Friday, May 29, 2009

Cerita tentang her baby food

BREAKFAST-LUNCH-DINNER
Sekarang, Batrisyia makan 2 kali sehari. Lunch and dinner. Ingat nak mula beri dia mkn 3 kali sehari. Masalahnya sekarang, aku tak pasti samada cikgu dia boleh tlg suapkan ke tak. Dulu, cikgu dia ckp, baby akan mkn bubur time tgh hari. Kalau boleh, taknak la nyusahkan Dilla.. dah la dia tlg bg EBM. So far, syukur sgt sbb dia tau nak jaga baby.

Maybe ptg nie boleh tanya dia. Maybe boleh bg alasan yg kononnya doktor suruh bg mkn waktu pagi sbb nak bg berat Batrisyia naik. Hehe.. yer la, kalau guna nama doktor, selalunya org akan mendengar kata. Harap-harap dia boleh la tolong.

Tapi dia juga pernah ckp yg selalunya Batrisyia akan tido lepas aku hantar dia sampai la ke waktu mandi. Lepas mandi, bg Batrisyia susu. Selalunya, bila Batrisyia lapar blk, dah sampai waktu lunch dia.

Nak minta pendapat mommies yg tahu ttg hal ni. Dlm pukul brp boleh bg breakfast kat anak?

EXPIRY DATE OF FROZEN BABY FOOD
Di samping tu, aku nak buat sedikit pembetulan. Maisya ada bertanya ttg expiry date frozen baby food. Masa tu aku jwb ia tahan selama 2 minggu. Sebenarnya, frozen baby food boleh bertahan selama 3 bulan. Tapi sendiri mau ingat la. Lagi cepat kita guna, lagi baik kan?

NEXT BATCH OF OUR HOMEMADE BABY FOOD
Aku sedang compile menu utk next batch of baby food. Utk menu kali nie, maybe nak include egg yolk, cheese, pasta, yogurt and beef. Byk websites aku masuk.

Kalau selama ni aku bg oat hanya ketika travel, this time nak bg Batrisyia oat time breakfast and snack time. Oat sgt mudah utk dibuat. Kalau nak lg sedap, boleh tambah buah-buahan. Begitu juga dgn plain yogurt. Senang kan?

My aim kali nie adalah utk pelbagaikan makanan yg Batrisyia mkn. Pagi boleh bg oat atau yogurt. Tgh hari boleh bg bubur nasi. Malam, cuba bg dia pasta/bubur.

HOW MUCH SHOULD I ADD?
Buat masa nie, aku akan simpan 5 sudu besar utk setiap tub. Kalau bg Batrisyia mkn, mmg licin. Boleh tak kalau aku tambahkan lg amaun tu? Maybe nak cuba tambah dlm 2 sudu besar lg. Tgk dia habis ke tak. Sbb kan.. selalunya lepas habis 5 sudu tu, dia nak lagi tau! Siap buat drama lagi. Tapi bila dah cucikan mulut dia, dia tau aa yg waktu mkn dah habis. Hehe..

THE BEST WAY TO HEAT UP FROZEN BABY FOOD
Ni bkn la cara terbaik kot tp sekurang-kurangnya terbaik buat aku.

Ada beberapa cara utk panaskan frozen baby food. Okay, mula-mula, turunkan food tu ke bahagian refrigerator. Thaw the food. Then, boleh:

-Panaskan mcm panaskan EBM
-Guna food warmer
-Guna microwave
-Panaskan blk dlm periuk kecil (taktau la tp ada je org buat camni)

For me, aku guna microwave aje. Dulu, panaskan mcm panaskan EBM. Tapi aku tgk makanan tu mcm x berapa best. Quite lumpy. Tak mcm bubur. Batrisyia pun x suka. Siap juihkan blk. Malam td, panaskan guna microwave. Cantik je tekstur. Jadi bubur semula. Tapi kena beware dgn hot spot la. Sbb bila panaskan guna microwave, ada tempat yg sejuk sikit. Ada yg panas. So kena kacau betul-betul and tunggu suam-suam sikit.

Thursday, May 28, 2009

Cut first tooth-26 May 2008

Kehadiran aku di taska ptg tu disambut dengan senyuman lebar Batrisyia. Happy semacam pulak dia ptg tu. Hari sblm tu, dia merengek je kat taska. Jadi, bila dia sneyum lebar tu, rasa lega. Masa letakkan dia kat car seat, dia sengih-sengih lagi. Aku perasan lidah dia putih sejak mkn ubat minggu lepas. Then, aku perasan ada benda putih kat gusi dia. Ingatkan susu ke. So aku minta dia buka mulut sbb nak lap 'susu' tu. Bila dia buka, baru aku perasan yg 'susu' tu ialah gigi pertama dia.

Wah, depan taska tu jugak aku excited semacam. Batrisyia lak mcm tau-tau je kenapa aku excited. Dia tumpang gelak-gelak, sengih-sengih, melonjak-lonjak. On the way ke Cheras, mulut dia becok je. Ada la tu yg dia nak cerita. Cuma aku je tak paham. As usual, layan je la. Buat-buat paham. Hehe..

Sampai Cheras, hubby tak balik lagi. Haih, kita dah la excited nak bgtau. Dia lak x blk lg =)

Dgr je bunyi motor RXZ hubby, aku terus terpa dia.

"Ha, lepas ni jgn buli Batrisyia lagi. Kalau tak, dia gigit abang".

Hubby aku blured!

"Gigi dia dah tumbuh la!"

Aku suruh Batrisyia buka mulut tp dia taknak. Aku rasa dia masih trauma sbb hubby bukakan mulut dia secara paksa utk mkn ubat masa dia sakit baru-baru nie.

Hubby tak percaya anak dia dah ada gigi.

Hinggalah pagi ni, Batrisyia bukakan mulut dia and tunjukkan gigi dia kat Abi dia tu.

"Owh, tu baru tapak dia. Belum gigi lagi".

Lorr, sejak bila gigi ada tapak. Tu gigi la tu. Saja je tau dia nie!

Wednesday, May 27, 2009

Africa Day

Pada 25 May yg lepas, kami berkesempatan hadir ke African Day yg diadakan di Marriot Hotel. Ini last minute invitation tau. Jadi, mmg tak prepare apa-apa la. Ingatkan taknak pegi sbb Batrisyia pun pakai baju tidur je.

Around 6.30pm, Colonel Benjamin called hubby. Dia minta tolong hubby bawakan dia dgn Madam ke majlis tu sbb pemandu dia terlibat dlm satu kemalangan kecil di Putrajaya. Lepas hubby hantar mereka, Colonel suruh hubby jemput aku kat rumah. Nak tak nak, kena la pegi.

Majlis bermula pukul 7.30pm. Kami sampai sana pkul 9pm. Kebetulan, terserempak dgn Mr. Andre and her wife. Kali pertama dan terakhir aku jumpa pasangan ni ialah pada hari raya pertama (dan keesokan harinya, aku bersalin). Bila nampak aku je, wife dia terus minta nak dukung Batrisyia. Dipeluk, dicium, diusik pipi dan dagu anak aku. Batrisyia pun layan je. Hehe.. Cantik baju yg wife dia pakai. Dia kerintingkan rambut dia.



Lepas tu, kami terus masuk dewan. Byk makanan dah habis. Tapi sempat la merasa beberapa jenis juadah dari benua Africa. Ramai African yg hadir. Kebanyakannya pelajar.

Bila perut dah kenyang, kami berlegar di ruang luar. Tgk booth.. tgk barang.. dan akhirnya lepak di South Africa's booth. Orang pertama yg serbu Batrisyia semestinya Uncle Gumana dia. Malam tu, mmg kitorang tak pegang Batrisyia sgt sbb ada je org nak dukung dia termasuk la org yg kami tak kenal. Yer la, tiba-tiba approached kami and tanya, "Can I hold your baby?". Erk, terkejut aku.

With Soraya Khan



I just love this blue giraffe.. cantik tau!



With Madam. Madam ni mmg teringin nak jumpa Batrisyia.
Dulu, dia pernah ckp dgn hubby yg dia nak pinjam Batrisyia bwk balik Africa.


Gumana suruh aku ambil gambar nie hanya utk menunjukkan
betapa besarnya tgn dia pegang kaki Batrisyia yg halus tu.

Salah seorang org yg tak dikenali ingin dukung Batrisyia.
She's so sweet.

Her one and only Uncle Gumana



The new South Africa Ambassador


Malam tu, Batrisyia tidur pukul 11.15 malam! Dia penat kot sbb dia terus tido sampai subuh.

Tuesday, May 26, 2009

Apa yang penting.. kerjasama!

Akhirnya, perkara yg aku takutkan telah terjadi.

Dah lama beli tp tak dpt nak install atas sbb teknikal.

Sudahnya, kami terpaksa melupakan ia buat seketika. Malah, aku tak mencuba langsung masa pregnant dulu.

2 malam lepas, hubby menemui kejayaan setelah menantikan saat itu sejak berbulan yang lepas.

Hidup kami bakal berubah!

Arghh, kenapa dia berjaya???

Habis la aku! Sejarah mungkin berulang.

Mungkin lepas ni terpaksa take turn.. mungkin jugak terpaksa berebut.

Tapi lebih baik bekerjasama utk selesaikan misi-misi itu.

God, I just love this.

Sunday, May 24, 2009

Projek minggu lepas

Setelah 2 bulan 2 minggu Batrisyia tak sakit, akhirnya dia jatuh sakit. Dia kena batuk teruk pada Rabu minggu lepas. Diikuti dgn sedikit selesema dan demam sekejap-sekejap. Kesian bila dgr dia batuk. Berkahak bunyinya. Nafas laju je.

Doktor bekalkan ubat-ubatan. Pada awalnya, Batrisyia tak kesah mkn ubat. Tapi agaknya sbb dah hari-hari kena mkn, dia dah muak. Mula meronta-ronta bila nak bg mkn ubat. Selalunya, lepas mkn ubat, dia akan kepenatan sbb meronta-ronta.



Dia akan ketap bibir dia kuat-kuat. Nangis pun tak buka mulut! Kelakar giler. Muncung sedepa tanda protes. Tapi paling tak tahan ialah bila aku keluarkan kamera utk tangkap gambar dia muncung, dia terus berhenti nangis dan pandang kamera. Ceh, tau pulak nak ambil gambar!
Hari nie, dia dah nampak okay walaupun masih batuk sekali sekala.


Sabtu malam aku habiskan masa dgn buat baby food utk Batrisyia. Sebelum ni, aku masak tiap-tiap hari tapi mcm sudahnya, aku tidur sgt lambat sbb nak settle kan semua kerja. Jadi, kali ni aku masakkan pelbagai bubur utk dia.

Buat pertama kalinya, aku perkenalkan ikan dlm makanan dia. Aku pilih ikan tenggiri. Owh, aku juga dah mula add tauhu dan kurma. Dlm semua bubur nasi dia, aku campurkan 1 tbsp of butter. Bg lemak sikit. Semoga berat dia bertambah dgn baik. Amin.

Kat atas ni ada:

1- Apple Puree
2- Carrot + Green Bean Puree
3- Green Bean + Cauliflower Puree
4- Bubur Nasi + Ikan Tenggiri + Tauhu + Kurma + Bayam
5- Bubur Nasi + Ikan Tenggiri + Tauhu + Carrot + Bayam
6- Bubur Nasi + Ikan Tenggiri + Tauhu + Carrot + Green Bean + Cauliflower

Ni namanya resipi ikut suka hati. Hehe.. Masuk je apa yg bagus. Ingat nak buat potato, sweet potato dan pear puree. Tapi bila tgk ni pun dah dpt byk, tangguhkan dulu hajat tu. Maybe bila dah nak habis, leh buat lain lak.

Friday, May 22, 2009

Rate of Growth of Breastfed Babies

Aku taknak la cerita panjang-panjang. Pendek cerita, seorang paed yg x pro-bf kata anak aku tak normal sbb berat dia tak memberansangkan kalau dilihat melalui chart. Ia menakutkan aku seketika. Ambil masa sehari utk menenangkan diri.

Aku dpt artikel ni dari Sue. Diambil dari sini

‘Feeding up’ of babies to be curbed
by Sarah-Kate Templeton, Health Editor

THOUSANDS of obese and overweight babies, fattened by mothers on medical advice, are to be identified by National Health Service charts.

Health experts say the growth measurements, introduced at the start of this month, should end the “severe cultural problem” of encouraging babies to put on a lot of weight too quickly.

For the first time the tables, drawn up by the World Health Organisation, are based entirely on the rate of growth of breastfed babies, which tend to put on weight more slowly than those given formula milk in their first year.

The figures used until now have been based mainly on formula-fed babies. This has meant breastfeeding mothers have been wrongly told to “feed up” their infants, putting them at risk of obesity. This problem afflicts many bottle-fed babies.

Tim Cole, professor of medical statistics at the Institute of Child Health at University College London, and one of the experts who has adapted the charts for Britain, said: “We have this severe cultural problem, which is that babies are expected to grow fast.

“What this chart is trying to do is to suggest that babies shouldn’t be growing so fast and that they shouldn’t be as big.”

Cole added: “The way breastfed babies grow will now become the norm. With the previous charts a breastfed baby could be growing perfectly normally but would appear to the health visitor not to be growing as fast as the charts recommended, so there might have been pressure to wean early [on to solid foods or formula milk].

“Thin babies will [now] not appear to be so thin and fat babies will appear to be more fat. The fat babies are likely to be formula fed, growing very fast and developing problems with obesity.”

Cole has been advised by paediatricians that some obese babies are twice average weight by their first birthday.

Rapid weight gain in the first nine months of a baby girl’s life could make her more likely to be overweight later in childhood, according to research by Bristol and Cambridge universities.

The Child Growth Foundation, which has been campaigning for the charts, says breastfed babies are, on average, 1lb lighter than those fed solely on formula milk at 12 months. Tam Fry, who chairs the foundation, said: “When babies are being overfed this will become more noticeable.”

Fewer than one in two mothers still breastfeed at six weeks and this falls to 25% at six months. Fewer than 1% of mothers follow official advice to breastfeed exclusively for the first six months of an infant’s life.

A Department of Health spokeswoman said: “The new charts will not only provide more accurate data but will also help professionals and parents to identify early signs of overweight or obesity and provide support.”

Waktu aku kerja, Batrisyia minum 6 botol susu (4oz each). Malam, on demand. Ikut suka dia la nak bila. Tapi lebih kurang 4-5 kali before tido. Masa tido, dia akan bgn dlm 3-4 kali utk minum susu. Solid food lak, dia terima dgn baik. Byk mkn. Kalau setakat portion 5 sudu besar tu, mmg leh habis.

Di mana silapnya sampai anak aku tak besar-besar? Hehe.. Sbb genetic potential kah?

Owh, aku taknak peningkan kepala la. Selagi anak aku sihat dan aktif, aku tak perlu risau. Pekakkan telinga je.

Anyway, ni kali terakhir la aku pegi kat paed tu. Aku mmg tak suka dia tp aritu mmg takde option sbb tak tau kat mane lagi nak cari paed. Pasni kena gi cari tmpt lain la. Kalau kat Sban, senang je. Dr. Liu ada. (Aiyah, I lap you la Doktor Liu). Doktor ni tak mcm Dr. Liu. Kasar. Tak pandai ambil hati budak.

Friday, May 15, 2009

Sapa kata tak boleh letak garam dalam makanan bayi?

Lama dah tak post entry ttg baby food. Dah byk resipi aku buatkan utk Batrisyia tp x post pun kat sini.

Eh, boleh la letak garam dlm bubur baby tu. Kalau tawar, dia taknak makan

Kebanyakan orang menambah garam ketika menyediakan makanan utk bayi. Adakah ia perlu? Orang kata, kalau tak letak garam, nanti tawar. Tak sedap. Baby pun taknak makan.

Hmm, bolehkah baby merasa? Of course baby dah boleh merasa. Cuma penilaian mereka terhadap makanan yg sedap (dan sebaliknya) tak sama dgn penilaian kita terhadap makanan yang sama.

Kenapa?

Bayi.. deria rasa mereka masih suci. Chewah. Tu yg aku selalu bgtau hubby. Baby tak mcm kita. Kita ni dah rasa mcm-mcm. Lidah nie dah rasa sambal tempoyak, spaghetti, steak dan pelbagai makanan lain. Semua makanan yang kita mkn mengandungi garam, gula dan pelbagai penambah perasa.

Mcm baby, mereka hanya pernah minum susu. Tekak mereka tak pernah menerima apa-apa makanan. Bagi tekak mereka, semuanya sedap. Semuanya rasa best. Cuma mungkin tahap best sesuatu makanan tu tak sama. Mungkin kalau bagi bubur kosong, mereka mkn slow je. Tapi cuba tambah blended kurma atau prune ke dalam bubur kosong, gerenti licin.

Kenapa ye tak boleh tambah garam? Kebanyakan mak yg letak garam nie merasakan mereka perlu letak garam sbb makanan yg mereka sediakan tu tak sedap. Ye la, mak nye merasa… eii, tawar… bubuh la garam sikit… erm, baru la sedap. Gitu ke? Ni sape yg nak mkn, mak ke anak? Hikhik.

Garam tidak boleh diperkenalkan pada kanak-kanak di bawah usia setahun kerana buah pinggang mereka masih belum mampu mengumuhkan garam dr badan. Berapa ramai tahu fakta nie?

Anyway, last week, aku ada buatkan bubur utk Batrisyia. Aku campurkan kacang buncis sahaja sbb benda-benda lain dlm peti ais tu dia takleh mkn lagi. Then, blend sampai halus. Before bagi Batrisyia, aku rasa la dulu. Erhhhh, tak sedap weih. Tawar giler. Mmg kejam kalau bg makanan yang tak sedap nie kat anak aku. Tapi takpe, aku tau deria rasa dia suci.

Jadi, selepas menyusukan dia, aku cuba bagi dia makan. Berselera beb! Licin mangkuk. Siap marah aku lagi kalau lambat suapkan. Lihat, telah terbukti yang deria rasa kita dan anak kita tak sama.

Jgn takut utk buatkan makanan utk anak. Selagi korang gunakan bahan yang boleh dimakan dan sesuai utk bayi (sila alert dgn bahan dan keserasiannya dgn usia bayi anda), insya Allah takde ape yg akan berlaku =)

Kalau takut sgt, boleh cari resipi kat Internet. Tiru la bulat-bulat. Gerenti jadi. Ilmu tu boleh dicari kan? Jgn la guna Internet utk blog-hopping je. Hehehe..

Masa sebelum ada anak, aku pernah terfikir nak beri nestum pelbagai perisa dan makanan dlm botol utk anak aku. Aku rasa mcm bagus dan hebat je kalau dpt bg anak baby food dlm botol tu. Mmg tak terfikir nak masakkan sendiri utk anak. Tak tau yg baby tak boleh mkn garam. Pendek kata, mmg aku nie cetek ilmu la. Bila tgk nestum, ingatkan mmg bagus sgt utk baby.

Tapi bila dah dpt info melalui pembacaan, baru la tau ape yg terkandung dlm instant cereal di pasaran. Masa tu, baru la terasa yg aku takde option lain melainkan masak sendiri makanan utk anak aku. Alang-ala anak menyusu badan, apa salahnya teruskan memberi yg fresh sahaja kan?

Seringkali kita ckp kita nak yg terbaik utk anak tapi disebabkan hidup yang sibuk, kita memilih jalan mudah. Mudah tak semestinya bagus walaupun ia datang dalam pek yang berwarna warni.

Aku tertarik dgn beberapa pengalaman ibu-ibu di luar yang memasak sendiri makanan utk baby mereka. Hasilnya, baby mereka sendiri taknak makan makanan yg instant. Contohnya, sorang ibu ni cuba la bg KFC mashed potatoes kat baby dia. Baby dia refused to eat at all. Tapi bila ibu ni buat sendiri mashed potatoes, anak dia makan pulak. Rasanya anak dia dah biasa mkn ape yg mak dia masak. Nak air tgn ibunya sahaja. Bagus tak?

Pemandangan melihat Batrisyia melonjak-lonjak tak sabar bila lihat aku datang dari dapur dgn mangkuk makanannya di tgn membuatkan aku rasa sgt seronok. Bila dia mkn dgn berselera dan licin mangkuk, aku rasa tersgt puas hati.

OMG, I just love being a mom. Tersangat la best!


Wednesday, May 13, 2009

Dua Jam Lima Belas Minit

"Tiap-tiap malam buat kerja tu, kerja tak habis-habis" kata hubby ku.

Yer la, tiap-tiap malam dia kena tolong jemurkan kain di ampaian sbb wife dia nie tiap-tiap malam membasuh baju. Hikhik. Pastu tiap-tiap malam aku masak, lipat kain, basuh botol dan kemas dapur. Dia kesian tgk aku.

Sementara aku buat semua kerja, dia tolong jagakan Batrisyia. Selalunya aku akan tidurkan Batrisyia lepas beri dia makan bubur dan minum susu. Lebih kurang pukul 9.30 malam. Jadi, hubby ditugaskan utk jaga Batrisyia semasa aku buat semua kerja.

Batrisyia pulak skrg ni dah pandai minta perhatian. Tak perlu dukung dia. Dia hanya perlukan seseorang utk meneman dia berbual atau bermain-main dgn dia. Tu je. Nampak senang kan? Tapi bila seseorang tu terpaksa jaga dia dari pukul 8 malam hingga 9 malam dan dlm masa yg sama sibuk nak khatamkan semua movie Star Wars, timbul la masalah.

Batrisyia kdg2 merengek tp abinya mata kat Star Wars. Hikhik. Kdg2, anak dah bergolek sampai ke lantai, abinya sibuk tanya aku, "Yang Anakin Skywalker time kecik tu, episode berapa eh?".

Bila aku ingatkan dia utk jaga anak, dia akan dukung anak dia sambil ckp, "Dia niiiii... nak maaaain aje" sambil gelak-gelak. Anak lak sengih!

Aku selalu ckp dgn hubby. "Kita nie jumpa dia berapa jam je sehari. Apa salahnya sementara dia tak tido nie, kita jaga dia betul-betul. Main-main dgn dia. Borak dgn dia".

Pernah tak kira berapa jam anda jaga anak anda dalam sehari?

Ini jadual aku.

5.30 am - Bgn, buat sarapan and lunch, pam susu, mandi, solat, bersiap.
6.30 am - Tukarkan diaper Batrisyia and bertolak ke Cheras. Dlm kereta, direct feeding dia.
7.00 am - Bertolak ke taska. Sambil tu borak-borak dgn dia dlm kereta.
7.15 am - Bertolak ke tempat kerja. Then, kerja kerja kerja.
5.30 pm - Balik dr kerja. Jemput Batrisyia di taska. Balik ke Cheras
6.05 pm - Sampai Cheras. Lepak sana kejap.
6.30 pm - Balik ke Langat.
7.00 pm to 9.00 pm - Mandi, solat, prepare dinner and baby food.
9.30 pm - Batrisyia tidur.

Ok, jom kira berapa jam aku jumpa Batrisyia.

Setengah jam, 15 minit, setengah jam, setengah jam, setengah jam.. so semuanya DUA JAM LIMA BELAS MINIT!

DUA JAM LIMA BELAS MINIT dalam 24 jam yang aku ada!

Very pathetic! Sad =(

Sbb tu la aku sentiasa nak berkepit dgn dia dalam masa DUA JAM LIMA BELAS MINIT nie. Kalau weekend, mmg nak habiskan masa utk si kecil nie je.



Psl tu aku sentiasa tunggu masa utk direct feeding dia. Terasa dekat dgn dia.

Love you so much! Jangan nakal-nakal tau. Kalau time makan tu, jgn la melonjak-lonjak. Jgn gelojoh. Sian abi nak pegang Batrisyia.

Tuesday, May 12, 2009

Bagaimana mendapatkan solekan mata yang cantik?

Ku ada terima comment ttg entry sebelum ni tp taknak publish sbb segan. Hehe.. sorry yer.

Anyway, reader tu memuji ttg solekan aku masa pegi kenduri kahwin tu. Katanya, pandai aku make up muka sendiri.

Dia juga tanya mcm mana aku apply eyeshadow kat mata.

KENYATAANNYA, aku tak make up sendiri la =)


Mereka yg kenal aku mesti tau betapa sempoinya aku dlm hal nie. Bedak dan lipstick saja dah mencukupi buat aku. Malas yg amat nak make up camni sbb leceh bila nak solat. Yg nie pun, aku dah ambil wudhu awal-awal tau! Aku hanya akan apply eyeshadow dan mascara hanya bila aku period.


Cuma kali tu ada sedikit pengecualian sbb SIL yg kahwin. Jadi kami perempuan-perempuan nie nak la berseri-seri mcm pengantin jugak. Nak buat gambar keluarga. Jadi, Epul telah make up kan kami semua dgn charge RM50 seorang. Giler murah sbb dia kata, ni Pakej Selayang Pandang. Haha.. maksudnya, alang-alang make up pengantin, terus make up kan org lain skali.

Tapi Epul ni, dia tak ambil perkhidmatan make up utk dinner ke, event ke.. hanya utk pengantin sahaja. Kalau ada pun, utk GRO.. opps. Dia kata, sbb lumayannnn. Ribu riban pun GRO tak kesah nak bayar sbb ada org bayarkan.

Ni kali terakhir la kot Epul make up kan aku. Aku suka bila dia make up kan sbb mulut dia akan berceloteh bercerita. Sentuhan berusnya sgt lembut. Tak terasa mcm wajah sedang diconteng. Tgk2 je dah siap. Camtu la aku rasa.

Dia la pak andam time ku kahwin kat Cheras tu. Ku suka sbb tak tebal dan tak terasa cakey. Tapi harga utk full package dia.. err, mahal la gak.


Thursday, May 07, 2009

Sandwich for lunch?

A few days ago, hubby bercerita ttg Mr. Andre. Katanya, Mr. Andre hanya mkn yoghurt utk sarapan dan sandwich utk lunch. Malam baru mkn yg berat sikit. Aku rasa, org luar mmg dah biasa makan mcm tu. Kita je mkn makanan berat masa sarapan. Diorg mkn cereal pun leh tahan sampai tgh hari.

Jadi, tiba-tiba hubby nak ubah tabiat makan dia. Chewah... camtu lak ye.

Utk mengubah tabiat makan dia, dia perlukan kerjasama aku... untuk menyediakan sandwich dia.

Maka, pagi tadi aku pun sediakan sandwich utk dia. Tomato dan salad aku siap potong mlm td. Pagi cuma perlu assemble sandwich dia. Dia kata, dia nak sandwich dia ada telur. Ku nak buat sandwich telur, dia taknak. Dia suruh buat telur mata kerbau and letak je antara 2 roti. Camtu lak.. boleh la.

Sudahnya sandwich dia ada wholemeal breads, salad, tomato, egg, chicken slice, mayo and chilli sauce. Owh, aku pun mkn sandwich yg sama tgh hari td.

Perasaan? Seperti telah membuat kebajikan pada diri sendiri kerana makan makanan yg penuh khasiat (kalau takde mayo, lagi berkhasiat).

Sms from hubby:
Sedap sandwich Liza buat. esok buat lagi (dan ada icon yg sgt cute di hujung ayat)

Dear hubby, kalau tiap-tiap hari buat sandwich telur, boring gak. Apa kata kita buat sandwich lain pulak. Sardin ke, tuna ke, turkey ke, chicken ke.. burger pun okay per!

Milestone chart for 7 months old baby

Milestone chart for 7 months old baby

Mastered Skills (most kids can do)
Sits without support – no
Drag objects toward herself – yes

Emerging Skills (half of kids can do)
Lunges forward or start crawling – no
Jabbers or combine syllables – yes no
Starts to experience stranger anxiety – yes

Advanced Skills ( a few kids can do)
Waves goodbye – no
Stands while holding onto something – no
Bang objects together – yes
Begins to understand object permanence – yes


Tak byk perkembangan yang dilaluinya selama sebulan nie. Cuma:

-Batrisyia tak demam sejak 2 bulan lepas.. alhamdulillah.
-Dia menerima solid food dgn baik. Aku tgk, dia lebih sukakan sayur-sayuran berbanding buah-buahan. Dan suka ayam sbb bila letak dlm dlm food dia, gerenti licin and ask for more!
-Masih belum ada gigi yang muncul.
-Masih belum merangkak. Erm, takpe la. Slow-slow ye.
-Tido dgn sgt buas! Sekejap kat sini, sekejap kat sana.
-Dah mula menangis kalau org bolayan dia ketika dia nak main. Dia akan menangis teresak-esak. Pernah sekali aku buat tatau je bila dia panggil. Sekali meraung x hengat punya. Siap mengalir air mata. Sian sgt. Bila dukung dia, terus dia peluk kuat-kuat taknak lepas. Pastu sedu sedan. Lentok terus kat bahu aku yg x berapa empuk ni.
-Semua org dah x larat nak pegang dia sbb dia suka melompat-lompat.
-Tgn asyik nak mencapai semua brg yg berdekatan.
-Beratnya? Nanti check la. Curious gak nie.
-Dia sgt suka tgk visualization kat iTunes.
-Dia sukakan ABBA. Aku rasa la sbb bila pasang video clip lagu ABBA, dia akan duduk diam-diam.
-Pendek kata, dia sukakan laptop abinya. Kalau dpt pegang, mmg dia akan melonjak-lonjak sambil tekan keyboard.
-Dia tau beza antara bubur dan air. Kalau suapkan bubur, dia akan nganga mulut. Kalau nak bg minum air time mkn, dia akan hirup air dari sudu.

-Dah pandai meniru. Aku tepuk blkg dia, dia tepuk blkg aku. Aku ambil air pakai tgn and percikkan kat dia, dia buat benda yang sama.

Wednesday, May 06, 2009

Congrats Imee & Akaz

Catatan ringkas sebelum aku pulang..

Congrats to Imee & Akaz atas kehadiran orang baru yg ditunggu-tunggu. Tak sempat nak melawat korang hari nie. Minggu nie aku kena attend kenduri2 kahwin. Kalau diizinkan Tuhan, aku jenguk korang dgn Kd (Okay, aku tak ckp ape2 dgn Kd.. tiba2 tepek nama dia kat sini lak. Haha.. Kd, kalau mau jenguk mereka, sila bgtau aku. Aku cuba squeeze jadual ku yg agak padat nie).

Skrg, dah rasa rindu nak pregnant balik, rasa rindu nak bersalin semula.. wowowowo.. parah nie.

To Tun Aafiyah Humaira.. welcome to the world!

Apa yang menarik di Terengganu?

WARNING: Entry ni mengandungi 19 keping gambar. Kebanyakannya gambar Batrisyia. Jika bosan, jgn baca. Hehe

Seperti yang telah diberitahu, kami mengikuti rombongan pengantin ke Terengganu pada minggu lepas. Pagi tu, kami terlewat bangun gara-gara mengemas barang pada mlm sblmnya. Tapi kami masih sempat singgah di Cheras utk hantar frozen EBM. (2 minggu lepas, stok EBM ku terpaksa dibuang. Cair sbb letrik tripped masa kami blk ke Sban.. sob..sob). Kemudian, kami terus ke Karak Highway. Perancangan awal, semua akan berkumpul di sana sblm meneruskan perjalanan ke Dungun. Tapi sampai sana, hanya ada 2 keluarga. Pengantin called and beritahu yg org lain masih di Cheras. Sedang susun brg hantaran dlm kereta. Tak muat, katanya. Sudahnya, kami dua keluarga ni meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh.

Setelah semuanya tiba, kami meneruskan perjalanan ke Dungun lebih kurang pukul 11 pagi. Kami berhenti makan di area Sg. Ular. Meneruskan perjalanan kembali ke Dungun. Kami checked in di Mayang Sari pada pukul 5 ptg. Tempat tu okay la jugak.

Malam tu, acara bebas. Masing-masing pergi mkn di tempat yg mereka suka. Kami dan keluarga abang Rais pegi mkn di Restoran Kapal. Orang ckp, makanan kat sana mahal. Bila tgk menu, harga yg dipaparkan sama je dgn harga makanan kat KL. Kira ok la tu kan?

Malam tu semua org tido awal sbb kepenatan.

Pagi Sabtu, semua org berkumpul di rumah utama. Rupanya ayah pengantin perempuan awal-awal dah belikan sarapan utk rombongan pengantin lelaki. Rumah pengantin perempuan dekat je dgn Mayang Sari. Pasal tu ayah pengantin perempuan rajin menjenguk rombongan kami, nak make sure semuanya cukup. Terima kasih la pakcik!

Selesai bersarapan, kami ke masjid utk acara ijab kabul. Pengantin dinikahkan oleh wali pengantin perempuan. Bagus la. Simple je. Tok Imam pun sporting orgnya. Pengantin diusik ketika acara pembatalan air sembahyang. Bayangkan ye, abang Rais nie kira kahwin kali kedua la kan.. yg perempuan mmg kali pertama la. Boleh lak diorg dua org nie menggigil masa acara sarung cincin! Abang Rais terketar-ketar nak sarung cincin. Aparaa…


Batrisyia yg takde mood.. nak tidur, katanya


Keluarga ni bakal menerima orang baru tak lama lagi


"Mohd Aris bin Kudin.. eh, salah nama lak"



Hantaran kedua-dua belah pihak

Akhirnya, keluarga nie telah berjaya mencari penyeri rumah mereka.

Kami checked out dari Mayang Sari pada pukul 2 ptg. Lepak kat pantai dulu. Then, baru ke Paka. Kat Paka, hubby jumpa kwn2 lama dia. Sempat la menghabiskan masa kat pantai kat Paka tu sementara tunggu Ita balik dr KT.


Anakku yg khusyuk tgk kolam ikan


Excited!

Santai

Up!

Serabai nya!



Bergambar bersama legging dr Amyatie

Malam tu dan mlm keesokannya, kami tinggal di rumah Ita. Ita, terima kasih. Di Paka, takde aktiviti sgt. Hubby jumpa kwn2 dia. Aku dgn Batrisyia diheret sama. Hehe.. Sempat la merasa mkn seafood kat satu kedai yg best kat Paka tu. Pagi Isnin tu, kami ke Pasar Dungun utk beli ikan-ikan dan sotong, utk dibawa pulang ke KL. Sempat jugak bergambar kat pantai paka tu. Tak sempat nak ambil hari sblmnye sbb hujan renyai-renyai.


Khusyuknya tgk brochure tu

Aiyoo.. gambar tak bersedia

First time jejakkan kaki ke pantai

First time main ombak

Maka, haruslah rakam segala first time ni dgn mengambil gambar
tapak kaki yang tak berapa nampak.. hehe

Satar.. ku sudah merinduimu

Bergambar bersama anakku yang telah mendapat 2 biji 'jerawat' di muka

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.