Wednesday, September 30, 2009

Damn!

Damn it!

I'm at the office.. reading The Time Traveller's Wife..

Damn it!

Why?? Why?? Oh.. come as fast as you can, Clare!

I wanna cry.

My close friends knew that I hardly crying over a love story unless the storyline is so damn good!

More about this book later.

2 Syawal 1430H: Her first birthday!

Yes.. Batrisyia sudah menyambut hari lahirnya yang pertama pada 2 Syawal yg lalu. Kami rasa, elok la kalau dpt sambut hari lahir dia mengikut kalendar Islam. Tak salah bukan? Tapi ada jugak la yg kata tak boleh! Kenapa ek?

Tahun ni kami beraya di Seremban so family kat Seremban la yg dpt menyambut hari lahir Batrisyia bersama kami. So utk family Cheras, mereka akan join makan-makan kat rumah kami hari Sabtu nie.

Kami tak mcm org lain nak sambut besar-besar dan meriah. Batrisyia pun baru berumur setahun. Bknnya dia tau apa sgt. Plus, aku taknak dia jd cranky bila ramai sgt org dtg. Jadi, kami hanya jemput saudara-saudara terdekat sahaja! Tak ramai pun. Adik-beradik belah mak aku je. Diorg suma mmg akan dtg beraya ke rumah kami setiap 2 Syawal. Jadi mmg molek sgt la diorg ada.

Bila nak pilih cake, aku jadi risau. Aku nak cheesecake tp family aku sendiri tak mkn cheesecake (kecuali Irfan and Hasif). Jadi, aku cuba pilih cheesecake yg tak terlalu rasa cheese. I picked HAZEL CHEESE (Rich hazelnut cheese filling with roasted hazelnut crust, extraordinarily tasty!.. tu kalau ikut description dia). Aku pernah rasa so aku tau mmg sedap!

My mom masak laksa. First time dia masak lasak.. sedap weih!!! Orang lain mkn bertambah-tambah. Lepas ni boleh la minta masakkan laksa selalu. Alhamdulillah, cake pun habis.. org rumah terpaksa kongsi mkn sbb tetamu mkn cake bertambah-tambah. Hehehe..

Orang yg paling seronok ialah kanak-kanak lain terutamanya Batrisyia. At first, dia mcm terdiam di sofa bila tgk ramai org dtg dan kanak-kanak lain sibuk pakai topi kertas mcm dia and main belon yg abi dia tiupkan. Bila dah lama sikit, dia mula la jerit nak tegur org lain. Di hujung-hujung masa, dia dah keletihan dan tidur sekejap.

Dia dpt byk baju di hari lahir dia. Mrs. Andre hadiahkan 2 pasang baju utk dia. Tema kami pada hari raya kedua ialah warna hijau. Aku tak jumpa baju warna hijau yg cantik. Kebetulan, Mrs. Andre hadiahkan baju warna hijau. Dpt la pakai masa hari raya kedua. Thank you kpd semua yg memberi hadiah!! Serious aku jealous sbb baju utk anak aku semuanya lawa-lawa.

Layan la gambar.


Menolong abi dia tiup belon.. tlg tgk je ek!





Delicious!

Knp nampak mcm umi dia je yg over excited nak potong kek?

Hubby tolong potongkan kek utk tetamu

Haruslah aku share gambar dia bermuka innocent di blog nie.
(Ampun abg.. jgn marah eh..)

Tuesday, September 29, 2009

Batrisyia tak sosial?

Batrisyia mmg taknak kat orang. Dia hanya boleh didukung oleh aku, hubby dan cikgu-cikgu dia kat nursery. Kalau orang lain, siap la dgr dia meraung dgn air mata meleleh-leleh. Jadi, di kesempatan cuti seminggu, aku mmg harap sgt dia boleh bermesra dgn my family kat Seremban. Ye aa, jumpa sebulan sekali.. mesti la minah ni tak berapa nak kat org sana.

For the first 2 days, mmg dia nak berkepit dgn parents dia je. Kalau hilang depan mata, gerenti nangis. Kalau orang lain tegur dia, terus peluk kitorang. Agaknya kalau boleh masuk blk dlm perut aku, mau minah nie masuk balik. Hehehe..

Setelah beberapa hari berlalu, baru la dia mcm ok. Dah boleh main cak cak, main tepuk tgn. Siap main kejar-kejar dgn Danish. Bkn Danish yg umur nak masuk 2 tahun tu kejar dia tp dia yg kejar Danish. Dia jerit, Danish jerit. Mmg riuh. Mlm tu,dua-dua tido pengsan kepenatan!

Danish nie mcm mentor dia la. Batrisyia lak dikira protege. Apa yg Danish buat, dia pandang je. Lps tu, dia pun join sama. Dia nampak Danish sepahkan VCD dan kaset, dia pun nak ikut. Lepas-lepas tu, takde Danish pun dia leh gi sepahkan semua benda tu sorang-sorang. Dia keluarkan bekas VCD, Danish keluarkan VCD dr casing. Mmg mengikut lagu Wonderpet betul.. Apa yg penting, kerjasama!







Sebelum ni dia takut dgn paksu dia yg bersuara mcm nak mkn orang. Tapi setelah paksu nye diberi warning berkali-kali ttg suaranya yg menakutkan tu, baru la paksu dia reti adjust volume ke tahap yg sedap didgr oleh telinga cik adik manis nie. Baru la Batrisyia leh leka layan paksu dia. Ada sekali tu, hubby tgh solat. Aku tgk, Batrisyia takde kat ruang tamu. Puas aku cari. Aku nampak adik aku je tp x terfikir nak tanya dia. Setelah dlm 3 minit cari, rupanya anak aku ada je kat depan paksu dia (ala-ala tgh kena peluk). Camne la aku boleh tak perasan T_T

Dgn tokwan nye pun dah boleh geng la kot. Tapi mmg ambil masa yg lama nak bagi 'ais pecah'. Gagaga... hari terakhir nak blk tu, Batrisyia siap tepuk tgn ayah aku tau. Wah, sudah geng ka?

Bila la nak cuti panjang lagi.

Monday, September 28, 2009

Hari raya kami

Back from Raya holiday!

OK, aku tau aku ckp yg aku akan blog dr rumah tp kan.. takde masa nak buat apa-apa entry sbb malas dan kebetulan, ada org tu syok sgt duduk depan laptop dia :p

Raya tahun ni mmg best. Bkn sbb dpt cuti seminggu. Tapi sbb dah 2 tahun tak sambut raya. Jadi semuanya sgt mengujakan! Sampaikan baju boleh sedondon sampai raya ketiga dan plus satu hari masa pegi open house rumah KD. Mmg terasa mcm ONE SMALL FAMILY.

Raya kedua


Batrisyia di rumah moyangnya pada hari raya pertama



Hari raya pertama, Mr. Andre sekeluarga dtg ke Seremban. Tahun lepas, mereka dtg Cheras. Kesian sbb terperangkap dlm kesesakan di PLUS. 2 jam weih baru nak sampai Sban. Batrisyia dpt hadiah 2 pasang baju Baby Kiko sempena hari lahirnya yg jatuh pada 2 Syawal. Mcm tahun lepas jugak, Rendang merupakan makanan kesukaan keluarga nie. Bertambah-tambah mkn rendang. Sampaikan Mrs. Andre minta resipi kat mak aku tapi bila dia dgr cooking time yg diperlukan utk masak rendang, dia geleng kepala aje. Hahaha..




Sehari sebelum raya, kami ingat nak gunting rambut depan Batrisyia tp setibanya di salon, dia tidur. Tak jadi la. Kebetulan kami ke Giant masa hari raya pertama tu, apa lagi.. aku bawak dia masuk salon yg kak Jannah pernah beritahu. Menangis anak aku. Ala, potong depan je so takde la lama sgt.


Masa hari raya kedua, hubby bawa Batrisyia naik motor kat depan rumah. Dia mmg suka tgk motor. Kalau motor lalu depan dia, mmg dia akan melonjak-lonjak.

Byk benda nak blog ttg cik adik manis nie. Nanti la yer. Akan aku ceritakan satu persatu.

Friday, September 18, 2009

Berbuka puasa di Bangkok House

Yeay.. semalam.. buatpertama kalinya dlm Ramadhan tahun nie, kami berbuka puasa di luar. Alhamdulillah, sehingga ke pagi tadi, kami masih belum missed sahur. Pernah sekali je, terbangun pukul 5.30 am (actually, dah bgn pukul 4.30 am tp Batrisyia pun terbgn sama dan minta susu. Last-last, tertidur semula). Tapi sempat la bersahur mkn nasi dan lauk semua.

Memandangkan rumah kami dah jauh di Langat, berbuka di tgh-tgh KL sangat tidak digalakkan. Nanti dgn jammed, mau lambat sampai rumah. Tak pasal-pasal je tak sempat nak kemas barang utk bwk blk kg.

Jadi, terpaksa la memilih mana-mana restoran di sekitar Ampang dan Cheras. Sgt limited tau! Sbb teruja ni first time berbuka di luar, maka kena pilih tempat mkn yg dijamin sedap.

Hubby memilih Bangkok House! Dah beberapa kali pergi sana so mmg tau la makanan kat situ mmg sedap.







Kami ordered Tom Yam Seafood, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin dan Siakap 3 Rasa. Dessert pulak pekena Red Rubbies. Eventhough tastebud aku tak berfungsi gara-gara selesema, mkn tak pandang kiri kanan dah! Terasa sedap jugak. Kat sini, Tom Yam dia mmg superb! Paling sedap aku pernah mkn dlm hidup. Period! =)

Siakap 3 Rasa dia pun sedap la. Pedas-pedas gitu. Lagi sedap drpd Steam Siakap. So kalau lain kali nak mkn siakap, aku order siakap 3 rasa je la. Ikan besar tp sekejap je tinggal tulang. Mmg ada jin dlm perut kitorang. LOL.

Sampai rumah dlm pukul 9 malam. Kerja mengemas baju dan barang pun bermula. Agak kagum eh dgn diri sendiri sbb rasa mcm kejap je aku mengemas. Padahal brg byk giler. Sementara mengemas, Batrisyia layan Geng: Pengembaraan Bermula. Tekun dia tgk movie tu.

Aku rasa aku dah jumpa solution utk elakkan rasa ngantuk dan penat di malam hari. NESCAFE! Mmg mlm td rasa mcm penat dan ngantuk. Pastu hujan lebat la kan. Cuaca sejuk. Sakit tekak lak tu. Tiba-tiba rasa nak minum Nescafe. Jadi, aku buat la nescafe satu mug besar. Habis minum, mata dan badan terus jd segar. Yaaahhh, segar sampai pukul 3 pagi yer. Orang lain dah tido nyenyak, aku terkebil-kebil pandang 2 orang tu.

Jgn tertipu dgn gambar nie. Ni hanya SEBAHAGIAN dr brg2 yg nak dibawa balik. Belum masuk beg Jusco yg besar gedabak tu, bakul baju, kipas (mmg nak bawa, takut panas sgt kat sana), bantal, selimut, nursery bag, 2 baju melayu dan telekung yg digantung. Penuh keta depan blkg!

Nampak plastic bag Drypers tu? Dlm tu ada cloth diaper sebenarnya. Inserts nye byk sgt so cari jln mudah dgn sumbat je dlm tu. Insya Allah, Batrisyia akan fully CD menjelang umur dia setahun. Skrg baru ada 13CDs. Lepas ni kita tambah lg 5 yer. Kalau ada sesapa nak beli CD Lunatots, boleh beli dari aku juga. Harga yg aku tawarkan ADALAH SAMA dgn harga yg ditawarkan oleh Lunatots.

Ok la, di kesempatan nie.. kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yg membaca blog nie. Maaf dipinta jika kami pernah melakukan sebarang kesilapan kepada anda. Maaf juga jika ada entry dr blog ni yg menyinggung perasaan anda.
Blog akan tetap 'hidup' ketika cuti seminggu nie. Aku akan ber blogging dari rumah di Seremban.


Thursday, September 17, 2009

Checklist balik kampung

Tonight, it's going to be a long night for me.

Masih belum buat checklist utk balik kampung. Checklist mmg wajib. Kalau tak, mesti ada barang yg tertinggal. Korang ada buat checklist tak? Ke aku je yg over?

Langsir belum pasang. Rumah nak kemas sikit-sikit before blk. Nak kena sapu sebelum tinggalkan ia utk seminggu. Dapur nak kena kemas semua. Opps, balang kuih raya belum keluarkan dr kotak. Alamak, apsal tiba-tiba mcm byk je benda tak settle lagi?

Rasa mcm nak break fast kat luar je hari nie. Tahun nie tak berkesempatan pun nak break fast kat luar.

Ok, dah... nak start kerja.

Tuesday, September 15, 2009

Ko ni mmg takde seni mata!

Aku tgh chatting dgn adik lelaki aku. 5 hari lagi nak raya, mood nak kerja pun makin lama makin pudar.

Sedang berbincang ttg raya, aku bgtau la psl sorang budak perempuan lawa yg mungkin akan dtg beraya di hari raya pertama. Aku bgtau dia bkn sbb nak suruh dia usha ke ape. Ayat tu spontan ditaip oleh jari jemari aku yang panjang ini.

Then, dia nak tgk gambar. Aku bg je la. (Sila abaikan bahasa rojak/bahasa pendek/bahasa 'ngok' yg terkeluar. tu hanya dlm YM aje)

naz_3909: mne gmbr die
estli82: http://charming-umi.blogspot.com/2008/12/whats-special-for-christmas.html
naz_3909: yg kecik 2 anak die
estli82: yer ar
estli82: ada lg sorang,besar
estli82: dah U
estli82: tp xde dlm gmbr
naz_3909: em ko ni mmg xde seni mate ko
naz_3909: ni mne ley ckp lawa lg..
naz_3909: bdk2 lg 2
estli82: yer ka
estli82: budak pun leh lawa la ngok
naz_3909: boleh la

Jauhnya beza interpretasi LAWA dr mata aku dgn mata dia. Bg aku, budak kecil pun kita boleh label dia lawa kalau dia mmg lawa. Tapi bg adik aku, selagi org yg lawa tu belum dewasa, selagi tu dia xleh guna status lawa. Abes tu, nak guna apa?

Budak perempuan tu mmg sgt polite tau. Ckp pun lemah lembut. Nak mkn kuih raya pun, nak minta izin.

Ayoyo, aku mmg dah xde mood nak kerja nie. Malas je rasa.

Monday, September 14, 2009

Persiapan seminggu sebelum raya

Aku hanya sempat tidur selama 2 jam malam tadi. Huarggh, ngantuks! T_T

Living hall yg kecil tu dah siap dicat. Walaupun kecik tp ambil masa dua hari sbb perlu cat dgn cat putih dulu utk memastikan warna Romance betul-betul timbul. Ditambah pulak dgn ada cik adik manis yg sibuk nak keluar dr bilik sbb nak tau ape yg terjadi di luar bilik. Pagi Ahad, kerja mengecat pun selesai. Alhamdulillah. Tu baru living hall. Bilik lain kena tunggu la.

Pagi Sabtu tu, kami lari kejap jenguk showroom Lunatots di CBC. Masa tu ada org dtg utk consultation. Aku tgk minah tu mcm kenal. Puas fikir. Dia pulak kata, dia x kenal aku kot. Haha. Tapi bila sampai rumah, baru la teringat sape dia. Nama dia Erma. Pernah ikut bebudak silat saja-saja pegi Tanjung Bidara masa zaman muda-muda dulu. Haih, keciknya dunia.

Rambang mata tgk warna-warna baru CD dr Lunatots. Beli la 5CDs. Iki makin becok dan makin byk vocab. Sue, teruskan usaha awak. Pedulikkan mereka yg jealous itu.

Hish, anak aku ni nak seksi aje.



Weekend kami, walaupun busy tp syok melayan cik adik manis. Siang hari, dia akan ketawa tak hengat dunia dan malam hari, kdg2 dia akan mengigau nak nangis. Haaa, sape suh riang ria sgt di siang hari. Hehe.. tp takpe.. layannn!

Time mandi pun dia x reti duduk diam. Now, mesti bg dia sudu dgn bekas utk dia main sama masa mandi. Dia taknak benda lain yer. Dia nak food storage ni jugak!







Harus tepek gambar nie sbb hubby yg tlg siapkan dia berpakaian

Owh, saja nak tepek gambar kat bwh nie. Masa ni aku tgh buat bawang goreng. Bila buat bawang goreng, teringat Suhaidah. Masa kat U dulu.. masa kami nak buat open house, kena la beli bawang goreng. Dia terperanjat bila kitorang kata yg kitorang nak beli bawang goreng. Dia kata, dia x pernah beli bawang goreng. Dia buat sendiri bawang goreng. She's a Johorian. Bila tanya Wan Hackers (yg juga Johorian), Wan ckp family dia pun buat sendiri bawang goreng. Adakah org Johor mmg buat sendiri bawang goreng? Korang beli bawang goreng atau buat sendiri?

Anyway, kalau aku nak guna sikit je, mmg aku goreng sendiri. Senang kan?
Ni pulak gambar Ayam Pandan Thai in the making.. hehe.. sempat ambik gambar in the making je. Gambar dah siap masak, x ambik pulak sbb laju je masuk mulut. Resipi? Nanti la ye. Hari nie byk keje.


Owh, bawang goreng tu bkn utk dimakan dgn Ayam Pandan Thai tp utk ditabur byk-byk dlm Mee Kari Udang yg aku masak utk berbuka puasa semalam.

Friday, September 11, 2009

5 cheap and fun baby activities

Permainan budak zaman dulu dgn zaman skrg dah jauh sgt beza kan? Zaman aku kecik-kecik, permainannya biasa-biasa je mcm set permainan bowling plastik, ular getah, lego dan sebagainya. Cuba tgk permainan budak zaman skrg. Tak payah tgk jauh la. Tgk permainan utk baby bwh setahun, canggih-canggih belaka. Pasal tu bila mak bapak pegi kedai jual permainan, diorg rambang mata sbb rasa nak belikan semua utk anak. Pastu, setiap permainan dikatakan berupaya utk stimulate perkembangan minda dan motor badan anak anda. Lagi la mak bapak teruja sbb nak pastikan anak dia hebat serba serbi.


Aku dgn hubby terbalik. Kami jarang belikan permainan utk Batrisyia. Kalau ada beli pun, permainan tu lebih kepada permainan yg berbentuk pelajaran (like flash card, book with sound). Anak ni cepat boring dgn permainan, betul atau tidak? Kebanyakan budak akan excited main dgn permainan tu hanya masa mula-mula dpt permainan. Lepas tu, dia tolak tepi. Dia lagi suka main dgn suratkhabar, hanger, penyapu, senduk dan brg2 yg dia tak sepatutnya gunakan utk bermain. Pasal tu kitorang taknak membazir.


Ok, berbalik pada 5 CHEAP AND FUN BABY ACTIVITIES, aku pernah baca ni kat website Baby Center. Takpe, aku paste kat sini je.


Let 'er rip
Maybe it's that pleasing shredding sound or maybe it's the satisfaction of making a permanent change in something, but babies love to tear up paper. So plunder your recycling box for magazines or junk mail – when you see that gappy smile on your baby's face as she gets to work, you won't even mind the mess.
>> Batrisyia suka kalau dpt kertas. Beriya-iya dia menyepahkan rumah.

Dog days
You could take your baby to the zoo, but don't be surprised if he falls fast asleep – or favors the water fountain over the orangutans. Instead, try a park where he can see dogs playing. It's a lot less overwhelming and every bit as exciting, plus it doesn't cost a penny. Just be sure to practice good doggy-and-child safety habits. You might want to carry your baby in your arms or a baby carrier to make sure he's safe when watching and petting the pups (with permission, of course).
>> Ok, yg beragama Islam tu.. jgn la bwk anak ko tgk dog pulak. Cuba cari haiwan lain. Mcm Batrisyia, dia suka tgk ayam so ptg-ptg, abi dia akan lepak luar rumah dan bawa dia pegi tgk ayam.

Flashlight games
Turn off the lights, close the blinds, grab a flashlight, and lie back on the floor for a rockin' light show with your little one. Dance the light beam along the ceiling and walls as your baby stares in delight. An older baby might like to try holding the flashlight herself (though you shouldn't be surprised if all she does is gum it). Just don't let her shine it directly in her eyes – or, for that matter, in yours.
>> Hohoho.. yg ni mmg dia suka. Aku mula praktikkan aktiviti ni masa umur dia brp bln ntah. Masa tu dia menangis. Tak tau kenapa. So aku teringat akan game nie. Aku cuba. Sgt berkesan! Terus senyap. Sejak dr hari tu, mmg kami selalunya akan main flashlight games before tidurkan dia.

Dining out
For a change of pace, set up your baby's highchair in the backyard or out on the front stoop and, between bites, let him fling the food wherever he likes. He'll feel like he's won the lottery! A bit short in the yard department? No worries – bring a booster chair to the park and set it right on the grass. Throw in some bubbles and you've got a perfect recipe for a fun-filled morning.
>> Ni tak pernah cuba.

Go clubbing
In your living room, that is. Turn on your favorite music and dance with your baby in your arms. She'll be in seventh heaven – after all, she'll be enjoying three of her favorite things in the world simultaneously: music, bouncing, and closeness to you.
>> Yg ni pun dia suka. Terkekek-kekek dia gelak.


Ok, nak letak gambar Batrisyia lagi. Gambar di ambil pada malam Khamis dan malam Jumaat.



Dia mmg pantang kalau nampak torchlight nie.
Kenapa takde lampu pulak nie?

Bateri dah abes ke?

Agak-agak muat tak kalau saya masuk dlm beg nie?

Hey, awak sape? Kenapa gambar awak ada kat beg umi kita?

Haa, nampak tak hairclip saya?? Cantik tak?

Makanan saya sedap sgt sampai saya rasa nak tunjuk kat semua org.
(Mmg geram nak ambil gambar dia skrg sbb dia suka buat pose nie)








Thursday, September 10, 2009

Apakah alasan anda utk stop breastfeed anak anda?

First of all, diharap apa yg aku tulis ni tidak menyinggung mana-mana pihak selain dr 2 individu yg berkait rapat dgn cerita di bawah. Untuk 2 individu nie, bukan niat aku utk salahkan korang ke, condemn korang ke, whatsoever. Masing-masing tau apa yg terbaik. Tapi kerana sebab tertentu, korang menidakkannya. Aku tak kesah la apa yg korang pilih. Cuma diharapkan, apa yg korang pilih tu, biarlah berlandaskan ilmu yg betul, bukan setakat dgr ckp orang.

Anyway, ini menyentuh kisah breastfeeding. So pada mereka yg tak suka, sila close this window. Tak perlu baca. Tak perlu sakit hati. Tak perlu komen. Nanti meluat, aku pulak yg kena. I love breastfeeding. So obviously, apa yg aku akan ckp ni menunjukkan aku mmg sokong benda nie 200%.

Ok.. jadi.. kalau nak close window, close skrg.. My entry starts now.

2 individu ni aku mmg kenal. Walaupun tak rapat tp aku kenal la. Salah seorang drpd mereka ada blog. Yg lagi sorang, aku taktau la dia ada blog atau tak.

Yg ada blog nie, aku selalu baca. Sejak dia pregnant, dia berhasrat utk susukan anak dia dgn susu ibu. Dia tak pernah letakkan sasaran nak bf sampai setahun ke.. dua tahun ke. Aku pun tak pernah tanya. Cuma kdg-kdg aku tinggalkan komen di blog dia. Berikan dia beberapa fakta yg harus dia tau. Nampak seperti dia bersedia.

Then, dia bersalin. Seperti ibu-ibu yg lain, bermulalah rutin dia sebagai seorang ibu. Dgn badan yg masih lemah, mungkin tak cukup tidur, ditambah pula dgn anak kecil yg perlukan perhatian.. sedikit sebanyak, badan rasa sakit sana sini. Penat dan sakit makin terasa bila anak asyik nak susu. Mungkin anak menangis sepanjang malam. Hanya sempat tido selama 2-3 jam setiap malam. (I was in that situation before).

Si ibu mula mencari jalan mudah. Kalau nak direct-feed, kena mengadap anak setiap kali anak nak minum. Kalau bottle feed (EBM atau formula milk), org lain pun boleh tlg bagi. Boleh jugak si ibu berehat sebentar. Tak payah nak sakit-sakit badan.

Jadi si ibu pun berilah anak dia susu melalui botol. Katanya, badan sakit-sakit. Lagipun, senang nanti nak start kerja. Sekian, tamat cerita yg pertama.

Tahniah kerana berjaya direct feed anak ko walaupun hanya setakat seminggu lebih. Sekurang-kurangnya tak give up terlalu awal. Cuma aku agak terkilan kerana dia stop direct-feed anak dia atas 2 sebab: sakit badan & senang nak kerja nanti.

Anak baru umur seminggu lebih kan? Kan kerja start lambat lagi. Bagi aku, alasan ni takleh pakai. Kalau ye pun nak train anak, tunggu la anak dah umur sebulan. Ada kes (mcm aku), tak train pun anak minum botol. Bila anta ke nursery, dia tau minum dr botol. Sayang sungguh bila anak yg baru umur seminggu tu dah dijauhkan dr breast ibu dia. Seminggu weih.. isk.

Rasanya semua ibu mmg akan rasa lemah badan di awal-awal kelahiran. Itulah dugaan awal utk ibu. Mcm mana la ibu-ibu zaman dulu ye. Badan lemah-lemah pun, gagahkan diri utk menyusukan anak. I still remember Hayatie’s entry ttg kucing dia yg baru beranak. Mmg kerdil kan manusia ni. Dari kes kucing pun, kita boleh belajar sesuatu.

Aku rasa, kita kena pk camni. Takde benda lain dlm dunia ni yg boleh diberi pada anak.. tak wujud susu formula. Tak wujud botol. Jadi barulah kita betul-betul ‘terpaksa’ direct feed anak kita kan?

Ok, next case.

Kes kedua pun melibatkan kwn aku. Anak dia ada jaundice dan doktor suruh dia stop bf kalau nak jaundice anak dia hilang. Damn!!

“Feed your baby early and often. Remember that colostrum acts as a laxative, and frequent stooling lowers bilirubin levels. Keep track of urine and stool output (see article on How to tell if your baby is getting enough milk).”

“When the baby is temporarily given formula, either as a substitute for, or along with mother's milk, the levels drop quickly, rising again as the baby returns to total breastfeeding. Even though we are not sure of the cause, what is important to remember in cases of late-onset jaundice is that the baby is not harmed in any way by continued breastfeeding. There has never been a case of kernicterus associated with this type of jaundice, or any detrimental after effects. Because we know the well-documented benefits of breastfeeding, the baby should not be denied the advantages of breastfeeding, given the fact that the slightly elevated bilirubin levels will soon return to normal levels without any intervention. Once pathologic causes are ruled out, nursing should continue. Sometimes babies are taken off the breast for 24-48 hours just to make the diagnosis of breast-milk jaundice, though this is seldom necessary. If your healthcare provider wants to go this route, and the levels drop significantly, then breastfeeding should be resumed.”

Jaundiceby Anne Smith, IBCLC, http://www.storknet.com/cubbies/breast/AS-jaundice.htm

Bab nie, aku paham la. Kita baru dpt anak. Anak kita pulak sakit. As a mother, kita nak anak kita cepat sembuh, tak perlu jalani phototherapy kat hospital. Taknak berjauhan. Jaundice is common tp rata-rata new mom akan menangis bila anak kena stay kat hospital sbb jaundice.

Bila hati tak tenteram, kita akan ikut je apa doktor ckp. Doktor ckp stop bf, dia pun ikut sbb nak tgk anak dia baik cepat. Bila tgk anak minum FM, terus baik dr jaundice. Wah, mmg patut kena stop bf nie. Susu aku tak elok. Iya ke?

Ada byk sbb knp bilirubin level dlm badan anak anda lambat turun. Jgn salahkan susu anda semata-mata. Ye la, bila tgk bg FM anak terus baik, rasa mcm FM tu paling bagus. Dah check brp kerap bg anak susu ibu? Brp lama dia minum? Sampai ke tak susu tu ke perut dia? (Minum dlm tempoh yg lama x bermaksud dia dpt susu.. maybe dia cuma suck). Kalau anak anda minum dlm kuantiti yg cukup, insya Allah susu tu berupaya singkirkan bilirubin dlm badan dia dan dibuang melalui air kencing (20%) dan stool (80%).

Aku antara org yg degil dan lawan ckp paed bila dia suruh aku stop bf. Dia kata, gerenti jaundice anak aku hilang lepas minum FM dlm sehari dua. Gerenti tu beb!

Before bersalin, aku penuhkan ilmu di dada. Psl tu aku degil. Tak dgr ckp doktor sbb aku dah tau.. aku dah ada ilmu. Cuma tinggal aku je nak tentukan samada nak praktikkan ilmu yg aku dpt atau nak dgr bulat-bulat ckp doktor.

Once again, aku nasihatkan new mom yg berhasrat nak menyusukan anak dia selama mungkin. Jgn terlalu pandang ringan akan breastfeeding. Nampak mcm senang tapi tak semudah yg disangka. Ilmu kena ada, baru la boleh tepis dugaan-dugaan yg bakal hadir di kemudian hari.

Aku tgh debar-debar. Tak lama lagi Batrisyia akan berumur setahun. Honestly, aku tak sangka yg aku masih menyusukan dia. Bila dah sampai ke tahap nie, keyakinan tu makin menebal dlm diri. Aku mampu susukan dia selama mana yg dia mahu.

Bak kata Sue.. Anak kita, effort kita.

Tuesday, September 08, 2009

Bagaimana membaca personaliti seseorang melalui ringtones yg digunakannya?

Deringan telefon Razr ku memecah suasana malam.

Hubby: Ish, ringtones Liza tu.. kalau org ada heart attack, boleh mati kalau tiba-tiba dgr.
Me: Apsal pulak? Best ape ringtone camtu.

SMS ringtones tiba-tiba berbunyi.

Hubby: Ni lagi satu. Tukar la lagu lain. Buat org terperanjat je.
Me: Ala, abang je yg terperanjat. Liza tak pun.
Hubby: Knp la pilih ringtones mcm tu?...
Me: Best per ringtones mcm tu. Bayangkan ye, kalau liza naik LRT kan..orang nampak liza ni mcm innocent je.. mcm budak-budak je.. skali dgr ringtones,baru aa nampak mcm ganas sikit.. mcm minah rock.
Hubby: Yer la tu, tak padan kecik!

Jujurnya, aku pun kdg-kdg leh terperanjat bila handphone ku berbunyi tiba-tiba. Tapi aku sgt sayangkan my ringtones. Rasanya ni ringtones paling lama aku penah pakai kot. Ringtones tu bukan dibeli. Sebaliknya, aku edit sendiri guna software yg diberi oleh Motorola.

Nak tau ringtones ape?

Utk call, aku gunakan CHORUS LAGU MR. BRIGHTSIDE BY THE KILLERS.
Utk sms, aku gunakan CHORUS LAGU OUR LIVES BY THE CALLING.

Tak la rock sgt kan? Hikhik. Tapi kira ok la kalau nak banding dgn Cinta Luar Biasa by Siti ke.. opps!

Skrg aku dah tukar semuanya. Hubby suruh cari ringtones yg sesuai utk Batrisyia agar kalau tiba-tiba handphone aku berbunyi tgh malam, tido anak kami tak terganggu.

Jadi, aku guna CUPPYCAKE SONG BY AMY CASTLE!

Sedey acik! Tapi minah tu la suka setiap kali dia dgr. Siap goyang-goyang badan lagi.

Mr. Brightside by The Killers
Jealousy, turning saints into the sea
Swimming through sick lullabies
Choking on your alibies
But it's just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
'Cause I'm Mr Brightside

Our Lives by The Calling
Cause these are the days worth living
These are the years we're given
And these are the moments
These are the times
Let's make the best out of our lives...
And even if hope was shattered
I know it wouldn't matter
Cause these are the moments
These are the times
Let's make the best out of our lives...

Cuppycake Song by Amy Castle
You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Monday, September 07, 2009

17 Ramadhan & Nuzul Al-Quran

Kalau diikutkan, hari nie masuk 17 hari kita berpuasa kan? Ku baru puasa 10 hari sbb dah raya 7 hari. Sejak ada anak ni, selalunya my period ada la dlm 7 hari tp kali nie, aku masih belum boleh puasa. Sayangnya :(

Utk 10 hari yg pertama tu, alhamdulillah my milk production tak la terjejas teruk. Sesi mengepam masih berjalan seperti biasa. Awalnya, nampak la mcm dpt kurang di setiap sesi. Tapi selang 2-3 hari, hasil susu kembali seperti biasa. Betul la kata kaunselor. Jgn tinggalkan sesi mengepam walaupun output tu sedikit je. Teruskan mengepam seperti biasa. Mmg ada rezeki utk Batrisyia. Bila period lak, mmg tak terjejas. Seperti biasa sbb cukup mkn dan minum. Batrisyia la paling syok sbb susu banyak. Ditambah pulak selera makan dan minum dia kembali lepas baik dr demam ni, mmg berselera je minah tu.

Alhamdulillah, anakku tak monyok lagi. Ligat macam gasing! Mulut kembali riuh. Makin rajin meniru ckp kitorang walaupun tak la sama sebijik perkataan tu keluar dr mulut dia. Lately, dia suka ngangakan mulut dia luas-luas. Tak tau dr mana dia dpt perangai tu. Hehe.

Aku dgn hubby suka mengusik dia. Batrisyia nie bkn ape.. dia mcm nak join sekaki bila kitorang lepak berdua. Kdg2, hubby sengaja peluk aku kuat-kuat (and vice versa) sambil ckp kuat-kuat "Sayaaannggg umi". Batrisyia akan dgr dan pandang kami pastu menjerit marah. Then, cepat-cepat dia merangkak kat kitorang, nak tumpang sekaki sayang aku. Terkedek-kedek la dia dtg pastu cium aku. Mmg suka sakat dia camni. Gerenti dia menjerit.

Hujung minggu lepas, lepak je kat rumah. Sgt best! Sabtu, kami kemas SATU rumah. Puas hati bila rumah dah kembali teratur. Ptg tu, semua org berbuka kat rumah kami. Riuh la kejap rumah tu. Hari Ahad, kami hanya berehat sambil layan Batrisyia. Syok betul duduk rumah.

2 hari nie, kami layan Keanu Reeves je.. Hardball.. The Matrix.. Chain Reaction.. Constantine.. Johnny Mnemonic.. The Lake House.. ambik ko!

2 minggu lagi nak raya.. dah siap ke persiapan raya korang?

Selamat Hari Nuzul Al-Quran. (Kenapa hari yg besar ni tak diisytiharkan Cuti Umum aje)

Sakan bergambar

Dear aunties and uncles,

Masa umi ambil saya dari nursery hari Jumaat lepas, umi membebel sorang-sorang dlm kereta. Dia ckp psl kamera dan gambar. Pastu kan, masa lampu isyarat tgh merah, tiba-tiba umi keluarkan kamera dan ambil gambar saya byk-byk. Saya masa tu dah la takde mood sgt. Jadi, gambar semuanya tak cantik. Umi ckp, blk nnt dia ambil lagi. Saya blured! Apsal umi ni tiba-tiba nak ambil gambar saya? Dah la muka saya naik bintat-bintat lepas demam.

Sabtu dan Ahad lepas, banyaakkk sgt gambar saya yg umi ambil. Saya pun suka la. Kdg-kdg saya saja kenakan umi. Bila umi nak snap, saya ngangakan mulut saya luas-luas. Hehehe..

Jom tgk sebahagian gambar-gambar saya.

Saya masih sedikit monyok. Baru baik dr demam la katakan


Ok.. ok.. abi, depan tu dah lampu hijau la.

Malam tu, mood saya dah kembali. So, saya main puas-puas.
Umi geleng kepala je bila tgk saya 'kemas' rumah.


Ni badge ape ye? Mcm sesuai je dgn baju saya.

Letih la.. good night.
(Ya Rabbi, serabai giler rambut dia)

Bila dah baik demam, selera makan saya pun kembali.

Don't worry umi. Lepas ni kita tambahkan berat kita blk.

Perut dah kenyang, skrg masa utk main laptop abi.

Eii, Keanu Reeves ni comel rupanya.

Umi.. umi dah kahwin so umi tak boleh minat Keanu Reeves lagi.
He's mine now!

Saya seksi.

Ini gigi saya.

Come on, mcm ni pun nak ambil gambar ke?

Umi.. dah nak raya kan? Jom pasang CD ni.

Taknak? Takpe, saya buat aksi camni je la.
Biar gambar semua tak lawa

Haaa, tau takut.. ekekkee

Bantal comel ni saya punya. Knp abi suka pakai bantal saya?
Tak sesuai!!!

Owhh, saya famous. Byk betul gambar saya kat sini.

See, tekak saya dah tak sakit lagi.

Sihat sudah!

Ha, tak nampak anak tekak saya?
Brp kali nak suruh saya nganga?
Umi, rasanya next week kena bwk saya pegi gunting rambut la.

Betul tak readers?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.