Friday, January 15, 2010

100 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT ME

Think you know me?

1. My name is Noorkhairul Aliza binti Mohd Hanapiah. I rasa orang senang nak ingat sebab ‘Noor’ tu nama perempuan. ‘Khairul’ pulak nama lelaki. You hanya perlu ingat nama ‘Aliza’ saja.

2. Dulu orang panggil Liza. Cikgu lelaki suka panggil ‘Khairul’. Tapi lama-lama, nama ‘Liz’ melekat.

3. I tak suka orang panggil ‘Lize’ dan I tak suka orang eja nama ‘Liza’ menjadi ‘Lixa’. Seriously, I hate that!

4. Ok, enough about my name. I lahir pukul 12.30 tgh hari. Maybe sebab tu I ni berhati ‘panas’. Kehkehkeh.

5. I suka makan. I akan makan dan cuba apa saja. But I eat moderately.

6. Sebab I suka cuba sesuatu makanan, papa I ckp I ni anak dia yang paling pelik.

7. Kerana I pelik, I cuba nak orang lain jadi pelik macam I dengan cara masak makanan yang diorg tak pernah makan.

8. Secara tak langsung, my family telah dilantik menjadi food-tester. I think they love it!

9. Bila I cuba satu resipi dan I rasa tak sedap, automatically makanan tu akan masuk tong sampah. Tak sempat nak masuk mulut orang lain. I akan declare, “Sorry, makanan tak sedap!”

10. I harap one day I boleh jadi Domestic Goddess. Mcm best je.

11. Yeah, I read Sophie Kinsella’s books walaupun I tak suka cerita cinta. Tapi buku dia exceptional sbb jalan cerita dia penuh humor. Dah baca Undomestic Goddess dan Can You Keep A Secret? Suka!

12. I’m not girly. I tak suka roses, romantic movies, candle light dinner and chocolate.

13. Owh, tapi I suka dark chocolate. Ya Rabbi, sgt sedap!

14. My favourite ice cream flavour is vanilla. Boring? Naahhh, not at all.

15. I suka mkn ice cream waktu hujan dan waktu cuaca sejuk.

16. Ok, kenapa list ni kembali kpd makanan? (By now, you tau yg I mmg suka mkn)

17. I tak suka menjahit, tak tahu menjahit pun tapi I suka buat cross stitch. Uhuks, lama tak buat.

18. Because I’m No. 12 and No. 17, my ex-bf rasa tu fakta yg pelik. Ala, bukan susah pun buat tu.

19. My first love di umur 17 nak masuk 18 tahun. It ended one and a half years later. It REALLY ended 2 and a half years after that. Ok, now that’s a confession!

20. But we’re still friends until now. Maknanya dah kawan hampir 10 tahun.

21. Sila buat calculation dan anda akan tahu berapa umur saya sekarang. I’m 27+ years old.

22. Ramai orang tak percaya umur I dah 27. Masa I umur 20 tahun dan I nak tgk filem rated “under 18 tak dibenarkan tgk cerita nie sbb penuh violence, sex, berunsur politik dan keagamaan”, I kena tunjukkan my I.C. sebab mereka ingat I budak tingkatan 3. So funny sbb sampai panggil Manager utk tgk samada I.C tu fake atau tak.

23. Jgn tanya rahsia awet muda I sebab I tak amalkan petua. Hahaha…

24. Mungkin I berpakaian simple, orang rasa I muda lagi. Mungkin la kot.

25. I’m not trendy tapi I suka tgk baju-baju lawa. Nak pakai je malas.

26. Baju lawa banyak yg seksi dan kurang menutup aurat. Itulah reason I. Kenapa takde baju lawa-lawa utk muslimah?

27. Tapi takpe la. Sebab I ni simple orangnya, my hubby jatuh cinta kat I. Buekkk.. Eh, betul. Dia sendiri yang cakap.

28. My hubby’s name is Rohaizat.. and yes, he’s mixed blood. 50% Malay dan 50% Chinese. Pasal tu muka dia mcm Cina.

29. He’s not perfect tapi I rasa bertuah jumpa dia 5 tahun lepas.

30. Kami berlainan perwatakan. That’s why we complete each other. Auwww..

31. But we love black coffee. At last, we do have something in common.

32. I think it’s really obvious yang I suka coffee sampaikan I dpt 2 coffee makers as a wedding gift. 2-2 tak guna lagi.

33. I prefer to write in blue pen. My handwriting looks nice in blue. Owh, 0.5mm please.

34. But it doesn’t mean I love blue color. I’m colourful girl. Black for pants. Dark blue for jeans. Cream or light brown or black for high heels. Red, pink, baby blue, light purple, yellow and green for other things.

35. I suka baca apa saja tentang angkasa lepas. Galaksi, bintang baru, supernova.. you name it. I suka baca artikel, tgk dokumentari. Belum ada teleskop je lagi!

36. I believe in alien. But I don’t think they come in green with long bold face and tentacles. They exist at other galaxies. That’s why they cannot come to Earth due to different galaxies and constallation.

37. Because of No. 36, tak hairan la I suka tgk drama bersiri tentang alien. Stargate SG-1 dan Roswell antara kegemaran.

38. I ada entire season of Roswell series. I ada fridge magnet yg dibeli di Roswell. Thanks to No. 19 yang pergi Roswell dan hadiahkan magnet tu.

39. I do love alien, huh? Now, do you think I’m weird?

40. My shoe size is 7 and a half OR 8. Yeah, I have a big feet.

41. Maybe that’s why I was a sprinter during high school. I even won gold medal for 4x100m. That was a teamwork winning. Yeay!

42. I don’t use blusher. I hanya akan pakai light make up kalau pegi kenduri yang I tak perlu tunggu lama. Kalau time lain, I akan pakai make up kalau I period. Sebab I malas nak apply semula lepas solat.

43. Unlike other women, I don’t take 2-3 hours to get ready. 30 minutes is maximum!

44. Being a mother is about doing everything in a fast pace. Urghhh, I miss taking a long shower.

45. Yes, I am a mother to one cheeky toddler; Humaira Batrisyia.

46. Rupanya seperti saya di waktu kiut miut dahulu kala. (Sambil puji anak, puji diri sendiri jugak. Sambil menyelam, minum air. Ye tak?)

47. I tekad untuk menyusukan anak selama mana yang dia mahu dan selama mana yg I mampu.
48. I believe in natural parenting.

49. I benci orang meludah sesuka hati di jalan raya. Urghh, jijik. Kalau ye pun, meludah la ke dalam longkang.

50. I juga benci orang membuang sampah sesuka hati. Diorg ni tak kesedaran sivik ke? Kalau takde tong sampah, bawa balik sampah tu dan buang di tong sampah rumah.

51. I love Earth.

52. I’m not rich but I want to contribute something to other people. Kerana tu I mendaftar sebagai penderma darah, penderma organ dan rakan bersekutu bagi Persatuan Orang Buta Malaysia. I’m not proud of it. I Cuma harap lebih ramai orang akan tampil sebagai penderma organ.

53. Erk, I tak suka public toilet. Mmg sgt memilih ye. Kalau tgk toilet tu kotor, I sanggup tahan dan cari toilet di tempat lain.

54. I kuat membebel.. tapi mesti ada sebab yg munasabah.

55. I ni garang orangnya.

56. I suka lagu 80s dan rock. I kurang layan lagu Melayu sbb I tak minat tangkap leleh punya lagu. Tapi I suka lagu P. Ramlee dan Anuar Zain.

57. I love soccer and my fave player is Michael Owen. Lama betul minat mamat ni. Sejak high school tau.

58. I watch World Cup too. I sanggup berjaga malam semata-mata nak tgk soccer.

59. Tapi I tak berapa reti ttg rules dlm permainan tu. Kahkahkah. Yang simple-simple tu tau la.

60. I have England jersey.. yes.

61. I love chicken wings. Masak la apa aje. Semua belasah mkn. I boleh mkn sambil tgk movie.
62. Orang kata mereka yg suka chicken wings ni jenis yg suka ‘lari’. Ye ke? I tak lari pun. I setia hingga ke hari nie. Hehe…

63. Sometimes, I can be superstitious.

64. I sentiasa ada hand sanitizer dlm handbag.

65. Kalau makan lauk masak lemak cili api yg dimasak sendiri atau yg mama masak, mesti tambah kicap kat dlm pinggan. Lemak-lemak gitu.

66. Setiap kali I buat mcm tu, my hubby akan geleng kepala dan kata I ni pelik seperti No. 6. Tapi bila dia tau yg colleague dia pun buat perkara serupa, dia tak argue apa-apa lagi.

67. I suka lepak di kedai buku. 6 jam terperap dlm tu pun I pernah buat.

68. Patutnya I jadi librarian la kan? Mesti best mengadap buku dan katalog je.

69. Tiba-tiba teringat pulak kat Henry dlm The Time Traveler’s Wife. I dah khatam buku tu sebanyak 6 kali.

70. Kalau I makan guna sudu dan garfu, I akan pegang garfu di tangan kanan. So jgn tegur ye. Sebab apa? Sebab bila kita pegang secara terbalik (kanan di kiri dan kiri di kanan), pergerakan kita akan jadi lebih lambat. Jadi, badan kita ada masa utk proses makanan. Dan akhirnya kita sempat rasa kenyang sebelum sibuk nak tambah makanan. That is not a lie.

71. Menonton pelbagai dokumentari dan membaca pelbagai artikel merupakan salah satu cara cepat utk dptkan pelbagai pengetahuan. Sebab tu I tau No. 70.

72. I am a shy person walaupun nampak agak outspoken. I lambat nak buat kawan.

73. My bestfriend is Cik Widya Wasimin. (exclusive gitu aku letak nama penuh ko kat sini). Sudah kawan hampir 15 tahun. Sama-sama merasai pengalaman yang sama. Kami mmg selamba sampai my hubby dan his boyfriend kurang faham perangai kami di awal perhubungan. Kahkahkah.

74. Walaupun I pasti I takkan dapat (sbb mode tu dah x keluar), I tetap nak jadikan ia kereta idaman kalbu. LAMBORGHINI GALLARDO in silver. Aihh….

75. Untuk kereta idaman yang lebih realistik, teringin nak beli Mitsubishi Lancer in silver or red. Tapi hubby ckp, “Liza nak pakai kereta tu? Tak payah la. Nanti orang lain tak nampak Liza kat dlm tu sebab kecik sgt”. Amboiiiiiii…..

76. I takut lipas (hanya jika tidak ada penyapu lidi atau penyembur racun lipas di tangan).

77. Tapi I berani nak bergambar dengan ular sawa.. atau.. iguana yg besar giler.. atau harimau bintang.

78. Dulu suka pakai cincin silver. Paling kurang, akan pakai 2 cincin kat sblh tgn (selalunya kat jari manis dan jari telunjuk). Ada byk cincin silver. Tapi dah sedekah kat adik-adik.

79. I simpan ‘bantal busuk’ sampai la anak dah lahir. Lps beberapa bulan, I buang sbb geram No. 28 asyik menyakat. Bantal tu tak busuk tau!

80. I susah nak tidur kalau takde selimut dan takde bantal utk dipeluk. Mesti ada 2 benda nie. Kalau tak, asyik terjaga je.

81. I suka Lancome Miracle

82. I tak suka lelaki berkumis.. kecuali Hugh Dancy.. hahaha…

83. Cepat terpesona dengan lelaki yg bercakap dengan British accent. Now, faham tak kenapa I suka Hugh Dancy?

84. I teringin nak pegi London semata-mata nak bergambar dengan red telephone booth.

85. Masih menyimpan keinginan utk buat bungee jumping.

86. I gayat tapi suka buat benda-benda yg melibatkan tempat tinggi.

87. Kenapa I takut dengan spider? Sebab masa kecil-kecil I pernah kena gigit dengan spider masa main kat semak. Dah la tahun lps leh jumpa spider besar giler dlm bilik air. Siap ada bulu kaki. Horror!!! Sampai ke tua la takut dengan spider walaupun ia hanya labah-labah kecil.

88. Kalau drive manual car, tangan kiri akan diletakkan di atas gear stick. Dah terbiasa dari dulu. Bila pakai auto je, baru la bebas sikit.

89. Yer, sejak ada kereta auto nie, I dah reti bawa kereta auto

90. Tapi manual car tetap di hati sbb terasa terer bila bawak. Baru la leh berlagak ala-ala Too Fast Too Furious sikit. Tukar-tukar gear adalah sgt cool.. heh.

91. Opps, I jenis bawa kereta laju-laju dan boleh pandang ketiga-tiga cermin (side dan rear) secara bergilir-gilir. Tapi sejak ada anak, tak bawa laju-laju dah.

92. Kdg-kdg I ketap bibir tanpa sebab. Tak tau kenapa.

93. I suka main air. Sebab tu I suka pilih kerja yg melibatkan air seperti basuh baju, basuh pinggan mangkuk, basuh lantai, basuh bilik air (yg tak kotor sgt. Hahaha.. memilih).

94. I tak reti berenang tp reti apungkan diri.

95. I suka pegi kedai roti. Bau roti, pastry, kek mmg boleh buat I khayal.

96. I juga reti la buat roti. Tapi belum boleh buka kedai lagi sbb tak terror.

97. I tak suka orang yg hipokrit dan selfish.

98. Kalau I tak suka orang tu tapi terpaksa berhadapan dengan dia, I akan buat mcm biasa tp I senyapkan diri. Sometimes, I suka jadi outsider aje. Baru la hati ni tak senang tersentap.

99. I jadi blogger sejak tahun 2001.

100. Maknanya dah 9 tahun I jadi blogger. Wah, lama tu.

10 scribble(s):

Intan Saleh said...

amboi.. rajinnya buat sampai 100. saya tak rasa lagi pizza awak.. thihi..

btw, boleh ke invite zidni to read your blog? tq.

Liz Rohaizat said...

intan> ambil masa seminggu nak buat 100 nie. haha..

boleh, bg saya email add zid.

J said...

now i know you ... kecil-kecil cili padi nih...hehe

Liz Rohaizat said...

J> I mmg kecil dan suka cili padi. hahaha..

now u know me? hihihi

Faizah said...

rajinnya hihihi, weih, camne leh dtg nama LIze' tu, sbb akukenal2 ko je dgn nama lize'

liza nih mmg garang weihh kekek kesian batrisyia :P

Liz Rohaizat said...

faizah> camne dtg nama tu? erk, cuba cari entry lps2. rasanya aku penah cite.

hehe, mane ko tau aku garang? tp selalunya anak sulung mmg garang. kehkehkeh

sesapa yg kenal aku n nak tambah apa-apa, silakan bgtau kat komen nnt. nnt aku add. hehe

Intan Saleh said...

seminggu? lama tu.. hehe..

zid's email: ahmad.zidni.mat@gmail.com

LoveZahra said...

salam liz..

got ur link dari blog azza..
impressed rajin u buat list ni..among this 100 i ada 15 yg similar ngan u..interesting..salam perkenalan..

(13,37,40,42,44,45,49,53,55,67,79,81,91,94,97)

*no.79 tu jgn jeles..i ada lagi sampai skrg tau :p.

Liz Rohaizat said...

loveZahra> wah, byknya kita sama. hehe.. lahir bulan brp ek? hehehe.. welcome here!

LoveZahra said...

:) tula pasai..senyum simpul baca u punya list..i born in december 4hb..

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.