Tuesday, March 31, 2009

Bukan lagi orang Cheras

Setelah berulang-alik Cheras-Hulu Langat beberapa kali dlm 3-4 hari nie, kami akhirnya akan mula duduk rumah tu malam td. Barang mmg satu hapa pun tak kemas lagi. Mmg la barang tak byk sgt tp byk jugak nak kena kemas tu.

Bahagian dapur mmg perlu dicantikkan. Chewah, walaupun tak dpt nak buat secantik dapur Jamie Oliver, tak kesah la. Lagipun, umah sewa. Kitorang xde la nak buat renovation beriye sgt. Bkn rumah sendiri pun. Cukup la sekadar dpt membuatkan kami selesa utk tinggal di sana sampai rumah kami siap dibina.

Tak tau nak rasa apa. Perasaan bercampur-campur. Rasa excited sbb akhirnya dapat peluang utk hidup sendiri. Tak perlu nak menumpang rumah orang lagi. Rumah tu hanya kami yang punya. Rasa nervous sbb sekelip mata je duit ku dah kurang. Mak aii, byknye pakai duit!

Hubby dah mula request aku masak beberapa lauk yg pedas-pedas. Yang paling geram tu, dia ckp, “Stock sardine mesti ada beberapa tin. Senang nak masak”. Dia ni kan, kalau sebulan x mkn sardine,tak sah! Kdg2 boring tau sbb masak lauk simple camtu tp bila tgk dia mkn bertambah nasi, menjilat jari, licin pinggan dan suruh masak cekodok utk sarapan hari esok (so boleh cicah dgn sambal sardine), ku relakan je la hati ni masakkan lauk sardine utk dia. Dapur dah ada tp belum berasap sbb tak sempat lagi nak gi beli tong gas. Hikhik.

Nak cat semula ruang tamu sbb warna cat yg makcik tu pilih kurang cantik. Hehehe.. ampun makcik! Night curtain dah ada, nak alter je. Day curtain,kena cari kemudian. Dahulukan yg penting eh! Ku bkn org kaya nak buat semua benda sekaligus.

Best rupanya duduk kat Hulu Langat. Sejuk, nyaman, mcm kat kampung, leh dgr bunyi cengkerik dan ayam-ayam berkokok. Mcm taknak bgn je pg td bila jam loceng berbunyi pkul 5.30 pagi. Air dah la sejuk giler, gigil lepas mandi. Hehehe.. segar!

Hah, nak tgk gambar? Oh, tunggu la bulan depan ke.. 2 bulan depan ke.. tunggu rumah tu cantik dan sedap mata memandang sikit yer.

Monday, March 30, 2009

The Art of Breastfeeding and Avoiding Difficulties

Pada hari Ahad yang lepas, aku telah menghadiri Support Group Meeting yg dikelolakan oleh susuibu.com di Tasik Cempaka, Bangi. Oleh kerana ramai peserta pada hari itu, group meeting telah dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan telah membincangkan tentang beberapa topik yg berkaitan tentang 'The Art of Breasfeeding and Avoiding Difficulties" dan seorang wakil dr setiap kumpulan telah membentangkan rumusan sesi perbincangan di bahagian akhir.

Kumpulanku membincangkan tentang kesukaran yang dihadapi ketika cuba menyusukan bayi di awal kelahiran, persepsi orang sekeliling ttg breasfeeding, cara menangani growth spurt, demand vs supply dan berat bayi. Byk info yg telah aku dpt di support group nie. Dpt jugak jumpa ramai org yg selama nie 'jumpa' kat susuibu.com je.










Gambar terakhir tu diambil dari blog Hayatie.

Ahaks, Lunatots Cloth Diaper akhirnya berada di tanganku. Excited tau. Mcm dpt rantai berlian. Ekekeke.. kat dalam kereta lagi aku dah buka package tu. Alasan konon nak asingkan antara aku dgn adik aku punya. Tapi sebenarnya, ku sgt excited.




Selepas menghadiri support group, aku ke soft launch apartment Cheras Intan. Kami eligible utk sesi Lucky Draw. Tapi kan, berlaku sedikit salah faham yg akhirnya menyebabkan kami hanya layak utk menyertai sesi Lucky Draw di tahun hadapan! Sedey je..

Utk menghilangkan kesedihan, aku bwk parents and adik aku yg kebetulan dtg ke sini. Saja nak bg diorg tgk-tgk rupa rumahku kelak. Mak aku kata, lawa. Aih, kalau dah buat renovation, mesti la lawa.

Sempat lagi bergambar kat sana. Ni posing 'buat macam rumah sendiri'. Dulu, aku ambil gambar gak. Time tu Batrisyia dlm perut, tak sampai sebulan. Now, anakku dah depan mata.. hampir 6 bulan.



Lepas bergambar, ku tunggu Sue Lunatots utk sampai. Sian dia, terpaksa bergegas ke Putrajaya lepas support group sbb nak jumpa customers. Ku tunggu jugak walaupun dia sampai agak lambat sbb nak racun dia beli apartment kat sana gak. Hahaha.. ku tau Sue mmg berminat. Cuma nak support Sue meracun Wan. Ekekeke..

Kami balik pun dah dekat pkul 4 ptg. My parents nak tgk rumah sewa so bwk la diorg pergi sana. Tak sempat weih nak kemas. Barang pun tak abes beli lagi. Hujung minggu nie rasa mcm sekejap je sbb busy pegi beli barang. Sabtu pagi pergi ambil test. Sabtu tgh hari pegi kenduri kahwin. Sabtu petang, pegi beli beberapa barang elektrik. Sabtu malam, Earth Hour bersama family hubby (mkn2 kat rumah kak Ama). Ahad, mcm yg aku blog kat atas tu. Ahad malam, kami pegi beli beberapa brg rumah lagi. Balik tu, kemas brg kat Cheras lak. Hmm, penat sungguh rasanya!

Takpe la.. lepas pindah ni, boleh rehat puas-puas.
Photo of the week:


Thursday, March 26, 2009

Cita-cita: Ketua Pembangkang

Perbualan ni berlaku malam tadi di rumah abang Nasir. Anak bongsu nya sedang guna stetoskop mainan kat Batrisyia. Opahnya dan aku tgk aje.

Opah: Ha, nak jadi doktor? Belajar rajin-rajin. Sains kena pandai. Mesti boleh jadi doktor
Zeti: Zeti taknak jadi doktor.
Me: Doktor la best. Habis tu Zeti nak jadi ape?
Zeti: Zeti nak jadi Ketua Pembangkang!

Hah?

Kadang-kala, rezeki itu bukan datang dalam bentuk wang ringgit

Banyaknya kerja nak kena buat bila pindah rumah. Tak tau la ada tenaga nak buat semua nie berdua ke tak. Masa sgt terhad!!!

Things to do:

- Kemas brg2 kat Cheras (buka katil, kosongkan wardrobe, kemas baju, kemas semua brg)
- Basuh rumah Hulu Langat
- Cat semua dinding
- Betulkan apa-apa kerosakan
- Pasang tile baru kat bilik air
- Pasang carpet / tikar utk ruang tamu dan bilik-bilik
- Bersihkan laman luar
- Pindahkan semua brg ke rumah Hulu Langat
- Kemas semua brg kat rumah Hulu Langat
- Jadikan stor yg besar itu sebagai laundry room
- Shopping brg-brg utk rumah Hulu Langat (serious, byk giler nak kena beli)


Di entry nie, aku ada ckp psl 'rezeki'. Aku ada ckp kat hubby, rezeki tu kdg2 bkn dtg dlm bentuk wang. Masa tu dia tak faham. Tapi malam tadi, baru la dia faham apa yg aku cuba sampaikan. Malam tadi kami ke rumah sewa tu. Abg Nasir kata nak buat sesuatu. Rupanya tuan rumah tu belikan pintu baru utk bilik air. Makcik tu, husband dia dah meninggal dunia. Kalau dulu, husband dia yg jaga rumah-rumah sewa kat situ. Tapi skrg, kalau ada sebarang kerosakan, dia akan minta org buatkan.

Mcm semalam, dia beli pintu baru utk dipasang di bilik air. Dia letak kat rumah tu dulu. Abg Nasir nampak. Tu yg dia suruh hubby dtg and tlg dia pasangkan pintu tu. Tapi sampai sana, makcik tu menegah. Dia kata, dia akan suruh org pasangkan. Semalam juga dpt tahu yg makcik tu dah beli cat utk cat rumah tu semula. Pun dia akan suruh org catkan. Rumah tu pun dah dicuci bersih. Cuma nanti tinggal nak sapu balik je. Laman luar pun dah bersih.

Itulah antara rezeki yg aku maksudkan (jadi boleh italic kan mana2 yg tidak perlu dibuat lagi). Tak perlu nak keluarkan duit dan tenaga. Ahaks, baru semalam aku ambil katalog cat kat kedai. Excited eh nak cat rumah. Sekali makcik tu dah belikan pulak. Aku tak tanya pulak warna apa yg dia beli.

Hmm, walaupun rumah tu tak sebesar rumah aku nanti, aku tetap puas hati sbb dpt duduk sendiri =)

Ada yang bertanya, "Bila masa ko beli rumah?". Yer, aku dah beli sebuah apartment tp tak siap lagi la.



Wednesday, March 25, 2009

Perkara yang perlu dielak ketika cuba mendekati perempuan

Scene ketika on the way ke car park petang semalam:

Ada sebuah van hitam parked kat tepi jalan. Ada 4 orang lelaki di dalamnya. Salah seorang daripada mereka yg duduk di seat belakang menurunkan cermin kereta, pandang aku dgn muka tersengih-sengih dan mulutnya mengeluarkan bunyi mcm tikus (aih, korang paham-paham la eh..). Aku buat dunno sbb aku mmg nak buat dunno. Dah ler nak cepat ambil Batrisyia. Kunci kereta mmg aku dah pegang awal-awal sbb nak cepat.

Mamat tu tak puas hati kot so dia pun ckp, "Nak pegi mana? Nak saya hantarkan?"

Apakah kesalahan mamat nie dlm hal mengayat / tackle / mengacau / menghilangkan mood / membodohkan diri sendiri?

1st mistake... mengeluarkan bunyi tikus itu
- Orang zaman skrg dah tak main la suweettt tu weih. Tu ketinggalan zaman. Cuba buat mcm Nabil si Raja Lawak. "Agak-agak bila kita boleh couple?" Hahaha.. kelakar la kwn aku nie!

2nd mistake... tersengih-sengih mcm kerang busuk
- Kalau nak tackle perempuan, apa kata anda sebagai lelaki memberikan renungan mengancam kat perempuan tu. Jeling-jeling pun okay. Biar nampak mcm korang syok betul la kat perempuan tu. Sengih-sengih nie, ape hal?

3rd mistake.. tak reti nak memulakan sesi tackle
- "Nak saya hantarkan?" Adoi, ko tak nampak ke aku pegang kunci kereta? Perlu ke aku suruh ko hantarkan aku kalau aku dah ada kereta? Akakakka..

4th mistake.. jgn tackle bini orang
- Tak kesah la muka ko mcm Tom Cruise ke.. Irwansyah ke.. Daniel Wu ke.. jgn tackle bini orang. Adakah aku nmpk mcm belum kahwin lagi? Kuikuikui. Kalau la dia tau beg yg aku galas tu beg susu, gerenti dia cabut lari.

Scene semalam buat aku senyum sendiri. Senyum bkn sbb mamat yg sengih mcm kerang busuk tu. Aku tak suka bila kena camni. Aku senyum sbb teringat kisah-kisah lalu.

Tahun 1994
Masa tu dah hujung thn. Result UPSR pun belum keluar lagi. Lepas exam tu, sek bwk budak darjah 6 pergi lawatan sambil belajar ke KL. Kitorang pergi pameran Tamadun Islam, pegi stesen keretapi dan sebagainya. Kami juga ke Pesta Buku.

Selang beberapa hari, aku dpt la satu surat dr kwn aku sendiri. Perghh, wangi woo surat tu. Aku rasa dia rembat bedak wangi mak dia and bubuh bedak byk2 kat surat tu! Antara kandungan surat tu menceritakan tentang betapa happy nye dia kwn dgn aku yada yada yada.. and dia BERHARAP dpt tukar-tukar buku cerita dgn aku sbb dia nampak aku beli beberapa buah buku kat pesta buku tu.

Mamat tu bkn takleh jumpa aku depan-depan and ckp, "Aku nak pinjam buku kau yg aritu tu boleh?". Sebaliknya dia hantar surat melalui kwn dia sambil kwn dia tu suruh aku balas melalui surat jugak!

We're a good friends! Masa aku belajar kat SMAP, ada la jugak 4-5 kali dia dtg melawat aku. Sampai skrg pun masih contact dia. Ahaks, weih kawan.. kalau ko terbaca blog aku nie satu hari nnt, aku just nak tau yg aku happy kita masih berkawan hingga sekarang eventhough dah tak bergayut kat telefon lama-lama mcm dulu.

Tahun 1998
Aku terima satu surat dr seseorang melalui sorang budak puteri batch aku sendiri. Entah sape.. dia x bgtau nama. Kwn aku tu pun kunci mulut taknak ckp sape yg suruh dia bg surat tu. Anonymous tu nak kwn dgn aku dan nak bercinta dgn aku. Aih, tibe je. Kenal pun tidak. Dia ckp, dia kenal aku sbb aku nie anak cikgu. Another mistake! Takyah la nak ckp ko kenal budak tu sbb mak dia ajar ko ke, bapak dia selalu beli roti kat ko ke, sgt x bagus walaupun reference tu sgt kuat!

Aku tak layan but dia tetap hantar surat lagi. Sampai la aku naik muak. Satu hari, aku saja balas surat tu dan cuba intip kwn perempuan aku nie. Ye la, nak tau dia bg surat tu kat sape. Damn! Dia bg kat kwn sekelas aku sendiri.

Aku pun mengamuk la. Aih, takyah cite la what happened next. Yang pasti, beberapa org budak kelas aku suruh aku couple jugak dgn budak nie. Dan yang pasti, kami bergaduh lama. Dan yg paling pasti, aku taktau mane budak putera dpt idea yg aku couple dgn mamat nie time sek dulu. Aihh, sungguh tak betul!!!

Tahun 2004
Masa ni aku keje sambilan kat pharmacy (Sape dah tau cite nie, takyah la baca.. hikhik). One day, ada sorang customer baru dtg ke pharmacy utk cari Flanil. Aku yg layan customer nie. Orangnya nampak pendiam je tapi mudah tersenyum. Lepas bayar, dia balik. Kerja kat situ telah menyebabkan aku senang ingat muka customer dan ingat ape yg dia beli. Tu salah satu cara utk jadi salesgirl yg bagus tau!

Seminggu kemudian, orang yg sama datang kembali. Kali nie dia mencari ubat selesema pula. Aku juga yg layan. Lelaki nie akan dtg dlm pkul 6 ptg. Dah nasib kot, lepas pkul 6 ptg, mmg aku sorang je yg jaga pharmacy tu. Jadi aku je la yg jumpa lelaki ni.

Perkara nie berlarutan hingga beberapa minggu. Dari Flanil ke ubat selesema.. ke supplements.. berlarutan hingga 7 minggu. Akhirnya, dia terkantoi sbb nak beli vitamin yg dia baru beli 2 minggu sebelum tu. Bila nak cover malu, lelaki tu minta phone no aku.

What a sweet memory!

Senarai terkini-Earth Hour 2009

Berikut merupakan senarai terkini tempat-tempat yg akan turut serta dlm Earth Hour Sabtu nie.

- Putrajaya
- Dataran Merdeka
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Perpustakaan DBKL
- Menara 1, 2 and 3 DBKL
- Bangunan Kelab DiRaja Selangor
- Petronas Twin Towers (thanks you so much for your participation)
- Sunway Integrated Resort (THU, mu takleh la bwk ur Humaira pegi Sunway Pyramid)
- KL Sentral
- KL Tower
- Penang Bridge

You know what? Apa kata masing-masing blog ttg ape yg korang buat masa Earth Hour. Then, bgtau aku ur link. I'll post it here. Seronok gak nak baca ape yg korang buat

Tuesday, March 24, 2009

Ku dgn kerja ku

Aku tak suka kalau org tegur aku mcm aku tak reti nak buat kerja.

To Mr. S, lain kali.. kalau nak tegur aku, sila baca my report betul-betul. Baca dari awal. Jgn baca hujung-hujung je dan kemudian tegur aku buat kerja separuh jalan. Kalau ko baca dari awal, mesti ko tau kenapa report tu ditulis sebegitu. It’s a weekly progress. Jadi jgn la tersalah tgk time frame.

One more thing. Kalau client dah ckp yg mereka akan submit their report on the forth week, takkan la aku nak bodoh-bodoh call diorg on the 2nd and 3rd week utk suruh diorg submit report tu. Tak ke keje BODOH tu! Tak pasal client naik marah pulak kat aku. Aku jugak yg kena, bkn ko.

The last thing is pegi la mkn Ginkgo Biloba sbb ku lihat, ko mcm cepat lupa dgn arahan yg ko bg kat aku dan apa2 yg aku bgtau ko. Jgn lps beberapa hari, ko ckp yg aku tak buat apa yg ko suruh sedangkan aku dah bgtau progress benda tu kat ko.

Aku makan gaji aje so tak boleh nak marah-marah. Hikhik. Jadi SAHM kan best. Tunggu la, maybe lps pindah kat Cheras Intan, ku boleh jadi SAHM sambil bertukar-tukar juadah dgn Sue SAHM/WAHM depan rumah (psst…. Sue, mari kita hasut Wan.. ekekke)

Tip untuk menghadapi growth spurt

Kerana growth spurt yg dialami Batrisyia, hari aku serba tak kena semalam. I was so sleepy lebih-lebih lagi lepas lunch. Terlalu mengantuk sampai aku tersengguk-sengguk seawal 3 petang! Mata pun berair je. Kepala mula rasa pening sedikit, seolah-olah baru bgn tidur lepas Asar (orang kata, x elok tidur lepas Asar). Terus pegi pantry utk bancuh air panas.

Air tak payah nak ckp la.. terasa haus sentiasa. Tekak ni kering je. Bagi sesetengah ibu, mereka akan terasa lapar dan haus yg melampau (tetapi tak la sampai kebulur) ketika anak kena growth spurt. Badan seolah-olah tau yg si ibu perlu consume makanan dan minuman secukupnya utk pastikan susu badan dpt dihasilkan mengikut demand si anak yg akan menyusu lebih kerap ketika growth spurt.

Batrisyia tak byk ragam. Dia pernah mengalami growth spurt sebelum nie. Cuma kali nie, teruk sikit je la. Ahad malam lepas, dia boleh menyusu dgn aku dari 7 malam sampai 9 malam! Pastu dia tidur kejap. Bila aku cuba hentikan sesi, dia menangis tak ingat punya. Kena pujuk dlm setengah jam. Pastu dia minum susu blk sampai pkul 10.30 malam. Penat tau pangku dia sampaikan akhirnya aku menyusukan sambil berbaring.

I got one tip from Internet. Jgn tgk jam ketika handle anak yg sedang mengalami growth spurt. Bila tak tgk jam, kita pun tak tension sbb xtau brp lama anak kita menyusu, brp lama anak kita menangis. Rasanya tip tu boleh digunakan sbb masa hari Sabtu mlm tu, aku tak tgk jam langsung. Bila Batrisyia menangis je, aku bg susu. Nangis je, bg susu. Tak terasa penat pun.


Malam tadi, alhamdulillah sbb berjaya tidurkan dia seawal pukul 9 malam. Dlm pkul 9.30 malam, dia terbangun sekejap utk menyusu. Pkul 10 malam, baru dia betul-betul tidur nyenyak. Maknye tak tidur awal pun sbb nak kena buat mcm-mcm kerja rumah.

Monday, March 23, 2009

Tiada tajuk yang spesifik

Batrisyia telah berumur 5 bulan 3 minggu. Rasanya dia sedang mengalami growth spurts sbb hujung minggu lepas, aku perhatikan dia asyik nak minum susu je. Minum lama tp lps tu nak minum lagi. Mcm tak kenyang-kenyang. Mood dia agak baik sbb x kesah nak main dgn semua org. Masa on the way blk ke Cheras, aku dan hubby perhatikan dia yg sedang tidur nyenyak kat car seat. Muka dia dah tembam sikit.

Rasanya badan nie pun tahu yg Batrisyia sedang mengalami growth spurts sbb milk production sedang byk sejak minggu lepas. Skrg nie, aku mengepam bkn utk stok keesokan harinya tp stok utk hari kemudiannya. Alhamdulillah. Harapnya susu sentiasa byk. Nanti dah beli peti ais sendiri, boleh la mula simpan stok byk sikit.

Tak lama je lagi umur dia nak umur 6 bulan. Her first solid food will be homemade rice cereal! Aih, over je bunyi tu. Ekekeke..

Hujung minggu ni dah sibuk nak pindah. Abg Nasir (kawan hubby) dah kosongkan rumah tu last week. Bersemangat sungguh dia nak pindah rumah baru. Kitorang biasa-biasa je. Pindahkan brg sikit-sikit. Nak pindahkan semua dlm masa sehari, mcm tak sempat je. Tgk la mana yg boleh dulu. Maybe 2 minggu lagi baru betul-betul pindah dan duduk sana.

Byk keje nak buat nie. Nak basuh rumah, cat dinding, masukkan brg, kemas bahagian dapur dan stor. Dah ada Batrisyia, terasa susah sikit nak buat keje sbb kena jaga dia sekali. Kalau tak, boleh je nak berhempas pulas buat keje dgn hubby. Sian lak dia nak buat sorang-sorang =(

Friday, March 20, 2009

Kami akan berpindah.. yeay!

Ku bakal berpindah ke rumah sewa. Setelah sekian lama tinggal dgn MIL dan SIL, akhirnya dpt hidup sendiri. Aih, bunyi mcm ape je. Ye la, lambat sgt rumahku kat Cheras Intan nak siap. Baik cari rumah sewa dulu. Kalau rumah kat Cheras Intan tu siap 3 tahun lagi, takkan nak duduk dgn MIL 3 tahun lagi? Wah, taknak la. Hikhik.

Keputusan utk berpindah dibuat dlm masa kurang dari sejam. Hubby terus contact beberapa rakan dia utk tlg cari kalau-kalau ada rumah utk disewa. Sekejap je dah dpt. Kat area Hulu Langat. Rumah batu yg sederhana kat kawasan kampung.

Jadi ptg semalam, kami terus pegi tgk rumah tu. Kwn dia dulu duduk kat rumah tu. Now nak pindah ke rumah berdekatan yg lebih besar. Kiranya rumah skrg nie berada dlm keadaan terjaga. Alhamdulillah, Tuhan mudahkan usaha pencarian kami. Insya Allah kami akan berpindah pada hujung bln nie.

Rumah nie kat kawasan kampung yg kecil. Redup sgt. Boleh dgr bunyi ayam dari reban. Depan rumah ada pokok rambutan, manggis dan delima. Tuan punya rumah ckp, “Nanti dah berbuah, ambil la. Jemput la sesapa dtg pun. Ambik je. Makcik tak larang. Kalau ada manggis, nak panjat, panjat la”. Wah, boleh la buat jem rambutan dan manggis lepas nie.

Kat blkg rumah, ada tanah sekangkang kera. Boleh la nak buat projek ala-ala Jamie Oliver.. tanam apa yg patut. Dah bersemangat nie nak berkebun.

Bila nak pindah ke rumah sewa sendiri, rasa excited sbb mcm-mcm nak kena beli. Hubby agak seram dgn my excitement. Takut aku suruh dia beli mcm-mcm. Hahaha.. Okay,okay.. ku akan beli yg penting-penting je dulu. Yang kurang penting, kita beli kemudian tau! (Mesti dia termenung bila aku hand over list brg2 yg nak kena beli).

Hmm, byk jugak nak pakai duit minggu depan. Semoga Tuhan turunkan rezeki yang lebih pada kami. Amin =)

Circus by Britney Spears

Owh, I just love this song!

Circus by Britney Spears

There’s only two types of people in the world
The ones that entertain, and the ones that observe
Well baby I’m a put-on-a-show kinda girl
Don’t like the backseat, gotta be first

I’m like the ringleader
I call the shots
I’m like a firecracker
I make it hot
When I put on a show....

I feel the adrenaline moving through my veins
Spotlight on me and I’m ready to break
I’m like a performer, the dancefloor is my stage
Better be ready, hope that ya feel the same

All eyes on me in the center of the ring
Just like a circus
When I crack that whip, everybody gon' trip
Just like a circus
Don’t stand there watching me, follow me
Show me what you can do
Everybody let go, we can make a dancefloor
Just like a circus

There’s only two types of guys out there
Ones that can hang with me and ones that are scared
So baby I hope that you came prepared
I run a tight shift so, beware

I’m like the ringleader
I call the shots
I’m like a firecracker
I make it hot then I put on a show

I feel the adrenaline moving through my veins
Spotlight on me and I’m ready to break
I’m like a performer, the dancefloor is my stage
Better be ready, hope that ya feel the same

All eyes on me in the center of the ring
Just like a c
ircus
When I crack that whip, everybody gon' trip
Just like a circus
Don’t stand there watching me, follow me
Show me what you can do
Everybody let go, we can make a dancefloor
Just like a circus


Let's go
Let me see what you can do
I'm runnin' this (like like like like a circus)
Yeah
Like a what? (like like like like a circus)

Tags-My Other Half & 5 Things

I've been tagged by Amyatie and Hayatie

---From Amyatie---

Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Nip/Tuck


*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Mayo/Olive Oil.. maybe sprinkle some cheese at the top

*3. What’s one food he doesn’t like?
Terubuk bakar sbb byk tulang


*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Hot: Nescafe O
Cold: Orange juice without ice


*5. Where did he go to high school?
Sek men kat corner kat jalan masuk ke Bndr Seri Permaisuri tu.. hoho


*6. What size shoes does he wear?
9 kot

*7. If he was to collect anything, what would it be?
Car

*8. What is his favorite type of sandwich?
Anything that have cheese inside!

*9. What would this person eat every day if he could?
Asam pedas

*10. What is his favorite cereal?
Quaker Oat

*11. What would he never wear?
Pink shirt

*12. What is his favorite sports team?
He’s not into football.. I am!

*13. Who did he vote for?
Pakatan Rakyat

*14. Who is his best friend?
Erm, Rais?

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Have my hair cut short

*16. What is his heritage?
Malay+Chinese

*7. What is his favourite colour?
Blue or red or black.. hoho

*18. What is his habit?
Makan nasi goreng dgn kicap

*19. What is he proud of?
Her daughter

*20. Lastly, do you think he will read this?
I will send it to his email

*Who you want to TAG : -
-Faizah
-Ezura
-Fatih
-Maisya


---From Hayatie---

5 things found in my bag
- Digicam
- Nail polish
- Pendrive
- Car key
- Wallet


5 things found in my wallet
- Kad nikah
- Cash
- Credit card
- Driving license
- Jusco Card


5 favourite things in my room
- My bed
- My wedding photo
- My daughter’s playpen
- My book shelve
- My wardrobe


5 things I've always wanted to do
- Be a SAHM
- Do bungee jumping

- Ice skating
- Open a bakery shop
- Be a best mother to my child

- 5 things I'm currently into
- Breastfeeding
- Babywearing
- Parenting
- Baking
- Homemade Baby Food

5 people to tag
-Kd
-Weed
-Syiefa
-Sham
-Maisya

Thursday, March 19, 2009

Tolong, suami ku hilang

Kronologi.

18th March 2009, 10.30pm - Hubby dpt call dr kwn dia, Sham a.k.a Man. Abg Man ajak dia keluar minum sbb nak bincang ttg hal company. (Hubby ku ada company and abg Man pun ada company. Mereka ada bekerjasama dlm certain projects).

18th March 2009, 10.40pm - Setelah bersiap, hubby borak-borak dgn aku jap. Sempat la aku pesan dia balik awal. Kalau dgn abg Man ni, kdg2 diorg berbincang sampai pukul 2-3 pagi. Knp bincang mlm-mlm? Sbb abg Man nie jenis tidur di siang hari dan bekerja di waktu malam.

18th March 2009, 10.45pm - Dia keluar dr rumah. Aku tidurkan Batrisyia.

18th March 2009, 11.00pm - Aku masuk tidur.

19th March 2009, 3.00am - Aku terjaga sbb Batrisyia nak menyusu. Tgk jam dah pukul 3 pagi tp hubby tak balik lagi. Hmm, maybe still discuss dgn abg Man. Aku tak dpt nak sms or call dia sbb maghrib semalam br tersedar yg credit ku dah TAMAT TEMPOH. Tak terfikir nak reload awal-awal. Lepas menyusukan Batrisyia, aku turun ke tingkat bwh. Mane la tau hubby dah balik. Selalunya kalau dia balik lewat, dia akan lepak kat bwh dlm sejam. Tu pesan mak dia agar apa-apa 'benda' yg mengikut dia balik, tak dibawa naik ke atas utk jumpa anak aku. Hmm, bila aku turun bwh, dia masih belum pulang.

19th March 2009, 4.00am - Batrisyia nak menyusu lagi. Hubby masih belum pulang. Tiada sms atau missed call dr dia.

19th March 2009, 5.45am - Aku terjaga sbb Batrisyia himpit aku. (Kalau hubby takde, mmg Batrisyia tidur sebelah aku. Dia suka tidur kat tilam parents dia). Hubby masih belum pulang. Aku dah pelik. Takkan tak balik lagi. Sejam lagi aku dah nak pegi kerja. Aku bgn utk mandi dan solat. Masa solat, aku dah risau. Dah lambat sgt, dia tak balik lagi. Lepas solat, aku nyusukan Batrisyia sambil mengepam. Due to stress and worry, hanya 3 oz berjaya dikumpul. Arghh!!!

19th March 2009, 6.30am - Ni takleh jadi nie. Aku bersiap tp tak pakai tudung lagi. Hajat di hati, nak turun bwh and bgtau MIL. Tgh sikat rambut, tiba-tiba pintu bilik terbuka dan hubby tersembul di muka pintu. Aku terkejut dan terus berpaling ke arahnya.

"Abang pegi mana?" tanya ku. Dlm hati, perasaan bercampur baur.

"Genting" jawabnya sambil mukanya menunjukkan reaksi 'mesti bini aku tak caya aku pegi Genting mlm td'

Aku dah menangis kelegaan. Terus peluk dia. Dia ingat aku nangis sbb marah kat dia. No, actually aku sgt-sgt lega sbb dia balik. Bayangkan eh, aku dah fikir something bad happened to him. Masa mandi lagi aku dah pk yg nak gi buat report kat balai polis kalau dia tak balik jugak menjelang pukul 7 pagi! Siap cuba ingat balik baju ape yg hubby pakai sbb mesti polis akan ty soalan tu. Dah terbayang nak call boss aku utk bgtau dia yg aku tak dtg keje hari nie. Hmm, lega sgt!!!!!

Dia kata, dia taknak call aku sbb taknak kacau aku tidur.

Abang Man ni pun satu tau. Asal nak gi Genting buat keje je, mesti nak suruh hubby aku drive. Dia tak reti drive ke sana. Kalau ye pun nak buat keje, pegi la siang. Bg tau la awal-awal nak pegi Genting. Camne plan gi minum kat kedai mamak boleh bertukar kpd plan nak ke Genting?

Sayang sgt aku kat laki aku rupanya.. hahahaha..

Moral of the story:
- Sila reload credit anda bila credit habis atau tempoh telah tamat. Tak kesah la nak guna ke tak. Reload aje la!

- Sebelum hubby keluar dr rumah, pesan kat dia agar call atau sms jika balik lambat. Pedulik la ttg 'takut kacau tidur' tu.

- Jgn bg dia jumpa abg Man lagi. Hoho, kejam tak? What I mean is jgn bg dia izin (chewah) utk jumpa abg Man lewat malam lagi. Kalu betul-betul kena jumpa pun, jgn bg abg Man kidnap dia bwk pegi jauh-jauh.

Tips utk bg kesedaran kat hubby:

- Kalau lain kali benda camni berlaku lagi, nangis je kuat-kuat sampai bengkak mata. Biar dia rasa bersalah sgt-sgt dan menyesal. Buat dia rasa bersalah sgt!

Pagi nie
Kereta aku bau ROKOK!! Isk abg Man ni, nape hisap rokok dlm kereta. Aku dah la alergi dgn bau rokok. Sabar je la. Hilang bau wangi dlm kereta.

Wednesday, March 18, 2009

Earth Hour, 28 March 2009, 8.30pm to 9.30pm



Malam tadi, keluar iklan di TV ttg Earth Hour, 28 March 2009. Alex Yoong yg tetap handsome dan Datuk Sheikh Muzaphar menyeru rakyat Malaysia agar participate dlm event nie.

What is Earth Hour? Secara umumnya, pada 28 March 2009, pukul 8.30 malam, rakyat Malaysia diseru utk tidak menggunakan elektrik selama sejam. Sila blackout kan rumah anda sendiri. Ia bertujuan utk memberi Bumi kita 'berehat' selama sejam. Jimatkan elektrik. For more info, check this website and this website too.

Aku masih ingat lagi event thn lepas. HAMPEH! KL terang benderang sedangkan bandar-bandar di negara lain participate dlm event ni. Buat malu je. Ni bkn sekadar nak jaga air muka negara. Ni utk bg kesedaran kpd org ramai ttg bahaya global warming.

Mungkin sesetengah pihak merasakan langkah tidak menggunakan elektrik tu satu perkara yg sia-sia kerana tidak mendatangkan impak yg berterusan. Mungkin juga sesetengah pihak seperti pengusaha shopping complex dan restoran tidak sanggup rugi hanya kerana nak mengikut Earth Hour nie. Hmm, aku tak tau la nak ckp ape.

Last year, lebih 50 juta penduduk tidak menggunakan elektrik dlm Earth Hour 2008. Malah, beberapa tempat tumpuan pelancong juga mengambil inisiatif yg sama (Golden Gate Bridge, Rome's Colosseum dan Sydney Opera House).


Di Malaysia, tempat-tempat yg akan mengambil bahagian ialah KL Sentral, KL Tower dan Penang Bridge. Malah, 8TV akan berhenti bersiaran pada masa yg sama.

Taken from the Earth Hour website:

Here are 10 different ways to spend Earth Hour and reduce your carbon footprint:

1. Attend a local Earth Hour event or organise your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbours
2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars
3. Enjoy a family dinner by candlelight
4. Organise a treasure hunt in the dark
5. Take the dog for a night walk
6. Have a candle-lit bath
7. Sit in the dark and share stories
8. Organise a family night playing board games
9. Share a romantic night in with your loved one
10. Upload your ‘on the night’ photos and videos to flickr and YouTube respectively, and then add them to the Earth Hour flickr group and the global YouTube Group.

Jadi, ada sesapa nak buat aktiviti sempena Earth Hour nie? Boleh la bgtau aku sbb aku berminat nak join.

Tuesday, March 17, 2009

Adakah ukuran pouch anda sesuai dengan anda?

Skrg, dah rasa makin yakin pakai pouch. Kan aku penah ckp yg ada org tegur pouch ku mungkin salah saiz. Aku ada minta pendapat Jess from Peekaroo Baby. This is her reply.

Hi Liz,

I love that picture of your little one smiling in the pouch ;)

It's hard to tell from the pictures you have sent over. Have you got other pictures? Perhaps, some where you face directly in front and not supporting your little one with your hands?

Anyways, the most important, regardless of the comments, is that you feel comfortable with the size of the pouch. Some prefer tighter and some prefer to have some 'space'. The ideal is to have it snug - just right - which also differs from one person to another. Ideally, this means that with baby in the pouch, the lowest part of the pouch (or the baby's bottom) should rest around your belly button.

Looking at your photos, it does not seem too bad (if it is too big). You could just be a size down. Do you feel like your little one is insecure? that she is going to fall, if you do not support her with you hands? Also, what was the longest time frame you've been wearing her? How heavy is she? Did your back hurt when you were wearing her?
Let me know and we shall be able to look into it more specific :)

Have a great day!


Jadi, aku pun ambil la gambar di bawah masa pegi Kiddyplace Baby Fair. Kebetulan ada cermin besar. Snap aje la. Aku hantar gambar nie kat Jess.

She replied..

Hi Liz,


It's looking fine and you have the look of confidence in you :D

Hope you are enjoying wearing your little one.

Have fun!

Jess

Nasib baik tak ikutkan hati pegi beli pouch yg baru.

Ni gambar Batrisyia main dgn kaki dia. Dah lama dah dia boleh pegang kaki tu. Cuma baru-baru nie je terasa nak ambil gambar.



Orang tua-tua kata, kalau baby tu dah boleh masukkan kaki dia dlm mulut, maknanya baby tu nak adik! Wah wah wah.. sabar-sabar la ek!

Bagaimana hendak menghilangkan jerawat di muka? (Part II)

Susulan daripada komen-komen terhadap entry ini, maka aku bagitahu la ape yg hubby aku buat utk hilangkan jerawat di mukanya tu.

Macam aku ckp sebelum ni, takde apa-apa rahsia. Therefore, kalau korang agak kecewa dgn apa yg aku bakal beritahu, ampunkan patik.. hehehe.

Okay, sebelum apa-apa, aku akan beritahu apa yg doktor beritahu my hubby ttg keadaan mukanya ni. Hmm, masa mula-mula kena dulu, mmg dah byk doktor kami tanya. Everytime pegi clinic sbb demam ke ape.. mesti nak tanya psl muka dia juga.

Doktor ckp, ada byk benda yg boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka dgn teruknya. Hormon, persekitaran, penjagaan muka, darah etc. Doktor menjangkakan, jerawat hubby ku mungkin disebabkan hormon dan darah setelah mengambil kira hubby ku cuci muka tiap-tiap hari dan tidak bekerja di persekitaran yg kurang bersih.

Ada doktor yg suruh cuba guna Tea Tree Oil. Ada yg bg ubat alahan. Mcm-mcm ubat kami dpt. Kdg-kdg, hubby guna ubat-ubat tradisional. Pernah jugak cuba pakai sabun susu kambing. Pernah juga diheret pergi buat facial. Aih, masalah berlarutan selama 2 tahun.

Sorang adik dia cadangkan agar dia pergi dptkan satu rawatan di sebuah spa nie. Ntah cucuk ape ntah. Aku tak ambik tahu. Kebetulan, adik ipar kepada adik dia nie pun ada masalah jerawat yg teruk. Lepas dptkan rawatan tu, jerawatnya hilang. So adik dia suruh pegi cuba. Tapi aku tak setuju sbb cucuk-cucuk nie, selalunya kesannya hanya sementara. Nanti dah lama-lama, jerawat tu dtg balik (dan terbukti eh ape yg aku ckp tu).

Jadi, aku cadangkan sesuatu pada hubby.

Go to the specialist at GOVERNMENT HOSPITAL!

Ye kawan-kawan, itulah 'rahsia' yg korang sibuk nak tahu. Hehehe.

Orang kat rumah tu semuanya memandang sebelah mata je terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan. So bila aku suruh pegi sana, diorg mcm tak caye la. Katanya, lambat la.. lembab la.. tak bagus la.. bla bla bla. Plus, diorg nak sgt hubby aku pegi buat rawatan kat spa yg diorg ckp tu. Cepat leh nampak result.

Aku suruh hubby cuba gak jumpa specialist. Biar lambat tp masalah tu boleh hilang terus. Ni kalau cucuk-cucuk, kejap je elok.

Jadi, hubby dptkan surat rujukan dari klinik dan jumpa specialist di Hospital Ampang. Setelah dianalisa, doktor membuat kesimpulan yg jerawat tu timbul kerana masalah kulit. Doktor hanya berikan ubat antiseptik utk digunakan ketika mencuci muka dan ubat antibiotik utk dimakan selama 6 bulan. Treatment tu mmg lama tp alhamdulillah, boleh nampak perubahan di muka hubby selepas 2 bulan. Cuma walaupun dah nampak muka tu tiada jerawat lagi, pengambilan antibiotik mesti diteruskan selama 6 bulan. Rasanya dah nak hampir 6 bulan dah nie.

Untuk menghilangkan kesan jerawat di muka, hubby ambil supplement Bio C. Di samping tu, dia mengambil beberapa supplement lain seperti vitamin B Complex, Calcium Magnesium, Ginkgo Biloba, Fruit and Vegetable Fibre dan Salmon Omega utk memastikan badan sentiasa cergas agar kesihatan terjaga. Kalau badan cergas, takde la dpt byk masalah kesihatan termasuk masalah kulit. Tidur pun kena cukup. Tapi tu la, bila muka dah berseri sikit nie, dia dah mula tidur lambat sbb main games. Seafood mcm ketam dan udang pun dah dibedal (sepatutnya tak boleh mkn selama 6 bulan treatment). Haih, cepat sgt berpuas hati eh?

Monday, March 16, 2009

Let me introduce you to her Godmother and Godsibling.

Lepas mkn tgh hari, kami bergegas ke Majlis Perkahwinan Aiman dan pasangannya di Tmn Berjaya, Gombak. Masa sampai, Aiman dah jalan-jalan beramah mesra dgn tetamu. Aku tak larat nak mkn sbb perut masih kenyang. Jumpa kwn2 je la.

Batrisyia sempat bergambar dgn salah seorang Godmother nye (atau dlm bahasa melayu, Mak Angkat.. jgn ada sesapa nak persoalkan istilah Godmother itu).




Kd merupakan Godmother utk 3 org bayi. Ni gambar Kd menemukan goddaughter nye Batrisyia dgn salah seorang godson nye Aqil.

Aqil: Hey, awak pun anak angkat Dr. Khadijah ke?

Aqil: I guess we're 'siblings'

Aqil: Meh sayang-sayang sikit

Model bayi utk Kiddyplace label diperlukan segera

Sebelum ke Klang, aku ajak hubby ke Cheras Leisure Mall utk pegi tgk ape yg murah di Kiddyplace Baby Fair. Hajatku hanya satu, nak cari snack set utk Batrisyia yg bakal mkn her first solid food tak lama lagi. Bkn takde mangkuk kat rumah tp aku saja nak cari yg warna warni utk menarik perhatian Batrisyia.

Masa sampai kat sana, org dah ramai. Baru pkul 11 tau! Wah, mmg byk yg murah terutamanya baju baby dan toddler. Kelengkapan bayi yg lain pun ada dijual. Bakal-bakal ibu mesti syok beli brg kat sane.

Lepas ambil snack set utk Batrisyia, aku saja-saja tgk baju utk Batrisyia. It was a big mistake bila bwk hubby sbb dia pun mencari baju utk anaknya. Hello, bkn kita nak cari snack plate je ke? Lama gak memunggah baju-baju kat sana sampaikan Batrisyia tertidur. Ku letak Batrisyia dlm pouch. Di satu sudut, ada satu couple nie. Isterinya tanya suaminya, “Eh, mana nak beli mcm yg dia pakai tu?”. Ala, kak. Nape ty suamimu? Kalau ko tanya aku, mesti aku leh tlg jawabkan.

Yeay, saya dpt mangkuk warna warni

Hoho, abi saya sgt hilang pedoman ketika shopping

Balik saja ptg tu, terus try baju kat Batrisyia. Nasib baik mood dia okay. Try saja tau. Jgn berangan nak jadi model baju baby. Hikhik.






Melawat paklong yg sakit

Hari Sabtu yg lepas, aku, hubby, Batrisyia, my MIL dan SIL ke Klang utk melawat paklong yg sakit di Pantai Medical Center, Klang. Paklong nie umurnya dah lebih 80 tahun tp dia masih boleh melihat dan mendengar dgn jelas. Paklong mmg sentiasa menjaga kesihatannya sejak muda lagi. Dia dimasukkan ke hospital utk mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah badan akibat kurang makan dan minum.

Alhamdulillah, Batrisyia juga sudah semakin sihat. Batuk sikit-sikit je. Selesema pun hampir sembuh. Buktinya, dia sgt energetic sejak 2 hari yg lepas.

Saya sudah sihat!

Semasa melawat paklong, kesihatannya beransur baik dan dia sudah mula ada selera makan. Bingka ubi yg diberi oleh pihak hospital habis dimakan. Malah, mee sup yg dipesan kat anak dia pun, dia mkn dgn berselera sekali. Ranck jugak paklong berbual dgn semua org. Alhamdulillah.


Semoga cepat sembuh, paklong

Budak nie mmg tak kesah menumpang kasih dgn sesapa

Masa kami bertolak pulang ke Cheras, kami masih belum mkn tgh hari. Jam sudah menunjukkan pkul 4 ptg! Dalam perjalanan, hujan turun dgn lebatnya. Kami yg sgt lapar mengambil keputusan utk mkn di My Asam Pedas Shop Linda Onn berdekatan Tesco Ampang. Aku dgn hubby dah beberapa kali mkn sini. Ni merupakan kami pertama yg MIL and SIL mkn kat situ. Aku rasa diorg suka sbb sampai tambah nasi. Yer la, tgh sejuk n mkn makanan yg panas dan pedas. Sgt sedap!!

Hubby ku sgt buruk lantak. Dia mkn sampai licin kuah dlm mangkuk asam pedas. Tau la tu lauk fave dia.
Ni apa kes buat muka camni?

Masakan Thailand di Bangkok House

Entry ni dibuat sebegini lambat utk mengelakkan daripada Sue si pengantin baru tahu yg Weed ada kat Semenanjung. Hehe.. tak psl-psl Weed tak dpt surprise kan pengantin.

Anyway, hari Khamis.. aku,Kd, Syiefa, Weed dan Piun berjumpa. Plan dibuat last minute. Kami berjumpa di Bangkok House. Aku taktau la samada diorg rasa makanan kat situ sedap ke tak. Mcm aku, aku okay je mkn kat sana. Hikhik.

Aku dgn hubby pegi la awal walaupun Kd tak bgtau yg dia on the way dr BTS. Sampai sana, tgk Piun dah menunggu. Sian dia sorang-sorang. Hehe.. Lama dah tak jumpa Piun ni. Borak-borak kejap. Disebabkan perut 2 lelaki ini sudah lapar, kami order makanan (akhirnya kena ‘marah’ dgn Kd.. hehe). Batrisyia dah senyap je.. rasanya dia ngantuk.
Lepas merenung Piun dgn lamanya, akhirnya dia tertidur. Hubby pegi ambil pouch. Sudahnya dia tidur dlm pouch ada la dekat setengah jam kot. (Ku tak habis promote pouch sbb mmg senang amat. Nak mkn sambil pangku anak pun takpe. Tapi kena make sure la tak mkn yg bersup nie. Kalau nak pun, sediakan mangkuk kecil agar tak tumpah kat baby).

Masa bebudak lain sampai, Batrisyia tidur lagi. Diorg pun order pelbagai jenis lauk yg masam-masam sampai kena tegur dgn tokei kedai. Pembawakan budak!! Hohoho.. sape lak yg pregnant. Sampai je makanan, terus belasah mkn dulu. Then, baru la borak-borak sambil menikmati air masing-masing.

I love that steam fish. Masa mkn dulu pun, seekor ikan tu kami mkn 2 org. Mmg masam sbb letak limau tp kemasaman limau tu la yg buat ikan tu tak hanyir. Sedap woo. Aku ingat nak la belasah mkn ikan tu skali tp sbb tgk bebudak lain mkn dgn berseleranya, aku bg chance diorg mkn. Aku bila-bila boleh dtg sane lg.

Bila Batrisyia bgn, semua makcik-makciknya sibuk nak dukung. Dia juga telah mendapat nick name baru yg diberi oleh makcik Syiefa iaitu OMEYA.. gitu la bunyinya. ME tu bunyinye mcm MEI..camne eh nak bg sedap eja? OMEIYA.. or OMEYA.. ekeke.. ni ape la aku merepek. But I like that nick name sbb bunyinya cute!

Tak dpt nak stay lama mcm diorg sbb Batrisyia dah merengek nak tidur. Kami pulang pada pkul 10 malam. Bebudak lain tunggu Aiman sampai. Sempat lagi bakal pengantin baru nie keluar malam-malam utk jumpa kwn2 dia.

Ku ingat Batrisyia nak tidur lepas balik tu. Tidak yer. Dia bantai berjaga sampai pkul 11.30 malam. Dah sampai rumah, mata terus segar. Dia ajak main. Terpaksa main geletek-geletek dgn dia. Setelah sekian lama sakit, malam tadi dia mcm ada tenaga dan tergelak-gelak tahan geli. Dan buat pertama kalinya, dia tidur dgn sgt nyenyak tanpa ada batuk berterusan dan merengek memanggil abi dan uminya. Sekali je dia bgn utk minum susu pada pkul 12.30 pagi. Mesti dia pun rasa syok sbb akhirnya dpt tido dgn aman.

Harapnya dia beransur sihat. Dah la hari ni cuaca mendung je. Takut dia kesejukan pulak. Tak pasal-pasal selesema dan batuk dia teruk balik.


Pura-pura berbual for the sake of the photo


Tak perlu pangku.. aih, senangnya!

Hanya mereka yg minum chinese tea saja yg boleh bergambar.
Mereka yg minum teh ais dan orange juice hanya boleh
masukkan gambar tgn sahaja

Ex-SMAPian di Bangkok House

Friday, March 13, 2009

FOUR

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
-Liza
-Liz
-Lize’
-Estli

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
-My birthday
-My anniversary
-The birthday of my family members
-Hari Raya

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
-Bersarapan
-Mengepam
-Update blog
-Masak air


FOUR WAYS TO BE HAPPY:
-Habiskan masa seharian keluar jalan, mkn,tgk wayang.
-Shopping tanpa perlu fikirkan duit yg mengalir keluar
-Main dgn Batrisyia sampai dia gelak tak hengat and sampai pipi aku penat gelak sekali dgn dia.
-Pegi vacation

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
-Seseorang itu
-Kawan yg dah meninggal
-Kawan-kawan lama yg kenal kat chat room and dah lama tak jumpa
-Kawan sek ren

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
-Perfume
-Handbag
-Fridge magnet
-Baju

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
-Listening to the music
-Reading
-Baking
-Cooking

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
-Europe
-Mauritius
-Singapore
-Sipadan

FOUR FAVORITE DRINKS:
-Ice lemon Tea
-Neslo ais
-Air longan
-Soya Bean

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
-Wallet
-Nail polish
-Digicam
-Pendrive

FOUR FAVORITE COLORS:
-Pink
-Red
-Baby Blue
-Yellow

TOP FOUR HANGOUTS:
-KLCC
-Jusco AU2
-IKEA
-Rumah

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
-Digicam
-Handphone
-Spectra 3
-Littlepods pouch

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
-My wedding band
-My wedding album
-Jamie’s Kitchen by Jamie Oliver
-My car

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
-Amyatie
-Suraya
-Hayatie
-Mama Ryan

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
-Hari Jumaat ialah hari buat TAG
-Perut dah lapar so buat tag utk melupakan kelaparan tu.
-Ni je tag yg aku dpt hari Jumaat.
-Sbb tag nie minta list down 4 perkara je. Kalau dia suruh list down 10 perkara utk setiap subject, gerenti aku tak buat.

Bagaimana hendak menghilangkan jerawat di muka?

Masa berbual dgn kwn-kwn dr Susu Ibu.com semalam, mereka bertanya samada hubby ku sebaya atau tak. Ramai yg dah tau hubby ku umurnya jauh beza dariku. Umur kami bezanya 13 tahun. Dia habis SPM, aku baru berumur 4 tahun! Katanya, "Abang dah sibuk main motor, Liza sibuk main tenteng kat tepi jalan". Ahaks, ye la kan. agaknye ada tak budak lelaki berumur 17 tahun yg pandang budak perempuan umur 4 tahun tgh main tenteng dan tiba-tiba terfikir yg budak seusia tu akan jadi isteri dia kelak? I don't think so! =)

Dia berkahwin ketika berusia 37 tahun. I was 24 years old. Katanya, bkn takde org nak. Bkn juga dia tak berminat. Jauh sekali dia gay.. (tiba-tiba aku teringat Piun.. akakaka). Dia berkwn dgn ramai org hinggalah berjumpa dgn seseorang dan bercinta tp akhirnya perempuan tu dikahwinkan dgn sepupu perempuan tu. Dipendekkan cerita, dia kena outstation dan monitor hospital-hospital di Perak. Bila dah dikelilingi oleh nurses, dia jadi 'tak tau nak pilih yg mana satu'. Chait.. yer yer je. Terus jadi pemalu eh! Bila outstation kat Seremban, baru la kami kenal. Chewah..

Aih, nape cerita psl hubby aku di pagi Jumaat nie? Aku baru perasan sesuatu. Dia satu-satunya anak lelaki kat rumah dia. Psl tu dia byk habiskan masa kat luar rumah sbb dia takde kwn kat rumah dia sendiri. Takkan nak kwn dgn adik-adik dia kan? Begitu juga aku. Aku merupakan satu-satunya menantu perempuan dlm rumah tu. Walau macam mana rapat pun aku dgn SIL yg 4 org tu, aku ttp menantu. Kdg-kdg, mereka bergambar sesama sendiri. Aku tak menyibuk. Sbb ape? Diorg dah biasa bergambar berempat. Diorg pun tak ajak. So biar je la. Mcm time raya aritu pun sama. Diorg sakan bergambar. Aku pun sakan bergambar tp dgn hubby je la sbb dia pun sorang-sorang aje. Mungkin sbb tu kami hanya buat hal kami sendiri. Kalau pergi mana-mana pun, berdua dan bawa anak kami sendiri. Kalau org lain, diorg siap berjanji nak keluar sama-sama. Nampak mcm kami mengasingkan diri. Tapi tu bkn niat sebenar kami.

We only have each other =)

Ni nak share sesuatu sebenarnya. Masa aku jumpa hubby, muka dia takde jerawat pun. Tapi bila dah nak dekat kahwin dulu, tiba-tiba muka da penuh dgn jerawat. Sampaikan org kata, "Tu jerawat gatal nak kahwin. Baru nak remaja". Hahaha.. Lama tau muka dia penuh dgn jerawat. Dah mcm-mcm dia cuba pakai, cuba makan tapi hasilnya kurang bagus. Akhirnya, aku mencadangkan sesuatu kepada dia. Tapi cadangan aku diperlekeh oleh sesetengah pihak yg ragu-ragu akan keberkesanannya.

Setelah beberapa bulan mengikut kata aku, inilah hasilnya!

Before

After

Hubby ku sudah kembali handsome di mataku.. wink wink!

Thursday, March 12, 2009

Misteri di pagi Rabu

Kronologi

2.30 pagi – Sudah tiba masa utk beri Batrisyia ubat. Kami kejutkan dan beri dia ubat. Lepas tu, aku beri dia susu. Hubby tidur sebentar. Setelah selesai, aku kejutkan hubby. Dia letak Batrisyia dlm playpen nya. Ketika ni, sudah jam 3 pagi.

3.05 pagi – Batrisyia batuk tak henti-henti. Aku bgn seketika utk usap belakang badan dia. 3-4 minit kemudian, aku sambung tidur.

3.45 pagi – Batrisyia menangis dgn kuatnya. Aku dan hubby terjaga serentak. Aku bergegas tgk Batrisyia dlm play pen. DIA TAK ADA DI DALAM PLAYPEN NYA. Ku lihat, hubby mengambil sesuatu di atas lantai. BATRISYIA SEDANG MENANGIS DI ATAS LANTAI!

Panik woo malam tu. Batrisyia nangis. Aku pun nangis. Dah la aku nak dukung dia, hubby tak bagi (sbb dia nak dukung anak dia.. boleh?) . Mcm mane boleh jatuh? Tu perkara pertama yg bermain di fikiran ku.

Aku dah mcm org tak betul mlm tu. Aku checked playpen. Takde lubang. Semuanya okay. Batrisyia dah berhenti menangis. Aku tgk keadaan playpen. Takde ape yg luar biasa. Anak aku bknnye reti berdiri lagi. Sgt mustahil dia panjat keluar dr playpen tu. Sgt mustahil dia jatuh dr playpen. Lagipun, tempat kami jumpa Batrisyia tu agak tak logic.. kat kepala playpen.

Lama kami termenung dan cuba memahami apa yg berlaku. Hanya ada 2 kemungkinan.

1) Batrisyia merengek. Hubby ambil Batrisyia dan bwk dia tidur kat sebelah dia. Lama-lama, bila Batrisyia dah byk gerak, dia jatuh dari katil.


2) Batrisyia merengek. Hubby ambil Batrisyia dan tenangkan dia. Kemudian letak Batrisyia di atas lantai (ni kes mamai so dia ingat lantai tu playpen).

Mana satu yg kedengaran lebih logic? Kami checked Batrisyia. Takde benjol atau merah di mana-mana bahagian kepala. Kalau jatuh, mesti ada benjol kan? Agaknye la.

Risau yg amat. Kami bermain sebentar dgn dia malam tu. Sekadar utk melihat respons yg diberikan. Dia senyum. Dia berdiri tegak. Dia gelak. Matanya mengikut jariku bila aku tunjuk di depan dia. Hmm, nampak okay.

Kami tidurkan dia kembali. Then, sambung termenung dan cuba membincangkan apa yg telah berlaku.

Mungkin hubby ambil anak dia dlm keadaan mamai dan kemudian letak kat atas lantai. Ni kedengaran lebih meyakinkan sbb hubby sendiri tak ingat yg dia tlg aku letakkan Batrisyia semula dlm playpen lps aku bagi susu. Nampak sgt mamai!

Hingga saat entry ni ditulis, kami masih tidak mendapat jawapan yg pasti.

Wednesday, March 11, 2009

Siti Nurhaliza bertudung litup di konsert Malam Maulidur Rasul

Kalau dia pakai mcm nie.. kan cantik! Tak perlu nak tunjuk rambut. Sgt sweet. Even mak aku yg tak berapa suka dia pun ckp dia sgt cantik.

Tak puas tgk gambar-gambar dia masa konsert Malam Maulidur Rasul tu.

Raise her up to be a tough girl

Get well soon my little princess! We miss you very much.

Spaghetti versi keluargaku

Aku sukakan Italian food. Pasal tu bila pergi Italiannies, berlaku konflik dlm hati sbb tak tahu nak mkn yg mana satu. Hehehe.. salah satu fave aku ialah spaghetti. Jadi, bila dah suka, mesti la kena tau masak sendiri kan? Agak dah byk kali juga aku buat sendiri. Kira boleh la buat jamu org tapi takleh nak buka kedai.. hahaha.

Bila ckp psl pasta, aku sukakan original resipi di mana ia menggunakan tomatoes atau crushed tomatoes yg byk hinggakan kuah tu agak sederhana masam tp sedap! Tapi bila aku buat camni kan, gerenti tak ramai yg mkn sbb org kita nie, x berapa suka masam. Jadi, bila aku buat, mesti ada sedikit pedas atau manis, bergantung pada perut org yg bakal mkn makanan itu.

Resipi di bawah dibuat setelah mengambil kira taste keluarga aku yg tak sukakan masam, tak mahu kuah spaghetti yg pedas sgt dan mahu ia sedap dgn tekak mereka. Jadi, boleh tiru resipi di bawah. Boleh juga olah ikut suka hati korang. Amaun bahan bergantung pada diri sendiri. Boleh juga tukar bahan dgn bahan yg lain.


Spaghetti Versi Keluargaku

Bahan-bahan

Spaghetti
400 gram (or more) daging lembu kisar
Sosej – dipotong ikut suka
1 tin cendawan butang – dihiris sederhana nipis
1 batang carrot – dipotong dadu
3-4 biji tomato – dipotong dadu atau dibelah sederhana nipis
2 biji bawang besar – dipotong dadu
3 biji bawang putih – dipotong dadu
Prego / Heinz sauce
Cili Benggala hijau dan merah – dipotong dadu
Celery – dihiris nipis
Air – jika perlu
Garam – jika perlu
Sos cili dan sos tomato
Serbuk oregano.

Cara memasaknya

- Masak spaghetti mengikut arahan di pek.
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga sedikit brown.
- Masukkan carrot, cili benggala, sosej, cendawan dan celery.
- Masak sehingga carrot agak lembut dan daging brown

- Masukkan tomato. Lagi byk, lagi best. Hehe.. tu ikut aku la.
- Masukkan Prego / Heinz sauce, sedikit sos cili dan sos tomato. Amaun sos bergantung pada taste anda. Rasa ikut suka. Tambah jika perlu.
- Tambah air jika perlu cairkan kuah. Ada yg suka kuah pekat. Ada yg suka kuah cair.
- Tambah garam jika perlu.
Tambah serbuk oregano ikut suka. Takde pun takpe.
Siap!

Cara makan
- Letak spaghetti dlm mangkuk. Tuang kuah dan makan.
- Boleh juga letak sekeping cheese di dlm mangkuk sebelum tuang kuah yg panas tu. Nanti cheese akan cair. Sedap.
- Boleh juga taburkan cheese kat atas kuah yg dah letak dlm mangkuk tu. Sedap gak.
- Boleh juga taburkan bawang putih goreng. Ni sgt sedap. Aku suka!

Tuesday, March 10, 2009

Tips untuk menghias peti ais anda

Penuhkan pintu peti ais anda dgn fridge magnet dari pelbagai negara. Boleh juga cari magnet yg mengandungi kata-kata inspirasi.

Dan boleh gunakan magnet itu sebagai 'pelekat' utk notis amaran!

Solution for rashes

Last Tuesday, aku perasan ada rashes kat blkg badan Batrisyia. A lot, I tell you! Merah-merah kecil. Eventhough dia tak nangis sbb gatal atau tak selesa, mata aku yg jadi tak selesa memandang tompok tompok merah tu. Terus aku sapukan bedak Agnesia. This medicated talcum tak boleh pakai byk-byk. Nanti kulit jadi berkuping-kuping. Masa Batrisyia kena rashes kat area leher dan ketiak dulu, aku pakaikan bedak nie gak. Alhamdulillah, hilang.

But this time, rashes tu byk sampaikan aku cari other solution. Teringat masa pegi Mom’s Care kat Ikano. Aku terjumpa satu product nie. Earth Mama Angel Baby Bottom Balm. Pernah jugak terbaca ttg this product kat website MLO. Orang kata bagus utk rashes. Aku masuk website Earth Mama utk dapatkan maklumat lanjut termasuk la ingredients dlm balm nie. This balm is 100% vegan! Sgt sesuai utk baby, tak expose pada chemical.

Therefore, I bought it online at The Lil Caliph. Ingat nak beli 2oz tp cuba 1oz dulu la.

Comel saja bekasnya. Kecil tp sgt bagus! Pakai sekali, merah tu dah hilang. Tapi mcm ada rasa biji-biji lagi walaupun tak nampak dgn mata kasar. Aku pakaikan buat kali kedua. Terus takde. Alhamdulillah. Harganya RM 29.90 utk 1oz tp sgt berbaloi sbb pakai sikit je.

Ia digunakan utk menentang diaper rash tp sesuai utk digunakan bagi tujuan lain juga seperti dry skin, razor burn, insect bites, chicken pox.. byk lagi kegunaannya.

Ingredients utk balm ni 100% vegan dan byk menggunakan bahan organik. Produk ni juga tidak di 'test" (maaf, lupa perkataan yg sesuai) terhadap haiwan. Go green!

Majlis Perkahwinan Suhaidah & Zahidi

Pada hari Sabtu yg lalu, geng Taman Dahlia yg terdiri daripada aku, Maisya, Ezu dan suami serta anak masing-masing telah hadir ke majlis perkahwinan geng Taman Dahlia iaitu Sue yg telah menamatkan zaman anak daranya dgn kekasih 'teman tapi mesra' nya Zahidi. Majlis bertempat di Muar (atau Muo kalau ikut bunyi Sue.. ekekke) sgt meriah dgn kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan pengantin.

Seperti yg telah dijanjikan, kami telah mengamalkan sistem 'roger-roger org lain bila dah gerak'. Maisya yg bertolak dr KL akan sms aku bila dia sampai R&R Seremban. Aku pulak akan sms Ezu bila dah gerak dr Seremban. Jadi kebarangkalian utk sesiapa yg terpaksa tunggu org lain yg lambat tu dpt dikurangkan ke tahap yg minimum!

Kami sampai di Muar dlm pkul 1.45 petang. Pengantin masih belum berarak. Jadi kami mengambil kesempatan utk berjumpa Sue utk sesi 'muah-muah.. selamat pengantin baru' dulu. Then, terus ke meja hidangan utk mengisi perut yg dah lapar. Anakku dijaga oleh seorang makcik merangkap orang pangkal yg terus ambil Batrisyia bila nampak kami nak mkn. Terima kasih makcik!

Selesai makan, kami berehat di rumah Sue (buat mcm rumah sendiri.. anak-anak bergolek-golek di carpet merah tu) sambil menunggu pengantin selesai makan beradap. Ye la, takkan nak balik begitu aje kan? Nak la bergambar dgn pengantin lelaki sekali.

Akhirnya tamat la episod teman tapi mesra mereka. Bercinta tp tak mengaku.. Menyampah tau! Ekekekke...

Semoga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir hayat!

Cun seh si Sue nie! Ramai terkejut.


Acara melontar coklat dan duit seposen. Sue menunjukkan skill melontarnya yg garang!

Anakku yg tak byk ragam.. time kaceh cayang!

Dina yg sgt cute dgn gown!

Mak-mak, bakal mak dan pengantin

Thursday, March 05, 2009

Genetic potential

Seperti biasa la, ku risau tak tentu pasal tentang berat Batrisyia nie. As at yesterday, berat dia hanya 5.2kg! Hmm, ringan sungguh anakku. Minum susu kuat tp berat naik sikit aje? Risau.. risau.. risau. Eventhough doktor ckp yg aku tak perlu risau, aku tetap risau setiap kali tgk berat anak-anak org lain. Hoooo.. nape nak compare dgn anak org lain nie?

Jadi, ku cuba cari info terutamanya artikel dr pakar perubatan seluruh dunia melalui Internet. Kesimpulannya, nie yg aku dpt.

Ada 2 cara utk monitor berat baby.

1) Growth Chart
2) Average Weekly Figures

Kalau kat klinik kerajaan, mereka akan gunakan method no. 1. Kan ada dpt baby card. Dlm tu kan ada carta pertumbuhan bayi. Yang ala-ala rainbow warna putih, kuning dan pink tu. Hikhik. Melalui growth chart, mereka akan rekodkan berat, panjang dan head circumference of the baby. Ni la method yg Batrisyia guna.

Advantages of growth chart
Ia sesuai digunakan utk mengagak expected weight gain melalui rekod berat dan panjang baby sebelum tu.

Disadvantages of growth chart
Bila perkembangan baby tak sama dgn expected weight gain yg sepatutnya, IBU BAPA AKAN RISAU TANPA SEBAB. Jika ini berlaku, GENETIC POTENTIAL (how tall parents and family member are) harus diambil kira.

IBU BAPA AKAN RISAU TANPA SEBAB... hoho.. so true!

IMPORTANT: Whether you use average weekly figures or growth charts, REMEMBER these provide a GUIDE ONLY. Many things need to be taken into consideration, most importantly your child's genetic potential. DON'T rely too heavily on these tools and forget to use the best tools of all... YOUR EYES and BRAIN.

Other sign of healthy growth

Her length and head measurements are increasing - checked
Her clothes are becoming tight - checked
The safety harness on her pram or car capsule is becoming tighter - checked
She feels heavier - sama je
Her face is becoming chubbier - erm, kdg2 nmpk chubby. kdg2 tak.
Her legs and arms are 'filling out' -checked


Other indicators of good health include...

She's bright and alert - checked
She's active - checked
She has lots of wet diapers (6 or more each day) - checked
She sleeps well - checked
She demands regular feeding - checked
She's happy and content - checked


Oh, Liz... just remember.... GENETIC POTENTIAL!!!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.