlukan. Sempat juga singgah Wangsa Walk hanya kerana nak tgk Cold Storage kat sana. Tak ramai pulak org kat Cold Storage sana. Jadi dpt browse barang dgn aman damai. Satu sebab kenapa aku suka Cold Storage ialah kerana aku boleh jumpa mcm2 brg yg aku nak kat sana. Aku kan suka food blog dari luar negara. Kdg2, ada beberapa bahan tu susah sgt nak cari kat supermarket kat sini. Jadi bila ada CS, mmg senang hidup nak memasak. Cuma kena peruntukkan masa utk kaji ingredients dalam setiap produk. Faham-faham aje la. Takde label halal dari Malaysia (hanya produk yg dibuat di Malaysia sahaja boleh mendapatkan tanda halal dari Malaysia. Kalau produk luar, kena dptkan dari negara masing-masing). So kena tgk betul-betul utk pastikan halal atau tak. Kalau ragu-ragu, tinggalkan aje la.

Malam tu, acara membakar ikan bermula selepas Maghrib. Bakar-bakar nie mmg awal-awal bg kat lelaki. Perempuan, duduk dlm rumah dan tunggu ikan siap aje. Hehehe.. Buat pertama kali, Batrisyia mcm seronok main dgn Zeti dan Farah. Maybe sbb dia dah boleh kejar diorg. Kalau dulu, merangkak je. Kurang best kot. Terkekek-kekek budak umur setahun tiga bulan ni mengejar kanak-kanak berumur 9 tahun! Mmg tak padan sungguh. Berselera semua org mkn malam tu. Kena pulak kuah air asam kak Efy yg terkenal dgn kepedasannya. Batrisyia makan banyaaakkk! Kdg2 aku tertanya-tanya, minah ni tak kenyang-kenyang ke? Si Atun ajar dia mkn ikan talapia bakar, dia bedal jugak. Udang bakar mentega, dia mcm suka je. Ayam Lemon Bakar.. non stop mkn dgn nasi. Sausage je aku tak bagi sbb tu dikira makanan yg diproses. Kurang bagus la kan?

Tahun 2010. Masing-masing dah pasang azam baru. Aku pula tak pernah nak buat apa-apa azam sempena tahun baru. Apa guna buat azam tapi tak pernah cuba nak merealisasikannya? Aku cuba berazam utk buat yg terbaik dalam semua perkara sepanjang tahun 2010 nie. Salah satunya ialah nak cuba ubah our eating style. Chewah. Our own show of The Biggest Loser Langat sudah bermula. Kahkahkah. Pesertanya hanya seorang; ketua keluarga. Kami berdua hanya jadi tukang bagi semangat aje.

Talking about The Biggest Loser show. Tak kesah la edisi dunia atau Asia. We love to watch both! Tapi yg edisi dunia lagi best sbb nampak kesungguhan dlm diri setiap peserta. Yang Asia, belum apa-apa si Desmond penari tu dah tarik diri. Ape la.. buat malu je. Kevin yg paling berat tu pun masih cuba bertahan tau! Aku kagum dgn Kevin. Dia patut bangga sbb sanggup hadapi cabaran tu walaupun fizikal dia agak lemah. Malu la kat kita yg sihat tubuh badan ni tapi malas nak bersenam.

Mungkin itu satu perkara yg kita patut ubah di tahun 2010 nie.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.