Wednesday, December 16, 2009

Udang Rangup

Bagi ibu yang mempunyai anak yg susah nak mkn, mesti kdg-kdg terdetik rasa risau di hati. Takut anak tak cukup mkn dan dpt khasiat yg secukupnya utk tumbesaran mereka. Bila nak suapkan makanan, anak lari. Ketap mulut kuat-kuat. Pernah terjadi pada anda?

Tapi cuba tgk, kalau anak anda nampak makanan atau nampak org makan, ada tak dia tiba-tiba rasa nak mkn? Mulut tak putus-putus sebut “mamam”. Maknanya dia nak mkn tp dia nak makan makanan lain.

At least, benda ni berlaku pada Batrisyia. Sebenarnya, dia bukan taknak mkn tp dia cepat jemu dan nak cuba makan makanan lain. Masa pegi breakfast buffet kat Tok Senik minggu lepas, mcm2 benda dia mkn. Cereal baru mkn separuh mangkuk, dia tolak tepi. Nak roti pulak. Roti lepas 2 keping, tolak tepi. Nak buah pulak. Lps tu kuih. Lps tu omelette. Lps tu bubur nasi. Lps tu nasi goreng.



Makan tembikai susu

She can bite you.. heheh

Kalau kat rumah, lain pulak cerita. Walaupun dia dah mkn, kalau dia nampak makanan baru, dia sebut “mamam” sampai la dia dpt makanan tu.

One dietitien said, “Toddler loves snack!”. Ini bukan jajan ye. Tapi toddler suka makan mcm2 di selang waktu makan. Kdg-kdg, mmg saja letak buah, roti, biskut kat atas meja. Bila Batrisyia nampak, mmg dia minta dan dia akan makan. Tak payah disuruh. Tak payah nak kejar dan paksa dia buka mulut. Easy huh? Cuma pastikan dia nampak makanan yang bagus-bagus saja. Kalau nak mkn coklat, jgn mkn depan dia. Hehehe..

She ate a lot last night.. ni gambar lepas kekenyangan

Anyway, resipi ni diambil dari Majalah Rasa edisi January 2010. Kepada ibu yg suka masak sendiri makanan utk anak, elok la dapatkan eisi kali nie sbb ia memfokuskan ttg pemakanan anak dari bayi hingga remaja.

UDANG RANGUP



Bahan-bahan:
Udang
Tepung gandum
Serbuk roti
Telur – dipukul sedikit

Cara memasak:
1. Buang kulit udang. Buang urat dan bersihkan.
2. Tos dan keringkan dgn kitchen tissue towel.
3. Salutkan udang dengan tepung gandum.
4. Celup dalam telur.
5. Golekkan dalam serbuk roti.
6. Goreng sehingga kuning keemasan.

After-thought: Udang sedikit kenyal so Batrisyia mcm tak reti nak makan sgt. Sudahnya, aku kunyahkan dan bg dia. Sedap udang nie sampaikan aku dgn hubby pun tumpang makan. Takpe, tunggu Batrisyia besar, mesti dia suka resipi nie. Lagi berkhasiat dr nugget segera.

3 scribble(s):

sya_firwan said...

nice recepies..thank you liz..:)

Afhm said...

She look adorable.... feels like hugging n kissing.. Allah really bless u Liz..

Liz Rohaizat said...

sya> senang kan? actually, benda ni mgm dah tau tp x pernah nak cuba. bila terfikir nak buat utk anak, rajin je kaki ni pegi cari serbuk roti sbb xde masa nak buat serbuk sendiri. sedap.

kak aida> thank you.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.