Saturday, December 05, 2009

Sleek, slim and light weight... obviously not me

MONDAY, 30/11/2009

Satu perkara yang korang mungkin tak tahu tentang aku ialah aku suka timbang berat aku. Kenapa? Kerana aku suka makan. Jadi mmg wajib selalu check my weight utk pastikan my weight tak naik mendadak.

Teringat masa kat university. Kdg-kdg, aku dgn housemates akan masuk sekejap ke dlm klinik kat campus tu semata-mata nak guna penimbang berat kat situ. Hahaha.. aku rasa staff kat situ dah terbiasa dgn gelagat budak-budak campus mcm kitorang nie.

Bila dah tak belajar lagi, aku masih teruskan aktiviti menimbang berat. Kali nie, aku beli bathroom scale kat Watson je. Wah, tiap-tiap hari aku timbang berat. Bgn pagi je (di kala belum consume any calorie), terus timbang berat. Konon boleh tau berat aku yg sebenar-benarnya. Kalau timbang masa tgh hari, mungkin berat tu tak accurate sbb dah bersarapan. Kahkahkah.. mmg mengarut je aku. Eleh tapi korang pun pk camtu gak kan? Kalau nak timbang berat, kunci kereta pun korang nak keluarkan dr poket seluar kan? Mcm la kunci kereta korang tu beratnya 1kg!

Beberapa bulan lepas, bathroom scale kesayangan dah mula tak accurate. Spring dah ‘lari’. Sejak dr hari tu, aku timbang berat kat luar rumah je. Kdg2, berminggu-minggu tak timbang berat. Mkn mcm biasa dan berharap tak pengsan bila melihat jarum penimbang di kemudian hari.

Then, cik adik manis nie… aku kan concern ttg berat dia. Jadi, aku beli bathroom scale baru. Tapi kan, leceh sikit la bila nak tau berat baby yg sebenarnya sbb ia bukan digital scale. Mmg ada hajat nak beli digital scale tp aku kedekut. Tak nak beli la sbb rasa ianya tak perlu.

Tapi aku sebagai tukang masak makanan anak aku rasa geram sbb minah tu nampak mcm tak besar-besar. Batrisyia, kamu nak nampak slim sepanjang masa ke? Sebab tu ke montot kamu takde daging? Peha je berdaging. Haih..

Kalau dulu, tujuan aku beli scale adalah utk make sure aku tak mengalami kenaikan berat yg mendadak. Kali nie, aku beli scale utk pastikan berat Batrisyia sentiasa naik.

This is my first digital scale! This digital scale hanya buat satu kerja; timbang berat. Dia tak analyse lemak ke, calorie ke, hape ke.. boleh la kan?

(photo of the scale will be uploaded on next Monday)

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.