Friday, August 28, 2009

Woot..woott!!!

Hari ni sejuk je rasanya. Hujan lebat malam semalam dan pagi tadi betul-betul mewujudkan suasana yg damai.

Ah, lagi damai weih ku rasa dlm hati bila td boss ku hulurkan Leave Application Form yg aku hantar pada 1 Ramadhan yg lepas. Dia sudah approved cuti 3 hari ku. Maknanya I free utk siapkan juadah raya pada 19 September. Kemudian free utk berjalan raya dari 1 Syawal hingga 8 Syawal. Bkn senang weih aku nak dpt cuti straight seminggu.

Walaupun takde la nak berjalan raya sgt tp teringin nak spend time dgn anak lama sikit. Mesti best!

Aih, happy... happy...

Pengumuman utk sesiapa yg nak menelefonku

Handphone ku ada problem sikit. Battery dah out. Tak sure apa masalahnya sbb x boleh charge. Problem samada kat charger, battery atau handphone tu sendiri.

Jadi, korang tak payah la call aku. Apa-apa hal, sms aje. Aku akan check di malam hari.

Thanks!

Thursday, August 27, 2009

Recipe Index

Page ni diwujudkan utk memudahkan aku merujuk resipi-resipi yg aku dah cuba. Ia akan diletakkan di bar di atas. Feel free to browse it. Setiap kali aku buat resipi baru, aku akan letak kat sini.

AYAM

Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam Masak Sambal
Ayam Perap Cik Nani
Ayam Percik
Chicken Teriyaki with Colcannon
Kung Pao Chicken
Sup Ayam Hadnyai

DAGING

Black Pepper Beef
Korean-Style Pepper Steak

DESSERT

Honey Panna Cotta
Kek Batik
Puding Roti

HEALTHIER PICKS
Black Pepper Chicken Fajitas with Salsa
Korean-Style Pepper Steak
Moroccon Stewed Chicken
Siakap Steam

IKAN

Asam Pedas Bungkus
Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut
Mariah Curry
Siakap Steam

PASTA

Cheeseburger Chili Mac and Cheese
Cheezy Broccoli Pasta
Makaroni Bakar
Spaghetti The Easy Way
Spaghetti Versi Keluargaku

UDANG

Udang Tempoyak Daun Kunyit
Sweet and Sour Prawn

HOT FROM THE OVEN

Melting Cheese Pizza with Black-Pepper Sausages
Phoebe's Fabulous Oatmeal-Raisin Cookies
Puding Roti

Wednesday, August 26, 2009

Hari dia memanggilku 'Umi'

23 August 2009.. Batrisyia panggilku 'Umi'.

Babies besar dia, biasa la.. suka bercakap walaupun kita tak faham apa. Jadi, bila dia sebut 'Umi', aku tak rasa apa. Ingatkan dia hanya bercakap seperti biasa. Tapi lepas beberapa kali dia sebut, barulah aku sedar yg dia betul-betul maksudkan perkataan tu.

Hari tu, dia menangis sambil merangkak ke arah aku. Dia panggil. Jelas bunyinya. Aku suruh hubby dgr. Hubby sama mcm aku, dia rasa ianya satu kebetulan.

But then, di masa lain, dia sebut 'Umi'. Bila abi dia suapkan makanan dan dia taknak mkn, dia nangis dan panggil 'Umi'. Bila aku dtg dan suapkan, terus mkn sampai licin.

Pagi tadi pun, dia panggil 'Umi' sambil aku pakaikan dia tali pinggang keledar.

Cuma dia taklah panggil aku setiap masa. Hanya ketika terdesak. Hehehe..

Mcm mane dgn hubby? Ok, Batrisyia masih cuba nak sebut 'Abi'. Setakat nie, bunyinya lebih kepada 'Abeh' atau 'Abh'. Hehe.. comel je.

Kalau kami guna gelaran 'Mama' dan 'Papa', mesti cepat sikit dia dpt sebut. Agaknya la...

Tuesday, August 25, 2009

Mari bercerita tentang lauk sahur

Tanpa sedar, hari nie merupakan hari keempat kita berpuasa. Hari pertama, kami bersahur di rumah sendiri tetapi berbuka di Cheras. Turn kami jaga PIL kat sana. Jadi, tinggallah kami di sana selama 2 hari. Hari pertama, aku masakkan Ikan Kembung Berlada, Sambal Udang dan Sawi Putih Masak Lemak. Kak Ama yg kebetulan ada kat rumah pulak teringin nak mkn sardin so dia masak Sambal Sardin. Mmg meriah dgn lauk yg merah-merah. Hehe. Hari kedua, aku masakkan Ayam Perap Cik Nani dan Sawi Goreng. MIL masakkan bubur kacang hijau utk FIL yg teringin nak mkn. Then, tinggal panaskan je Asam Pedas Pari yg aku masak sblm tu. Alhamdulillah, kenyang!

Hari ketiga, excited sikit sbb first time berbuka di rumah. Tapi kami dah buat keputusan utk mkn simple-simple aje. Nasi akan makan time sahur. So hubby belikan kuih karipap kesukaanku kat bazaar Ramadhan. Aku on je. Hehe.. So utk sahur, aku masak Bawal Sweet Sour sbb last Friday, hubby ada ckp yg dia teringin nak mkn ikan masak masam manis. Haaa, kalau hubby teringin nak mkn apa-apa, mesti buat tau. Jgn buat tak peduli je/order kat kedai. Mesti dia sayang lebih kalau wife dia masakkan :)

Utk tambah tenaga dan up kan milk production, aku buat Soya+Kurma+Longan drink. Sedapnya bila diminum sejuk. Hubby pun suka tp dia minum air Longan aje.

Hari nie, kami masih nak berbuka dgn kuih aje. For sahur, hubby minta masakkan Sambal Pekat Tumis Sotong. Tiap-tiap hari, aku akan peningkan kepala dia dgn soalan, “Hari nie nak masak ape?”. Mmg dia takleh jwb! Hahaha, sudahnya aku suruh dia refer beberapa food blog yg gerenti sedap. Dari situ, dia akan bgtau dia nak mkn apa. Senang kan? Tapi kalau bila aku teringin nak masak/mkn apa-apa, mmg soalan cepu emas tu takkan terkeluar dr mulut nie.

Alhamdulillah, my milk production tak terjejas. Masih ok, masih cukup walaupun kdg2 otak mcm saiko bila terasa breast mcm x penuh. Semoga tak tersentuh la EBM beku dlm peti ais tu. Owh, kena guna jugak kot sbb ada yg dah nak expire.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan 2009 yg istimewa

Pakcik: Boleh ambil sudu dgn garfu nie?
Si baju pink : Eh, boleh.. ambil la.
Pakcik: Ni nak sarapan nie. Sarapan terakhir sebelum puasa.

Aku senyum aje. Sehari sebelum puasa, mmg kita nak mkn semua yg kita suka. Seolah-olah kita tak dapat makan langsung di bulan Ramadhan.

Aku pun tak terkecuali. Malam tadi lagi aku dah ingatkan diri aku.

"Besok mesti minum Three Layer Tea. Besok mesti cuba Nasi Lemak Ayam kat kedai tu".

Itulah menu sarapan aku sebentar tadi.

Three Layer Tea kat kedai mamak tu mmg sedap. Cukup ramuan. Tak terlalu manis gula. Tak terlalu rasa teh. Ada kat kedai lain, manis sgt sbb si pembuat air tu letak gula melaka terlalu byk. Nak nampakkan 3 layer kot. Hanya Three Layer Tea kat kedai mamak ni je yg aku suka. Owh, I'm gonna miss this drink! Nasi Lemak Ayam pulak, aku tak pernah rasa lagi. Penat cashier tu promote kat aku hari-hari. Hari nie baru aku cuba. Eh, sedap la jugak! Murah pun murah. RM1.80 je. Kalau kat gerai tepi jalan, nasi lemak ayam berharga RM3.50!

Ok, pagi-pagi dah ckp psl makanan. Harap korang dah sarapan =)

Ramadhan tahun ni sgt special sbb buat pertama kalinya dlm hampir 3 tahun berkahwin, kami akan bersahur dan berbuka di rumah sendiri. Ok, abaikan bila sesekali berbuka di Cheras dan minggu depan akan balik ke Seremban. Aku taknak sentuh ttg tu. Serious, sgt teruja utk Ramadhan kali nie. Nak merasa sediakan juadah sahur dan berbuka utk family. Harapnya harapan aku utk berbuka dan bersahur di rumah sendiri pada hari pertama berpuasa dimakbulkan. Erm, tak payah la elaborate kenapa aku meletakkan harapan sebegitu. Biarlah ketua keluarga fikirkan sendiri. Sekurang-kurangnya aku dah sampaikan hajat aku.

Apa lagi yg special kali nie? Ni juga kali pertama aku akan berpuasa dan dlm masa yg sama masih menyusukan Batrisyia. Ramai yg mengalami kemerosotan bekalan susu kerana kekurangan air dlm badan. Aku harap, aku tak menghadapi masalah yg teruk. Think positive. Byk ilmu aku dah kumpulkan utk hadapi Ramadhan nie.

Minggu depan, nak bakar kuih raya. Aku dah pilih beberapa jenis kuih raya yg simple dan senang nak buat. Kalau buat yg leceh sikit nanti, x terbuat lak bila anak nakkan perhatian. So kita pilih yg simple-simple aje. Dan aku pilih kuih tradisional! Aku mmg sukakan kuih tradisional berbanding kuih moden.

Paling special, Ramadhan tahun ni.. kami ada Batrisyia.

Kawan-kawan.. Selamat Berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

Mask itu penting

Sorang supervisor baru dtg kerja semula. Dia dimasukkan ke GH selama dua hari sbb mengalami batuk yg sgt teruk.

Ok, jgn salah anggap.. bkn H1N1 walaupun dia ada beberapa simpton tu.

Td, dia masuk office kejap. Dia dtg ke desk aku. Dia ni dah ok ke? Tu soalan yg bermain di mindaku.

Tiba-tiba dia terbatuk-batuk depan aku. Keras pulak batuk dia. Depan aku beb! Nasib baik kebetulan time tu aku tgh ngadap computer nie. Terasa 'jauh' sikit dr dia walhal boleh je kuman tu terbang kat aku.

Dah la duduk GH 2 hari. Dah tak x sihat. Apa la salahnya pakai mask. Dah la org tgh risau pasal H1N1.

Sejam kemudian (skrg la), aku asyik terbersin je. Hidung dah mula berair. Badan masih rasa suam-suam lagi. Hehe..

Paranoid?

Haruslah kan!

It's not right to call me with that name

Pentingkah org memanggil kita dgn nama yg betul? Perlukah ia dieja dgn ejaan yang betul? Adakah anda kesah jika org memberi nama gelaran sewenang-wenangnya tanpa anda persetujui?

Nama itu penting. Kalau tak penting, tak la pening ibu bapa membelek Buku Nama-Nama Islam semata-mata nak cari maksud yang bagus utk nama anak. Tak la ibu bapa bergaduh manja sbb nak nama yg dipilih tu sgt sedap bunyinya. Ingat senang nak pilih 2 nama dan dicamtumkan menjadi satu nama yg panjang. Nak pilih, nama mana yg depan.. mana yg belakang (seperti Humaira Batrisyia atau Batrisyia Humaira).

Aku bersyukur dgn nama yg telah diberikan padaku walaupun nama di belakang tidak mempunyai maksud. Nama mcm agak unik sbb nama NOOR digabungkan dgn KHAIRUL. ALIZA pulak mungkin kedengaran glamour walaupun orgnya tak glamour. Hehehe.

Bila aku berbual dgn sorang kawan lama semalam, dia masih menggunakan nama panggilan yg diberikan pada aku. LIXA.. Bkn Liza tp Lixa. Dialah yg beri ejaan begitu. Dan sorang kwn dia (kwn ku juga) ikut sama guna ejaan Lixa.

Walaupun bunyinya sama, aku tak berapa gemarkan ejaan Lixa. Bunyi mcm perempuan yg baru cuba nak ceburkan diri dlm bidang nyanyian. Hahaha.. Lain mcm je. Aku tanya dia, kenapa la masih gunakan Lixa padahal boleh guna Liza. Aku suruh dia bagi satu alasan yg sgt kukuh.

Jwbnya, “Aku suka sbb sedap. Lixa lain sikit. Liza tu common sgt

Aih, nasib baik la ko salah sorang kwn rapat aku. Agaknya apa alasan kwn aku yg lg sorang tu!

Aku tak ambil kisah sbb kalau berckp di telefon, bunyinya masih sama seperti ‘Liza’. Tapi bila ber sms dan chatting, terasa agak janggal bila ‘Lixa’ digunakan dlm perbualan. Puas la aku pujuk lelaki tu agar gunakan ‘Liza’ tp dia guna ‘Lixa’ gak.

Anyway, kdg2 aku perasan org link kan blog aku kat blog dia. Selalunya ‘Charming Liz’ akan terpapar. Itu bagus, sesuai dgn nama blog nie. Tapi bila tgk nama-nama yg pelik, aku jadi hairan. Terasa mcm org memandai-mandai bg nick yg belum tentu aku suka. Maaf kalau anda terbaca entry ni dan merasakan ia ditujukan direct pada anda. Cuma, aku harap sila betulkan nick tersebut.

Aku ada jumpa Lizze (maybe nak taip Lizzie tp terlupa tekan huruf ‘i’. Yer la, Lizzie pun salah satu nick aku gak). Masih jumpa Lize’ (di mana aku pernah buat satu entry menyatakan aku x suka nick tu dan harap org x guna lagi. Bagus sbb kwn2 rapat dah x panggil Lize’. Kpd kwn2 yg masih guna nick tu tp x tau aku sbnrnya tak suka, jgn la terasa hati. Maybe lepas ni boleh panggil aku dgn nick yg aku suka). Ada jugak ‘Lizek’ (mungkin dia xtau ejaan sbnrnya Lize') dan ‘Lizard’. Ok, dari mane ‘Lizard’ itu dtg? Aku ni cicak ke? Please, kalau tak tau my nick, guna je la ‘Charming Liz’ atau ‘Liz’ atau ‘Liza’. Aku tak marah. Cuma terkilan bila ada yg pandai-pandai bagi nama. Kalau org yg tak kenal aku, mesti dia ingat Lizard tu mmg nick! Aku mcm cicak ke, takut cicak ke.. org x peduli.

Marilah aku beritahu.. nick dan nama yg org bg kat aku setakat nie (dan aku approved) ialah.. LIZ, LIZA, LIZZIE dan ESTLI. Jadilah aku menyeru pada kawan-kawanku agar gunakan nama ni utk link, ok? Susah-susah, guna je CHARMING LIZ. Utk nama panggilan, aku sgt appreciate kalau korang pilih antara LIZ atau LIZA.

Eh korang, ni bukan entry marah tau. Mungkin kedengaran agak tegas tp xde la. Aku cuma nak betulkan apa yg aku rasa salah. Thank you!

Wednesday, August 19, 2009

Cheezy Broccoli Pasta


Cheezy Broccoli Pasta
Taken from Anne

Bahan-bahan
1 cawan pasta
1 genggam broccoli florets
1 ulas bawang putih - dihiris/dicincang
Sausages (atau apa2 beef strip) - potong ikut suka
100ml cream
Segenggam cheese
Black pepper

Cara memasak
Celur broccoli. Tak perlu lama sgt. Lepas celur, terus rendam dlm air sejuk utk menghentikan proses dan memastikan warnanya tetap cantik.

Pasta direbus mengikut arahan di paket.

Goreng sausages. Kemudian masukkan bawang putih, broccoli dan cream. Masak dlm seminit dua.

Masukkan pasta yg sudah direbus. Masukkan cheese dan black pepper. Kacau rata. Tekstur patutnya creamy. Kalau terlalu pekat, campurkan sikit dgn air rebusan pasta.

Tuesday, August 18, 2009

Pagi yang 'gelap'

Pagi-pagi, tugasku ialah siapkan beg pam. Selalunya, malam sebelum tu aku akan masukkan 6 botol susu dlm beg kecil (yg dpt sekali dgn beg pam tu). Senang sbb tinggal nak simpan ice packs dan corong dlm tu bila aku nak keluar dr rumah.

Rutin pagi tadi berjalan seperti biasa. Lepas siapkan beg kecil dan siapkan bekalan susu Batrisyia utk dihantar ke taska, aku letak semuanya dlm kereta.

Semuanya KECUALI BEG KECIL!!!!

Dan aku hanya perasan beg tu takde bila dah sampai kat car park di office.

I called hubby dgn harapan dia ada simpan kunci rumah dan dia boleh balik ke rumah kejap utk ambil. Tak kesah la ambil pukul brp, yg penting ambil. Dpt mengepam sekali pun cukup la!

Seperti dijangka, hubby ckp dia tak ambil kunci rumah (mmg aku dah nampak dia simpan kunci rumah dlm kereta yg aku bwk).

Hidupku gelap gelita skrg nie! Ok, tak la gelap. Mendung aje. Camne nak mengepam???

Nasib baik la ada terselit breast pads dlm beg pam nie. Boleh jugak digunakan di saat terdesak ni. Tak pasal-pasal pulak baju aku basah nanti. Dan nasib baik ada lebih 4 botol hasil mengepam semalam. Boleh juga cover stok utk hari esok.

Takpe la Liz. Takde rezeki ko nak mengepam hari nie. Anggap je la bos ko masuk dari pukul 7.30 pagi sampai la 5.30 ptg. Jadi ko takde peluang nak pam susu =(

UPDATED as at 10.00am

"Turun, abang kat bwh" katanya dalam telefon. Dlm kehairanan, ku turun la jugak. Guess what? Hubby bawak beg kecil tu! Dlm pada sedih-sedih pagi tadi, aku terlupa yg tuan rumah ada simpan satu set kunci rumah aku. Hubby yg teringat akan hal nie, pegi balik rumah dan ambil beg kecil tu.

Nasib baik dia dlm kereta. Kalau dia terpacak kat luar kereta, dah lama aku peluk dia on the spot!

Monday, August 17, 2009

Adakah anda dan orang tersayang berada dlm kelompok LIMA JUTA tersebut?

H1N1 kini tahap tenat
Oleh LIAU PEI
WENliau.peiwen@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

Setiap hari, ada je kes kematian disebabkan H1N1 dicatatkan. Rasanya, kita sudah perlu mula bimbang akan penyakit nie. Yer la, masa mula-mula penyakit ni menapak di Malaysia, rakyat diberitahu agar tidak perlu takut kerana penyakit ni seperti selesema. Tak ada apa yg perlu ditakutkan. Tapi bila virus dah mula mutasi dan resistance, bila virus kat Malaysia ni LEBIH KUAT dr virus yg serang Australia, baru la sibuk nak ambil langkah berjaga-jaga.

Kita dah perlu bimbang tapi ramai je yg x pakai mask bila berjalan di luar. Mask yg paling sesuai ialah N95 tp ada korang jumpa farmasi jual mask N95 nie? Aku dah keluar masuk byk farmasi.. NADA! Takde yg jual mask jenis ni. Yg ada hanyalah mask biasa yg berharga RM1. Yer, tau.. doktor pun pakai mask yg mcm tu. Tak kesah la kan.. kalau dah tau ada yg lebih bagus, buat apa yg pilih yg biasa-biasa je. Kesihatan perlu diutamakan.

Kat tempat hubby bekerja, dia dibenarkan beli mask dan claim. Ye la, dah dia selalu deal dgn org luar. Selalu pegi airport utk settlekan document. Maka, dia berisiko utk kena virus tu. Harapnya, penyakit ni dijauhkan dari dia. Bila boleh claim, maka dia pegi beli sekotak terus!! Jimat la duit kerajaan RM10.

Bagi kami, situasi ni dah cukup membimbangkan. Kalau kami hanya hidup berdua, mungkin kurang sikit rasa risau tu. Ye la, kalau dah kena dan mati, kami je yg mati. (hmm). Tapi bila dah ada anak.. level risau tu dah jadi 200%. Takut kalau anak yg kena. Tak dpt nak bayang kalau dia dpt virus tu.

Kami hanya keluar ke tempat lain jika benar-benar perlu. Kalau tak, duduk rumah je. Tak lagi pegi hypermarket.. pasar malam.. jalan-jalan. Mkn luar? Absolutely no. Ku masak aje kat rumah. Apa yg ada, telan. Hehehe. Nak beli brg dapur, sorang je yg turun dr kereta dan beli cepat-cepat. Tgn selalu basuh bersih. Naik lif pun, tekan butang lif pakai tisu (ni kalau x bwk hand sanitizer). Kalau tak pun, guna la ayat, "Erm.. boleh tlg tekan tingkat 22?" Huhu.. kena pandai!

Persiapan raya? Owh, dulu berkobar-kobar nak sambut raya tapi skrg, dah tak rasa apa. Ingat nak cari langsir tp sampai skrg x cari sbb xnak pegi tgk langsir kat tmpt yg ramai org. Kuih raya? Ingat nak gi tunjuk-tunjuk kat area Ampag Point yg jual kuih raya sedap time puasa tp sudahnya aku terfikir nak bakar sendiri. Haaa, amek ko. Virus ni buat aku terlebih rajin nak buat kuih raya sndr. Last time buat kuih raya sendiri ialah ketika berumur 14 tahun T_T

Hubby ckp, thn ni x payah la pegi open house sbb kita tak tau tahap kesihatan org yg dtg ke open house tu. Hehe.. setuju sgt la weih. Jadi, maaflah kalau ada org yg ajak pegi open house tp aku tak pegi. Jgn la terasa yer. Kalau setakat dtg beraya di rumah org di mana ia bukanlah open house, maka kami insya Allah akan sampai.

Hmm, 5 juta tu beb!! Ramai!

Friday, August 14, 2009

Two plus four is six

A little update about Cik Adik Manis.

Hubby perasan ada benda putih-putih kat gusi atas. Setelah beberapa kali cuba tgk, akhirnya berjaya tgk smalam dan kami kira putih-putih tu. Yerp, bkn 2 batang gigi yg cuba keluar ye. Sebenarnya, 4 batang gigi sedang muncul sedikit demi sedikit. Wah, uminya dah seram!

Sedangkan dia gigit dgn 2 batang gigi pun, mata aku boleh berair. Mcm mane pulak dgn 6 batang gigi?? Owh, please be a good girl yer! Jgn nak main gigit-gigit dgn umi.

Aku tau, dia mmg sengaja main gigit-gigit sbb nak tgk aku menjerit terkejut. Bila dah kena sekali, aku dah tak jerit dah.. tahan je dlm hati. Batrisyia pulak mcm saja-saja nak main. Makin lama makin kuat. Amboi, pandai nampak!

Baru perasan yg aku masih belum ambil gambar dia bergigi. Kalau dah berjaya ambil nnt, aku share.

Thursday, August 13, 2009

Resipi homemade baby food

TO J dan Fatih, entry ini khas buat kamu. J, memandangkan saya tak tahu anak awak umur brp bln/thn, saya share resipi-resipi yg saya ada. Pilihlah mana-mana yg sesuai. Saya tak reti nak guna ayat mcm dlm buku masakan. Saya gunakan bahasa yg mudah difahami.. seperti semudah menyediakan homemade baby food.

Perlu diingatkan bahawa jumlah bahan-bahan yg diperlukan adalah bergantung pada kesukaan anda. Bila saya ckp 2 sweet potatoes, anda bebas letak satu sweet potato aje. Takde exact measurement. Tu kena ingat. Jgn susahkan diri nak ikut bulat-bulat resipi saya. Tapi saya letak la juga jumlah bahan-bahan tu. Kot2 ada yg nak jugak ikut.

Basic of puree : Pilih sayur/buah yg ingin diberi. Steam/ rebus sebentar. Kemudian blend. Buah seperti pisang boleh terus dihancurkan. Please follow 4 Days Wait Rule. For more info, boleh jenguk website ni. Bila pasti anak x dpt alergi/kembung perut, boleh la combine beberapa sayur dan buah dlm satu hidangan. DI bawah adalah contoh satu jenis puree dan beberapa sayur yg di puree kan.

PUREE CARROT

4 batang carrot, dibuang kulit luar dan dihiris nipis supaya cepat empuk. Basuh bersih dan direbus hingga empuk. Kemudian puree/blend hingga hancur. Kalau mcm x cukup air, tambah air atau EBM. Jgn guna air yg digunakan utk rebus carrot td utk mengelakkan Nitrates yg terkandung di dalamnya.

The Goodness of Carrots

Carrots are very high in beta carotene. Beta carotene is a Carotenoid. Carotenoid are a set of darkly colored pigments called pro vitamin A carotenoids that can be converted to Vitamin A. Vitamin A is very important in a developing infant's diet. Carrots are often one of baby's first food. They are easy to digest and are packed full of nutrients such as Vitamin A, Vitamin C and Calcium.

PEAS AND CARROT PUREE

Rebus carrot hingga empuk. Utk peas, saya gunakan frozen peas. Masak ikut instruction kat package. Then, blend peas n carrot hingga betul-betul hancur. Boleh letak sesudu butter utk tambahkan fat dlm makanan anak.

The Goodness of Peas

The nutritional value of peas is amazing when you think of the small size of a cup of peas. One cup of peas contains more protein that a tablespoon of peanut butter and also provides calcium, Vitamin A and C and Iron too. These wonderful vegetables are a great first "green" food for baby as they are nutritious, and mostly pleasant to eat.

When making homemade peas for baby, you may find it tough getting the "skins" to puree smoothly. If this is the case and your baby is not used to textures yet, you might wish to run them through a strainer or sieve.



Once anak dah boleh menerima makanan yg berlainan tekstur (selain dr puree), boleh introduce dia dgn makanan yg dilecek dan dihiris halus-halus. Boleh mula bg anak mkn mcm org dewasa tapi tidak letak garam dan gula.

Harus diingatkan bahawa, anak di bawah umur setahun tidak memerlukan gula dan garam tambahan dalam makanan mereka. Ibu yg menyediakan makanan utk anak selalunya akan cuba merasa makanan tu. Anda akan rasa makanan tu tawar/tak sedap/ kurang selera dan mcm-mcm lagi. (Ok, saya rasa baby food sgt sedap walaupun takde garam. Betul tau!). Jgn jadikan tu alasan utk letak garam dlm makanan anak.. nak bring out the flavour.. tu kata sesetengah ibu. TAK PERLU. Anak yg suci murni deria rasanya takkan kenal mane sedap mane tak sedap. Mcm anak saya, dia mkn je.. nmpk selera je walaupun x bergaram dan bergula.

Now, kita pergi next stage. Utk resipi-resipi seterusnya, saya mula bg anak ketika usia dia 7 bln. Masa nie, dia dah cuba mkn mcm2 dan saya follow 4 Days Wait Rule. So bila takde masalah, saya mula letak mcm2 dlm satu hidangan.

Resipi-resipi ni saya ambil dari byk sumber.. Internet, blogger, buku. Tak perlu nak jadi tukang masak yg hebat utk anak. Apa yg penting, kita tau apa yg kita bg tu mempunyai khasiat yang lebih hebat dari babyfood yg berada di rak pasaraya.

JAPANESE SILK TOFU WITH PUREED DATES
Japanese Silk Tofu (block or cylinder)
10 biji kurma
1/2 cup of hot water

-Rendam kurma dlm air panas for 10 minutes
-Puree. Masukkan sekali air rendaman tu.
-Tuang dlm bekas.. agak2 1/3 bekas.
-Potong tofu dan letak dlm bekas tu.
-Tutup dan simpan dlm peti ais.
*Kalau bekukan, tofu tu akan pecah air. Bila panaskan, makanan akan sedikit cair.

PASTA CHICKEN STEW
2 cawan stok ayam
1/2 cup of pasta
1 chicken breast
1/4 cup frozen peas
1/2 biji bawang besar - cincang halus
Carrot - ikut suka

-Didihkan stok ayam dan masukkan semua bahan. Masak hingga ayam masak dan bahan-bahan lain lembut.
-Puree

SPAGHETTI WITH SPINACH PESTO
-Patah-patahkan spaghetti dan masak spaghetti mcm biasa.
-Utk spinach pesto, buat puree kan bayam, peas dan cheese.
-Gaul dan simpan dlm tub.

CHEEZY ORANGE PASTA
2 cawan stok ayam
Spaghetti / Elbow / Alphabet pasta
Carrot
Cheese
Potato

-Didihkan stok ayam. Masukkan semua bahan (kecuali cheese) dan masak hingga semuanya lembut.
-Puree dgn cheese

BUBUR NASI
Nasi
Stok ayam
Ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
Carrot
Celery
Potato
(Tak kesah nak letak apa.. letak je la.. hehe)

- Masak semua kecuali nasi dlm periuk.
- Then, puree dgn nasi (kalau baby x reti kunyah) atau campur dgn nasi (kalau dah reti kunyah).
- Tak perlu puree kalau anak mmg dah bergigi byk.

Ok la, kalau nak letak semua resipi, mmg x cukup masa. So kalau nak apa-apa resipi, boleh tanya. Baru aku buat post baru.

Wednesday, August 12, 2009

Naughty?

"Mama... hari nie Batrisyia naughty!" kata Dilla pada aku bila dia bwk turun Batrisyia dr tingkat atas.

"Hah! Nape? Dia nangis je ke?" Aku ingatkan anak aku meragam ke ape.
"Tak la kak.. dia asyik nak memanjat je!" kata Dilla sambil serahkan Batrisyia kat aku.

And guess what? Batrisyia menangis sbb NAK KENA BALIK! Ala-ala taknak berpisah dgn Dilla. Kuikuikui. Actually, ni bkn kali pertama dia buat camni. Minggu lepas, dia pernah menangis sekali masa aku ambil dia. Siap xnak lepaskan aku bila aku nak letak dia kat car seat. Punya la taknak balik. Tapi semalam mmg kuat la dia nangis. Meleleh air mata sampai keluar hingus. Chait, ape la. Ni mesti kes syok sgt main sampai taknak balik.

Dia mmg dah x reti duduk diam. Ada je benda nak buat. Ada je brg nak sepahkan. Dah taknak merangkak. Sibuk nak berdiri. Padahal tak sampai sebulan pun dia merangkak. Baru seminggu merangkak, sibuk nak belajar berdiri. Ni dah mula cruising, sibuk nak belajar duduk lepas berdiri, nak belajar terjun katil. Haha, aku kata terjun sbb minah nie mmg jenis tak takut sakit punya. Yg dia tau, dia nak belajar. Kalau sakit terjatuh ke, dia nangis la. Skrg kalau dgr dia bunyi sikit, terus check dia dlm bilik sbb takut dia pandai2 turun katil sendiri. Skrg nie dia x keluarkan bunyi kalau terbgn dr tido. Tau-tau je dah ada kat tepi katil. Bahaya betul!

Abi dia tak sabar nak tunggu dia berjalan. Aku dpt bayangkan. Cik adik manis yg halus nie berjalan terkedek-kedek dalam rumah. Penat la nak kejar!

Monday, August 10, 2009

You're my sweetie pie!

Tiba masa utk buat baby food lagi. Seperti biasa, aku cuba cari idea sendiri. Mmg la senang nak masak utk anak tp aku nak masakkan sesuatu yg berkhasiat utk dia dan harapkan boleh tambahkan berat badan dia.
First, aku cuba search through Internet.. tercari-cari apakah bahan makanan yg boleh tambah berat baby and build up her muscle. Apa yg byk jumpa ialah artikel mengenai kebanyakan bayi zaman sekarang yg overweight tanpa disedari oleh ibu bapa. Aku sibuk nak gemukkan anak sedangkan org lain telah meng ‘overweight’ kan anak tanpa sedar. Isk.. dah terbalik.

I found this one article.. ok, copy paste je la kat sini.

Taken from FamilyEducation.com

Another common concern among parents in the first year is that their baby isn't growing fast enough. How thin is too thin? In all likelihood, you have no need to be concerned about a thin baby. Most lean babies are healthy and very active. If your baby is very active, she may burn away almost as many calories as she consumes. In addition, if both you and your partner are lean, your genes may have influenced your baby's body type.

Unless your child's weight gain continues to drop over two or three months, you probably have no cause for concern. (If you are concerned nonetheless, talk to your pediatrician.) If your child's weight gain does slow significantly or come to a halt, consult your pediatrician. Your pediatrician may encourage you to do one of the following:

-Make sure your baby is still nursing or bottlefeeding at least five times a day
-Begin feeding her solids
-Alter the mix of your baby's formula


Whatever you do, don't underfeed your baby in the hopes that it will set her off on the path to lifelong slimness. Your baby needs more food (per pound of body weight) and more fat than an adult or even an older child needs. Undernourishing your child will retard her development regardless of whether it controls her weight gain.

Walaupun aku tahu ttg semua nie, kdg-kdg mmg risau especially bila doktor kat hospital sibuk nak buatkan temu janji utk anakku. Setakat nie, aku berjaya menepis pandangan doktor dgn ilmu yg dah ada di dada. (Ni applicable kat doktor yg hanya refer kat buku je). Tapi pelik jugak la bila doktor muda membuatkan aku risau manakala doktor yg berpengalaman pula memastikan aku tak risaukan apa-apa.

Anyway, setelah memikirkan dan mencari di Internet dan cuba tanya pendapat orang lain, akhirnya, ni la yg aku buat utk Batrisyia di hujung minggu lepas:

CHICKEN WITH SWEET POTATO AND CARROTS
CHICKEN SOUP
PASTA CHICKEN STEW
CHEEZY ORANGE PASTA
CHICKEN AND STARS

Owh, semua ada chicken! Hehe, tp chicken tu x la letak byk. Aku lebihkan sayur-sayuran sbb Batrisyia mmg suka mkn sayur. Kali ni, aku masukkan cheese di setiap menu. Sayur terbaru yg aku introduce ialah celery dan sweet potato. Yang lain, semuanya dia dah biasa mkn.

We love pudding very much. Jadi teringin nak buatkan BANANA RICE PUDDING utk Batrisyia sbb buah tu je yg dia suka. Rajinkah aku? Hmm, sebenarnya aku buat semua ni utk rasa puas hati. Puas hati bila tau apa yg anak aku mkn sbb aku tau ape bahan yg aku letak. Puas hati bila tgk dia mkn dgn berselera. Puas hati bila dia merengek sbb pinggan comel dia dah licin.

Cuma tak puas hati bila berat dia naik sikit-sikit aje T_T

Takpe, anak aku aktif.. so kalori yg keluar sama dgn kalori yg masuk.. hehe..

Anyway, gigi atas Batrisyia dah tumbuh. 2 batang sekaligus. Sudah nampak putih-putih! Yang belah kanan, mmg dah nampak.. tajam je keluar. Dia x demam. Tak juga merengek melampau. Cuma air liur je meleleh.. dan suka main sembur-sembur. Dan suka gigit.. gigit sudu, buku, toys, soft toys, sofa, meja… mcm-mcm! Teether dia x peduli. Dia nak gigit benda lain.

Hujung minggu lepas, dia sibuk berlatih cruising dan memanjat. Hehe, ada la 3-4 kali jatuh.. terbalik la.. tertiarap la.. tergolek la. Semua complete! Berjurai-jurai air mata yg keluar sbb sakit. Tapi lepas tu, tak serik jugak. Dok memanjat lagi! Tak reti balance sgt tp berani lepaskan tgn. Psl tu leh jatuh.

Lasak camni, camne nak tembam?

Ayam Perap Cik Nani

edited version with photo and notes


Masih teringat lagi kenangan berkongsi makanan masa kat hostel dulu. Bila weekend, ibu bapa akan dtg utk menjenguk anak-anak. Masa tu la si anak akan pesan mcm-mcm.. sabun, ubat gigi, tudung, roti dan lain-lain lagi. Bukannye takleh beli kat koop tp nak save duit la katakan. Order kat parents kan jimat. Uhuks.

Masa nie la leh tgk beberapa org keluarga dok mkn kat area kantin. Si anak syok la makan lauk rumah. Ada gak yg tak mkn kat situ tapi bwk lauk naik hostel utk dikongsi dgn kwn2 se dorm.

Masa aku Form 5, ada satu lauk yg menjadi favourite jiran-jiran sebelah katil aku. Ayam Perap Cik Nani. At least, aku bubuh nama tu sbb kwn mak aku yg bernama Cik Nani la yg bg resipi nie. Mak aku selalu buat. Kalau aku bwk lauk nie, mesti juniors sebelah katil makan sampai menjilat jari.

Sampai la satu ketika, mak aku dah tak buat ayam perap nie lagi. Bila aku tanya kenapa, katanya resipi sudah hilang. Hilang??? Mcm mana boleh hilangkan resipi sesedap tu? Tak ingat ke bahan-bahannya? Mak aku kata, dia ingat bahan-bahan tu tp tak ingat the exact measurement of the ingredients.

Hari demi hari, aku dah tak ingat rasa ayam perap nie.

Raya haji yg lalu, aku balik ke Seremban. Masuk je dapur, ingatkan nak tolong masak rendang daging. Kat atas meja, aku nampak tupperware bulat yg agak besar berisi ayam yg diperap! Wah, resipi yg sama ke? Sila buat kira-kira eh.. dah 8 tahun resipi tu hilang!

Me: Eh, dah jumpa balik ke resipi nie?
Mom: Tak la.
Me: Abes tu?
Mom: Tepon la cik Nani.
Me: La, kenapa selama ni tak tepon?
Mom: Tiba-tiba rasa nak makan.

Cis, tu la aku heran. Bukannya lost contact pun dgn cik Nani. Selalu tepon tp tak mintak resipi tu.

Saya sudah 2 kali buat resipi nie. Hopefully, korang pun cuba. Sedap!!

Zaman dah maju. Kena la aku save resipi ni dlm blog. Mana la tau hilang lak nanti.

Ayam Perap (resipi mak kepada cik Nani sebenarnya)



Seekor ayam - Dipotong 12
1 cawan gula
1/2 sudu besar kunyit tepung
3/4 sudu besar garam

Untuk dikisar kering (sukatan selepas dikisar):

5 sudu teh serbuk ketumbar
5 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih

Untuk dikisar:

20 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2cm halia
6 batang serai
Cili kering (nak guna 2 sudu je nanti)

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dalam satu tupperware besar. Gaul ratakan. Perap selama 4 jam. Kalau nak lagi sedap, perap la lebih sehari. Kalau taknak masak semua, simpan selebihnya di tempat dingin beku.

Bila nak masak, masak dgn menggunakan minyak yg sedikit (mcm korang nak masak sayur goreng). Masukkan ayam dan bahan perap tu. Tutup kuali. Api biar sederhana besar. Kacau bila perlu (utk elakkan hangus kat bawah). Bila ayam dah masak, bahan perap dan kuah dah pekat, leh angkat. Hidang dgn nasi panas.

Semalam, hubby bg keropok lekor kat jiran/kwn dia. Bersama keropok, kami pulangkan pinggan diorg (aritu diorg bg tapai). Baru je nak lunch,anak dia dtg rumah dan bawa lauk Ayam Kurma dlm pinggan tu. Aik, kitorang baru balas, dah dibalas blk? Dgn pinggan dia pulak tu. So, aku beri lauk ni sebagai balasan dan hubby sempat beritahu kak Efy (wife abg Nasir) yg tu pinggan diorg, bukan kitorang. Hehe.. mana la tau diorg terlupa yg diorg pernah bg tapai. Ptg tu, anak diorg beritahu hubby yg lauk Ayam Perap nie sedap sgt. Haa, ada 'sgt' di hujung ayat. Jadi, korang cuba la resipi ni ye!

Friday, August 07, 2009

Asam Pedas Tak Bungkus

Perancangan awal, nak cuba masak Asam Pedas Bungkus yg Ummi buat. Resipi diambil dari buku memasak Chef Hanieliza. (Nak beli semua koleksi tp masih belum sempat pegi bookstore). Asam Pedas mmg la dah biasa buat tp ni Asam Pedas Bungkus. Mak aku pernah buat rasanya. Tp masa tu, dia masak dlm oven. Aku nak ikut resipi ni bulat-bulat sbb nak tau camne rasa Asam Pedas kak Liza.

But then, tak jumpa aluminium foil kat kedai yg aku pegi semalam. Disebabkan masa yg sgt suntuk, aku ckp kat hubby yg aku masak Asam Pedas Tak Bungkus. Hehehe..

Here is the recipe. Ikut mcm kak Liza tp x bungkus.

ASAM PEDAS TAK BUNGKUS

Bahan-bahannya:

Ikan pari
1 cawan jus asam jawa
3 tangkai daun kesum
5 tangkai daun ketumbar (ni aku tak letak)
1 batang serai - diketuk
6 biji bendi
1 biji tomato - belah 4
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering (ni main taram letak suka hati sbb nak pedas)
1 labu bawang besar (tak letak)
3 ulas bawang merah (aku letak 6 ulas)
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan daun kesum. Biarkan mendidih hingga pekat.
3. Masukkan ikan, bendi dan tomato. Masak hingga ikan masak dan bendi lembut.
4. Angkat dan hidangkan.

Verdict: Hubby ckp, "Ni mcm lauk yg kita mkn kat Melaka dulu. Nak mcm Asam Berlada pun ada gak". Di akhir makan mlm, dia seperti menyesal kerana tegah aku masak nasi lebih. Asam Pedas mmg sedap kalau mkn dgn lauk Kobis Goreng dan Telur Masin.

Ni gambar Cik Adik Manis yg sibuk main kat dapur masa Umi dia masak. Abi dia tgh mandi time ni. Bila dia dgr air mencurah dr bilik air, dia jadi takut sambil jerit-jerit. Mcm takut something happen kat Abi dia dlm bilik air. Terus dia nak gi bilik air.

Doh, muka serabai!
Aku belikan masks di bawah utk kami bertiga. Yg pink tu cantik!


Thursday, August 06, 2009

Yang Jamie Oliver punya pun sedap jugak!

So he decided not to eat rice for dinner.

Ok.

Nevermind, let's eat pasta.. sandwich.. salad.. owh, owh owh!

Nampaknya wife dia kena beli barang dapur lagi.

Berat hubby naik beberapa kilo dan dia dah risau. Bertambah risau sbb aku asyik masak lauk sedap-sedap (katanya la) sampaikan makan bertambah. Extra risau sbb akhir2 ni dia takde masa nak exercise. Dan sgt risau sbb sejak dah ade ramekin, isteri dia asyik buat dessert yg menggemukkan aje.

Ok, it's 100% my fault.. ketuk sikit!

I said, "Jom makan lauk mcm perempuan pantang!". Dia pandang muka aku.. kehairanan. "Erm, x pun.. yg kukus-kukus aje". Terus buat muka xde selera.

Maybe it's not a good idea at all... Liz, dia taknak nasi.. paham tak? Hehehe..

"Yang Jamie Oliver buat pun sedap jugak"katanya.. wah wah, mmg sedap. Dgr nama dia je, terus rasa nak meleleh air liur!

Mkn western food je la nampaknya lepas nie.

Wednesday, August 05, 2009

Honey Panna Cotta

I am a huge fan of Food Channel. Apa yg aku maksudkan ialah channel pertama yg aku akan check sejurus lepas switch on the TV ialah FC. Mmg syok layan lebih-lebih lagi kalau ada Jamie Oliver dan Nigella Lawson.

I am a huge fan of food blog too. Hoho, mmg minat blog hopping sejak 4 tahun lepas. Kalau tgk kat sidebar, mmg tak byk food blog links tp sebenarnya byk ada dlm kepala nie. Yg ada kat sidebar tu ialah links yg aku suka tgk dan aku suka cuba resipi dari bloggers terbabit.

One of them is Anne. She’s a Swedish. Dia sgt suka Starbucks tapi Starbucks takde kat Sweden. Dia sgt suka kucing dan kucing dia suka beranak. Dia akan jaga anak kucing hingga kitten tu besar sikit. Kemudian, dia trade.

(Okay, aku tau.. korang mesti rasa entry ni mcm takde arah tuju.. keep on reading)

Anne mmg suka masak. Can be a good baker too sbb recipe dia mmg nampak sedap dan yg aku dah cuba, semuanya sedap-sedap belaka. She loves dessert too. Gambar-gambar kat blog dia pun menarik sbb dia pandai ambil gambar dan dia ada camera yg bagus.

Kalau tgk food entry nie, korang akan perasan yg dia suka guna dishware yg simple. Simple bermaksud plain.. white.. nice! Kontra dgn kita yg suka corak berbunga. Well, I love plain and white color dishware too.

Dari Anne, aku mengenal ramekin. Aku teringat satu episode Rachel Ray di mana tetamu undangannya ialah Gloria Estefan. Rachel guna ramekin. Gloria Estefan mcm pelik sbb dia tak pernah tgk benda tu. So Rachel beritahu itu ramekin. “Owh, it’s ramekin. I love the name.. ramekin”. Buat seketika, terasa seperti aku lebih pandai dr Gloria Estefan.. hahaha.

Mmg tak ramai tau ape itu ramekin. Aku pun tak tau hinggalah aku tgk Anne byk gunakan ramekin. Nampak sgt cantik. Aku cuba cari ramekin di sini tapi tak jumpa. Ok, aku jumpa kat Marks & Spencer tp mahal sgt!

Bila dpt tahu Intan nak balik Malaysia, aku cuba minta Intan tgkkan harga ramekin kat Aussie. Thankfully, harga jauh lebih murah!! Intan dgn baik hatinya ambil gambar dan ukuran ramekins kat kedai di sana utk ditunjukkan pada aku. Setelah berbalas email beberapa kali, akhirnya aku memilih utk beli 9 ramekin yg berdiameter 10cm dan satu ramekin berdiameter 7.5cm. Tapi Intan dgn baik hatinya buat penambahan lagi 2 ramekin yg berdiameter 7.5cm utk cukupkan sedozen! Baik hati kan Intan nie? Hati mmg sgt happy bila dah dpt ramekin.


Malam kelmarin, aku buat honey panna cotta. Resipi diambil dari Ummi. Bila dah siap, baru la sedar ramekin yg besar tu tak sesuai utk digunakan utk panna cotta sbb anda akan nampak seperti tamak haloba sbb mkn dlm bekas yg besar! Hehehe.. tak kesah la kan? Janji hubby suka. Yerp, dia mmg suka. Mula-mula aku bg ramekin yg kecil. Kejap je abes. Bila aku beritahu ada extra panna cotta dlm peti sejuk, dia minta tambah. So, aku keluarkan yg besar. Terkejut dia and dia rasa mcm takleh habiskan. But akhirnya, habis jugak. Ala, kalau dah sedap tu, laju je masuk mulut kan?

What is Panna Cotta?
"Panna cotta is an Italian dessert made by simmering together cream, milk, and sugar, mixing this with gelatin, and letting it cool until set. An Italian phrase which literally means "cooked cream", it generally refers to a creamy, set dessert from the Northern Italian region of Piemonte. It is eaten all over Italy where it is served with wild berries, caramel, chocolate sauce or fruit coulis. It is not known exactly how or when this dessert came to be, but some theories suggest that cream, for which mountainous Northern Italy is famous, was historically eaten plain or sweetened with fruit or hazelnuts. Earlier recipes for the dish used boiled fish bones in place of gelatin; however, sugar, a main ingredient, would not have been widely available as it was an expensive imported commodity. After years this treat evolved into what is now a gelatin dessert, flavored with vanilla and topped with fruit or spices, and served chilled. Similar versions of this dish are also found in Greece and France."

Here is the recipe. Bahan-bahannya mungkin ada yg agak mahal tp sekali sekala nak buat, apa salahnya kan? Aku buat half dr resipi asal di bawah. Boleh dpt 4 ramekins (10cm) dan 2 ramekins (7.5cm). Ni ada lebih bahan lagi.. boleh buat panna cotta lagi. Maybe nak buat Mango Panna Cotta pulak.


HONEY PANNA COTTA

Bahan-bahannya:
40g gelatin
1 liter susu segar
1 liter whipping cream
360ml madu
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Didihkan hingga gelatin larut. Then, transfer dlm bekas dan sejukkan selama 3 jam.

Nota: Hati-hati dlm memilih gelatin. Beli yg halal saja. Kalau ragu-ragu, jgn guna gelatin. Gantikan saja dgn serbuk agar-agar.

10g gelatin = 2 sudu besar gelatin.
1 sudu besar gelatin = 2 sudu kecil serbuk agar-agar.
10g gelatin = 4 sudu kecil serbuk agar-agar.

Oleh sebab itu (ceh, mcm maths pulak), 40g gelatin = 16 sudu teh serbuk agar-agar.

Tuesday, August 04, 2009

Muhammad Darwisy Haziq

Cucu ketiga tokwan dan nekwan Seremban


Muhammad Darwisy Haziq.. welcome to the family!

Monday, August 03, 2009

Sudah 10 bulan!

Batrisyia cecah umur 10 bulan semalam. 2 bulan lagi, umur dia setahun. Anak aku yg kecil dan ringan tu nak masuk umur setahun? Ok, kedengaran agak excited di situ!

Apa yg dia suka dan boleh buat skrg?

Dia suka pegi dapur walaupun takde org. Sampai dapur, dia akan berhenti kejap sebelum buat keputusan samada nak main kat rak pinggan atau pegi ke bilik air. Ok, aku tau yg kami kena pasang safety gate.

Dia dah mula cruising.. sikit-sikit je. Dia suka aktiviti push walker. Kitorang takde push walker tp Batrisyia dgn pandainya guna walker dia dan push walker itu. Tp salah sorang dr kami mmg kena ada blkg dia.

Kalau dia terbgn dr tido dan lihat kitorang masih tido, dia akan tepuk-tepuk sambil mulut riuh suruh kitorang bgn. Kalau takde respon, dia akan tarik rambut, panjat badan, duduk atas tgn, korek mulut kitorang.

Sudah boring dgn Upin dan Ipin tapi masih gemar tgk ayam terutamanya ayam jantan

Drama queen!

Suka pegi pasar malam. Automatically, mulut akan mengunyah dan air liur meleleh!

Suka berdiri tp tak suka org pegang tgn dia utk bg support. Kalau boleh, dua-dua tgn dia nak lepas tapi mane boleh sbb dia x reti nak balance diri dia lagi. So, paksa dia pegang satu tgn aje.

Faham perkataan “nak”. Bila dia pegang sesuatu and kami ckp, “Naaaakkk”, dia akan dtg dan bagi. Tapi tgk jugak la apa brgnya. Kalau dia tgh main dgn brg tu, jgn harap dia nak bg.

Cepat bosan dgn permainannya atau apa2 ‘permainan rekaan’ parents dia (seperti tisu, kantung gula hadiah dr pengantin, brochure). Paling lama dia akan main pun 3 minit. Pastu bila dah boring, terus dia campak tepi.

Becok becok becok.. sepatah haram pun aku tak paham!

Suka buat apa yg org dewasa buat. Nampak abi dia mkn pakai sudu, dia nak mkn pakai sudu yg abi dia guna. Taknak dah sudu Pigeon dia. Tapi bg time tu je la. Bila dia dah lupa ttg hal tu, guna balik sudu Pigeon tu.

Sejak dah sakan merangkak, memanjat dan cruising ni, rumahku dah xde rupa rumah lagi. Tak sampai 5 minit lepas aku kemas dan susun brg, dia akan sepahkan balik. Pendek kata, dia sentiasa tolong aku 'mengemas'.

Jom tgk gambar-gambar terbaru dia.







Ok, gambar di atas adalah gambar dia dgn Godmother dia. Aku suka gambar nie. Kd seperti ada muka keibuan. Hehee, definitely akan jadi salah satu gambar kat mini gallery kami nanti.

Memandangkan Batrisyia dah boleh duduk tegak, aku mula belikan dia beberapa permainan. Masih mencari block yg sesuai utk dia. Aritu tak jumpa. Flash card ni aku beli masa sale. Kotak je besar tp card nye comel-comel je. Apa-apa pun, Batrisyia mmg leka main dgn flash card nie. Mulut pun kdg2 becok berckp sambil tunjuk flash card tu kat org.



Aku tak tau sape ambil gambar nie. Abi dia ke? Bila masa dia ambil? Ni mesti lepas Batrisyia nangis sb jatuh terlentang ke belakang. Hehe..

Rambut Batrisyia mmg panjang. Kalau yg depan tu, mmg dah sampai mata. Sibuk nak potong tp x potong lagi. Abinya nak potong sendiri tp uminya ajak pegi saloon. Ahaks. Utk sementara waktu, mungkin boleh buat seperti di bawah. Batrisyia pun gelak-gelak je bila aku biarkan baju dia camtu.


Batrisyia: Ok aunties and uncles.. 2 bulan lagi saya nak umur setahun. Doakan saya sentiasa sihat dan happy!

Majlis Perkahwinan Dalila dan Amin

Projek buat baby food terpaksa ditunda ke hujung minggu ni disebabkan umi Batrisyia kepenatan selepas menghadiri majlis perkahwinan Dalila.

Dalila ni kira sekampung la sbb duduk di taman perumahan yg sama. Hehe.. Seb baik minah ni guna khidmat catering. Kalau nak kena berpangkal, terpaksa la aku turun khemah potong bawang, cili dan sebagainya. Ahaks.

Majlis nikah bermula tepat pukul 10 pagi. Sape yg kahwin dgn org TTJ, mmg la sgt senang sbb imam xkan tanya soalan susah-susah. Dia tanya awal-awal kat dlm bilik dia sbb taknak pengantin lelaki gabra kot. Senang je.

Ni babak ulangan akad nikah.
Diulang tayang khas utk org nak ambil gambar secara dekat.


Dah sah, boleh la!

Istiq, aku dan Kd yg sempat sampai di masjid.


Ok Amin, perlu bekerja keras utk serlahkan aura kebapaan.. ekekee...
Selesai nikah, kami menikmati jamuan ringan di masjid. Kemudian, kami terus ke rumah Dalila dan lepak di sana sampai la masa utk berarak. Sementara tunggu tgh hari, melepak la kami dlm bilik pengantin dan bergambar sakan. Utk gambar cantik-cantik, utk gambar dr cameraman eh!




Pengantin berarak tepat pukul 1 tgh hari. Masa tu hujan tgh turun. Tak lebat tp ia menyebabkan aku terpaksa tunggu dlm rumah sbb aku dukung Batrisyia. Meriah majlis nie sbb ramai tetamu yg hadir. Pengantin mengenakan persalinan berwarna hijau.

Lepas tgk acara tepung tawar, kami semua keluar utk makan. Photographer dah pesan agar kwn2 dia ni jgn balik awal sbb nak bergambar. Ok, kami menurut perintah.

Bila pengantin dan kurang sibuk, baru la kami bergambar sakan dgn pengantin.
Semua Scolobuian yang hadir.

Team biru, hijau dan merah (yg x ikut tema biru seperti yg ditetapkan.. hehe)


To Dalila dan Amin.. semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.