Thursday, April 30, 2009

Selamat bercuti

Hello girls! Amacam, terasa hari nie mcm hari Jumaat tak? Hehe. Selalunya, hubby and I akan bersarapan sama-sama setiap Jumaat. Jadi pagi td ingat nak remind dia la. Pastu baru teringat rupanya hari nie hari Khamis daa.

Kami tido awal malam tadi. Ia menyebabkan kami bgn lambat pagi nie sbb syok sgt tido kot. Bkn tak dgr bunyi jam tau. Kami dgr bunyi jam loceng yg kuat giler tu sbb time tu aku tgh susukan Batrisyia. Pastu alarm handphone aku pun aku dgr. Tapi tu la, kerana nak tido “5 minit aje”, kami terlajak tido sampai pkul 6.15 pagi! Wah, kelam kabut eh sbb aku nak mengepam lagi. Haru.. haru.

My milk supply agak merudum semalam. Bkn la teruk. Hanya kurang 2oz dari hari-hari biasa. Tapi ku ttp anggap kurang sbb aku terpaksa guna hasil sesi mengepam pagi tadi utk dibawa ke nursery. Ni gara-gara2 tak cukup 2oz tu la. Takpe.. takpe.. tenangkan diri. Tu rezeki tu. Jgn nak bising-bising.

Hari ni juga aku kembali minum 1 liter soya setelah berhenti minum sejak 3 hari lepas. Bila dah batuk, tak berani nak minum soya. Nanti melekat kat tekak lak. Silap-silap muntah lak nanti sbb asyik batuk je. Alhamdulillah, selesema dan batuk dah kurang. Alhamdulillah juga, hasil mengepam aku hari ni sgt baik. Ni yg buat bersemangat nak mengepam kat Terengganu nanti.

Memandangkan semua org dah berada dalam mood cuti, hari nie nak rileks je. Aku tgh list down barang-barang yg nak kena kemas utk dibawa ke Terengganu. Hubby suruh brainstorming, buat apa-apa kudapan utk dimakan di sepanjang perjalanan. Amboiii…

Wednesday, April 29, 2009

Hello Terengganu!

I’m not feeling well for the past 3 days. Bermula dgn selesema, batuk dan akhirnya demam. Hubby sampai tak bg aku pegi kerja pagi nie. Tapi ada byk keje nak diselesaikan. Leceh la kalau ambil cuti. Lagipun, lepas nie aku cuti panjang. Bermula 1 Mei hingga 4 Mei, kami akan ke Terengganu. Mungkin kembali ke KL pada 4 Mei. 5 Mei tu boleh rehat kat rumah aje. Memandangkan nak bercuti lama, elok la aku siapkan semua kerja.

Alhamdulillah, setakat nie penyakit aku tak berjangkit pada Batrisyia. Mungkin antibody yg badan aku hasilkan telah diberi pada Batrisyia melalui susu ibu. Mmg sejak aku sakit ni, aku tak bekalkan frozen EBM. Aku bg fresh EBM aje. Plus, aku juga telah menahan nafsu daripada mencium dan menggomol Batrisyia secara keterlaluan utk mengelakkan jangkitan. Tugas memberi kasih sayag tu telah diambil alih oleh abinya. Ala, kalau tak sakit pun, tiap2 hari dia kena dgn abi dia. Sampai dia tak tahan dan menjerit sekuat hati sambil tarik rambut atau cakar leher abi dia. Ganas tak anak aku?

Tak sabar nak ke Terengganu sbb nak mkn nasi kerabu, budu, keropok, sata.. eh, mkn je nie. Hehe.. lama dah tak pegi Terengganu. Kali nie, kami akan ke Dungun. Pastu baru la jalan-jalan kat KT and Paka. Insya Allah akan jumpa Ita, kwn kat MMU dulu. Lama dah tak jumpa minah nie. Korang kalau ada tmpt mkn menarik atau tmpt yg sesuai dikunjungi, bagitau la aku.

Jadi, aku takkan update blog pada 4 dan 5 Mei. (Ye la, kata tiap-tiap hari ada entry baru). Ape-ape hal, korang leh call aku, okay?

Tuesday, April 28, 2009

Hukum menggugurkan bayi dalam kandungan

Tak pasti aku baca kat mana. Tapi artikel nie aku saved kat PC. So aku share kat sini.

HUKUM MENGGUGURKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

SOALAN 1:
Apakah hukumnya seorang isteri menggugurkan janin sebelum usianya empat bulan kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya?

JAWAPAN:
Tidak semua wanita di dunia ini diberi kurnia untuk mengandung. Ada sebahagiannya yang boleh mengandung ada pula sebahagiannya yang tidak boleh mengandung dengan sebab-sebab tertentu.


Mafhumnya, janin dan jasad manusia terbentuk di dalam rahim wanita. Kelebihan ini tidak ada tolok bandingnya. Dalam keadaan puan saya percaya, bahawa puan bukan suka-suka nak gugurkan janin, tetapi ada alasan.

Namun alasan puan tidak cukup kuat untuk menggugurkan janin tadi walaupun belum cukup empat bulan. Puan memberi alasan kerana hendak menumpukan kerjaya. Maksudnya kelahiran anak itu akan mengganggu kerjaya puan?

Allah beri puan peluang untuk mengandung jangan pula puan jadikannya sebagai bebanan. Lebih-lebih lagi jika mengandung anak yang sulung. Adalah sama sekali tidak wajar kerana inilah peluang puan untuk menimang cahaya mata yang akan membawa sirna baru dalam kehidupan puan.

Letakkan tangan puan pada perut dan tanya perasaan puan dengan setulus hati adakah dia (janin) itu tidak berhak membesar di dalam perut puan dan mahu di keluarkan agar dia tidak melihat bumi?

Cuba puan lihat kepada generasi yang terdahulu dalam lingkungan awal 1970 atau lebih awal dari itu. Suasana kehidupan mereka lagi susah berbanding dengan kita namun mereka berjaya membesarkan anak-anak mereka.

Untuk menjadikan puan lebih faham saya muatkan di sini beberapa ayat-ayat suci al-Quran untuk renungan dan penghayatan puan. Allah SWT janji rezeki mereka yang bakal lahir sudah ditentukan dan kelahirannya juga tidak akan mengganggu kehidupan seharian puan malahan kehadiran anak-anak akan menjadikan kehidupan ibu dan ayah lebih bermakna.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ...dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan...(al-An’am: 151).

Dalam surah yang lain Allah menjelaskan bahawa dialah yang berikan seseorang zuriat lelaki dan perempuan. Firman-Nya yang bermaksud: Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (asy-Syura’: 49)

Allah menegaskan bahawa jangan sesekali kalian membunuh anak kerana takutkan kepapaan. Firmannya yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (al-Israk: 31)

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum menggugurkan janin dalam keadaannya yang berbeza:

Janin menghidap penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya:
Haram sebelum berumur empat bulan dan selepasnya.

Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya.
Hukumnya:
Haram jika umur janin melebihi empat bulan dan harus kiranya umur bayi kurang empat bulan.


Janin menghidap kecacatan yang serius yang membawa kematian seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya.
Hukumnya: Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.


Janin mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya: Terdapat perbezaan pandangan ulama.
-Harus sebelum berumur empat bulan, haram selepas empat bulan.
-Harus walaupun selepas empat bulan dengan syarat keyakinan tinggi hasil analisis doktor-doktor pakar.


Janin menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya: Harus sebelum empat bulan, haram selepas empat bulan.

Janin yang terhasil akibat dirogol.
Hukumnya: Harus digugurkan hanya sebelum empat bulan.

Janin yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya:
Harus gugur janin sama ada sebelum atau selepas empat bulan, kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.


SOALAN 2:
Mengapa umur janin sebelum dan selepas empat bulan membawa perbezaan hukum?


JAWAPAN:
Berdasarkan hadis riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak-hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam Islam adalah dari umur empat bulan dalam kandungan.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud manusia ditiupkan rohnya ketika sekitar berumur 120 hari. Demikian pandangan mazhab yang empat dan majoriti fuqaha.

Maka apabila telah ditiup roh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa.

Ia diharamkan oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak). (al-An’am: 151)

Walaupun majoriti fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum empat bulan dengan sebab-sebab yang konkrit, terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian fuqaha Mazhab Maliki.

CERITA SAMPINGAN
Setakat nak bercerita utk ingatan di masa depan.. chewah. Malam tadi kami dinner lauk udang masak lemak cili api. Sayur kacang buncis dicampakkan sekali dlm tu. Sekali harung masak la maknanya nie. Pastu hubby requested nak telur dadar. Aku lak terfikir nak buat Sambal Telur Hancur tp dia taknak. So aku buatkan telur dadar utk dia dan sambal telur hancur utk aku yg mengidam tp tak pregnant nie.

Sampai masa mkn, Batrisyia nak tidur pulak. Jadi aku susukan dia dlm bilik sementara hubby mkn dulu. Lepas Batrisyia tidur, aku nak mkn la. Sekali tgk, sambal telur hancur ku tinggal dlm 3 sudu AJE. Telur dadar tak berusik! Aku tanya hubby, dia kata dia ingatkan telur hancur tu utk dia. Terkedu aku. Ni ala-ala kempunan tak dpt mkn telur tembakul. Seb baik takde batu belah batu bertangkup. Aku diam je. Dlm hati geram weih. Hehehe.. Isk, laki ko sendiri yg mkn pun ko nak geram ke? Tak kira, nak geram jugak. Aku diam je.

Pandai lak nak ambil hati tu. Nak masakkan utk aku. Ceh, mcm la reti masak lauk simple tu. Pastu siap tlg kemas-kemaskan dapur. Alala.. nak ambil hati. Aku tgk dia nak basuh periuk nasi. Aku tegur la, ckp yg nasi ada lagi. (sbb masa aku sendukkan nasi utk kami berdua, ada la nasi dlm tu utk seorang makan). Dia kata, nasi dah habis. HABIS! Terus aku tak jadi marah sbb dia habiskan. Kiranya dia minat lauk tu rupanya. Tu la, masa aku nak masak, jual mahal. Cancel nak marah dia. Hehehe..

Moral of the story is takyah la nak berkira kalau laki ko mkn lauk sampai habis. Maknanya dia lagi suka ko masak dr tukang masak kedai. Kehkehkeh.

Monday, April 27, 2009

Gambar-gambar terbaru Batrisyia




Panas tau malam tu kat rumah PIL. Jadi Batrisyia tidak berseluar





"Abi.. cuba teka, ni ape?"

"Ni nama dia stokin.. eh, ke kaki?"

Lately, Batrisyia suka gelak sampai tak nampak mata!

Friday, April 24, 2009

Love Story by Taylor Swift

Love this song tp hari Jumaat baru nak share dgn korang! Penyanyi nie pun cantik orgnya. Lagu nie kalau dgr, mesti akan buat org teringat kat org yg dia sayang.

Love Story by Taylor Swift

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while'

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh'
Cause we were both young when I first saw you

Thursday, April 23, 2009

My heart and my soul

Saya dpt tidur awal malam tadi. SANGAT BEST! Walaupun tidur awal, hubby ckp "Eii, rasa nak tidur 4-5 jam lagi". Kuikuikui.

Malam tadi aku tak masak. Kami hanya tapau di luar. Aku hanya buatkan Apple Puree Rice Cereal utk Batrisyia. Walaupun baby food dia nampak tak sedap sbb warna putih tp sedap tau. Manis buah. Byk dia makan. Bila buatkan baby food utk anak and tgk dia mkn dgn sungguh berselera, hati ni rasa puas!

Pagi-pagi nie, aku terfikirkan sesuatu. Hubby's birthday is in July. Batrisyia's birthday is in October. Our anniversary is in December. Ketiga-tiga tarikh ni merupakan tarikh-tarikh penting dlm hidup aku utk tahun nie. Kalau boleh, nak celebrate semua nie. Bkn nak rancang sesuatu yg extravaganza. Cukuplah menyambutnya dgn penuh kesederhanaan. Chewah.

Utk birthday hubby, rancanganku hanyalah utk bawa dia pergi bercuti. Bayangkan ye, ku suruh dia pilih nak pegi mana-mana yg dia suka. Jauh pun takpe. Tapi dia pilih tempat yg dekat aje. Kami penah pegi tempat tu. Hubby tak minat nak celebrate beriye sgt. Lagipun, dulu kami pergi berdua. Skrg dah bertiga. Hmm, mungkin juga nak belanja dia dim sum buffet. Yummy! Ada sesapa tau la kat mane ada dim sum buffet yg halal, harga berpatutan dan sgt-sgt best?

Utk birthday Batrisyia, kami merancang utk sambutnya secara sederhana. 2 kali setahun. Memandangkan dia dilahirkan pada 2 Syawal, maka dia akan menyambut hari lahirnya setiap 2 Syawal. Dan TETAP sambut hari lahirnya pada 2 Oktober. Tahun ni kami akan beraya di Seremban. Jadi akan ada makan-makan di sana pada 2 Syawal. Ye la, kita asyik nak sambut birthday ikut kalendar biasa. Nape taknak buat ikut kalendar Islam kan? Utk birthday 2 Oktober tu, tatau nak buat ape lagi. Ku tgh berura-ura nak buat double celebration dgn Amyatie (yg mane anak dia pun nama Humaira) tp tatau la jadi ke tak. Mane la tau dia nak celebrate anak dia sorang-sorang. Hikhik.

Utk Batrisyia juga, aku mungkin nak tetapkan satu sesi photography utk dia once dia dah pandai berjalan. Cepat la berjalan, anakku. Tak sabar nak main kejar-kejar nie =)

Utk anniversary, tak tau nak buat ape lagi. Mungkinkah ke Langkawi utk mengimbau kenangan masa honeymoon? Mungkinkah nak order semula our wedding cake? Mungkinkah nak buat satu sesi outdoor photography? Mungkinkah bergambar dlm studio aje? Ni masih jauh. Takpe, leh pk kemudian.

I just LOVE my hubby and my daughter VERY MUCH!

Wednesday, April 22, 2009

I wish for a long night sleep....

Mengantuk sungguh pagi nie. Sesungguhnya aku tak sabar nak blk rumah ptg nie. Nak tidur!

Semalam, sampai rumah pun dah pukul 10.30 malam. Balik je, ku terus ngepam, iron tudung, basuh baju kotor (2 hari punya stok.. org dewasa ada 2 org, baby ada sorang tp baju punya la banyak.. bla bla bla), kemas rumah sikit-sikit, basuh botol-botol susu, buat keje sikit.. dan akhirnya tidur dlm kepenatan pada pukul 1 pagi (lagi!).

Agaknya Batrisyia tau aku kepenatan jadi mlm td dia nyenyak tidur. Hanya bgn minta susu pada pukul 5 pagi! Lepas susukan dia, aku terus bgn.

Aku buat entry nie sbb tgh nak lawan rasa mengantuk. Mata dah berair. Terasa mcm mamai pun ada jugak.

Owh kawan-kawan. Marilah ceriakan hidupku.

Urm, hubby keje overtime lagi ptg nie. Asyik overtime je. Ku terpaksa blk berdua dgn anak setiap kali dia kerja lebih masa. Batrisyia pulak tak reti duduk diam kat car seat setiap kali kami berdua. Selalunya, di akhir perjalanan.. dia akan berada dalam posisi senget-senget ikut sedap badan nak duduk!

Aih, ku masih mengantuk!

Tuesday, April 21, 2009

Kemuliaan Ibu Dalam Islam

Entry nie seratus peratus diambil dr blog Fatih. Aku rasa entry dia sgt menarik. Jadi, aku nak share dgn korang.

KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh rakaat sholat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

Wanita yang bersalin dapat pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan dua puluh orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.

Monday, April 20, 2009

Kek Batik

Last week, kami buat keputusan utk blk ke Seremban. Entah kenapa, kami rasa nak balik ke sana. Selalunya kami balik pada awal bln. Ni pun hubby yg ajak. Kalau dia dah ajak, aku on je la.

Adakah aku sorang atau korang pun merasakan cuaca pada Sabtu lepas sgt panas? Duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh walaupun kipas-kipas terpasang dgn lajunya. Batrisyia pun rasa panas. Mengadu je. Bila bukakan rompers, baru dia senyap. Nampak sgt dia panas. Badan dia pun dah kena ruam kat area leher dan blkg badan. Kesian. Aku sapukan je Earth Mama Angel Baby Bottom Balm. Alhamdulillah, nampak semakin baik.

Menjelang, pukul 3 ptg, hubby dah tak tahan panas. Dia ajak pegi mkn ABC kat Giant Senawang. Tgh aku bersiap, adik aku ckp yg kedai tu dah tutup. Kecewa.. kecewa tp kami keluar jugak utk mencari ABC di tempat lain. Byk kedai ABC tp hubby kurang berkenan. Last-last, aku cadangkan pegi mkn ice cream.

Kami pun pegi la Secret Recipe.

Batrisyia buat muka lega giler sbb baring di tmpt yg sejuk


Abi: Ok. Masa birthday Batrisyia nanti, abi nak cheese cake tau! Batrisyia pilih corak je.
Batrisyia: Eh, ni birthday sape sebenarnya?

Abi's Mode: Mari kita bergambar!
Batrisyia's Mode: Ape-ape aje la...
Desserts paling sedap utk hari itu

Especially yg nie.. meleleh beb!

Hari tu mmg sgt panas kan? Malamnya, aku dgn adik-adik aku melepak dlm bilik parents kami sbb ada air-cond. Hehe.. Batrisyia dgn Danish pun tak la meragam sbb sejuk.


Batrisyia yg sgt lega (lagi) sekembalinya dr bilik Nek Wan nya.

Anyway, hari tu aku buat air Cincau utk sejukkan badan. Sekejap je dah abes. Esoknya buat lagi. Dan aku buat Kek Batik pada malam itu.
Kek Batik


Bahan-bahannya:
350g biskut marie (ended up using only 300g)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan Milo (aku guna brand lain. Mari boikot Milo)
2 biji telur
1/2 buku butter
1 cawan air
3/4 cawan gula
Cara membuatnya:
-Campurkan koko, milo,gula dan air di dalam periuk.
-Masak atas api yg sederhana besar sampai larut.
-Kemudian masukkan butter dan kacau hingga butter cair.
-Perlahankan api dan masukkan telur yg telah dipukul sedikit.
-Kacau hingga agak pekat.
-Tutup api.
-Masukkan biskut marie dan kacau rata. Masukkan biskut sikit-sikit. Senang nak ratakan. Kalau rasa dah cukup byk, tek perlu habiskan jumlah biskut tu.
-Masukkan dlm loyang. Tekan hingga padat dan rata. (Aku letak plastik kat atas tu dan ratakan dgn tgn)
-Sejukkan.

After thought:
Kek ni manis kalau ikut lidah aku. Next time, aku akan kurangkan gula

Friday, April 17, 2009

Susuku hampir jadi sirap bandung

Semenjak berpindah, hidup kami semakin tenteram. Ceh, mcm ape je bunyinya.. hehehe. Tenteram sbb kami tinggal di kawasan kampung. Sgt aman damai di sini. Bunyi ayam berkokok seawal pukul 3 pagi dah biasa kedengaran. Kiranya kalau terbgn tgh malam and x dgr bunyi ayam berkokok, maknanya malam masih panjang and leh tidur puas-puas. Ahaks!

Air juga sgt sejuk. Kalau mandi dlm keadaan mamai, gerenti segar bugar mata terbelalak bila air kena kat badan. Hohoho.. tapi semenjak kolam dah dipenuhkan tiap-tiap hari, takde la rasa sejuk sgt sbb air kolam la katakan. Batrisyia juga dah diajar mandi air sejuk. Kat tmpt lain, aku mandikan dia dgn air " air kolam 5 gayung, air panas satu gayung". Itu dia nye ratio eh. But kat umah sndr, totally air paip atau kolam. Biar dia rasa mandi air sejuk. Kata dah besar, sampai bila nak manja-manja mandi air panas kan? Walaupun dia mcm ala-ala terkejut bila kena air sejuk, lama-lama dia suka. Time mandi jugak leh nampak sifat anak aku yg tak berputus asa. Dia cuba dan cuba dan cuba lagi utk pegang air paip yg mengalir dr getah paip. Camne nak bgtau yg air tu takleh dipegang sbb air tu bkn mcm tali? Enjoy saje la tgk muka geram dia sbb x dpt pegang air tu.

Tiap-tiap hari balik lambat. Sampai rumah pukul 10pm ke atas. Aku kan suka basuh baju tiap-tiap hari. Jadi bila dah balik lewat, semangat nak basuh baju tak ade. Semangat nak tidur tu ada la. Sudahnya weekend baru dpt basuh baju yg berlambak. "Ha, tu la. Aritu abang nak bg robot, Liza taknak". "Mmg la taknak sbb boleh basuh hari-hari". "Ni kan dah byk baju nak kena basuh". "Ni byk sbb tiap2 hari kita balk lambat. Cuba kita blk cepat. Gerenti tiap-tiap hari boleh basuh baju". Robot apakah yg dimaksudkan? Asimo kah? Robot tu bernama washing machine =)

Anyway, skrg aku ada byk botol susu yg kosong! Maknanya, frozen EBM dah berkurangan. Maknanya, adakah aku tak mengepam seperti dulu? Atau susu dah kurang? Atau ape??? Actually, last week mmg tak dpt nak kumpul susu byk. Tak dpt nak bekalkan seperti selalu. Bkn sbb susu kurang tp aku tak dpt mengepam kat office. Selalunya aku mengepam 3-4 kali di office. Last week, 2 kali sahaja.. setiap hari!! Risau gila. Terpaksa hantar frozen EBM ke nursery gak. Akan aku bawa blk botol-botol kosong ni ke Seremban minggu nie. Nak pam habis-habisan kat sana. Kita tgk result nye camne nanti. Jgn aku malas sgt sudah la.

Dah ada org mendapat pengalaman susu mereka jadi sirap bandung. Paham tak? Maknanya susu dia masuk darah. Aku ada baca kat forum SI yg mengatakan susu yg termasuk darah tak boleh disimpan. Mesti dibuang. Tak boleh diberi pada baby. Jadi, bila perkara yg sama berlaku pada aku buat pertama kalinya semalam, aku terus buang. Ptg tu, masa ber chatting dgn Sue, Sue ckp yg susu tu selamat diminum oleh bayi. Hah, ye ke? Rugi je aku buang satu botol. Satu botol tu byk tau!! Camne leh salah info. Jadi,diharapkan ibu-ibu yg baca entry nie boleh dpt fakta yg sebenarnya ttg hal nie.

Thursday, April 16, 2009

Her new character

I love you,
You love me,
We are happy family,
With a great big hug and kiss from me to you,
Won't you say you love me too...

Haiyo, anakku ni skrg mulutnya sgt becok yer kawan-kawan. Dah makin selalu sebut papa.. mama.. dada. Dulu ada sebut gak tp tak la beriya mcm skrg. Skrg nie, kalau dia mcm tiba-tiba nak berborak, mula la "papappapapamamammapapappapa". Itu aje la. Jadi layan aje la. Buat-buat paham.

Baru-baru ni jugak dia dah mula tunjuk satu character baru iaitu tidak menyentuh barang orang melainkan dpt approval. Chewah, bunyi mcm ape je. Cuma aku perasan semenjak dua menjak nie.. eh, ada ke perkataan nie? Abaikan je la. Back to the story. Skrg nie, kalau dia pegang something (seperti beg Spectra 3, majalah Pa & Ma, my MotoRazr), dia akan sentuh and tgk aku atau hubby. Kalau kitorang tak ckp "Jangan" or "Hepp!" or "No" or "Cannot", baru la dia akan main dgn benda-benda tu. Comel je!

Cerita lain pulak. My leave applications telah mendapat approval dr my boss. APPLICATIONS. Bln 5 nie aku akan ambil 2 kali cuti. Satu di awal bulan sbb nak ke Terengganu, mengikut rombongan pengantin, bestfriend hubby. Satu cuti lagi akan diambil di akhir bulan. Tu cuti setengah hari sbb nak balik awal sbb nak hantar my parents ke KLIA. Mereka akan mengerjakan umrah.. insya Allah.

My father sebenarnya nak buat haji tp kerana dia kan dah boleh dikatakan tergolong dlm golongan OKU, jadi dia agak risau akan keadaan di sana. Kitorang cadangkan dia pergi umrah dulu. Tgk keadaan kat sana mcm-mana. Nanti baru yakin sikit nak pegi haji. Nak pegi umrah nie pun ada halangan pada awalnya. Kami yg mengharapkan sorang sepupu aku yg biasa bwk org pegi Mekah. Tunggu punya tunggu punya tunggu, last-last dia senyap je. Mungkin dia rasa leceh nak bawa OKU. Whatever. Kalau tak boleh bwk, ckp la awak-awal. Ni tak, ckp boleh boleh sekali tak boleh. Kalau tak, dah selamat ayah aku pegi umrah thn lepas. This time, my parents mendaftar dgn seorang ustaz nie. Dia mmg biasa bwk OKU. Alhamdulillah sbb dipertemukan dgn ustaz nie sbb dia tahu bagaimana nak melancarkan proses tu sendiri. Elok la parents dpt pegi. Rezeki yg Allah turunkan tu, elok digunakan kembali ke arahNya. Biar berkat. Harapnya ayah aku dpt tawaf Kaabah beberapa kali walaupun keadaannya kurang mengizinkan. Semoga my parents selamat pergi dan selamat kembali. Amin.

Wednesday, April 15, 2009

Gassy stomach

Ni tgh busy siapkan tender tp sempat gak nak buat entry. Hehehe..

Tiba-tiba pagi nie sakit perut yang teramat sgt la. Hubby tak sakit perut pun. Jadi sgt mustahil ia disebabkan apa yg kami mkn semalam.

By tgh hari, dah takleh tahan la. Nak ckp pun mcm takde tenaga. Terus pegi clinic. Doktor kata perutku byk angin. Gassy stomach. Dia bagi ubat suruh makan. Dia nak bg MC tp ku kata tak payah la. Takde gunanya dpt MC sbb ku tetap kena tunggu hubby ku utk balik ke rumah sama-sama.

Nak gi keluar makan pun tak larat.

Sekali kan, around 2pm, hubby ckp dia kena keje overtime. Ceh, kalau tau awal, aku ambik je MC. Hikhik. Takpe la. Tgh mode nak jadi pekerja rajin. Plus, perut pun dah kurang sakit.

Okay la, esok je la aku buat fresh entry. Nak sambung buat kerja balik.

Tuesday, April 14, 2009

Chicken Green Combo Rice Cereal

Green Combo merujuk kepada menu yg terhasil melalui gabungan lebih dari 2 jenis sayur-sayuran. Jadi, resipi baby food kali ni bertemakan ayam dan sayur-sayuran. This is my version of Chicken Green Combo. Untuk bubur, terpulang la samada korang nak masak bubur mcm biasa atau nak ikut cara aku. Aku buat mcm di bawah sbb kesuntukan masa dan kebetulan, aku buat baby food sambil prepare lauk pauk utk our lunch. Sekali harung, senang.

Chicken Green Combo

Ayam – aku guna one drumstick
* Ayam direbus hingga masak. Kemudian toskan dan carik kasar. Jgn buang stok ayam.

Kacang buncis dan carrot
* Masa hari tu, sayur ni aku buat goreng utk lunch. Apa yg aku buat ialah goreng macam biasa (boleh guna olive oil) tp tak masukkan garam dulu. Lepas sayur dah lembut, aku ketepikan sikit utk buat baby food. Then, baru aku masukkan garam utk lauk lunch.

Bubur
* Aku ambil nasi yg aku dah tanak.

Cara nak buat Chicken Green Combo
* Masukkan ayam, nasi dan sayur-sayuran ke dalam blender. Masukkan sedikit stok ayam. Blender halus. Siap! Kalau rasa ia agak pekat, boleh tambah EBM. Aku just tambah stok ayam tu sikit. Bagi cair sikit je. Utk malam tadi, aku tambah EBM utk cairkan.


Verdict – Laju Batrisyia makan. Tak mcm dia makan apple puree tu. Walaupun ambil masa utk layan dia makan tp berbaloi sbb dia makan byk. Tapi utk yg aku campurkan dgn EBM, lagi la laju dia makan. Just remember utk bagi anak makan HANYA selepas mereka diberi susu. Ni lepas bagi susu, dia still mkn byk. Aku pulak yg terkejut. Dia marah tau bila Abi dia lambat suapkan.

Note: Untuk sayur, korang boleh ganti dgn sayur-sayur lain yg sesuai.



Ni Abinya suapkan malam tadi

Monday, April 13, 2009

Penyeri dapurku

Setelah 2 minggu menanti, akhirnya rumahku dah ada peti ais. Lama betul nak tunggu stok sampai dari kilang. Dlm 2 minggu nie, aku terpaksa call Jusco 3 kali sbb nak mak sure the status of our order. Susah bila takde peti ais sbb x boleh nak simpan barang basah. Maknanya, bila nak masak lauk, baru boleh pegi beli ikan. Kan leceh namanya tu. Tp best la sbb ikan segar sikit. Cuma leceh sbb keluar pagi-pagi utk beli ikan.

Disebabkan menunggu lori dr Jusco, aku tak dpt hadir ke birthday party anak Maisya dan anak Ecar. Sorry girls. Mmg tak dpt nak pegi sbb driver lori tu tak bgtau bila dia nak dtg. Nak taknak, kena tunggu kat rumah je. Lepas Asar, baru la lori tu sampai.

Setakat nie takde apa dlm peti ais tu melainkan 1 big bottle of Tropicana Twister, 1.5 litre Rainbow Walls Ice Cream, 1 small tub of Chicken Green Combo Baby Food, 11 eggs, 5 chillies, a bunch of cili api, lemongrass and 1 small bottle of Sunquick Mangoo.

My fridge magnets pun sudah tersusun cantik di pintu peti ais. Jealous terhadap koleksi sendiri tau. Dapur masih lintang pukang tp dpt la jugak memasak utk family. Menu minggu lepas tak dpt nak diambil gambarnya sbb perut lapar and terus ngap. Ingat nak ambil gambar time dinner tp x sempat jugak. Bila dah licin, baru teringat nak ambil gambar. Hahah.. Anyway, aku just masak udang masak lemak cili api je. Sedap dan pedas woo. “Ni kalau buat ketam, mesti lagi terangkat”. Tu kata hubby la. “Minggu depan masak daging masak lemak cili api pulak. Tapi biar abang. Liza ajar je”. Chewah, ok ok.. kita tgk dia masak nanti.

Friday, April 10, 2009

Check Yes Juliet by We The Kings

Walaupun dah jadi umi, I still love rock music. Cuma tak boleh dgr depan Batrisyia walaupun aku selalu dgr rock music masa mengandungkan dia. Eh, ada la jugak dia dgr rock music bila abi dia pasang iTunes.

Aku tak kenal We The Kings tapi aku sgt suka lagu nie.

Check Yes Juliet by We The Kings

Check yes juliet
Are you with me
Rain is falling down on the sidewalk
I won't go until you come outside
Check yes juliet
Kill the limbo
I'll keep tossing rocks at your window
There's no turning back for us tonight

Lace up your shoes
A O A O ah
Here's how we do

Run baby run
Don't ever look back
They'll tear us apart
If you give them the chance
Don't sell your heart
Don't say we're not meant to be
Run baby run
Forever will be
You and me

Check yes juliet
I'll be waiting
Wishing, wanting
Yours for the taking
Just sneak out
And don't tell a soul goodbye
Check yes juliet
Here's the countdown
3...2...1... now fall in my arms
Now they can change the locks
Don't let them change your mind

Lace up your shoes
A O A O ah
Here's how we do

Run baby run
Don't ever look back
They'll tear us apart
If you give them the chance
Don't sell your heart
Don't say we're not meant to be
Run baby run
Forever will be
You and me

Flying through the night
We're flying through the night
Way up high
The view from here is getting better with
You by myside

Run baby run
Don't ever look back
They'll tear us apart
If you give them the chance
Don't sell your heart
Don't say we're not meant to be
Run baby run
Forever will be
You and me

Thursday, April 09, 2009

Check up-6 months

Aku agak risau masa bawa Batrisyia ke klinik for her monthly check up. Sejak 3 bulan lepas, berat dia naik sikit sgt. Sebulan naik 100g.. 200g. Alahai, mcm tak naik je. Kalau check up kali nie berat dia pun tak naik byk, mesti nurse mula ckp mcm-mcm. Aku ada rasa sedikit malas nak dgr bebelan nurse.

Jadi semalam, aku timbang Batrisyia seperti biasa. Wah, alat penimbang berat kat klinik tu dah ditukar ke digital scale. Bagus! Aku mmg suka digital scale sbb lebih accurate dan senang nak tgk berapa ratus gram yg naik dgn tepat. (e.g. 2.589).. Ha.. siap ada nombor selepas titik perpuluhan!

Ku bogelkan Batrisyia dan ku letak dia kat atas scale. Hati berdebar-debar tgk nombor yg sedang naik turun di screen kecil tu. Akhirnya, nombor tu berhenti.. 5.675kg.

Sebulan lepas, anakku hanya 5.2kg. Skrg dah 5.7kg. Kenaikan sebanyak 500g. Nampak sikit tp nombor tu cukup besar bagi aku setelah sekian lama berat Batrisyia tak naik sebanyak tu. Hmm, ye la.. tiap-tiap bln dia demam. Cuma sejak sebulan lepas, dia tak demam. Mungkin sbb tu berat dia naik byk.

5.7kg tu ringan lagi tp sekurang-kurangnya Batrisyia berada dlm golongan yg mendapat cukup zat makanan. Alhamdulillah. Lepas nie mkn byk2 tau!

Nurse tanya samada dah mula bagi bubur atau belum. So aku beritahu apa yg aku dah bg dia mkn. Nurse impressed bila dpt tahu yg Batrisyia masih menyusu badan. Aku pun tak sangka yg aku berjaya menyusukan dia sampai umur 6 bulan and insya Allah nak bg dia sampai 2 tahun. Happy tau bila tgk Batrisyia lebih prefer minum susu drpd makan bubur dia. Hahaha.. tp mkn tetap kena mkn.

Ramai yg menegur Batrisyia ni tak byk ragam. Tak menangis tanpa sebab. Tak merengek. Senyap je. Tau buat hal sendiri. Tak minta didukung sgt walaupun di awal kelahirannya, kami asyik dukung dia.. asyik berkepit aje. Honestly, anakku ni menangis jugak. Dia menangis bila lapar, haus, boring, bontot basah, poo, mengantuk, takut.. mcm budak-budak lain jugak. Tapi dia tak terlalu OVER. Kami pun tak biarkan dia meraung-raung baru la tgk ape yg dia nak. Ye la, ada sesetengah ibu bapa tak layan anak bila menangis. Biarkan anak tu menangis. Bila dah meraung, baru nak layan anak tu. Anak tak boleh dimanjakan sgt. Katanya la..

For us, kami tak la terus pegi ke anak bila dia mula menangis. Kami tunggu juga tp tak la sampai biar dia meraung. Kalau dah meraung, lagi susah nak pujuk kan? Bila dah terbiasa camtu, Batrisyia pun tak tau nak mengamuk. Dia akan nangis sikit-sikit je.

Nak manjakan anak tu boleh tp biarlah berpada-pada, betul tak?

Wednesday, April 08, 2009

Kadang kala, jodoh tu hadir di tempat yang tak diduga

Sewaktu bersarapan pagi semalam, aku smsed sorang kawan lama utk memberitahu yg aku mungkin akan ke tempatnya bln 5 ni. Borak punya borak, dia buka cerita yg dia akan bertunang sehari sebelum perjumpaan kami nanti. Terkejut aku time tu. Yer la, tiba-tiba je nak bertunang kan?

Kawan aku ni sgt risaukan nasib dirinya yg mungkin akan menjadi andartu. Dari dulu sampai la beberapa bln lepas, hanya itu yg difikirkannya. Dulu, selalu minta pendapat aku tentang hal-hal nak cari boyfriend. Selalu aku bg nasihat kat dia. Selalu jugak aku ulang ayat yg sama; KADANG KALA, JODOH TU AKAN HADIR DI TEMPAT YANG TAK DIDUGA.

Sekarang, dia merasai semua tu. Bertemu seorang lelaki di kedai burger. Sama-sama menunggu burger yg sedang dimasak. Bertukar-tukar cerita. Akhirnya, membuat keputusan utk mengenali hati budi masing-masing. Hinggalah tertanam satu emosi yang hebat di dada. Kepada Tuhan, dipohon petunjuk agar dapat dipastikan samada inilah jodoh yang dicari. Alhamdulillah, petunjuk yang diberi memihak pada mereka. Sebulan selepas berkenalan, rombongan lelaki sibuk membuat persiapan utk bertunang.

I'm happy for you, dear.

Choose cloth diaper.. go green!

“Did you know that over 300 pounds of wood, 50 pounds of petroleum feedstocks and 20 pounds of chlorine are used to produce disposable diapers for ONE baby each year? Disposable diapers take 200-500 years to degrade in landfills. There are new bio-degradeable diapers but they also take 100 years to degrade in a landfill. How are our children going to live in the more polluted planet? While disposable diapers produce 7 times more solid waste when discarded and 3 times more waste in the manufacturing process, cloth diapers can be washed and reused 80-200 times, and then used as rags. This saves about 10,000 disposable diapers per baby”

-Taken from MiaBambina

Keputusan untuk menggunakan cloth diaper telah diambil setelah membuat penyelidikan, memahami bagaimana ia berfungsi dan mengetahui kebaikan yang bakal diperolehi apabila anak-anak menggunakannya.

Seperti biasa, bila nak mulakan projek baru, aku akan cuba ‘racun’ hubby. Hehehe.. sbb ape? Sbb kalau dia dah kena racun, maka dia sendiri akan meluluskan bajet kewangan tahun 2009 =)

At first, aku bgtau yg aku dah ordered CD. Pastu, aku print out beberapa artikel ttg CD and tunjukkan gambar-gambar CD tu. Kebetulan, masa tu Batrisyia byk pee and kena selalu tukar pampers. Terus dia approved utk beli sambil hulurkan duit. Ni kiranya setiap bulan, aku dan dia akan belikan paling kurang sekeping CD utk Batrisyia. Maknanya, sebulan Batrisyia akan dpt 2 keping CD baru. Sikit-sikit lama lama jadi la berkeping-keping kan?


Believe it or not, hubby pulak yg over skrg. Asal jumpa kwn2 dia yg ada anak kecil, dia akan promote guna CD. Wah wah wah.. ada sesapa nak bayar hubby aku jd spokeperson tak?

Dari dulu, mmg terasa nak guna sgt but on that time, duduk dgn org. Pada mulanya, Sue ckp CD ni elok utk org yg ada washing machine sbb kdg2 kena rendam CD utk menghilang kotoran degil yang melekat. Jadi, ku pendamkan hasrat murni tu. Lama-lama, rasa tak puas hati. Ku tanya Sue lagi samada x boleh guna ke kalau takde washing machine? Ye la, duduk dgn org.. takkan nak guna washing machine sorang-sorang kan? Orang lain pun nak guna jugak.

Sue ckp, boleh guna CD kalau aku boleh rendam CD tu kat tempat lain. Ah, beres! Rendam je la kat dlm baldi. Selesai masalah kan? Bila dah selesai masalah,terus order 4 keping CD from Lunatots.




Setelah memakaikan Batrisyia CD hanya di malam hari (10pm to 6am), aku rasa tak leceh pun. So far, no leaking. Kalau taknak leaking, kena pastikan insert tu dimasukkan betul-betul dan fitting tu ngam-ngam. Nak basuh pun tak leceh. Ada org rasa ianya melecehkan sbb kena basuh (berbanding DD yg hanya perlu buang bila dah guna). Aku akan review tentang cara-cara membasuh CD di lain entry.

Jimat tau guna CD nie. Rugi la kalau tak cuba pakai. Sekali pakai, mesti rasa nak beli lagi and go for 100% cloth diapering. Sebenarnya, perihal cloth diaper nie dah lama diamalkan oleh mak-mak kita dulu. Cuma dulu, mak kita akan lipat napkin, pakaikan kat kita dgn menggunakan pin napkin tu dan di luarnya mak kita pakaikan getah plastik tu. Sama je sebenarnya.

Now, cloth diaper dah mengalami satu revolusi. Chewah. Tiada lagi pin yg tajam. Tidak perlu lagi nak lipat. Senang dibasuh. Tak perlu disental sgt. Kalau simpan 2-3 hari sebelum hari membasuh pun, tak bertahi lalat. Yang penting, mudah dipakai.. sgt cute.. berwarna warni.. ada yg jenis wording yg cute-cute.. aih, suka la!

Monday, April 06, 2009

Carrot Rice Cereal

Selepas diperkenalkan dgn homemade rice cereal (atau ckp bahasa Melayu nye BUBUR NASI), aku tambahkan carrot dlm bubur tu. Sepatutnya kena ikut 4 Day Wait Rule tp rasanya baby mmg tak alergi terhadap nasi kan? Jadi terus skipped dan introduce carrot dlm makanan dia.

What is 4 Day Wait Rule? Secara ringkasnya, anda memberi makanan yg sama selama 4 hari kepada anak anda. Kenapa ia penting terutamanya kepada anda yg mempunyai sejarah alergi dalam keturunan anda? Kerana, jika berlaku reaksi alergi, sekurang-kurangnya anda tahu makanan apa yg anak anda alergi sbb anda hanya memberi satu jenis makanan dlm 4 hari tu.

For carrot rice cereal, apa yg aku buat dulu ialah aku prepare bubur nasi. Carrot dipotong kecil dan direbus sekejap utk bagi sedikit lembut di periuk yg berasingan. Aku tak campur sekali dgn bubur nasi kerana:

1. Beras mengambil masa yg agak lama utk menjadi bubur sedangkan carrot hanya mengambil masa yg sekejap utk lembut. Kalau lama-lama rebus, hilang la nutrient kan?
2. Utk mengelakkan nitrates yg terkandung dlm air rebusan carrot.

Lepas kedua-duanya siap, aku masukkan dlm blender and pureed. Kalau korang rasa puree tu agak pekat, boleh cairkan dgn memasukkan EBM sedikit. Yummy! (Yes, I tasted it!)

Tahukah anda bahawa 15 ke 21 kali makan diperlukan sebelum anda dapat pastikan samada anak anda suka tau tak makanan tu? Bila anda cuba beri satu makanan baru kat anak and dia pulak buat drama muntah-muntah, juih-juih.. tak bermakna anak anda tak suka makanan tu. Teruskan memberi makanan itu kpd anak anda.

Dlm menyediakan makanan utk baby, tak perlu letak garam dan gula. Buah pinggang baby tak mampu lagi utk menyingkirkan garam dan gula dengan efektif. Lagipun, anak anda mmg tak memerlukan semua tu sbb selama ni mereka hanya minum susu. Yang kata sedap atau tak tu sebenarnya mak ayah, bknnye baby tu sendiri. Semalam aku buat mashed potataoes rice cereal utk Batrisyia. Serious aku rasa benda tu mcm tawar tp Batrisyia mkn laju je sampaikan menjerit-jerit bila aku lambat suapkan!

Ni style rambut Batrisyia yg cikgu dia buat hari Jumaat lepas. Terkejut aku sbb mencacak betul la! Ekekeke..



Friday, April 03, 2009

When Can I Introduce Chicken to My Baby?

Baru lepas telefon taska Batrisyia. Saja bertanya tentang bubur yang mereka masak untuk baby. Aku tak bagitau lagi yg Batrisyia dah boleh diberi makan bubur.

Menurut Cikgu Reena, bubur yg disediakan adalah bubur+carrot+ayam. Kemudian diblender halus utk diberi pada bayi. Garam tak letak. Ikan tak diberi utk elakkan alergi. Bila dgr perkataan ayam, mula-mula risau jugak sbb pernah terbaca yang baby hanya boleh diperkenal dgn ayam ketika usia 8 bulan. Tapi hati membuak-buak nak bagi Batrisyia makan. Jadi, aku beritahu Cikgu Reena yg Batrisyia dah mula makan bubur sejak malam tadi. Maknanya, tgh hari nie mereka akan suapkan bubur utk Batrisyia.

Lepas letak telefon, terus search artikel di wholesomebabyfood.com tentang pengambilan ayam.

When can I introduce Chicken or Turkey to my baby?

As mentioned above, most pediatricians in the United States recommend chicken and turkey, and other meats and proteins when baby is between 8-10 months of age. In many European countries and the UK and Canada, national health services and many pediatricians recommend meats as one of baby's first foods due to the level of heme iron in meats. The premise is that offering your baby's meats earlier rather than later helps baby maintain proper levels of iron.


Kita tgk camne dulu.

Her first homemade baby food

Buatkan bubur nasi utk Batrisyia malam tadi. Dah umur 6 bulan, boleh la makan. Bubur masak macam biasa tanpa perlu letak garam dan bahan-bahan lain. Beras semata. Lepas siap, blender sampai halus. Sejukkan dan boleh la bagi baby makan.

Memandangkan makan merupakan perkara baru bagi dia, aku tak paksa dia habiskan. Satu artikel dlm wholesomebabyfood.com ada beritahu yg sesetengah baby mungkin tak dpt biasakan diri sbb dia didedahkan dgn 2 perkara baru dlm satu masa iaitu MAKAN dan GUNAKAN SUDU. Jadi, apa yg aku buat ialah mula-mula, aku tunjuk depan dia yg aku makan bubur tu pakai sudu. Then, aku cuba suapkan kat dia. Dia buka mulut tp dia buat mcm nak minum susu. Adeh. Hahah.. Pastu baru dia makan sikit-sikit. Saja aku bg sepah-sepah sikit. Biar dia rasa makanan tu kat sudu. Dah lama-lama, dia sibuk nak pegang sudu nak buat main ketuk-ketuk. Aku bg dia pegang sudu sambil arahkan ke mulut dia. Dia makan lagi. Lama kelamaan, dia nak main-main dgn bubur dia. Aku bg dia makan pakai tgn dia sendiri. Kenapa aku buat mcm nie? Boleh rujuk kat artikel wholesomebabyfood.com






Kepenatan lepas bergolek, menjerit, bercakap, menjerit lagi, cakap sorang-sorang lagi, menjerit lagi, makan, minum susu.. akhirnya tidur!

Tagged:6th Photo

Mari kita sama-sama tarik nafas panjang-panjang, okay? Tariiiiikkkkk... lepaaaasss...

Hariku bermula dgn sangat kelam kabut. Keluar dr rumah pkul 6.37am dan sampai ke rumah MIL pukul 6.55am. Lepas ambil EBM dan letak dalam kereta, baru la ku perasan yg handbag takde! Tertinggal kat Hulu Langat! Damn it. Aku dah la tak biasa ikut jalan Bukit Ampang tu. At last, hubby yg drive (dia masuk keje pukul 8am tau!). Bodoh betul, camne la leh tertinggal. Geram lak rasanya.

Sampai balik kat rumah MIL dalam pkul 8am. Hulu Langat tu tak la jauh tapi kalau nak on the road pukul 7am ke atas, alamatnya jalan sesak la. Marah marah marah.

Sampai nursery pukul 8.15am. Pastu br gerak ke office. Jalan sesak yg amat yer. Belum ditambah dgn gelagat pemandu jalanraya yg mcm samseng. Owh, meh aku cite satu situasi. Aku penah cite kan psl kejadian kat satu simpang di mana kereta kat blkg aku sibuk bunyikan hon suruh aku jalan sedangkan jalan time tu penuh dgn kenderaan? Haa, kejadian berlaku di tempat yg sama. Kali ni, kereta di blkg tu dipandu oleh seorang perempuan Melayu bertudung (buat malu je la akak tu). Kereta kat depan dia tak dpt nak keluar simpang sbb kenderaan bertali arus. Serious, mmg byk giler. Akak ni lak sibuk hon kereta depan. Hallo kakak yg mungkin mata dia kat lutut, tak nampak ke byk kereta kat jln tu??? Owh, kakak sakit perut nak buang air besar eh? Patut la kelam kabut je! Kdg-kdg tak faham tau tgk org mcm nie.

Di simpang yg sama, aku menhadapi kesukaran utk sama-sama beratur dgn kereta-kereta yg lain. Wah, orang lain tak bg aku chance utk queue sama. Takpe.. takpe. Perlahan-lahan aku cucuk sikit-sikit. Then, one black car berhenti. Eh, mamat nie nak bg laluan ke? Erm, ye la kot. Aku pun angkat tangan. Dia angkat tangan balik sebagai isyarat utk suruh aku lalu. Wahhhh... thank you!!!

Aku sampai office tepat pukul 8.30am. Dah terlewat setengah jam utk pam susu. Aih, nak taknak kena la pam dulu before mulakan kerja.

Lepas mengepam, terus bedal kuew tiau goreng dgn sambal ayam yg telah ditapau sebelum masuk office. Ni kes lapar setelah kelam kabut pagi td. Tu yg mkn agak byk. Selalu makan nasi lemak seringgit yg kecik aje.

Pil Asi ni ku baru terima dari Amyatie semalam. Dimakan utk menambahkan susu ibu. ASI bermaksud Air Susu Ibu. Saja nak cuba. Mane la tau susu makin meriah.

Inilah bentuk Pil Asi. Mcm jamu Mustika Ratu je.


Okay, hari nie hari Jumaat jadi kena buat tag. Kali nie, aku buat tag dr Hayatie si pengepam tegar.
RULES
>Go to your photos folder in your computer.
>Go to the 6th folder of photos.
>Go to the 6th picture in that folder.
>Put the picture on your blog and a description of it.
>Invite six friends to join the challenge.
>Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Ini ialah gambar yg dimaksudkan. Gambar diambil di Suspension Bridge, Langkawi. Utk access ke Suspension Bridge nie, anda wajib menaiki cable car yg disediakan. Lain la kalau anda boleh terbang. Cantik Suspension Bridge nie. Hubby ku gayat tau. Pelik dia tu. Kalau panjat bangunan tinggi, tak gayat. Tapi kalau naik cable car ke, Suspension Bridge ke, roller coaster ke, solero ke.. semua nak gayat.

Tag nie dah byk jelajah blog org. So ku taknak tag sesape la.

Thursday, April 02, 2009

The coolest award: Exclusive breastfeeding

Batrisyia turns 6 months old today!!!

Apakah maknanya?

Maknanya Batrisyia telah minum susu ibu secara exclusive selama 6 bulan!! Yeay!

Taken from La Leche League International website:

Exclusive breastfeeding: The infant has received only breast milk from the mother or a wet nurse, or expressed breast milk, and no other liquids or solids with the exception of drops or syrups consisting of vitamins, mineral supplements, or medicines.

Ada debate tentang maksud sebenar exclusive breastfeeding. Boleh rujuk di sini.
http://www.llli.org/ba/Feb00.html

Batrisyia hanya pernah minum breast milk, expressed breast milk dan ubat sahaja. Jadi boleh la dpt title exclusive breastfeeding. Terharu weih. Semoga dia dpt minum susu ibu hingga berusia 2 tahun. Insya Allah.

*UPDATE

Teringat masa zaman dulu-dulu. Masa pregnant, kerana terlalu sibuk beli brg utk baby, terlupa nak cari breastpump utk diri sendiri. Masa awal-awal mengandung dulu, mmg tak terfikir langsung nak breastfeed anak sampai umur 2 tahun. Ye aa, masa tu Internet access telah di blocked di office ni. Mungkin Tuhan nak tolong kan, tiba-tiba je boss ku bg balik access tu. Bila dah ada Internet, aku 'terjumpa' susuibu.com. Dari situ la aku kutip pengalaman orang. Bayangkan ye, masa tu lagi 3 bulan nak bersalin. Taip-tiap hari selongkar susuibu.com, takut tak sempat tuntut ilmu.

Bila dah bersalin, aku kena breast engorgement hampir seminggu. Giler ah bila pk balik! Kebetulan, Sue Lunatots yg merupakan kwn kat Universiti dulu called and bagi kata-kata semangat dan penerangan ttg breastfeeding thru phone. Berkobar-kobar kawanku bercerita. Terus buat aku bersemangat nak tempuh segala halangan. Melalui Sue jugak aku beli Spectra 3. Mmg nak beli tp tak sempat. Hikhik.

Spectra 3 menyelamatkan aku dlm masalah breast engorgement. Anakku diberi EBM ketika susu tidak keluar dgn lancarnya pada minggu pertama. Minggu kedua, hubby terpaksa kembali ke KL sbb cuti dah habis. Jadi, susah la nak panaskan EBM kalau anakku nak menyusu malam. Jadi, malam tu aku ckp kat baby, "Abi takde malam nie so kita jgn minum botol lagi, ok? Kita try hisap susu". Alhamdulillah, sejak malam tu, anakku tak minum ikut botol lagi sepanjang aku berpantang.

Cabaran yang telah aku lalui tak la seberapa kalau nak dibandingkan dgn org lain yg terpaksa melalui proses relactation (menghasilkan kembali susu ibu yg telah tiada kerana anak tidak menyusu badan dlm jangka masa tertentu). Susu aku jugak tak pernah merudum dgn teruknya hingga stok EBM dlm freezer licin. Aku cuma mendapat cabaran kecil dr org sekeliling. Ala, biasa la.. mulut orang tak boleh ditutup. Kita hanya boleh jeling tajam atau buat muka bodoh je. Paling teruk pun, balas balik dgn ayat-ayat laser. Hikhik.

Ada orang pernah ambil setin FM mahal (tanpa disuruh) dr paed utk diberikan pada anakku. Ada orang terang-terang pernah ckp yg susu aku ni takde khasiat sbb anak tak besar-besar. Ada orang ckp aku tak cukup makan, sbb tu anak pun kecik je. Ada orang ckp, anak aku demam sbb minum breastmilk.. aik, budak minum FM tak demam ke?

You know what? Sila cermin diri anda dulu sebelum bagi nasihat kat org lain. Aku pun takde la nak kecoh-kecoh bila nampak mereka tu bg anak mereka makan benda yg bukan-bukan. Hmm...

Tak peduli la kan.. Sekurang-kurangnya rambut, kulit, daging, darah, tangan, kaki.. tubuh anakku tu membesar hasil dari susu aku sendiri. Alhamdulillah.

Milestone chart for 6 months old baby

Mastered Skills (most kids can do)
Turns towards sounds and voices -
checked
Imitates sounds -
checked
Rolls over in both direction -
checked

Emerging Skills (half of kids can do)
Is ready for solid food -
checked
Sits without support -
no
Mouths objects -
checked
Passes objects from hand to hand – kadang-kadang ok, kadang-kadang terlepas

Advanced Skills (a few kids can do)
Lunges forward or starts crawling – lunges forward only
Jabbers or combine syllables -
jabbers
Drags object towards herself – ada la kadang-kadang

Wednesday, April 01, 2009

Double Beef Black Pepper with extra mayonnaise

Rupanya mungkin tak dpt menandingi rupa burger dr Burger King atau McD. Tapi burger nie sgt sedap luar dan dalam! Di bawah ialah Double Beef Black Pepper Burger with extra mayonnaise!


Ni la gerai burgernya. Burger yg lebih dikenali sebagai Burger Riviera kerana gerai nie terletak di simpang Apartment Riviera di Pandan Indah/Cheras Baru.

Lama dah abang-abang ni berniaga kat sini. Setiap petang, seorang apek akan menyorong dan setup gerai tu di tapak. Dulu, apek tu akan melangok kat situ ptg-ptg sambil jaga gerai sementara tunggu abang-abang nie datang. Tapi skrg, apek tu pun dah menolong lebih dari tu. Petang-petang, aku akan nampak apek tu tlg sediakan kobis dan bawang. Malam pulak, apek tu akan bertindak sebagai cashier. Wah wah wah..

Tak tau la tang mane sedapnya burger nie. Mungkinkah sbb burger mereka dibelah dua, dipastikan masak luar dan dalam dan kemudian disumbat dgn bawang di dalam burger tu? Atau mungkin sbb sos-sos yg digunakan. Aku tak tau. Tapi aku suka! Yer la, semenjak dah boikot McD nie, kena la beli burger Riviera je.

Saja nak tepek gambar Batrisyia lagi. Muka dia ikut muka sape eh? Sbb kan, ku tgk muka ku time baby dgn muka dia, mcm nak sama je.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.