Thursday, July 30, 2009

Desperately need your help!

Esok kami semua akan balik ke Seremban. Dah sebulan tak balik. Mmg wajib balik Seremban sebulan sekali. Sebulan ada 4 minggu. Satu hujung minggu kat Seremban, satu hujung minggu kat Cheras dan 2 hujung minggu kat rumah. Eh, apsal nak explain kat korang lak? T_T

Ada org tu dah nak kahwin dah.. Sabtu ni selamat la dia menjadi isteri orang. Congrats Dalila!! Jgn nervous, kitorang akan teman ko time nikah nanti. (Ke kehadiran kitorang akan menambahkan nervous ko?). Opps, masih belum ada baju yg sesuai utk cik adik manis. Erm, mau ikut tema warna uminya kah? Takde pulak dress warna tu. Pakai putih je la yer.

To mommies yg creative dlm home made baby food (especially Mama Miya), please please please berikan saya idea utk baby food Batrisyia kali nie. Hujung minggu nie nak buat batch keempat. Rasa mcm Batrisyia dah mula boring dgn menu yg lebih kurang aje. Ok, let me tell you ape yg dia nak mkn:

- Nasi
- Spagheti / Pasta
- Sayur : Carrot, Spinach, Peas, Potato.. rasa mcm dia suka semua sayur je
- Ikan, ayam, daging
- Tofu

Tolong la beri aku recipe yg sgt best. Maybe nak include cheese sbb MASIH BELUM CUBA bagi dia cheese.

Amal Islam 100%

Terima ni dr Maisya. Ok, ok.. aku paste sebelum kena marah. Hehehe..

Peraturannya:
1) Copy gambar Islam di atas.Copy satu post ni pun tak per. Mudah dan jimatkan masa.Harapnyer gitu..
2) Kemudian pilih 5 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama.

Haaa, aku send gambar ni pada:
1) Kd
2) Fatih
3)Qis
4) Faizah
5) Wan

Jgn copy je. Marilah kita sama-sama berazam utk amal Islam 100%

Tuesday, July 28, 2009

Bedak talkum undang maut?

Bedak talkum undang maut?
Oleh NURUL HUDA HASSANhuda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras."

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Sumber dari Utusan : 18 februari 2009

Sejak baca berita ni, mmg ada tergerak hati utk tukar bedak Batrisyia tapi masa tu, takde pilihan bedak lain melainkan bedak berubat. Cuma sejak beberapa bln lepas, aku ternampak iklan tentang bedak Cornstarch dlm majalah Pa & Ma. Aku cuba cari. Tak jumpa. Mungkin sbb masih baru. 2 bulan lepas, baru la dpt beli bedak nie.

Sejak dari hari tu, bedak ni yg kami gunakan setiap hari. Bedak ni tak mcm bedak talkum yg lain. No fragrance sbb pure cornstarch. Lepas tu dia mcm tak lekat sgt kat badan. Mcm mane nak describe ye? Erm, kalau bedak biasa yg kita guna tu, kan kalau sapu kat badan, terus lekat kan? Mcm bedak ni, dia susah nak lekat. At first, rasa mcm tak best je guna. Lepas cuba beberapa kali, baru la tau camne nak bg bedak ni lekat kat badan. Caranya, jgn tuang byk2 kat tgn. Tuang sikit dan sapu kat badan.. perlahan-lahan.

Bagi aku bedak ni bagus la jugak. Nak pakai utk ruam pun ok rasanya. Harganya mahal sikit je dr bedak biasa. Tapi takpe la kan.. yg penting kita dah cuba yg terbaik utk bg protection kat anak dr penyakit berbahaya. Kalau nak kena tu,kena jugak tp sekurang-kurangnya kita dah mencuba.

Kenduri kendara

Semalam, badan terasa sgt lemah sampaikan tak larat nak update blog.. Ececece.. lebih-lebih pulak! Sebenarnya, aku kena selesema sejak hujung minggu lepas. Teruk la gak. Elok je Ahad malam, kepala dah rasa macam nak pecah! Lebih-lebih lagi bila nak sujud masa solat. Sakit weih. Jadi, mlm tu aku tido dgn harapan sakit tu akan hilang bila aku bgn pagi.

I was so wrong. Sakit tu tetap ada. Aku tetap dtg kerja semalam tapi aku bermalas-malasan kat office. Seharian melayan e-book (dan sambil buat kerja sikit-sikit). Ada 3 kali jugak kot aku berkurung dlm ladies semata-mata nak duduk dan pejamkan mata menahan rasa sakit kepala tu. Petang, sempat chatted dgn hubby. Perkara pertama yg aku bgtau ialah aku tak boleh nak masak utk mkn mlm sbb x larat. So smalam mkn kat kedai je.

Alhamdulillah, pagi ni terasa okay sikit. Utk minggu ni, aku kena hantar hubby ke tempat kerja tiap-tiap pagi sbb motor kena service. Jadi pagi td sempat nak beli nasi lemak kat Jalan Imbi yg dia dok sibuk ckp sedap.. sedap.. sedap. Wah, mmg sedap! Esok nak beli lagi la.

Anyway, congrats again pd Shidawati dan pasangannya Aidil yg telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada minggu lepas. Hubby pulak kena kerja pagi tu. Patutnya sempat je nak pegi kenduri Shida tp tiba2 nak kena pegi airport sbb ada brg tertinggal. So Colonel suruh hubby bwk aku sekali.. bwk wife jln2 katanya. Pukul 3.45 ptg baru sampai ke kenduri Shida. Sedara dia je yg masih tinggal. Dan kwn2 sekolah lama dia. Menurut Shida, wakil SMAP hanya aku dan Faisa.

Lepas kenduri Shida, kami bergegas ke rumah Zid pulak. Adik dia kahwin. Tujuan utama pegi sana sbb nak jumpa Zid and Intan. Lagipun, nak ambil ramekins yg aku dah pesan kat Intan. Jauh betul beli ramekin.. sampai ke Melbourne eh. Takpe. Asalkan dpt lg murah dr kat sini. Tak sabar nak guna ramekins tu. Thanks Intan!

Minggu ni balik Seremban pulak utk hadiri majlis perkahwinan Dalila. Nnt aku update ttg ni pulak.

Friday, July 24, 2009

Mr. N. Scholtz.. may you rest in peace.

I just can't believe this news.

Tiba-tiba rasa nak menangis.

Remember this post?

Yes, dia telah meninggal dunia. Hubby baru dpt berita ni pagi nie. Mereka jumpa mendiang di dalam apartmentnya.

Hmm, no more nice email from him. God, sgt rindu nak baca email dia lagi.

HSBC Credit Card dia dan camera kesayangan dia ada dgn hubby. Dia minta hubby tlg simpankan. Dia sepatutnya dtg Malaysia this coming Christmas. Dia sepatutnya jumpa Batrisyia buat pertama kali.

Kenapa??? Ya Tuhan...

Harry Potter and the Half-Blood Prince

Rabu lepas kami kan cuti. Lepas jumpa doktor muda tu, kami ke Cheras Leisure Mall utk beli tiket wayang Harry Potter and the Half-Blood Prince. Ni first time bawa Batrisyia sekali. Nervous pun ada. Takut minah tu melalak.

I love Harry Potter. Buku, filem.. semua aku suka. Kalau nak rasa puas hati, mmg kena baca buku sbb penerangannya lebih terperinci. Tapi kalau kurang masa atau malas nak khatamkan buku-buku yg tebal tu, tgk movie pun boleh la. Cuma jgn la harapkan semua benda dlm buku tu boleh diterjemahkan dlm movie yg berdurasi 2 jam lebih.

Kerana tu aku tak letak harapan tinggi dlm movie nie. Aku cuma nak enjoy.

Beberapa hari sblm tgk movie ni, aku suruh hubby layan semua movie terdahulu HP agar dia dpt ingat semula apa yg dah berlaku. Takut dia x paham lak bila tgk movie yg keenam ni. Hmm, dia tak tgk pun. Cuma mlm sblm tu, dia tgk movie yg pertama.

Kami tgk movie pukul 12 tgh hari. Disebabkan bawa Batrisyia, kami pilih twin seats. Kali pertama pilih twin seats. (Hubby kata, seat ni mcm nak galakkan org buat maksiat.. haha). Ok la kalau pilih twin seat. Selesa nak menyusukan anak.

Utk setengah jam yg pertama, Batrisyia sgt seronok! Dia pun tgk sama. Sambil melompat-lompat. Sambil gugu gaga. Kdg2, aku sengaja tekup mulut dia kejap sbb dia mcm over excited jerit-jerit. Lepas tu dah penat kot so dia minum susu dan terus tidur sampai habis movie.

Movie yg keenam ni tak la teruk sgt pun. Cuma bg yg x baca buku, akan mempersoal ending nya yg mcm tergantung. Ada juga beberapa scene yg aku anggap penting tidak dimasukkan dlm movie. Kalau la pertempuran antara kuasa jahat dgn cikgu+murid dlm Hogwarts tu dimasukkan, mesti gempak. Dlm buku tu terasa sgt akan suasana kacau bilau dan panik tu. Kalau la cara Dumbledore tu mati ditiru bulat2 mcm dlm buku, mesti akan menimbulkan rasa sedih yg amat di kalangan penonton. Erm, tp yg ni pun aku mcm sedih gak. Nak nangis pun ada bila tgk Harry mcm terpempan, tak tau nak buat ape bila tgk Snape guna killing curse; Avada Kedavra.

Guess what? Balik je dr movie tu, hubby telah melayan movie yg pertama hingga ketiga. Malam tadi baru masuk movie keempat! He asked me a lot of question!!!

Yg nak gelaknya, mlm tadi Batrisyia main2 dlm walker, ronda2 satu rumah. Then, dia masuk dlm satu bilik ni. Bilik tu gelap. Hubby leh cakap, "Eiii, haaa.... ambik dia.. ada Dementor!" Wakaka.. aku gelak sakan time tu!!

Thursday, July 23, 2009

Happy Birthday, abang

Dearest hubby,



Happy 40th Birthday! Orang kata, 40 tahun tu muda lagi kan? Ni terasa muda ke terasa tua? Hikhik. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sempat melihat anak kesayangan kahwin dan sempat menimang cucu.



Orang kata jugak, bila dah umur 40 tahun ni.. makin naughty. Haa, jgn naughty tau!



Batrisyia ckp, blk nnt dia peluk cium abang. Pagi tadi tak sempat =)



From,

Your lovely wife.

Multivitamin for infant.. is it necessary?

Kami sekeluarga cuti semalam sbb nak jumpa paed kat hospital utk dptkan blood test result Batrisyia. Alhamdulillah, semuanya okay. Kemudian, aku tanyakan kelenjar di leher Batrisyia yg kelihatan agak menonjol ketika disentuh. Doktor checked dan dia juga checked kelenjar-kelenjar lain. Dia kata tak perlu risau as long as anak tak selalu demam. Then, dia review milestone Batrisyia. Masa ni, aku perasan sesuatu. Kat depan PC dia, ada nota. Mcm rujukan. Owh, rupanya dia doktor muda.. mungkin baru habis belajar. Patut la setiap kali aku tanya sesuatu, dia akan keluar kejap utk tanya doktor di bilik sebelah. Masa ni aku mcm terasa kureng sikit la.

Lepas siap semua, kami dikehendaki tunggu di ruang menunggu utk ambil semula buku kesihatan. Lama gak menunggu. Entah apa yg doktor tu tulis dlm report sampai lama sgt. Then, aku nampak doktor tu berjalan ke arah kami. Hmm, ape lagi aa yg dia nak.

Doktor: Puan, saya br review berat anak puan. Mcm tak cukup berat la.. yada yada yada
Me: Mmg la dia ringan. Tapi dia menyusu badan. Rasanya takde masalah.
Doktor: Ye ke? Tp kalau tgk kat chart nie, x boleh la.
Me: Doktor tak boleh refer kat chart tu la. Chart ni kan dibuat berdasarkan berat baby yg minum susu formula.
Doktor: Eh, ye ke?
Me : Ye la.
Doktor: Ok, kejap ye.

Pastu dia gi refer kat doktor lain. Ada la dlm 5 minit.

Doktor: Anak puan mkn berapa kali sehari.
Me: 2 kali sehari..tgh hari dan ptg.
Doktor: Byk tak dia mkn?
Me: Ada la dlm 5 sudu.. sudu besar.
Doktor: Susu dia minum brp kali sehari?
Me: Malam, on demand. Siang.. 6 botol.
Doktor: 6 botol? Owh, perah ke?
Me: Aah la perah. Saya kerja la. Mane boleh direct.
Doktor: Ok, kejap ye.

Dia gi refer kat doktor lain gak.

Doktor: Ok, camni la. Saya akan prescribe multivitamin utk anak Puan. Kalau lps 3 bulan ni, berat dia x naik byk, kena dtg sini blk la.
Me: Hah? Kena dtg? Tak payah la. Leceh la nak dtg cni. Saya kerja. Kalau kat klinik tu,senang la.
Dotktor: Ok. Kalau camtu, saya buat surat rujukan ke klinik. Kalau tak ok, dtg cni blk.
Me; Hmm, ok.

So hospital bg Appeton for infant. At first, aku taknak bg tp pk2 blk, bg je la. Takde masalah pun sbb tu setakat multivitamin. Cuma aku nak argue ttg sbb knp dia bg multivitamin nie.

Aku baca risalah yg dibekalkan dlm kotak Appeton tu. Dia beritahu satu-satu kebaikan yg anak aku akan dpt bila makan Appeton. Tapi takde pulak dia ckp yg ia boleh menaikkan berat badan. Cuma apa yg aku boleh lihat ialah ia boleh menaikkan selera anak utk mkn. Bila anak kuat mkn,badan pun leh jadi gemuk. Gitu ke? Adakah baby yg gemuk tu sihat? Baby yg kurus tu tak sihat ke?

Kalau berat anak aku tak naik byk, korang rasa perlu ke aku gi refer ke pakar semula? (consider yg dia cukup susu, cukup mkn, x sakit dan aktif). Aku rasa tak perlu refer ke pakar sbb anak aku tak sakit dan dia aktif. Apa pendapat korang? Ada sesapa pernah bg anak mkn multivitamin nie tak? Ada sebarang komen?

Monday, July 20, 2009

Kecil-kecil dah bergambar dengan singa betina

Kami dah beli pinggan mangkuk. Ceh, tu pun nak ckp. Ni pinggan mangkuk yg plain color tau. Suka! Jadi, yg corak bunga ros hanya akan dipakai utk hari-hari biasa. Ingat nak pegi Ikea tp Ikea kan mcm jauh dan ramai org dan sesak dan leceh.. hmm, jadi hubby bg option lain. CHOW KIT! Yeah, aku pun on aje. Ingatkan kedai yg nak pegi tu kedai biasa aje tp sampai sana, ku rambang mata sbb mcm-mcm ada! Siap tanya hubby kenapa tak bwk aku pegi kedai ni dr dulu lagi. Dia kata, dia pun baru tau ttg kewujudan kedai yg best tu. Kat kedai tu ada banyak barangan plastik, melamine dan kaca.

Maka, ku beli beberapa barang dan perkakas dapur. Ingat nak cari pinggan mangkuk je tp sudahnya mcm-mcm aku beli. Eii, tak sabar nak pegi sana lagi. Teringin nak set bulat mcm bawah tu, eh.. bkn set tu. Set mcm tu tp corak lg lawa(bunga warna emas) dan ada byk mangkuk kecil dan harga mahal sikit aje la. Sabar.. sabar.. ada rezeki lebih, aku beli.

Kenapa minah ni sgt cute? Kenapa? Geram!

Hohoh.. mari kumpul duit!

Rambang mata ku

Penaja yang menaja kos shopping kali nie sedang melayan minah cute


Lepas shopping perkakas dapur, kami terus ke Stadium Bukit Jalil utk tgk South Africa booth di Stadium Astro Sokker Safari Gamepark. Ramainya orang. Rasanya ramai dtg sbb nak tgk perlawanan Man U vs Malaysia yg diadakan pada hari yang sama. Matahari sgt terik jd aku x round pegi tgk booth lain. Hanya lepak di booth sendiri sambil mkn rambutan.



Ramai sgt la rakyat Malaysia yg ber jersey Man U. Susah nak cari org yg pakai jersey team Malaysia. Hehehehe.. Aku pegi la juga booth yg juga official merchandise Man U tp mak aii, ramai giler org. Jadi tak berani nak bersesak.

Yer peminat Michael Owen (termasuk aku). Rasanya dah tau kan yg dia skrg main utk Man U. Kalau la aku tau dia akan main utk 2nd half, aku pun nak beli tiket. Hehehe.









Sebelum balik, kami ke booth "Simba". Aku tgk ramai org. Rupanya ada singa betina kat situ. Ramai nak ambil gambar dgn singa tu. Ada yg berani pegang. Ada yang bergambar jauh-jauh.

Masa ni ada sekumpulan lelaki (yg agak mcm jakun.. hehe) sibuk nak bergambar. Dlm ramai-ramai tu, ada sorang tu entah la.. takut kot tp nak gak bergambar. So dia berdiri jauh giler dr singa tu. Ok la. Aku xde hal dgn dia. Tapi pastu dia mula buat perangai yg aku tak suka. Bila kwn dia nak bergambar, dia takut-takutkan kwn dia. Pastu dia jerit-jerit suruh singa tu bgn. Whosthefather! Ok, kalau ko tu berani sgt, aku takde la kesah. Ni tak, ko lagi penakut. At least, kwn ko berani gak nak pegang singa betina tu. Ye la, singa tu nampak je cool. Mane la tau dia naik hangin bila org jerit-jerit kan. Tak pasal-pasal je ada yg kena terkam. Aku sound la budak tu. Heheh.. Selamba je sound. Siap bg jelingan maut lagi. Baru lelaki tu diam. Pastu ok, semua org dah bergambar tp diorg dok tercongok kat tempat cameraman. Aku ckp la, "Ni dah siap ke belum? Orang lain nak ambil gambar jugak". Baru la reti nak kosongkan depan tu. Ape la.

Inilah gambar kami dgn singa betina Simba. (Yes, lelaki penakut tu pandang je bila aku pegang singa tu).

Singa berehat? Takde hal la.
Lagipun aku dah pernah pegang bergambar dgn ular sawa dan iguana


Ok, mulanya hubby taknak bergambar. Pastu tiba-tiba berani.
Tapi dia bawak cik adik manis skali. Muka cik adik manis mungkin nampak
mcm ketakutan. Actually, dia biasa je.




Dgn Soraya Khan. Dia minta nak pinjam Batrisyia bwk balik South Africa.
Wah, ramainya African yg nak pinjam anak aku.

Balik dr sana, kami mengemas dapur di rumah. Takde apa yg nak dikemas. Cuma mencantikkan lantai yg kurang ceria. Skrg nak baring kat lantai dapur pun boleh. Hehe.. Hmm, aku perasan yg sejak lantai dapur dah cantik, Batrisyia asyik nak ke dapur je walaupun takde sape kat dapur.

Keesokan harinya, kami menghadiri majlis perkahwinan Teena. Tak sempat nak tgk pengantin berarak sbb kami menghadiri kenduri di tempat lain sblm ke sana. Apa2 pun, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.


Dgn Fatih dan Athirah Hani. Anak-anak kami produk susu ibu.

Dgn pengantin.. Batrisyia rambut dah kusut masai

Batrisyia dgn Godmother dia. Alamak Kd, kena ambil gambar lain la.
Gambar ni kurang jelas dan cun




Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Dlm entry nie, aku bgtau yg frozen EBM ku tinggal 2 botol kan?

Ni hasil mengepam sepanjang 3 hari.


Alhamdulillah. Dpt 16 botol. Perasan tak gambar botol paling kanan di front row? Ha, tu hanya 1.5oz so botol tu tak dikira sebagai stok la. Skrg, setiap botol mengandungi 3oz susu, sesuai dgn apa yg Batrisyia consume skrg.

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH!

Anyway, Batrisyia telah merangkak secara rasminya pada 19 July 2009. Sebelum ni mmg dia merangkak tp tak sampai 10 langkah, dah jatuh. So aku tetapkan, kalau dia berjaya lepas 10 langkah, baru l boleh diambil kira yg dia dah merangkak. Akhirnya dia berjaya merangkak malam tadi. Tu pun lepas aku 'paksa' dia merangkak ke arah aku.

Friday, July 17, 2009

Mariah Curry

Hubby tak kerja Sabtu ni tapi kami masih akan ke karnival di Bukit Jalil utk sama-sama memeriahkan booth. Hehehe.. At first, nak pegi tgk Harry Potter malam nie. Lepas tu, hubby ajak pegi tgk Sabtu pagi. Pagi ni pulak, hubby ckp "Jom la tgk hari Rabu. Liza ambik cuti. Pastu kita gi shopping raya". Erk, ni mmg giler last minute punye plan gamaknya.

Rabu nie Batrisyia ada appointment kat Ampang Hospital. Aku dah beritahu big boss yg aku masuk keje lambat je. Ni alih-alih nak cuti terus? Haruslah cari alasan munasabah sbb last minute baru nak ckp.

Malam tadi makan lamb. Yummy! Ni kes ada lamb lebih masa buat barbeque baru-baru ni. Ada lebih 8 keping sbb org lain takut nak mkn lamb (sbb nnt migrain la, kolesterol la, takut bau kambing yg tak mandi la). Sudahnya kitorang ambik blk. Dan malam tadi kami grilled 4 keping. (Hubby suruh grill 2 keping, aku buat 4 sbb aku yakin mesti abes punya). Then, buat potato fries dan baked beans.

Nampak mcm tak kenyang tp mak aii, kenyang giler sampaikan leh straight rasa ngantuk lepas makan!

Pagi nie aku bekalkan 4 botol susu (3oz breastmilk for each bottle). Nervous beb. Takut anak aku x reti nak adjust dgn kuantiti baru nie. Hehe.. mak nye je ter over risau. Insya Allah anak aku takkan kelaparan.

Setelah sekian lama dia tak mkn lauk sayur SAHAJA, malam tadi abi dia suapkan Spaghetti with Spinach Pesto. Ada juga campur sawi sikit. Pergh, laju je minah tu makan. Mmg Vege Girl la dia nie. Kenyang dia.

Susah nak tidurkan dia malam tadi. Nak main je. Aku bg susu secara baring. Nak tau dia buat apa? Dia tukar jd posisi merangkak dan sambil tu minum susu! Sabar je la. Tak berani aku nak bg dia minum. Terus aku layan dia main semula. Pukul 10 malam, baru la dia lena diulit mimpi.

Ha, ada satu resipi yg aku nak share dgn korang. Rasanya korang tak tau yg aku x reti masak lauk kari. Sbb mak aku pun jarang sgt la masak lauk kari kat rumah. Jadi, aku pun tak pandai masak. Mkn je pandai. Hehe..

Jadi, bila jumpa resipi ni kat blog Mat, aku teringin nak cuba. Jom layan.

Mariah Curry


Bahan-bahannya:
Ikan (aku guna seekor bawal. Potong 2)
Bendi
Tomato
Kentang (ni aku tambah)
Sebiji cili merah - belah 2 tapi tak putus
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan yg kena campur dan kacau rata:
2 sudu besar cili
3 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air

Bahan tumis:
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata. Perlahankan api.
3. Tambah "bahan yg campur tadi" dan masak hingga terbit minyak.
4. Tuang air dalam 800ml. Masukkan kentang dan biar mendidih.
5. Masukkan ikan. Tuang air asam jawa dan kacau. Biarkan mendidih.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga ikan masak dan kentang empuk.
7. Masukkan cili, tomato dan kacang bendi. Biar didih.
8. Seimbangkan rasa. Mati api.

# Hubby suka kari yg kuah pekat so aku masak sampai kuah tu pekat. Kari nie walaupun takde santan (sbb tu aku suka) tp rasa dia wallaweih, sedap! Terasa semua benda. Pedas pun pedas. Kuah tu pun byk lebih, jd leftover. Lepas ni leh mkn cicah roti.

Thursday, July 16, 2009

24oz to 12oz

Hari nie, aku dptkan khidmat nasihat dari Lactation Counselor; Puan Suraya. Chewah, terasa skema pulak panggil kwn aku camni. Ok la, Puan Sue Shantek.. eh, ni mcm nak bodek je. Hehe..

Anyway, kami mulanya berbual ttg pandangan sesetengah pihak terhadap apa yg Sue perjuangkan. As a friend, aku hanya boleh bg kata-kata peransang agar Sue tak mudah emosi selepas mendengar komen-komen yg kurang membina tu.

Kemudian, aku bercerita ttg stok frozen EBM ku yg tinggal 2 botol sahaja! Yes, angka itu betul ye kwn-kwn. Ni gara-gara kes stok terpaksa dibuang sekali lagi dan aku pun x dpt nak ikut jadual pam pada minggu lepas gara-gara kesibukan di office. Milk production pun agak berkurangan akhir-akhir ni hingga menyebabkan aku terpaksa buat extra pumping di waktu malam dan men cilok frozen EBM sekali sekala.

Ala, biasa la tuh. Ni semua cabaran utk bf anak. Korang jgn rasa takut nak bf anak lak.

So, aku saja-saja bercerita kat Sue ttg hal nie. Aku nak kumpul frozen EBM kembali. Aku teringat kes Sue di mana stok dia licin gara-gara production merudum selama 2 minggu (kan Sue?) tp setelah berhempas pulas mengepam, peti ais dia kembali penuh dgn stok susu. Mmg cerita Sue tu menjadi peransang buat aku la kiranya.

Selepas tu, Sue berikan satu fakta yg buat aku terkejut beruk! Hahaha. Ok, camni.. hingga ke hari nie, aku bekalkan 24oz susu ke taska. Batrisyia akan minum 6 botol. Orang kata, bila dah mula mkn solid food, anak akan kurang minum tp Batrisyia masih minum byk tu gak.

Aku pernah tanya Dilla ttg hal nie. Dilla ckp, dia bg susu ikut time. Dia tak tunggu Batrisyia minta atau menangis. Pasal tu 6 botol tu tetap habis sampai skrg. Aku biarkan je la sbb rasa mcm x mudarat pun nak bg dia susu byk-byk. (Rupanya mudarat la sbb bila dah besar, anak kurang nak minum sgt. Nak main je. So bila siang dah kenyang susu, mlm xnak susu sgt. So badan ingat anak xnak minum. Slowly, badan akan kurang hasilkan susu)

Bila Sue tau hal nie, Sue ckp yg baby atas umur 6 bln tak perlu diberi susu byk-byk. 10oz ke 12oz tu sedang elok. Nanti dia kurang minum malam. Patutnya dlm 3oz setiap 3 jam. Kalau bg byk, nnt efeknya malam dia akan kurang minum susu. Sudahnya ibu akan rasa mcm production merudum.

Owh, patut la aku rasa mcm tu skrg. Mmg lately Batrisyia mcm kurang minum di waktu malam. Dia selalu minum tp x lama.. 10 minit tu kira paling lama la. Tu pun time tidur. Dia sibuk nak explore je.

12oz dgn 24oz yg aku bekalkan. Pergh, giler jauh bezanya tuh! Patut la aku susah nak kumpul stok mcm org lain. Menurut Sue, badan ibu akan hasilkan 24oz ke 36oz susu sehari. Bayangkan aku yg dah pam 24oz utk anak ke taska. Hehe.. dgr je dah berpeluh!

Baiklah, aku akan minta tlg Dilla utk cuba kurangkan pengambilan susu dan dlm masa yg sama, lebihkan pengambilan makanan dan snek yg berkhasiat.

Harry Potter and the Half-Blood Prince

Hujung minggu ni ada friendly match antara Manchester United dan Malaysia eh? Aku tak tau pulak match tu hujung minggu nie sbb aku x minat MU. Hubby ckp, dia maybe kena kerja Sabtu ni sbb diorg ada buat carnival di Bukit Jalil utk promote World Cup 2010.

Punah dan ranap plan aku utk Sabtu nie. Dah lama aku buat plan utk hujung minggu ni. Sekian lama aku menunggu, akhirnya tarikh ni tiba juga...

Yes, Harry Potter and the Half-Blood Prince akan ditayangkan mulai hari ni di seluruh dunia. Aku sebagai 'kipas susah mati' Harry Potter sememangnya menantikan saat ni. Setakat nie, tak miss utk tgk movie HP di minggu pertama ia ditayangkan. Adakah kali ni aku akan miss?

Damn, jgn la sampai x dpt pegi tgk. Ni nak kena tgk samada hubby kena kerja mlm esok atau tak. Kalau tak keje, nak gi tgk HP. Utk dptkan seat yg best dan sesuai utk bawa budak, WAJIB beli tiket hari ni!


Emma Watson makin cun tp mamat dua org nie, mcm tu je.. hehe..

Salah satu scene dlm Half-Blood Prince

Seriously, aku x sabar nak tgk movie nie walaupun dah tau jalan cerita. Paling aku tunggu, scene Harry dan Dumbledore pegi cari loket tu (yes, aku xnak sebut lebih2, nnt jd spoiler) dan scene di mana Half-Blood Prince bunuh Dumbledore.

Pada yg tak baca buku tu, mesti tertanya-tanya siapakah Half-Blood Prince. Ahaks, masa aku mula-mula baca buku tu, aku asyik meneka je siapakah Half-Blood Prince. Makin geram bila kwn aku dok suruh aku teka (sbb dia dah baca so dia tau sapekah org tu).

Owhh... pleaseeeeeeeeeeeeee.... jom la tgk mlm esok!!

Sila view entries di bawah utk tau kegilaan aku terhadap HP.

Tuesday, July 14, 2009

Black Pepper Beef

Ku pulang dari office semalam dgn mission nak hubby mkn byk malam td. Ni gara-gara dia tak sempat nak lunch masa tgh hari. Byk kerja kat luar, katanya. Dia sempat mkn burger je.

Hubby ku ni tak la TERLALU CEREWET orangnya bila masuk bab makan. Dia tak kesah aku nak masak ape. Kalau taknak masak, mkn je kat kedai. Hahaha. Tapi selalunya mmg aku masak kecuali kalau balik lewat.

Seringkali dia 'marah' aku lepas suapan nasi yg terakhir. "Ni Liza punya pasal la. Kan perut abang dah naik". Opps, mmg perut dia dah naik. Hahaha.. Jgn marah. Elok per perut naik sbb masakan isteri drpd perut naik sbb masakan tukang masak kat kedai.

Anyway, malam tadi aku masakkan dia Tom Yam Seafood dan Black Pepper Beef. Hohoho, licin! Cuma baby corn je dia tak mkn.



Ok la. Jom tgk resipi Black Pepper Beef.

Black Pepper Beef


Daging (resipi ni utk setengah kilo daging so kalau daging korang tu kurang, pandai-pandai la adjust bahan-bahan yg lain tu)

Bawang besar - dihiris kasar ke, dipotong bulat ke.. x kesah la, korang yg nak mkn
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
Cili besar - dihiris
Tomato - dibelah 4
Serbuk Black Pepper by Maggi (dibancuh dgn sedikit air) ATAU Sos Black Pepper
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Daging dipotong, dicuci dan digoreng sebentar. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili besar hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk black pepper Maggi atau sos black pepper.
4. Masukkan air dan kicap. Kacau seketika.
5. Masukkan daging dan bawang besar. Kacau hingga kuah pekat.
6. Masukkan tomato. Kacau seketika.
7. Siap utk dihidang.

Monday, July 13, 2009

Crawl.. 1... 2... opps!

Batrisyia masih belum merangkak. Dia masih mencuba nak ke depan. Masih belajar ‘the right way’ utk merangkak. Ke depan, jatuh. 2 langkah ke depan, jatuh. Kitorang jd tukang sorak je walaupun dia jatuh. Dia pun mcm excited.. maybe dia rasa seronok tgk kitorang happy sorakkan dia.

Pernah satu malam tu, aku terbangun masa tido malam sbb Batrisyia bergerak. Ingatkan dia nak nangis ke, nak susu ke, rupanya dia berlatih merangkak dlm tido! Dgn mata terpejam tu, sempat je nak berlatih. Pagi tu, lepas mengeliat, dia terus berlatih semula. Siap sengih-sengih kat aku. Beriye benar anak aku nie.

Keterujaannya membuatkan kami terpaksa lebih berhati-hati. Takut dia terjaga dari tido dan terus berada dlm posisi merangkak. Dah byk kali nampak benda ni dan nasib baik aku kat sebelah dia je.

Huargh, dah ngantuk nie. Takpe la, nak cuba lagi sekali


Umi, jgn la ganggu konsentrasi saya. I need to stay focus!

Eii, dah pukul berapa nie?

Cukup la utk hari ni. Nak tido

Merangkak belum lepas tapi dah sibuk nak belajar bgn utk duduk. Bang, tertiarap ke belakang. Bang, tertiarap lagi. At last, dia berjaya setelah beberapa kali jatuh. Orang kata, belajar dr kesilapan. Akhirnya dia sedar yg dia kena tahan badan dia dgn tgn dia. Bravo!

Ada juga masanya dia terlalu penat mencuba dan akhirnya menangis sbb tension kot. Hahaha.. kami gelakkan aje. Nenek dia pun jd cheerleader sama. Bila dia tgk kitorang taknak angkat dia, lg la dia meraung.

Ala, sekejap je nangis kan? Pas peluk-peluk, pujuk-pujuk, aku baringkan dia balik. Dan dia pun mencuba lagi.









Dah 9 bulan, baru nak belajar merangkak. Aku berfikiran positif dlm hal nie. Ada baby yg skip certain milestone. Contohnya daripada meniarap, terus duduk. Ada yg skip merangkak. Ada yg mengensot. Mcm-mcm skill bebudak nie. Setiap milestone mengajar anak tu, memantapkan motor development dan menguatkan otot2 di badan dia. Batrisyia ni mcm nak belajar semua benda je. Taknak skip eh? Takpe la.. biar badan dia yg halus tu belajar semua benda dan biar kuat badan dia.

Friday, July 10, 2009

Mengajar anak bertudung sejak kecil

Kawasan perumahan dekat nursery Batrisyia dah mula dipagar. Hanya ada 2 guard houses. Dlm erti kata lain, hanya ada 2 jalan utk keluar-masuk ke kawasan tu. Ni gara-gara byk kes pecah rumah, kecurian kereta dan kecederaan berlaku di situ. Baru-baru ni, satu keluarga diikat oleh penjahat yg ingin melarikan kereta mangsa. Takut aku dgr.

Therefore, parents yg hantar anak ke nursery telah diberi car sticker. Opps, bkn diberi tp kami kena bayar RM5 utk sticker yg agak cute nie.

Tak kesah la. Janji aku tak perlu nak berhenti utk disoal siasat oleh guard setiap kali lalu di kawasan tu.

I found these pics inside my digicam. Ni mesti keje hubby.




Aku tak tau la anak aku ni ikut muka sape. Ahaks!

Ayam Masak Lemak Cili Api

Untuk DIA yg inginkan resipi, sila lihat di bawah. Ada byk cara nak masak lauk nie. Ni cara yg aku belajar dr mak aku. Kalau korang ada cara lain, buat la.


Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
Ayam
Kentang
Serai
Santan
Bawang kecil, bawang putih, cili api, halia (di blender)
Serbuk kunyit (kalau nak pakai kunyit hidup, blender sekali)

Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong dan dibersihkan. Then, masuk dlm periuk.
2. Sediakan bahan-bahan yg nak di blender. Lepas blender, tuang je dlm periuk tu.
3. Letak periuk atas dapur. Nyalakan api.
4. Masukkan serai yg dah dititik dan serbuk kunyit.
5. Masukkan kentang kalau nak ia cepat empuk. (Kalau taknak masuk awal-awal, masukkan bila nak masuk santan cair nanti).
5. Biarkan ayam tu kecut (org kata, keluar air).
6. Sediakan santan. Asingkan santan pekat dan santan cair.
7. Bila ayam dah kecut sikit, masukkan santan cair.
8. Agak-agak nak siap masak tu, masukkan santan pekat.
9. Tunggu hingga santan masak. Siap!

Kunci kejayaan nak masak lauk ni dgn sedapnya ialah penggunaan cili api yg banyak. Pedas, baru la sedap! Hehehe.. Lauk ni kena sentiasa dikacau utk elakkan pecah minyak.

To Dia, maaf la ye. Tak reti nak explain mcm dlm buku resipi sbb resipi ni dlm otak je.

Thursday, July 09, 2009

Blocked ducts

Sejak semalam, aku perasan yang production susu berkurangan. Walaupun tak jatuh merudum dgn teruknya, membekalkan 1 botol frozen EBM ke taska pagi ni sudah cukup merunsingkan.

Subuh td, aku hanya dpt 1oz masa mengepam. 1oz… selalunya aku boleh dpt 4oz-5oz. Runsing dibuatnya. Sesi pam pukul 8 tadi, output masih sama seperti hari-hari lain. Tapi masa sesi mengepam pkul 9.30 pagi, aku dah mula rasa lain. No let down. Dan aku sgt stress. Dlm kepala otak asyik pk psl susu je. Lepas tu, aku cuba urut dan aku perasan dah mula ada lump kat left breast. Damn, kena blocked duct LAGI! Kdg2, mmg aku ada kena blocked duct tp la sampai menjejaskan susu. Selalunya susu tetap byk. Selalunya, blocked duct tu terus hilang lepas pam atau direct feed. But this time, susu tu mcm taknak keluar. Bila taknak keluar, lg aku stress. Nak marah sape, aku pun tak tau.

Rasa nak je terus gi taska anak, nak direct feed dia :(

Mcm mane boleh kena blocked duct sedangkan aku selalu kosongkan breast? Tu yg pelik. Hmm…

Bila pelik, aku pun cari la info di KellyMom

WHAT IS A BLOCKED DUCT?

A plugged (or blocked) duct is an area of the breast where milk flow is obstructed. The nipple pore may be blocked (see Milk Blister), or the obstruction may be further back in the ductal system. A plugged duct usually comes on gradually and affects only one breast.

Mom will usually notice a hard lump or wedge-shaped area of engorgement in the vicinity of the plug that may feel tender, hot, swollen or look reddened. Occasionally mom will only notice localized tenderness or pain, without an obvious lump or area of engorgement. The location of the plug may shift.

A plugged duct will typically feel more painful before a feeding and less tender afterward, and the plugged area will usually feel less lumpy or smaller after nursing. Nursing on the affected side may be painful, particularly at letdown.

COMMOM (AND NOT-SO-COMMON) SIDE EFFECTS OF BLOCKED DUCTS

- Milk supply and pumping output from the affected breast may decrease temporarily. This is normal and extra nursing/pumping generally get things back to normal within a short time
- Occasionally, a mom may express “strings” or grains of thickened milk or fatty-looking milk.
- After a blocked duct has resolved, it is common for the area to remain reddened or have bruised feeling for a week or so afterwards.

WHAT ARE THE USUAL CAUSES OF BLOCKED DUCTS?

- Milk stasis / restricted milk flow due to 1) engorgement or inadequate milk removal 2) infrequent / skipped feedings 3) pressure on the ducts 4) inflammation (please check the website for more details)
- Stress, fatigue, anemia, weakened immunity

WHAT IS THE USUAL TREATMENT FOR BLOCKED DUCTS?

It’s always best to treat a block immediately and aggressively to avoid escalating into mastisis.

- Rest
- Adequate fluids
- Nutritious foods will help to strengthen mom’s immune system.

WHAT IS THE USUAL TREATMENT FOR BLOCKED DUCTS?

“Heat, Massage, Rest, Empty Breast”

General

- Nurse frequently and empty the breasts thoroughly. Aim for nursing at least every 2 hours. Keep the affected breast as empty as possible, but don’t neglect the other breast.
- When unable to breastfeed, mom should express milk frequently and thoroughly (with a breast pump or by hand)

Before nursing

- Use heat and gentle massage before nursing by using warm compress, basin soak or hot shower method.
- Loosen bra and any constrictive clothing to aid milk flow.

While nursing

- Nurse on the affected breast first; if it hurts too much to do this, switch to the affected breast directly after let-down.
- Ensure good positioning & latch. Use whatever positioning is most comfortable and/or allows the plugged area to be massaged.
- Use breast compressions
- Massage gently but firmly from the plugged area toward the nipple.
- Try nursing while leaning over baby (sometimes called "dangle feeding") so that gravity aids in dislodging the plug.

After nursing

- Pump or hand express after nursing to aid milk drainage and speed healing
- Use cold compresses between feedings for pain & inflammation

UPDATE AT 2PM
Alhamdulillah, problem solved. Hehe.. dipendekkan cerita, lump tu makin 'menarik wajahnya' menjelang tgh hari. Panik aku. Mcm kena breast engorgement time pantang lak. Cuma this time, ia hanya bengkak di satu tempat aje. Tgk cermin, aku freaked out. Dah la tadi aku byk urusan. Elok je 10 minit lagi nak lunch hour, aku dah sampai office balik. Terus prepare air panas dan terus berkurung dlm ladies sbb nak buat warm compress. Nasib baik aku ada bwk tuala kecil. So tuala la jadi mangsa rendaman air panas. Ada la 1o minit aku buat benda tu. Sambil tu urut-urut sikit.

Lepas 10 minit, ingat nak pam tp line tak clear so aku lunch dulu. Lepas mkn, terus pam susu. Dah mmg sampai masa nak mengepam pun. Sambil pam, sambil urut. Sambil rehatkan otak utk elakkan stress. Alhamdulillah, ada let down and susu pun laju ke keluar. Bila urut kat lump tu, lg byk yg keluar. (Pagi td urut kat lump, xde la camni.. hampa je). Selesai pam, dpt la 6oz. Lebih 2oz dr normal output yg aku selalu dpt. Alhamdulillah sgt!

Matsela Riha Yara.. eh, lambat lagi la.

Lebih kurang sebulan lagi, kita akan mula berpuasa. Maknanya lebih kurang 2 bln lagi, kita akan beraya. Raya tahun ni extra special sbb:

- Tahun ni raya bertiga
- Tahun ni dpt beraya puas-puas sbb tahun lepas sempat beraya sehari aje.
- Tahun ni beraya di rumah sendiri.

First thing, aku agak nervous menunggu bulan puasa sbb nak tgk samada pengeluaran susu ku terjejas teruk atau tak. Harapnya tak la terjejas teruk. Mujur pada masa tu, Batrisyia dah hampir berusia 11 bulan.

Yg excited nya, kami dpt berbuka puasa as a family di rumah sendiri. Mcm tahun-tahun lepas, berbuka puasa beramai-ramai sbb duduk rumah PIL. Dah jd kebiasaan, diorg sume berbuka puasa di sana. For this year, hubby cadangkan agar x ikut diorg sgt sebaliknya berbuka puasa di sana selang sehari atau selang dua hari. Nak merasa berbuka puasa sendiri. Yahoo.. tak sabar rasanya. Lagipun, lebih jimat! Nama pun dah hidup sendiri. Jadi kurangkan la bergantung pada orang lain.

Bila duduk sendiri, persiapan raya pun kena la sendiri. Tu yg lagi excited tu. So far, baru mula sikit-sikit. Baru je pindah so masih dlm proses memenuhkan rumah dgn BARANG-BARANG YANG PERLU. Nak kena touch up mane yg patut. Tapi tak la beriya sgt sbb umah sewa kan. Nak beriya, kena tunggu rumah sendiri siap. Cukup la setakat sedap mata memandang dan selesa didiami. Aku pun bkn la jenis nak berhabis duit. Lepas ni, nak kena cat dinding rumah dan mulakan projek galeri kami. Harus ke IKEA nampaknya.

Kalau baju raya, mmg dah 90% siap. Tinggal nak tempah baju melayu hubby (utk raya pertama) dan cari green dress utk Batrisyia pakai masa hari raya kedua. Dan juga kasut-kasut kami. Itu saja. Yang lain, sudah siap!

What else? Mcm takde je.

Tahun ni nak ambil gambar family Seremban lagi. Maybe hari raya kedua, boleh ambil gambar family ku pulak. Bertiga.. ah, bestnya!

Tuesday, July 07, 2009

Umi..Umi.. Umi kat dapur ke?

A week ago, aku ke Giant dgn my mother. Batrisyia mesti la ikut sekali sbb abi nye outstation ke JB. Kitorang cuba la dudukkan Batrisyia dlm troli tp xleh. Dia tak reti. Ye la, anak aku kan tak reti duduk lagi.

Hujung minggu lepas, hubby ajak bersarapan di luar. So kitorang mkn kat kedai pakcik misai (gelaran ni hubby yg bagi). Pakcik misai tu tanya, “Anak tu taknak letak dlm kerusi ke?”. Kitorang teragak-agak nak letak. Ye la, Batrisyia mmg reti duduk dlm tu tp dia mcm x reti nak stabilkan diri dia. Tapi takpe la, letak la jugak.

Entah mcm mana, aku tergerak hati nak ajar dia pegang kerusi tu. Aku ckp kat Batrisyia, “Batrisyia, hold this!” pendek je arahan aku sambil letakkan kedua-dua tgn dia kat palang depan high chair tu. Dia pegang. Dan terus pegang palang depan, palang kiri kanan.. terus reti duduk kat high chair sampai siap pusing-pusing belakang.

Ptg tu, kitorang gi survey high chair. Semangat abi dgn umi dia! Ekeke.. Pastu, masa kat Tesco, letakkan dia dlm troli, pun dia dah reti duduk sbb dia dah tau yg dia kena pegang palang kat depan utk mengelakkan dia dr jatuh.

Kat rumah, abi dia ajar dia duduk kat lantai. Ok, tak elok mengajar anak. Biar dia belajar sendiri. Aku ada terbaca yg x elok ajar anak sbb mungkin tulang belakang dia tak kuat lagi. Erm, ye ke? Tapi abi nya ajar jugak. Lebih kepada ajar dia balance utk duduk sendiri tanpa jatuh. Kalau nak Batrisyia bangun sendiri lepas baring dan duduk, mmg belum reti lagi.

Ptg tu juga, Batrisyia dah reti nak stabilkan diri dia. Now, kalau dudukkan, dia leh duduk. Hehe tp kalau dah syok tgk Upin Ipin, kdg2 dia mcm lupa nak stabilkan diri dan akhirnya tergolek. Ekekek..

Dia skrg mcm nak berkepit je. Kalau salah sorang dr kami xde depan mata, mula ar dia menjerit-jerit. Baru-baru nie, kitorang saja je menyorok dlm bilik. Tinggalkan dia sorang-sorang kat ruang tamu. Mulanya dia tak perasan sbb tgh tgk Upin dan Ipin. Bila dia sedar yg parents dia takde, dia mula menjerit ala-ala menangis sambil pegi ke dapur. Yes, dapur!

Semalam, aku tersedar perkara yg sama berlaku. Aku kat dlm bilik. Dia cari aku kat dapur. Dia jenguk-jenguk tp aku takde. Nangis ar. Bila aku muncul dr bilik, terus dia menjerit, mcm geram. Agaknya kalau dia boleh ckp, mesti dia ckp, “Mana umi pegi? Puas Batrisyia cari kat dapur!”. Ahaks.

Byk nak cerita psl development dia tp kalau aku tulis, panjang berjela pulak. Nanti korang boring. Kemudian la yer. Aku buat sub topic.. chewah.

Sedikit update ttg diriku.. saya telah kembali memakai high heels! Pergh, lama gila tak pakai high heels.

Monday, July 06, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

Wah, Mom Bloggers Planet dah beritahu theme utk Cutest Baby Contest bagi bulan July. Kalau June lepas, tema yg diberi ialah RED, kali ni theme nye ialah CAR SEAT. Hehehe, serious tak terfikir yang diorg akan bagi tema ni sbb aku mati-mati ingat tema nye warna lain seperti biru ke, ungu ke.

Utk MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest nie, syarat-syarat amnya masih sama seperti dulu. Yang bezanya, kena la letak gambar anak dlm car seat. Paling penting, kena la promote ttg betapa perlunya car seat digunakan di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Hadiah utk contest kali ni masih lagi ditaja oleh PhotoBookMalaysia dan AliceWonders.




Kenapa aku excited nak join contest kali nie? First, sbb aku x sempat nak join contest bulan June kerana ayah aku pinjam camera. Second, sbb hadiah-hadiahnya sgt menarik. Kalau menang, boleh print gambar Batrisyia atau gambar honeymoon ku di PhotoBookMalaysia. Boleh pilih mana-mana handbag kat AliceWonders. Ahh, sgt menarik! Tapi paling buat aku excited nak join ialah sbb temanya ialah CAR SEAT dan aku berpeluang promote dan beritahu betapa pentingnya car seat digunakan di dalam kereta. Kalau baca entries aku dulu-dulu, byk kali aku ckp psl kepetingan car seat. Hehe, aku kan penah kena tegur 'tak sayang anak' sbb aku berani letakkan anak aku dlm car seat. Woopsie! Oh My God.. Batrisyia ada byk giler gambar dgn car seat merah dia tuh. Uminya ni suka ambil gambar dia dgn car seat sbb Batrisyia suka senyum dan main pekaboo dgn uminya on the way balik ke rumah.

Nama: Humaira Batrisyia binti Rohaizat
DOB: 2nd October 2008

Sejak Batrisyia dlm perut lagi, aku dah surveyed car seat utk dia. Bagi aku, car seat wajib dimasukkan dlm list barang yang hendak dibeli utk bayi especially bagi mereka yang baru hendak mendapat anak pertama (anak yg lepas-lepas tu, leh pakai abg/kakak dia punya.. hehe). Jgn anggap tujuan kita beli car seat ni hanyalah utk memudahkan kita bawa anak dari destinasi A ke destinasi B. Itu salah! Tujuan utama car seat dicipta ialah untuk memastikan keselamatan anak kita di dalam kenderaan.

Car seat ni merupakan convertible seat. Dibeli ketika Batrisyia hampir berusia 2 bulan. Car seat ni buatan Malaysia jenama Sweet Cherry. Harga bwh RM300 je. Tak la mahal mcm jenama luar negara. Bila beli jenis convertible seat, boleh la pakai lama. Mesti bijak membeli. Aku dgn hubby sepakat pilih yang ni sbb ia berwarna kelabu dan merah. Sgt smart gitu! Tak ke cute bila letak Batrisyia dlm car seat nie? Ekekkee..

Batrisyia: Okay Umi, I'm flattered!

Ada orang pernah ckp yg baby lebih selamat bila dipangku sbb kalau accident, kita leh peluk baby tu kuat-kuat agar tak tercampak. Bg aku yg pernah terlibat dlm kemalangan, aku ada pengalaman aku sendiri. Impak ketika kemalangan tu memungkinkan kita utk hilang kawalan dan dlm masa yang sama menyebabkan kita melepaskan anak yg kita pangku. Silap-silap, anak boleh tercampak keluar dari kereta. It’s a split second! Malah, ramai yang tidak tahu bahawa berat ibu bapa itu sendiri boleh himpit anak hingga mati!


Tahukah anda bahawa peratusan utk bayi di bawah umur setahun mati dalam kemalangan jalanraya menurun hingga 73 peratus jika bayi itu diletakkan dlm car seat? Utk kanak-kanak antara 1 hingga 2 tahun, peratusannya menurun hingga 76 peratus manakala bagi kanak-kanak 2 hingga 3 tahun, peratusannya menurun hingga 60 peratus.

Statistik dunia menunjukkan lebih drpd 90,000 kanak-kanak di bawah usia 8 tahun cedera dalam kemalangan di mana lebih 1,000 kanak-kanak mati. Anda mahu anak anda menyumbang kepada statistik dunia yang menggerunkan itu?

Batrisyia: Very good, Umi! Thanks for this car seat.



Sekurang-kurangnya kita dah buat extra precaution dlm hal nie. Biarlah anak menangis sbb taknak duduk dlm car seat drpd kita menangis bila anak tu kembali kepada Tuhan disebabkan kegagalan kita memakaikan mereka dgn car seat.

Batrisyia: Owh, gambar ni x cute, okay! Judge, sila jgn ambil gambar nie.
Ni hanya contoh saya menangis kat car seat. Hehee..

Pastikan anda mematuhi dan mengikuti cara-cara pemasangan dan pemakaian car seat yang betul. Jika langkah-langkah yg betul tidak diambil, pakai car seat pun tak guna.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.