Wednesday, December 30, 2009

Ejaan bahasa generasi Hasif

Korang.

Silalah baca komen adik bongsu aku kat entry nie.

ney asip..
aym tuwh sdp tp s0wg stuw jewh...
tbew2 mlm da byk lbey...
ish3...

KALAU TRANSLATE BAHASA YG MUDAH DIFAHAMI:

Ni Hasif
Ayam tu sedap tapi sorang satu je
Tiba-tiba malam dah byk lebih
ish3...

Kenapa generasi dia ni suka susah-susah eja guna bahasa sendiri?
Tu = tuwh
Ni = ney
Satu = stuw
Je = jewh
Tiba-tiba = tbew2

Yer la Hasif oii.. mkn tgh hari kena bajet. Kalau semua org ambil 2-3 ketul, mlm nak mkn ape? Ke ko nak aku masak 3 ekor ayam? Lagi pun, aku ckp sorang satu kalau ambil part besar eh. Kalau part tu kecil, leh ar amik 2 ketul. Lain kali ko belikan 3 ekor ayam. Nanti aku masak khas utk ko seekor.

Moroccon Stewed Chicken

Apakah corak pemakanan yg anda amalkan sekarang?

- Main belasah je makan apa yg ada depan mata.
- Opps, I tak lunch la. I'm on diet.
- Saya hanya mkn sesudu nasi sehari.

Samada sedar atau tidak, lebih ramai cuba control mkn bagi memastikan berat badan tak naik. Penting ke mkn dlm kuantiti yg sedikit? Atau lebih teruk, menahan lapar dan hanya mkn sekali sehari?

Nowadays, byk sgt product pelangsingan badan yg terdapat di pasaran. Ada yg terbukti berkesan tapi anda perlu continie mkn/minum product tu secara berterusan.

Bukan benda ni tak bagus. Malah, benda tu bukan racun tu. (Tapi harus diingat, ada beberapa produk telah diharamkan kerana ia menambahkan toxin dlm badan!).

Bagi aku pulak, corak pemakanan yg sihat mmg penting. Tapi senaman jgn sekali-kali dilupakan. Senaman adalah program penurunan berat badan yg terbaik! Tiada kesan sampingan melainkan anda tidak menggunakan teknik yg betul.

Kami dlm proses menukar corak pemakanan kami. We opt for a healthier choice. Starting for today, aku akan share menu utk pemakanan sihat yg aku dah cuba. Sama-sama la kita berubah.

Ok, for last nite dinner..

MOROCCON STEWED CHICKEN (serves 4)
taken from Men's Health



Ingredients:
1 lb boneless, skinless chicken thighs
1 large zucchini, cut into cubes
1 can (16oz) garbanzo beans
1 can (14.5oz) diced tomatoes
chopped fresh cilantro for garnish
1/2 tbsp olive oil
Salt and pepper to taste
1 cup chicken stock or water
1/2 tsp cayenne pepper
1 tsp ground cumin
1/2 tsp ground cinnamon

Directions
1. Heat the oil in a large saute pan or a wide pot over medium high heat. Season the chicken thighs with salt and pepper, place them in the pan, and cook them for 2 to 3 minutes on each side, until they brown thoroughly. Add the zucchini and continue cooking, stirring occasionally.
2. When the zucchini pieces have browned lightly, add the garbanzo beans, tomatoes, chicken stock, cayenne, cumin, and cinnamon. Turn the heat to low and simmer for 10 to 15 minutes, until the chicken is tender and cooked through. Season to taste with more salt and pepper and garnish with chopped cilantro.

After-thought:
Actually, aku hanya buat half dari resipi nie sbb kami berdua saja. So pandai-pandai la adjust bahan. Resipi ni SEDAP. Kalau tgk bahan, rasa mcm takde rasa aje kan? Tapi aku suka bila dah siap masak. Mmg rasa sedap. Utk lebih pedas, maybe boleh tambah cayenne pepper.

Note:
Kita akan nampak bahan-bahan yg kita jarang guna.. zucchini, cayenne pepper, ground cumin, ground cinnamon. Terasa mcm mahal. Mcm herb, selalunya kita nak beli brand McCormick. Mahal kan? Sebenarnya, kita sebagai tukang masak kena pandai cari substitute. Cuba tanya, kalau aku tak guna bahan nie, terjejas tak rasa makanan?

So for zucchini, aku ganti dgn Japan Cucumber sbb zucchini dah habis.

For cayenne pepper, aku rasa mcm membazir je kalau beli. So aku guna serbuk cili Baba's!

Aku tak letak ground cumin.

Daripada beli ground cinnamon dari McCormick, korang boleh buat sendiri. Tumbuk ke kayu manis hingga jadi serbuk! Lagi murah!

Garbanzo beans tu ape? Setelah meneliti kamus masakan, aku masih blur. Rupa mcm kacang kuda tapi tak tau la betul ke tak. Tapi aku letak je kacang kuda yg dah direbus. Sedap gak! Kalau letak kacang peas pun sedap jugak rasanya.


Nutritional Facts per serving

CALORIES - 355.7 CAL
FAT - 12.1 G
SATURATED FAT - 2.9 G
CHOLESTEROL - 77.3 MG
SODIUM - 695.2 MG
CARBOHYDRATES - 31.2 G
TOTAL SUGARS - 4.9 G
DIETARY FIBER - 6.5 G
PROTEIN - 29.4 G

Tuesday, December 29, 2009

Hal cikgu baru Batrisyia

Kak, esok boleh tak bawa pampers?”
Kenapa?”
"Bocor la pakai ni kak
"Bocor kat mane?”
"… Kat belakang
Hah, kat belakang? Sepanjang kitorang pakai nie, tak pernah pulak bocor kat blkg. Kalau kat tepi tu, ada la kdg-kdg. Tukar berapa jam sekali?”
“… Erm, akak bg 4 kan? Saya pakai semua la
Ada belajar dgn Dila tak camne nak pakai
"Dah. Saya pakaikan mcm kak Dila ajar la
"Ye ke? Erm, tgk la camne esok

Tu perbualan aku dgn cikgu baru Batrisyia yg bernama Ayu. Bila Batrisyia dah besar, automatically, dia diletakkan di bawah jagaan cikgu yg baru. Skrg, cikgu Ayu yg jaga dia. Ala, budak lagi si Ayu nie.

Bila dia kata bocor kat blkg, aku jadi pelik. Tak pernah dlm sejarah, bocor kat blkg. Camne leh bocor kat blkg? Melainkan dia tak tukar CD ikut masa yg sepatutnya. Aku saja je tanya mcm2 soalan. Nak tgk dia boleh jwb ke tak. Nak dptkan info samada dia nie buat betul-betul ke tak.
Sepanjang perjalanan, hati rasa mcm bengkek. Takkan la kualiti CD tu tak bagus sampaikan bocor! Geram aku. Tak sabar nak blk rumah dan check semua baju dan CD dia.

Balik tu, aku buka plastik baju kotor. Mmg seluar Batrisyia bau hancing kat area belakang. Maknanya dia mmg tak tipu bab bocor tu. Tapi aku tgk CD kotor ada sikit je. Tgk kat beg, ada 2 CDsyg tak digunakan. Aku bkn hantar 4 ye. Aku hantar 5 CDs Dan dia pakaikan 3 aje? Satu dia pakaikan lepas anak aku mandi ptg. Maknanya dari anak aku mandi pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi sampai la mandi petang pukul 4 ptg, dia gunakan 2 CDs aje. 2 CDs dlm masa 7 jam setengah! Patut la bocor!!! Membebel aku malam tadi. Dia yg salah, nak salahkan CD pulak.

Pagi nie, aku ckp aku tak anta pampers (dispo diaper). Aku ingatkan dia supaya tukar CD setiap 2 jam utk elakkan kebocoran. Sampai office, aku sms dia dan tipu dia. Aku ckp kononnya Batrisyia akan naik ruam kalau pakai dispo diapers. Pasal tu kitorang beli CD. Kuikuikui.

Dia ni mmg aku kurang berkenan sikit. First, dia nampak muda. Tapi rasanya boleh diharap la. Cuma akhir bln lepas, aku perasan dia ada simpan satu kuku panjang. Terkejut aku. Aku perasan pun sbb dia yg sambut Batrisyia masa aku hantar pagi tu. Terus aku report kat hubby. Hubby pulak tlg telefonkan tuan punya nursery. Kalau guna telefon aku, kantoi la sape yg mengadu kan. Mana boleh simpan kuku panjang. Kalau tercucuk kat budak, tak ke naya.

Harapnya dia boleh jadi sebaik Dila.

Ayam percik

Masa cuti sakit minggu lepas, tiap-tiap hari kena masak. Kalau di hari-hari biasa, aku hanya perlu masak utk mkn malam. Tapi bila dah duduk rumah, kena fikirkan menu utk sarapan, mkn tgh hari dan mkn malam. Selalunya lauk masa lunch tu akan dibawa ke malam jugak. Kalau rajin, ada la buat apa-apa juadah utk minum petang. Hehehe.. ter over rajin pulak!

Balik Seremban hari Rabu minggu lepas. Masa kat sana, teringin nak masak sesuatu dgn menggunakan oven. Kalau tak aku yg nak guna oven tu, sapa lagi kan? Rinduuuu.

Pagi tu, aku pk la nak masak apa. Sorang suruh masak ayam masak lemak cili api. Sorang suruh buat spaghetti. Sorang pulak tak kesah aku nak masak ape. Wah wah… senang je korang ckp eh. So, aku cari resipi dari dapur Ummi. Terjumpa resipi Ayam Percik dari kak Hanieliza. Tapi rasanya Ummi ada ubah sikit. Jadi, aku ikut je resipi Ummi.

Aku rasa resipi ni sedap la. Hahaha.. perasan sendiri. Tapi betul. Ramai suka ayam nie.

Resipi dia bawah merupakan gabungan resipi dr Ummi dan kak Hanieliza dan disesuaikan dgn cara aku masak. Silakan cuba.

Ayam Percik (serves 6)

Bahan-bahan:
Satu setengah ekor ayam (seekor tu aku potong 12 kerat)
6 cawan santan pekat (Rasanya kalau 4-5 cawan pun, cukup)
Satu cawan air asam jawa
2 sudu kecil halba
Garam
Tepung ubi kayu atau tepung gandum

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
10 biji bawang merah
3cm halia
10 batang serai

Cara memasak:

1. Bersihkan ayam. Lumur ayam dengan garam dan tepung. Bilas bersih.
2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar ke dlm kuali. Masukkan ayam. Masukkan santan, halba dan air asam jawa.
3. Masak hingga kuah tinggal sedikit. Pastikan semuanya sebati. (Jika nakkan kuah utk ayam, tinggalkan kuah tu ikut kuantiti yg dikehendaki. Kemudian perasakan dengan garam).
4. Alih ayam ke oven dan panggang hingga masak.

Nota: Kalau setakat nak ratah ayam, rasanya tak perlu ada kuah. Tapi kalau nak mkn dgn nasi, kuah wajib sbb ayam tu agak kering

Dlm proses membakar


Kepak ayam percik yg mmg menggoda peminat kepak ayam nie.

However, saya memilih peha ayam utk mengenyangkan perut yg lapar.
Tapi ambil kepak jugak utk memuaskan hati. Ni dah siap letak kuah dia. Yummy!

Friday, December 25, 2009

Setelah seminggu membawa diri...

I received one sms from a loyal reader this afternoon. Hey YOU, I'm updating now!

Ada juga yg tertanya-tanya kenapa aku dah lama tak update blog. Lama sgt menghilang pergi sambut anniversary eh? Hehehe..

I have a reason.

Aku kena sakit mata on last Saturday. Bukan aku seorang tp the whole family. Pagi Sabtu, Batrisyia bgn pagi dgn mata yg agak sepet sebelah. Nampak merah sikit tapi kitorang rasa maybe dia gosok mata dia kot. Gitu la pada awalnya. Jadi kami teruskan plan kami pada hari tu. Pagi tu, kami semua ke Suria KLCC sebab nak tgk Storm Warriors pada pukul 12.10 tgh hari. Pukul 10 pagi dah sampai sana sbb hubby kena pegi Fitness First dulu. Kami berdua yg sibuk mengikut sama ni pegi la jalan-jalan sekitar kawasan. Batrisyia paling suka masuk Kinokuniya sbb dia dpt tgk banyak buku. Mulut pulak ternganga bila masuk dlm kedai kat Petrosains. Dlm kedai tu, ada satu kawasan khas glow in the dark. Dlm tu boleh nampak planet dan bintang. Tu yg dia suka kot.




Storm Warriors kira ok la kot walaupun terlalu banyak gunakan kesan visual. Kdg-kdg nampak tak realistik pulak. Tapi mmg Aaron Kwok sgt best! Masih gagah lagi hero aku nie rupanya.

Malam tu, mata aku pulak dah berair dan merah. Pedih weih. Letak Eye Mo je sbb takde ubat lain dah. Mmg sah la kena sakit mata.

Esok terus cari klinik yg buka. Doktor sahkan kami berdua kena sakit mata. Dia bekalkan ubat. Hubby ok lagi la sbb tak nampak apa-apa simptom. Oh ye, pagi Sabtu tu, aku hanya titikkan air susu ibu ke dlm mata Batrisyia. Ni petua yg aku pernah baca. Jadi, aku gunakan aje la. Rasanya kalau x mujarab tu, tak mendatangkan masalah. Tapi alhamdulillah, aku rasa mata Batrisyia tak teruk merah sbb susu ibu tu.

Pagi Isnin, hubby ckp dia takleh pegi kerja sbb mata dia pun dah bengkak. 2-2 belah. Lagi teruk. Hehe.. sekurang-kurangnya, aku dgn Batrisyia masing-masing kena sebelah mata je.

Disebabkan penyakit nie, maka kami anak beranak dpt la berehat di rumah sepanjang minggu. Hehehe... mesti boss aku bengang. Dah la aritu cuti pegi berehat. Elok seminggu lepas balik dr bercuti, aku cuti lagi. Kesian dia.. takpe, takpe.. tak rugi der company tu kalau aku takde. Hidup dia je la susah sikit sbb byk keja penting aku yg handle. Kehkehkeh... best woo duduk rumah lama-lama. Tak payah bgn seawal 5.30 pagi. Tak payah sibuk nak gosok baju. Hanya perlu fikir nak masak apa je utk hari tu. Mmg menggemukkan diri di sepanjang hari sakit ni.

Masuk hari Rabu, mata masih merah. Doktor bagi MC lagi. Jadi, ptg tu terus off to Seremban. Tak kuasa nak blk hari Khamis. Jalan mesti sesak sbb org lain pun sibuk nak blk kampung.

Nak tau kami ke mana siang tadi? Kami ramai-ramai ke Port Dickson. Wah, kata sakit! Ala, mata je yg sakit. Anggota badan yg lain sihat walafiat je.

At first, rasa taknak mandi laut tapi bila diorg nak naik banana boat, terus zass tukar baju. Ni kali kedua Batrisyia jejakkan kaki ke pantai. Kali pertama, kat Terengganu pada bulan Mei yang lalu. Kali ni lagi best sbb dia dah boleh jalan sendiri. So mmg main kejar ombak je la.






Badan penat tp sempat keluar kejap lps maghrib. Pergi mkn. Pastu pegi fun fair. Batrisyia excited tgk byk patung besar-besar tergantung tp kitorang malas nak main sbb tau games kat sini mmg banyak tipu muslihat.


Demi reader yg prihatin bertanya kemana aku menghilang, aku gigihkan diri buat entry malam-malam nie. Hehehe.. toksah la ko nak terharu eh.. hehehe.. aku mmg nak update pun. Elok je ko sms aku.

Thursday, December 17, 2009

Happy 3rd Anniversary

Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. September 2009, genap 5 tahun aku kenal hubby. Tapi adakah aku benar-benar kenal dia?

Ramai yang menganggap, kita perlu bercinta lama utk kenal siapakah dia yang sebenarnya, sebelum mengambil keputusan samada diakah yang terbaik utk dijadikan teman hidup.

Mungkin atas logik ini, ramai yang bercinta tapi terputus di tgh jalan setelah merasakan bahawa pasangan itu bukanlah yang terbaik utk anda.

Tapi ada juga yang melepaskan orang yg dia sayang atas alasan “I only want the best for you”. Ahaks, jgn ada yg sentap baca ayat aku ni yer!

5 tahun kenal hubby, jujur aku katakan mcm baru je kenal dia. Tak sangka 5 tahun dah berlalu. Masih byk yg aku belum tahu pasal dia. Masih mencari keserasian sbb kami ni tak la ngam dlm segala segi.

Selalunya, orang cari pasangan yg sekepala dan berkongsi minat yg sama. Tapi kdg-kala, perbezaan itu juga perlu kerana ia saling melengkapi.

Kesian dia dpt wife garang mcm aku.. eh, tiba-tiba pulak. Hahaha. Tapi betul la. Aku garang, dia cool je. Kdg-kdg, kesian tgk dia. Cepat-cepat aku minta ampun. Hehe..

Apa-apa pun..

Aku sayang kamu.. sungguh ni!

No fancy celebration. Entah, kitorang mmg x celebrate benda-benda camni. We can show our love everytime, everyday. Hikhik. Tapi hubby kata malam tadi x payah masak. Dia suruh pilih nak pegi mkn antara Bangkok House dan Secret Recipe. Kalau ikut hati, mmg nak pegi Bangkok House tp bila fikirkan Batrisyia, aku pilih other option. Kalau kat Secret Recipe, sekurang-kurangnya Batrisyia boleh mkn chicken soup, fries atau spagheti.



Masa ni ok lagi

Lepas tu, dia nampak sesuatu. Terus meronta-ronta

Yeah... she saw these Strawberry Milkshake and Orea Milkshake.

Bila ada minah ni, mmg dah tak boleh nak pegi fancy dinner sbb dia sgt messy ketika mkn. Kenapa messy? Sebab semua benda dia nak cuba mkn. Mcm malam tadi, dia marah sbb aku tak bg dia mkn onion. Besar tau.. potong bulat besar-besar gedabak. Last-last, aku bg dia cuba jugak! Tau tak sedap. Haha.. My salad dia sorang je yg mkn.. timun abes, tomato dia mkn one slice. Muka mmg comot gila. Baju tido lagi la. Balik rumah, terus tukar.



Jom pegi tgk Storm Warriors nak? Mmg tak romantik. Nasib baik dia pun sekepala, sukakan action movie. Ala, abang ngaku je la abang suka Ekin Cheng tu.. kan? Dia mmg tak marah kalau 1000x aku ckp Ekin Cheng tu handsome sbb masa dia muda-muda dulu, muka dia ada ala iras-iras Ekin Cheng versi pakai baju Melayu. Hahaha.. eh, ni puji tau! Korang sila jgn termuntah. Kahkahkah. Kalau la muka dia tu tak berubah sampai skrg, mau aku kurung dia dlm rumah aje. Eh tapi rasanya kalau muka dia masih mcm dulu, takde dia nak kat aku deh.

Nama pun anniversary. Mesti la puji suami sendiri. Haih, kipas kuat-kuat sikit!

Nota: Aku minat sgt kat Aaron Kwok.. mmg suka tgk dia berlakon.

A lie may take care of the present, but it has no future

After one long message and one wall post, he replied my wall post. That’s a good sign.. a fresh start…

I don’t put high hope.

Wednesday, December 16, 2009

Udang Rangup

Bagi ibu yang mempunyai anak yg susah nak mkn, mesti kdg-kdg terdetik rasa risau di hati. Takut anak tak cukup mkn dan dpt khasiat yg secukupnya utk tumbesaran mereka. Bila nak suapkan makanan, anak lari. Ketap mulut kuat-kuat. Pernah terjadi pada anda?

Tapi cuba tgk, kalau anak anda nampak makanan atau nampak org makan, ada tak dia tiba-tiba rasa nak mkn? Mulut tak putus-putus sebut “mamam”. Maknanya dia nak mkn tp dia nak makan makanan lain.

At least, benda ni berlaku pada Batrisyia. Sebenarnya, dia bukan taknak mkn tp dia cepat jemu dan nak cuba makan makanan lain. Masa pegi breakfast buffet kat Tok Senik minggu lepas, mcm2 benda dia mkn. Cereal baru mkn separuh mangkuk, dia tolak tepi. Nak roti pulak. Roti lepas 2 keping, tolak tepi. Nak buah pulak. Lps tu kuih. Lps tu omelette. Lps tu bubur nasi. Lps tu nasi goreng.



Makan tembikai susu

She can bite you.. heheh

Kalau kat rumah, lain pulak cerita. Walaupun dia dah mkn, kalau dia nampak makanan baru, dia sebut “mamam” sampai la dia dpt makanan tu.

One dietitien said, “Toddler loves snack!”. Ini bukan jajan ye. Tapi toddler suka makan mcm2 di selang waktu makan. Kdg-kdg, mmg saja letak buah, roti, biskut kat atas meja. Bila Batrisyia nampak, mmg dia minta dan dia akan makan. Tak payah disuruh. Tak payah nak kejar dan paksa dia buka mulut. Easy huh? Cuma pastikan dia nampak makanan yang bagus-bagus saja. Kalau nak mkn coklat, jgn mkn depan dia. Hehehe..

She ate a lot last night.. ni gambar lepas kekenyangan

Anyway, resipi ni diambil dari Majalah Rasa edisi January 2010. Kepada ibu yg suka masak sendiri makanan utk anak, elok la dapatkan eisi kali nie sbb ia memfokuskan ttg pemakanan anak dari bayi hingga remaja.

UDANG RANGUP



Bahan-bahan:
Udang
Tepung gandum
Serbuk roti
Telur – dipukul sedikit

Cara memasak:
1. Buang kulit udang. Buang urat dan bersihkan.
2. Tos dan keringkan dgn kitchen tissue towel.
3. Salutkan udang dengan tepung gandum.
4. Celup dalam telur.
5. Golekkan dalam serbuk roti.
6. Goreng sehingga kuning keemasan.

After-thought: Udang sedikit kenyal so Batrisyia mcm tak reti nak makan sgt. Sudahnya, aku kunyahkan dan bg dia. Sedap udang nie sampaikan aku dgn hubby pun tumpang makan. Takpe, tunggu Batrisyia besar, mesti dia suka resipi nie. Lagi berkhasiat dr nugget segera.

Tuesday, December 15, 2009

Food and milk intake.. hey, she's 14 months old!

Hari nie, aku nak bercerita sedikit tentang food dan milk intake cik adik manis. Entry ni boleh dibaca tetapi tidak boleh dijadikan satu-satunya rujukan utk anda. Sila dptkan lebih banyak maklumat dari sumber-sumber yang lain.

Satu tika dulu, aku ingatkan aku perlu sediakan susu badan berbotol-botol bila anak dah berumur lebih setahun. Kalau tgk bayi yg minum susu formula, kita boleh lihat ibu bayi akan sediakan 8oz susu bagi setiap hidangan. Susu akan diberi selang 3-4 jam. Jadi, di zaman aku kurang berpengetahuan, mmg ada rasa sedikit risau. Giler byk tu nak pam 8oz utk setiap kali anak aku minum.

Kemudian, aku dpt tahu yg rupa-rupanya, bayi yg menyusu badan akan makin kurang minum setelah berumur setahun. Kalau masa umur dia 4 bulan, dia minum 24oz di siang hari, dia mungkin minum dlm 12oz ketika usia mencecah 1 tahun 4 bulan. Mereka akan mula suka makan solid food. Ni hanya contoh saja ye.

Bayi yg berumur satu tahun ke atas juga sudah boleh minum fresh milk kerana buah pinggang mereka sudah mampu memproses susu segar. Fresh milk adalah susu segar.. bkn full cream milk, low fat milk, choc milk dan sebagainya. Kalau brand Dutch Lady, ia dipek dengan kotak warna hijau. Sesudah dibuka, fresh milk tidak akan bertahan lama seperti susu-susu yg lain.

Tetapi harus diingat, fresh milk hanya boleh diminum tidak lebih dari 18oz sehari bagi memastikan badan anak anda dpt menyerap kalsium dan zat besi dengan baik. Bagi ibu-ibu yg menyusu badan, fresh milk bukanlah susu gantian sebaliknya ia seperti makanan tambahan yg lain. Susu ibu tetap diberi seperti biasa.

Batrisyia dah mula diperkenal dgn fresh milk ketika usia dia setahun. At first, kami bg dia mkn cereal dgn fresh milk. Lepas tu, masukkan fresh milk dlm pancake dia. Bila tgk dia dpt terima fresh milk dgn baik, kami mula beri dia minum fresh milk 5oz sehari (dan susu ibu tetap diberi seperti biasa). Kenapa kami beri dia fresh milk? Ianya sebagai makanan tambahan dan supaya dia boleh menerima susu selain dari susu ibu. Bila beri dia fresh milk, aku tetap mengepam seperti biasa. Kdg-kdg, dia taknak minum jugak. Dia lg prefer susu yg lebih segar iaitu susu ibu.

Utk solid food pula, rasanya tidak ada byk masalah jika anak sudah berumur lebih setahun. Anak sudah boleh mkn roti, biskut, cereal, madu dan whole egg. Cuma perlu monitor apa yg dia mkn dan cuba kurangkan salt intake. Setakat ni, Batrisyia mkn apa yg kami mkn. Cuma dia tak mkn benda yg pedas dan bergaram mcm org dewasa mkn. Kdg2, jiran dan abi dia bg mkn coklat (sambil uminya menahan rasa geram dlm hati.. kuikuikui). Coklat kan tak bagus.. haruslah aku geram, ye tak? Alhamdulillah, Batrisyia boleh mkn nasi dgn baik. Kalau disuap, mmg nganga je mulut.

Kalau tgk anak korang tak berapa suka nak mkn, jgn cepat putus asa. Terus cuba beri dia mkn. Dia takkan suka makan makanan yang sama tiap-tiap hari. Jadi, kena pelbagaikan makanan dia. Masa mula-mula intro makanan kat Batrisyia, dia pun mmg mcm tak suka mkn. Byk yg diluah balik. Tapi kalau korang tgk dia mkn skrg, mmg tak padan dengan kecik! Bagi je makanan, seboleh-boleh dia nak sumbat semua dlm mulut. Kdg2, semua jari masuk dlm mulut. Orang lain pulak risau takut dia tercekik.

Malam ni nak cuba buatkan satu resipi baru utk dia. Tgk keputusannya mcm mana. Kalau sempat, esok aku share.

Monday, December 14, 2009

Gambar-gambar di Langkawi

Seronok pegi Langkawi kali nie sbb pergi ramai-ramai kot. Kali ni, kami tak berjalan sakan mcm masa zaman honeymoon dulu sbb perlu ambil kira keadaan dan kesihatan org lain juga. Kalau dulu, pagi-pagi dah keluar dan blk hotel sebelum maghrib, kali ni mmg perlu balik lps mkn tgh hari utk berehat dan tidur sekejap. Lepas tu, kena blk sebelum 6 ptg sebab ramai nak pegi swimming pool pulak. Hehehe.. aku sempat masuk swimming pool di hari kedua. Batrisyia berendam sampai menggigil badan. Dah kesejukan tapi masih nak masuk pool lagi.

Kami tinggal di Perkampungan Tok Senik. Suasana kampung mmg sesuai utk semua org. Kalau tepi pantai, mcm meriah sgt je. Kalau dulu, kami tinggal di rumah Sahak. Kali nie, 4 daripada 5 buah rumah di Lorong Air Merah adalah kepunyaan kami. Kami tinggal di rumah Mukhriz dan rumah Muhyidin. Rumah Najib yang paling besar tu ada org lain duduk. (Rumah Ketua Kampung akan sentiasa bertukar nama, seiring dgn nama Perdana Menteri).

Tempat yg paling semua org nak pegi ialah cable car. Mmg ambil byk gambar kat sana. Tak dpt pegi tempat lain pun takpe. Yang penting, cable car kena naik. Sempat la menyusukan Batrisyia kat atas sana walaupun tempat tu sesak dgn org. Yang penting, tutup aurat.. ye tak?

Jalan di Langkawi tak byk berubah. Jadi mmg tak sesat. Kami masih ingat tempat-tempat yg kami pernah pegi. Nak cari kedai seafood yg kami pegi dulu pun tak susah.

Kali ni, aku tak dpt melepak sambil tgk live band kat Tok Senik sbb Batrisyia dah tido. Terpaksa la stay kat bilik. Tak dpt dgr Fredo menyanyi.

Aku juga tak sempat mkn Laksa Power. 3 tahun mengidam nak mkn lg. Hajat tak kesampaian!

Apa2 pun, mmg best. Thn depan insya Allah nak pegi Sabah pulak. Dgr cerita, ramai2 nak naik Genting Highlands pertengahan thn ni. Wah, syok nie!


















Tuesday, December 08, 2009

To Langkawi

Sudah takde mood nak bekerja sejak semalam. Aku akan mula bercuti mulai esok dan hanya akan kembali bekerja pada minggu hadapan. No paper work.. no call.. no blog update. Wah, bersungguh betul nak cuti.

Rasanya semua org yg terlibat pun dah mula rasa tak sabar terutamanya adik bongsu aku (Papa, bg Hasif baca nie.. biar dia segan sikit). Abes aa semua benda dia nak beli semata-mata nak bergaya kat sana! Can’t blame him because this is the FIRST VACATION for him. First vacation utk kami semua jugak semenjak accident tahun 2003 tu.

Luckily, I have a digital camera. Boleh ambil gambar byk-byk. Sedar tak sedar, dah setahun camera nie berjasa pada kami.

Beg dah kemas, rumah pun dah kemas. Rumah wajib dikemas sebelum bercuti utk memastikan otak tidak serabut bila melihat rumah mcm tongkang pecah sekembalinya dari bercuti. Elok-elok otak dah berehat, terus pening kepala, ye tak?

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Di kala dah tak tau nak masak apa, aku pun mula la jenguk my fave food blogs. Bila dah jenguk blog tmpt, rasa tak tau nak try yg mane pulak. Hehe.. But I choosed this recipe sbb ianya telah dicuba oleh Ummi (sila refer kat side link) dan ianya masakan Thai. Wah, mcm sedap je bunyinya. Lagipun, bahan-bahan mmg senang nak dpt.

Mmg best la lauk nie! Hubby kata kalau kuah cairkan sikit, dah mcm lauk kat Bangkok House. Mmg betul pun sbb aku rasa ni resipi yg sama. Maybe next time boleh goreng seekor siakap dan buat double batch utk kuah, buat cair-cair dan curahkan atas ikan. Makan panas-panas. Mmg gerenti licin!



Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan bawal
1/4 cawan tepung serbaguna (*Ummi guna tepung jagung + sedikit lada sulah + sedikit serbuk cili kering + sedikit garam)
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Bersihkan ikan dan keringkan. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan
2. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :-
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ aku guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
4. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Monday, December 07, 2009

Captured by Eyes of Grace

Ihsan tak puas nak tgk gambar eh? :)

Hubby ambil CD dan gambar hari Rabu minggu lepas. Punya la teruja nak tgk semua gambar sampaikan aku rasa agak tak aci bila hubby ckp nak tgk CD tu dulu kat office.

Photoshoot dibuat di Tugu Negara. Slot kami bermula pada pukul 10.30 pagi. Malam sebelum tu, aku dah siap gosok semua baju dan paksa Batrisyia tidur awal. Hehe.. kalau dia tidur lambat, nnt dia bgn lambat pulak. Dah la dia paling lama nak bersiap.

Pada mulanya, kami ingat nak memakai baju warna putih utk photoshoot ini. Outdoor la katakan. So baju putih mcm sesuai dgn latar belakang warna hijau.

Tapi aku rasa mcm boring pulak. Reason? Orang mmg akan fikir nak pakai baju putih utk outdoor photoshoot. Aku nak lain dari yg lain. Nak warna yg boleh menyerlahkan kami anak beranak.

Therefore, we choosed red because we love red. Utk Batrisyia, aku pilih this purple checkered dress yg dia dpt masa hari lahir dia. Kitorang mmg suka baju nie sbb nampak mcm dia dah besar.

Hasilnya, baju merah mmg nampak menyerlah dgn latar belakang warna hijau. Pemilihan warna purple utk Batrisyia mmg sgt tepat. Nampak mcm dia jadi center of attraction dlm setiap gambar walaupun kami bergambar bertiga.

Batrisyia dah tertidur semasa dlm perjalanan. Jadi, bila sesi bermula, dia mcm agak moody dan taknak senyum langsung. Puas kak Zubye panggil dan acah dia tp muka stone gak. Dah lama-lama, baru dia ok. Tapi bila dia dah ok, masa nak abes pulak. Hikhik.

Thanks kak Zubye. We really love your work.

By the way, Batrisyia dah berumur 14 bulan. Alhamdulillah. Masih ada 10 bulan utk dia genap 2 tahun.



















 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.